Thursday, April 11, 2019

SINGA MULA MENGAUM DI TADIKA KAMI


Bismillahirrahmanirrahim.

Murid-murid TMPB seronok dapat cenderahati dari Kodomo Lion.

"Auuuummmmm!!"

Masa untuk riang ria bersama Kodomo Lion muncul kembali!! Inilah antara aktiviti yang dinanti-nantikan oleh para murid dan guru setiap tahun. Pihak Kodomo Lion akan datang ke tadika kami untuk membuat road tour, bercerita dan juga mengagihkan cenderahati kepada anak-anak murid.

Untuk minggu pertama bulan April ini, lawatan dimulakan dahulu di tadika-tadika kami di sekitar Taman Scientex dan juga Taman Rinting. Ingin saya nyatakan di sini, jadual lawatan dari pihak Kodomo Lion disediakan oleh mereka, jadi ada juga tadika yang tak dapat mereka kunjungi kerana kuota murid tidak mencapai syarat yang ditetapkan (Tadika Intelek Minda Bestari) dan ada juga tadika yang mereka tidak dapat hadir untuk kedua-dua sesi kerana jadual mereka yang padat. 

Walaupun akan ada murid yang tidak dapat turut serta merasai kemeriahan kunjungan dari pihak Kodomo Lion, mereka tetap akan dapat cenderahati. Diharap ini dapat mengubat kesedihan mereka.
Road tour ini bermula pada 1 April 2019, dan tadika yang mereka kunjungi dimulakan dengan TPB Taman Scientex 2. Alhamdulillah, murid-murid memberikan maklum balas yang positif sepanjang mereka berada disana.  Kemudian mereka ke TPB Taman Scientex 1.

Contoh makanan yang baik dan tak baik untuk dimakan. (TS2)

Ish.. saya terpaksa melutut ni, tak nampak. (TS2)

Yeay!! Saya dapat hadiah sebab dapat jawab soalan! (TS2)

Terbaiklah aktiviti hari ini!! (TS2)

Cepat ah cik beri soalan kat kami. (TS2)


Tepuk tangan dulu sebelum cerita bermula. (TS2)

Jom kira berapa kali kena gosok gigi dalam sehari. (TS2)

Tengah buat apa tu Cikgu Siti?

Ok, jom ikut cara akak pegang berus gigi! (TS2) 
Eh.. fokusnya awak tengok depan.. (TS2)



Hati-hati bila gosok bahagian dalam mulut. (TS2)
Cara betul pegang berus gigi, buat tanda 'good' . (TS1)

Mesti cerita menarik ni, semua khusyuk menonton. (TS1)

Cikgu-cikgu pun teruja ikut cara pegang berus gigi. (TS1)

Watak dalam cerita kali ini adalah Amir dan Mira. (TS1)

Eh, alamak, ada yang perasan cikgu ambil gambar ya? (TS1)

Keesokkan harinya, 2 April 2019, lawatan Kodomo Lion diteruskan ke Tadika Minda Pintar Bestari dan Tadika Nur Pintar Bestari. Aktiviti bercerita dengan watak yang dibawa oleh staf Kodomo Lion sangat menarik perhatian anak-anak murid dan juga para guru. Kali ini watak Amir dan Mira yang diperkenalkan oleh mereka.

Ok, soalan pertama.. dengar baik-baik ya.. (TMPB)

Alhamdulillah, kami semua dapat jawab soalan yang diberi. (TMPB)

Siapa nak cuba jawab soalan, sila angkat tangan! (TMPB)

Best lah dengar cerita ni! (TMPB)
Seperti biasa, selepas sesi bercerita, akan ada sesi soal jawab bersama murid-murid. Bagi murid yang dapat jawab soalan yang diberi, akan dapat hadiah dari pihak Kodomo Lion. Kembang kuncup murid-murid yang dapat menjawab soalan.

Bagus semua dengar arahan yang diberi. (TNPB)

Apa yang Amir nak makan tu? (TNPB)

Penuh bersemangat bercerita. (TNPB)


Perisa ubat gigi yang ada. (TNPB)

Keju ni elok atau tak untuk dimakan? (TNPB)

Semua memberi tumpuan sepenuhnya. (TNPB)
Cenderahati dari pihak Kodomo Lion untuk anak-anak murid.

Minggu ini tiada road tour Kodomo Lion. Ianya akan bersambung pada minggu hadapan, iaitu ke Tadika Inovasi Bestari dan TPB Taman Mawar pada 15 April 2019 dan pada 16 April 2019 mereka akan ke TPB Taman Kota Masai dan Tadika Ilmu Pintar Bestari. Sama-sama kita nanti kehadiran mereka ya!!

~Cikgu Norifah~

1 comment:

  1. ayo segera bergabung dengan saya di D3W4PK
    hanya dengan minimal deposit 10.000 kalian bisa menangkan uang jutaan rupiah
    ditunggu apa lagi ayo segera bergabung, dan di coba keberuntungannya
    untuk info lebih jelas silahkan di add Whatshapp : +8558778142
    terimakasih ya waktunya ^.^

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.