Thursday, December 29, 2011

BUAH TANGAN PERTAMA

5 Disember 2011 (Isnin)

Hari ini bermula Program Pra-tadika 2012 di semua cawangan. Tadika Pintar Bistari dan Tadika Inovasi Bestari. Keutamaan diberikan kepada anak-anak yang telah didaftarkan awal oleh ibubapa masing-masing (Early Bird Registration). Walaupun hanya 12 hari mereka menghadiri program ini, tapi sebenarnya memberikan impak yang besar dalam proses P & P seterusnya.
Pada hari tersebut, saya berkesempatan meninjau-ninjau apa yang berlaku di Taman Mawar. Walaupun jam menunjukkan 10 pagi, tapi masih ada ibu yang menunggu bersama Atok dan Nenek yang teruja cucu sulung masuk ke tadika. Sambil dilayan berbual oleh Cikgu Tamizi, mereka ralit berbual dari satu tajuk bertukar ke tajuk yang lain. Tak sedar masa berlalu dan anak-anak dah mula nak nak balik.
Sebentar menjenguk anak-anak di kelas masing-masing, rupanya mereka telah berjaya menyiapkan buah tangan pertama. Lihat gambar di bawah ini.

Topeng mata untuk ditunjukkan pada abang kakak!




Namun ada lagi yang masih belum dapat menyiapkannya di tadika. Sambung aje di rumah nanti!



Di kelas yang berlainan, masih sempat cikgu mengajar buku Bacalah Anakku



Langkah pertama bagi langkah seterusnya.
Tiba masa untuk mengakhiri hari pertama di tadika.

Cikgu mengajarkan doa-doa dan nyayian sebelum pulang

Berserta pesanan ringkas sebagai perangsang dan motivasi untuk hari esok
Dalam ramai-ramai tu, ada yang bersedih rupanya!

Sedih ke nak tinggalkan cikgu?

Tangis Ferhad bertambah-tambah bila nampak Mama kat luar pagar

Rupanya Ferhad tidak keseorangan. Ada kawan yang turut bersedih
Dan akhirnya mereka ke destinasi masing-masing.

Cikgu membantu pengendali van mengatur anak-anak ke dalam van.
Beginilah senario hari pertama Pra-tadika. Senario yang sama di semua cawangan dan semuanya berjalan lancar selama 12 hari mereka berprogram.

0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.