Imbas kembali program tadika yang tak sempat saya coretkan tempohari. Anak-anak seronok nak ke tadika, ibubapa lagilah teruja. Macam-macam perasaan yang ada pada ibubapa. Seronok ada sebab bila dah ke tadika, maknanya anak-anak dah semakin besar. Bimbang pun ada. Kot-kot anak-anak menangis la, bimbang anak-anak terbuang air dalam kelaslah, dan macam-macam lagi. tapi bila melihatkan gambar-gambar di bawah ini nanti, sebenarnya anak-anak kita 'cool' aje. Cuma mak ayah yang terlebih bimbang.
| ||
| Yes! Saya dah bersedia. |
| Adik pula yang sayu meninggalkan abang di tadika |
| Teacher Alin mengajar murid bagaimana menggunakan tandas |
| Khusyuk mendengar penerangan guru. |
| Kita rehat dulu! |
| Namun begitu, ada yang bersedih pada hari pertama pratadika |
| Berdoa sebelum pulang |
| Guru membantu menaiki van untuk pulang |
| Ibubapa sabar menunggu dan melihat gelagat anak. |
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.