Friday, February 25, 2011

SESAK!!!

Begitulah keadaan di semua pusat pembayaran saman di seluruh negara. Inilah gara-gara melengahkan pembayaran saman sehingga ke saat akhir dan tarikh akhir adalah pada hari Isnin nanti. Di katakan juga bahawa semua pusat pembayaran saman juga akan dibuka walaupun pada hari Sabtu dan Ahad. Cikgu Tamizi pun kena saman juga dan tidak terkecuali terkena kesesakan ini tapi bukanlah hari ini, Pada hari Rabu lepas tapi kerana tak mahu menunggu, ada pilihan lain untuk membayar saman. Iaitu melalui talian. Caranya pergi ke website myeg, daftar dan buat bayaran....

PENDAFTARAN DARJAH 1 SEKOLAH RENDAH (UPDATED)

Saya menerima surat makluman dari SKTR (2) tentang PERMOHONAN PENEMPATAN KANAK-KANAK MASUK KE SEKOLAH RENDAH BAGI SESI PERSEKOLAHAN TAHUN 2012 DAN 2013. Permohonan boleh di buat bagi kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2006 hingga 1.1.2007 untuk tahun persekolahan 2013 Permohonan boleh di buat bagi kanak-kanak yang lahir pada 2.1.2005 hingga 1.1.200 untuk tahun persekolahan 2012 Bagi ibubapa yang mempunyai anak-anak tahun kelahiran di atas, bolehlah ke sekolah bagi mendaftarkan anak masing-masing kerana pendaftaran dibuat sepanjang bulan Mac ini. Walaupun...

Tuesday, February 22, 2011

CREATIVE STICKER

  Di dalam surat makluman Mac dimuatkan tentang creative sticker ini. Kepada ibubapa yang berminat untuk membelinya sebagai hadiah @ untuk memenuhkan waktu luang cuti sekolah anak pada Mac akan datang, bolehlah berbuat demikian. Borang juga telah dilampirkan. Isi borang dan serahkan pada guru kelas masing-masing. 1 set RM14 mengandungi 12 keping gambar dwibahasa beserta kod warna. Namun begitu, pembelian tidak diwajibkan. Kad dwibahasa Masih...

MAJLIS ILMU

Sms ini saya terima dari sahabat baik di Taman Pasir Putih, Pn. Hjh. Norizan untuk dihebahkan. Kepada semua yang berminat dijemput hadir.  Program motivasi membangun jiwa. 'KBN - keindahan bersamaMu Ya Allah, Ya Rasulullah di Dewan kuliah, masjid Jamek BBU pada 27hb Feb. (Ahad) 8.30 ~ 4.30 petang. Terbuka untuk semua muslimat kariah BBU dan sahabat2.Yuran pendaftaran termasuk sarapan dan makan t/hari RM20 sahaja. Pendaftaran terhad. Daftar, sms segera sebelum 25hb Feb. Sila hubungi Hjh. Hidayat (012-7705072) @ Hjh. Kamariah (016-7678271). Sila...

KURSUS BACALAH ANAKKU di JB

Bagi ibubapa yang berminat untuk mengikuti kursus Bacalah Anakku dan ReadEasy yang dianjurkan sendiri oleh pengedar buku ini, Readnetwork, bolehlah berhubung terus dengan mereka. Di sini saya link kan ke laman web mereka. Klik di sini Kursus akan dibuat pada hujung minggu ini di Hotel Seri Malaysia pada Sabtu dan Ahad. Kebiasaannya kursus ini dikendalikan oleh penulis buku, Pn. Nik Eliani @ suaminya, En. Othman.  Untuk keterangan lanjut, sila hubungi 03-41435440 (Pn. Rozita)...

Monday, February 21, 2011

KEPUTUSAN UJIAN 1

Keputusan ujian 1 telahpun diuploadkan di laman web tadika siang tadi. Terdapat ramai juga ibubapa yang meneliti keputusan anak masing-masing. Saya juga baru sempat menyemaknya. Terdapat masalah pada keputusan ujian bagi Cawangan Taman Scientex 2, di mana file yang diuploadkan adalah keputusan ujian 2010 (bukannya 2011). Mungkin banyak sangat nama file, jadi dah tersalah pilih. Lagipun mungkin Pn. Shawariah dah 'fenin lalat', yelah sementelah berbadan dua ni. Insyaallah, pagi esok akan diuploadkan file yang betul. Minta maaflah pada ibubapa dari...

Sunday, February 20, 2011

AGAR BEKERJA MENUAI BERKAH

Bekerja merupakan salah satu ibadah yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Disamping untuk memperolehi nafkah yang halal dan baik, bekerja juga merupakan perwujudan hubungan ta'awuniyyah (tolong menolong) di antara sesama muslim.  Alhamdulillah, cuti hujung minggu ini saya dapat habiskan satu lagi buku bertajuk Agar Bekerja Menuai Berkah ~ Bekerja di Bawah Naungan Sunnah Rasullullah. Penulis: Syamsuddin Ramadlan al-Nawiy. Bukunya tak tebal,...

Friday, February 18, 2011

LAYANG-LAYANG TERBANG MELAYANG

 Masih lagi bercerita tentang Festival Layang-layang. Kalau semalam ada pertandingan mewarna tapi hari ini anak-anak dibawa melihat layang-layang terbang melayang. Hari ini giliran Cawangan Taman Kota Masai (1) dan (2) serta Taman Scientex (1) dan (2), dengan masing-masing 1 bas dari setiap kawasan bagi setiap sesi pagi dan petang. Saya hanya berkesempatan bersama-sama dengan anak-anak ini pada sesi petang. Dengar cerita pada sebelah pagi...

Thursday, February 17, 2011

LAYANG-LAYANG TERBANG LAGI

Bermula dari 16 Februari hingga hujung minggu ini, warga Pasir Gudang khasnya akan berpesta layang-layang. Ianya merupakan acara tahunan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (dulunya PBTPG). Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, acara mewarna kanak-kanak diadakan.Saya dan Cikgu Tamizi berkesempatan membawa sebilangan kecil pelajar saya tahun ini iaitu dari Taman Mawar dan Taman Kota Masai (1) seramai 15 orang sahaja bagi menyertai acara ini. Bukannya tak...

Wednesday, February 2, 2011

MAJLIS PENYERAHAN CEK NKRA

30 Januari 2011 (Ahad)Alhamdulillah, majlis ini telah selesai. Diselitkan sebentar sebelah pagi sebelum Program Bacalah Anakku. Walaupun hujan mencurah-curah semenjak awal pagi itu, namun ramai yang hadir. Juga diadakan majlis ringkas penyerahan cek kepada wakil-wakil dari setiap cawangan oleh wakil dari PPD Encik Shawal Ahmad. Beliau sempat berucap sambil memberikan penerangan tentang bantuan yuran NKRA ini. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid...

Tuesday, February 1, 2011

SESI BERGAMBAR 2011

Sesi bergambar tahun ini dipertanggungjawabkan kepada Teacher Norifah kerana saya ke luar kota sepanjang minggu lepas. Bermacam gelagat dan riak muka anak-anak bila disuruh untuk senyum. Ada yang menyengih, ada terbuka mulut besar, ada juga yang tertutup mata. Namun gambar yang ada ini adalah yang terbaik. Harap-harapnya. Kalau nak copy, silakan ke link berikut.   Sebahagiannya saya paparkan di sini. Tmn. Mawar 1 Taman Mawar 2 Taman...

JOM KE TS1

Jom lihat anak-anak di Taman Scientex 1 sewaktu perhimpunan pagi Isnin. Khusyuk berdoa. Semoga segala ilmu dapat dicerap sebaik mungkin. Teacher Umaisah berucap dalam "morning circle' Kuku diperiksa bagi memastikan kebersihan terjaga Ada yang terlewat tapi masih disambut oleh gur...