Sunday, November 11, 2018

MARI TANAMKAN MINAT MEMBACA!


Bismillahirrahmanirrahim.
Bergambar kenangan di hadapan Perpustakaan Awam Pasir Gudang

“Tidak ada seorangpun yang keluar dari rumahnya untuk menuntut ilmu, kecuali para malaikat akan membentangkan sayap untuknya kerana redha atas apa yang mereka lakukan.” (Hadis riwayat Ibnu Majah)

“Kita tak tahu pun library ada pokok, boleh baca kat situ,” sapa seorang murid ketika saya tolong buka pintu kaca bagi mereka masuk ke bilik aktiviti.

Bukan setakat tak tahu ada pokok, malahan ada juga yang tak tahu langsung berkenaan Perpustakaan Awam Pasir Gudang.

Memandangkan peperiksaan akhir tahun sudahpun berakhir, cikgu juga sedang sibuk melatih murid yang terlibat dengan persembahan untuk Hari Anugerah Cemerlang, kami selitkan sedikit waktu untuk murid-murid mengadakan lawatan sambil belajar ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. 

Tujuannya hanya satu, mahu terbitkan rasa sayang dan cinta mereka kepada bahan bacaan.
Sepanjang minggu bermula 28hb Oktober 2018 hingga 1hb November 2018, murid-murid K2 dari semua cawangan di bawah MyBistari Group yang mendapat kebenaran dari pihak Ibu bapa / penjaga, kami bawa mereka mengenali Perpustakaan Awam Pasir Gudang.

Saiz perpustakaan yang tidak berapa besar menyebabkan kami membahagi-bahagikan lawatan mengikut jumlah murid dan kawasan tadika.

Lawatan hari pertama iaitu pada 28hb Oktober 2018 dimulakan dengan murid-murid dari Tadika Nur Pintar Bestari dan Tadika Inovasi Bestari.

Yeah yeah.. nak masuk library! (TNPB)

Kat sana tempat duduk untuk adik-adik.. (TNPB)

Hmmm.. siapa ni tak susun buku betul-betul, mari saya betulkan. (TNPB)

Cuba tengok gambar ni, kelakar kan? (TNPB)

Kami nak suasana yang tenang untuk membaca. (TNPB)

Susun kasut betul- betul macam ni.. (TNPB)

Hmmm.. bila boleh masuk dalam library ni? (TIB)

Ehhh.. nanti dulu, kita tak habis lompat lagi ni. (TIB)

Tempat wajib untuk bergambar bila di perpustakaan . (TIB)
Syoknya membaca sambil baring macam ni (TIB)

Bergambar sebelum membaca!! (TIB)

Hujan!!! Nasib ada payung!! (TIB)

Keesokkan harinya, 29hb Oktober 2018, giliran murid-murid dari TPB Taman Mawar. Lawatan kali ini tidak bercampur dengan cawangan yang lain kerana jumlah murid yang menyertainya sangat ramai. Jadi kami peruntukkan hari ini hanya untuk Taman Mawar sahaja.

Menanti bas untuk ke perpustakaan. (TM)

Yeahhhh!! Bas dah sampai!! (TM)

Hati-hati, naik seorang demi seorang. (TM)

Taklimat sebelum lawatan dimulakan. (TM)

Saya letak tinggi-tinggi, biar tiada yang terambil kasut saya. (TM)
Tak tau lah nak pilih buku mana cikgu.. tolong saya pilihkan.. (TM)



Khusyuk membaca. (TM)

Hmmm.. dah besar nanti saya nak jadi penulislah, nak tulis cerita yang best-best. (TM)

Mana awak jumpa buku ni? Best ceritanya. (TM)

Dua-dua nak duduk menyelit kat pokok. (TM)

Suasana ketika murid-murid sedang membaca. (TM)

Lawatan diteruskan pada 30hb Oktober 2018 dengan rombongan para murid dari TPB Taman Kota Masai dan Tadika Ilmu Pintar Bestari.  Memandangkan jumlah dari kedua cawangan ini agak ramai, kami terpaksa menggunakan sebuah bas dan sebuah van untuk ke perpustakaan.

Jom bergambar kenangan!! (TKM)

Ye.. perbincangan meja bulat hari ini, kita bincangkan cara-cara beli makanan kat kantin nanti bila naik darjah satu. (TKM)

Jom kita bergambar, cikgu!! (TKM)

Kerusi ni sangat selesa, jangan sampai kami tertidur sudahlah ye. (TKM)

Pokok tetap menjadi pilihan. (TKM)

Suka pemandangan ini. Semua khusyuk membaca. (TKM)

Kami nak pergi perpustakaan!! (TIPB)

Terima kasih sebab datang dan luangkan masa di perpustakaan. (TIPB)

Tunggu.. tunggu.. buku ni saya yang jumpa, jadi biar saya baca dulu.. (TIPB)

Ok semua, buka muka surat 158, kita bincangkan topik yang ada kat muka surat tu. (TIPB)

Awak, tengok ni, cantik lukisan kat buku saya ni. (TIPB)

Best juga buku kanak-kanak ni rupanya. (TIPB)

Cuba ikut sebutan cikgu ni. (TIPB)

Sedih pula buku ni.. (TIPB)

Pada 31hb Oktober 2018, giliran murid-murid dari TPB Taman Scientex 1 dan Tadika Minda Pintar Bestari pula yang menjalankan lawatan ke perpustakaan. Meriahnya tetap sama dengan tadika yang lain. Seronok kami melihat anak-anak murid membaca buku yang ada di perpustaakan.

Dengar pesanan cikgu baik-baik ye.. (TMPB)
Sedang menunggu arahan untuk bangun dan ambil buku bacaan. (TMPB)



Hmmm.. dia tulis apa ni? (TMPB)

Jom kita ke perpustakaan!! (TS1)

Lompat.. lompat.. dan lompat lagi!! (TMPB)

Macam best je buku ni.. (TMPB)

Bersungguh semua membaca (TMPB)

Mari membaca!! (TMPB)

Bergambar di pokok lagi!! (TMPB)

Sekelompok duduk di pokok. (TMPB)

Tak muat untuk semua naik bas, kita naik van ok? (TS1)

Sebutan ni 'du' bukan 'bu' .. (TS1)

Diam mendengar arahan Encik Pustakawan. (TS1)

Jom saya tolong awak eja perkataan ni. (TS1)

Hari yang seterusnya pada 1hb November 2018, murid-murid dari TPB Taman Scientex 2 dan Tadika Intelek Minda Bestari yang menjalani lawatan. Agak mengerikan juga apabila mendapat aduan dari pihak guru besar yang menyatakan bas tak sampai-sampai. Rupanya bas ada sedikit kerosakkan. Alhamdulillah, setelah bas berjaya dibaiki, jadual perjalanan dapat diteruskan seperti yang dirancang.

Selesanya di pangkal pokok ni. (TIMB)

Tak dapat duduk di pokok, sandar kat dinding yang ada gambar pokok pun ok. (TIMB)

Bersama Cikgu Haziqah dari bahagian management yang menggantikan guru TIMB yang tidak hadir. (TIMB)

Uhhh.. saya rasa badan saya sama sado dengan pakcik Hulk ni. (TIMB)

OK, luruskan barisan sebelum masuk ke dalam perpustakaan. (TIMB)

Masih menunggu bas.. (TS2)

Ok juga duduk atas bangku ni. (TS2)

Full house perpustakaan hari ini. (TS2)

Jangan main lari-lari, marilah duduk sama kami! (TS2)

Cikgu pantau bacaan awak ye... (TS2)
Tinggal beberapa minggu sahaja lagi bagi anak-anak murid K2 ini bersama dengan kami. Sekarang masing-masing sedang sibuk membuat latihan untuk Hari Anugerah Cemerlang 2018 bagi mereka yang terlibat dengan program tersebut.

Tadika-tadika juga aktif mengadakan aktiviti luar untuk mengisi masa yang terluang. Nanti saya akan kongsikan aktiviti-aktiviti mereka pada blog yang akan datang.

~Cik Norifah~