Showing posts with label haji. Show all posts
Showing posts with label haji. Show all posts

Wednesday, November 9, 2011

SAQIFAH BANI SAIDAH

Saqifah Bani Saidah? Apa yang istimewanya tempat ini dan tidak dinafikan ramai di antara jemaah-jemaah dari Malaysia yang tidak mengetahui sejarah Saqifah Bani Saidah. Kat mana letaknya? Apakah sejarahnya di zaman Rasulullah saw dan apakah peristiwa penting yang berlaku di Saqifah Bani Saidah. Nanti saya ceritakan. Kena buka buku sirah dulu untuk ingat balik cerita.

Kawasan Saqifah Bani Saidah
 Suatu pagi di Madinah, kami membawa Syafini ke Saqifah Bani Saidah. Tunjukkan dia kawasan tersebut dan bercerita tentang peristiwa yang berlaku di situ agar dia tidak buta sejarah Islam. Dan di situ kami berjumpa dengan pekerja Bangladesh yang fasih berbahasa Melayu yang bekerja membersihkan kawasan Saqifah Bani Saidah. Beliau pernah bekerja di Malaysia selama 7 tahun dan tidak dinafikan amat fasih berbahasa melayu. Walaupun mendapat pendapatan lumayan di Malaysia, beliau beralih arah ke Madinah dengan alasan hendak berada di tempat suci umat Islam. Tapi katanya akan pergi semula ke Malaysia untuk bekerja setelah habis kontrak di Saudi kerana katanya majikan Saudi tak bayar gaji, sambil menunjukkan jari "Malaysia bagus"....
Bersambung......

SEKITARAN MASJID NABAWI

Bagi yang sudah pernah ke Madinah, bangunan-bangunan di sekitaran ini telah biasa kita lihat. Cuma yang bezanya kali ini adalah tiada lagi penjual-penjual kurma di pintu-pintu masuk di Masjid Nabawi. Kalau sebelum ini, mereka sabar menunggu pelanggan yang keluar masuk masjid sambil menjual kurma yang pelbagai. Sekarang ini ke mana mereka ditempatkan agaknya ya!

Perbagai kedai yang menjual pelbagai barangan di bahagian bawah hotel.

Kedai-kedai emas yang mengamit-gamit jemaah-jemaah wanita

Salah satu pintu masuk ke Masjid Nabawi. Dikhaskan untuk lelaki sahaja.

Batang pokok kurrma dijadikan hiasan tembok

Pemandangan menghala ke hotel penginapan kami

MADINAH AL-MUNAWWARAH

Tempat suci umat Islam setelah Mekah. Dah banyak juga perubahan dari sefi fizikal di sekitaran masjid nabi dibandingkan 4 tahun lepas. Dan yang paling ketara ada payung-payung ini yang dipasang di ruang-ruang luar Masjid Nabawi. Kalau dulu, payung-payung tersebut hanya dipasang di dalam Masjid Nabawi menghala ke Raudhah, tapi sekarang ini telah merata-rata di sekeliling masjid. Ini memberikan kemudahan kepada jemaah bila bersolat di ruang luar pada keadaan cuaca yang panas. 



 Payung-payung ini hanya akan dibuka lebih kurang jam 11 pagi dan akan  ditutup setelah Asar, bila hari telah tidak panas lagi.
Asyik memerhatikan payung-payung menguncup.

Kubah hijau, di bawahnya terdapat makam Rasulullah saw

Payung masih dalam proses pemasangan. Bangunan hotel di belakang adalah penginapan kami sewaktu haji 2005/2006

NOSTALGIA HAJI 2009

Labbaikallahumalaibaik...........begitulah laungan suara-suara yang kedengaran pada setiap kali musim haji mengingatkan saya pada musim haji tahun 2009. Saya dan Cikgu Tamizi kali ke-2 pergi haji tapi kali ini kami membuat badal haji Allahyarham Ziza Amirul Shafiq  dan ayah saya. Nak dijadikan rezeki, kami baru mendaftar pada bulan Julai 2009 dan November tahun yang sama, Allah mempermudahkan urusan kami. Kesempatan yang ada, kami membawa Syafini sekali sementelah diapun telah wajib haji walaupun menggunakan wang dari ibu abah. 
2 tahun berlalu, terasa seperti baru semalam kami melalui perjalanan haji tersebut.
Kali pertama tahun 2005/2006, penerbangan kami dari KL terus ke Madinah. Sewaktu itu kami menggunakan khidmat TH Travel. Penerbangan terus ke Madinah tidak memenatkan kerana dari lapangan terbang ke penginapan di Madinah cuma memakan masa setengah jam sahaja. Tapi pada haji 2009, kami ke lapangan terbang Jeddah dulu, baru mengambil bas ke Madinah. Dah tentunya mengambil masa yang agak lama. Perjalanan sahaja dah mengambil masa 8 jam, tidak termasuk urusan-urusan yang lain. Tapi yang masih segar dalam ingatan saya sewaktu dalam perjalanan tersebut adalah keenakan nasi mandy yang diedarkan sewaktu dalam bas, walaupun hanya dibungkus dalam polisterin. Sungguh enak! Atau adakah kerana waktu itu kami kelaparan, wallahualam.
Di lapangan terbang haji Jeddah sementara menunggu bas ke Madinah