Showing posts with label pautan. Show all posts
Showing posts with label pautan. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

SUMAI SUITE HOTEL

Seperti biasa sebelum mengadakan sesuatu lawatan guru, perkara yang penting sekali yang perlu diambil kira adalah penginapan. Disebabkan jumlah yang ramai, saya perlu pertimbangkan beberapa perkara terutamanya keselesaan. Beberapa quotation telah diminta dari hotel-hotel di Kuala Terengganu. Disebabkan waktu ini adalah diluar waktu cuti sekolah, jadi agak mudah untuk mendapatkan penginapan tanpa caj tambahan. Atas nasihat seorang rakan yang tinggal di Ganu (terima kasih Nabila), katanya Sumai Hotel ini bagus. Dekat dengan bandar, dekat dengan pantai dan merupakan sebuah hotel yang agak baru. So dengan pertolongan pakcik google, saya mendapat maklumat yang diperlukan. Saya mengambil apartment 4 bilik sebanyak 4 buah dengan harga RM464 (+16% tax). Cukup untuk memuatkan 10 orang satu apartment. Sementara untuk yang family pula, saya ambil apartmen 3 bilik untuk 3 pasangan (+ kids).
Secara keseluruhannya, saya berpuashati dengan apartment yang disewa. Amat lapang., rasanya kalau nak memuatkan lebih dari 10 juga boleh asalkan ada stanby toto @ request untuk dapatkan tilam tambahan. Bersih dan cantik pemandangan. Juga dapat meninjau keindahan pantai dari balkoni apartment. Disebelahnya adalah Primula Beach Resort. 
Tak adalah gambar kali ini sebab kalau lawat laman web Sumai Suite Hotel ,  lagi dapat banyak infonya. Sumai juga menyediakan bilik-bilik standard bagi yang datang ke Ganu dengan bilangan yang kecil. Breakfast yang disediakan juga sedap dan pelbagai tapi untuk 4 orang sahaja bagi 1 apartment. Alternatifnya, saya order nasi dagang dari Nabila dan Syam. Memang sedap airtangan mak Syam.
Dengan ini saya mengesyorkan tinggal di Sumai Suite Apartment kalau pergi ke Trengganu. Memang berbaloi.

TAMAN MONUMEN TTI

"Taman monumen Taman Tamadun Islam menawarkan pelawat-pelawatnya pengalaman yang unik dengan memaparkan replika 21 buah monumen Islam yang hebat dengan mengimbas kembali zaman kebangkitan Islam sebagai sebuah agama global lagi sofistikated." ~ dipetik dari passport Taman Tamadun Islam.
Untuk perician, bolehlah ke laman web TTI 

Oleh kerana waktu tenghari dan matahari terik memancar, kami menggunakan trem untuk meninjau kawasan monumen ini. Kawasannya tidaklah besar. Jalan kaki saja dari satu tempat ke satu tempat lagi rasanya lebih menarik. tetapi masing-masing telah kepenatan, jadi inilah penyelesaiannya.
Antara monumen yang sempat saya rakamkan.
 
Masjid Sultan Ali Saifudin, Brunei. (dinamakan sempena sultan brunei yang ke 28 dan dibina pada tahun 1958. Ia direka oleh seorang arkitek dari Itali. Struktur kubah emas masjid ini merupakan binaan tertinggi di Brunei)
Di monumen Taj Mahal, terdapat tayangan video bagi memberikan penerangan lebih terpeinci tentang Istana ini. Sewaktu tayangan, ramai yang tertidur sebab kepenatan. Lagipun nyaman air-cond membuatkan mereka lagi lelap!
Taj Mahal, Agra, India  (Maharaja Mughal ke-5, Shah Jahan telah membina Istana Taj Mahal bagi mengenang kisah cinta abadinya. Ia juga sebagai simbol kasih sayang terhadap isterinya, Muntaz Mahal)
Abu Nasr Parsa, Afghanistan (di bina pada abad ke 17 dalam gaya Timurid. Antara ciri menarik makam berbentuk oktagon ini ialah 2 tiang berpusing di hadapannya. Pembinaan makam ini adalah bagi mengabadikan ahli teologi terkemuka, Khwaja Abu Nasr Parsa)

Suleyman Mosque, Turkey (masjid ini dibina pada tahun 1557 masihi, di zaman Empayar Uthmaniyyah dalam tahun ke 46 pemerintahan Sultan Suleyman. Ia menempatkan infirmari, sekolah perubatan, hospital,  kedai, penjara dan tempat penyimpanan senjata)

Great Mosque of Agadez, Nigar (masjid yang deperbuat daripada tanah yang dikeringkan dibina pada abad ke 16 pada zaman kegemilangan Agadez. Ia mempunyai menara berbentuk piramid dengan 13 baris perancah kayu untuk mengukuhkan kedudukannya.

Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia (pernah dibiarkan musnah, pembinaan semula masjid ini dijalankan setelah kejatuhan Soviet Union, Ia merupaka sorotan 1,000 tahun sejarah panjang Kazan dan rekabentuknya mengimbas kembali persekitan sejarah di zaman Kremlin

Kalyan Minaret, Uzbekistan (Menara ini telah dibina pada tahun 1127 M oleh Arsian Khan. Menara yang diperbuat daripada bata yang dibakar ini merupakan contoh gabungan kejuruteraan awam dan rekaan senibina yang sempurna.)


Thursday, June 23, 2011

SANTAI SEBENTAR......TAK DEEER...

Malam-malam ni kita santai sebentar. Sambil-sambil tu saya nak ajak belajar Bahasa Inggeris dengan orang putih ni. Dah berbelas tahun belajar Bahasa Inggeris tapi masih tak fasih2 juga. Sebabnya, kadang-kadang aje digunakan. Bahasa Jepun, insyaallah masih boleh berbicara kalau ada geng. Bahasa Arab? Syuaiya-syuaiya.
Jom, kita santai sebentar.


Dan yang di bawah ini, lebih serius. Cuba-cubalah tapi jangan sampai tergeliat lidah!




Saturday, May 28, 2011

APA AKAN JADI DENGAN KAMPUNGKU?

Ini adalah rumah ayah saya di Kampung Sungai Karang Darat, Kuantan. Berdekatan dengan Kawasan Perindustrian Gebeng. Rumah ayah dan Gebeng cuma 10.2km sahaja. Ada apa dengan Gebeng? Untuk pengetahuan, di sinilah akan dibina projek Lynas iaitu sebuah syarikat Australia yang akan memproses nadir bumi dan berisiko membebaskan radiasi kepada penduduk sekitaran. Jika projek ini tidak dibatalkan oleh pihak berkuasa, kesengsaraan kesihatan akibat radiasi akan dialami oleh penduduk setempat khasnya. Seperti apa yang berlaku di Bukit Merah . Janganlah atas nama pembangunan, rakyat jelata yamg menerima impak dari logi pemprosesan ini.
Jika mahu tahu tentang projek-projek ini, bacalah artikel-artikel dalam blog KELAB GREENBOC 
Dan yang menarik, saya akan paparkan video orang putih cakap melayu (tak adapun 'sleng kuatang) berkenaan isu ini. Saya ketepikan isu-isu politik yang lain agar kita sama-sama mendapat iktibar daripadanya.


 

Wednesday, May 25, 2011

DAH BAYAR KE BELUM?

Bukannya saya nak tanya dah bayar yuran ke belum tapi cuma sekadar ingatan, sekiranya belum bayar cukai tanah lagi, cepat-cepatlah bayar sebab hari ini dah 25 Mei. Selepas 31 Mei, jika tak bayar cukai tanah, nanti kena denda pulak. Dahlah tanah kena cukai, tak pasal-pasal nanti ada penambahan denda pulak.
Masalah nak pergi ke JB, sekadar nak bayar? Tentunya tak ada masa. Saya sarankan gunakan online payment.
Senang. Cuma sediakan resit cukai tanah yang lepas sebagai rujukan dan ke web site berikut:
JOHOR E-PAYMENT PORTAL .
Website ini mesra pengguna jika saya bandingkan dengan Pejabat Tanah dan Galian Pahang. Cubalah. Mudah-mudahkan, dengan kemudahan serba canggih ini akan lebih menjimatkan waktu kita.

NAK PERGI LAGI!!!

Episod terakhir di Kidzania Jakarta.
Ya, 5 jam di Kidzania tidak mencukupi untuk merasai ke semua pekerjaan untuk mendapatkan pengalaman di sana. Inilah antara tempat-tempat yang tak sempat 3 beradik ini nak masuk.

Menjadi pengacara televisyen di depan kamera @ membuat kerja-kerja penerbitan rancangan

Menjadi jururawat bagi merawat bayi dan diajar tugas-tugas penjagaan bayi.

Atau mungkin juga sebagai doktor gigi.

Banyaknya gigi yang rongak!

Mungkin juga sebagai pegawai penyiasat untuk menyelesaikan berbagai kes jenayah

Time's up. Tak sempat nak masuk dan jadi doktor. Lihat dari luar ajelah!

Tak sempat nak belajar buat kuih dan biskut di Bogasari
Jadi cashier di supermarket juga menyeronokkan

Sebagai pam attendant di stesen minyak
Antara cenderahati yang boleh dibeli di Kidzania
Tak puas berada di sini, mereka dah menempah untuk ke Kidzania Malaysia yang sekarang ini masih dalam pembikinan. Tak tahu bila pembukaannya.
Anyway, they have fund during the short holiday. tapi jangan lupa!! Masa dah tiba balik Malaysia.

Tunggu waktu berlepas. Bye, bye Kak Nini
Spaghetti inflight

Kesian, kena siapkan homework dalam flight!!. Bagus, manfaatkan masa sebab esok dah sekolah.

Monday, March 28, 2011

JOM NAIK KERETAPI (1)

Semenjak akhir bulan lepas, saya dok terfikir, mana nak bawa anak-anak K2 pergi lawatan tahun ini. Kalau ikutkan giliran, tahun ini TPB akan buat lawatan sekitar johor Bahru aje. Pergi zoo (yang binatangnya tak berapa nak sihat) atau melawat Muzium Sultan Abu Bakar ataupun ke Hutan Bandar.  
Apa kata tahun ini buat kelainan? Ya, jom kita naik keretapi tetapi ada masalah sikit kerana jumlah murid yang ramai untuk mengikuti pengalaman ini sekaligus adalah tidak digalakkan kerana kekurangan koc. Seperti tahun yang lepas-lepas, jumlah murid yang akan mengikuti lawatan melebihi 300 orang dengan 6 buah bas. Tapi disebabkan TPB ada ramai guru, jadi seorang guru pengiring akan mengawal 5 orang murid sahaja. 
Bagi memberikan pengalaman baru kepada anak-anak ini, maka keputusan telah diambil untuk membawa mereka menaiki keretapi. Mungkin ramai dari anak-anak ini yang tidak pernah naik keretapi. Sama juga dengan guru-gurunya (saya terkecuali)
Lawatan ini akan dibahagi kepada 2 tarikh yang berlainan. Pada 16 April cawangan TM,TR dan TIB yang akan pergi dulu mannakala pada 23 April cawangan TS (1 &2) dan TKM (1 & 2) pula yang akan menyusul.
Perjalanan dari JB Central ke Kluang dengan keretapi ekspress mungkin akan mengambil masa selama 1 jam. Kemudian mereka akan dibawa berkelah dan berekreasi di Gunung Lambak Eco-resort. 
Makluman tentang lawatan ini telah diedarkan kepada semua murid K2 di semua cawangan. Jadi sapa cepat, dia dapat pergi sebab tempat terhad  dan tarikh tutup tak lama lagi.

30 Mac 2011

Pagi semalam saya berjumpa Encik Ismail dari KTM untuk menyerahkan surat lawatan dan perbincangan seterusnya mengenai lawatan tersebut. Sempat juga saya merakamkan beberapa keping gambar di situ.

Kaunter tiket KTM

Moden dan selesa

Samaada menggunakan eskalator atau tangga

Pemandangan luar menuju ke KTM JB Central

Pembinaan masih giat dijalankan

Bangunan Komtar yang berjiran dengan bangunan JB Central 

City Square
Berikut ini saya sertakan juga link ke Gunung Lambak Eko-resort bagi ibubapa yang ingin mendapatkan info tentang tempat tu. manalah tau, kot-kot nak spend masa bersama famili pada hujung minggu kerana banyak juga tarikan di sana.  Antaranya adalah air terjun, jambatan gantung dan water park (Bayaran masuk RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak)

Friday, February 25, 2011

SESAK!!!

Begitulah keadaan di semua pusat pembayaran saman di seluruh negara. Inilah gara-gara melengahkan pembayaran saman sehingga ke saat akhir dan tarikh akhir adalah pada hari Isnin nanti. Di katakan juga bahawa semua pusat pembayaran saman juga akan dibuka walaupun pada hari Sabtu dan Ahad.
Cikgu Tamizi pun kena saman juga dan tidak terkecuali terkena kesesakan ini tapi bukanlah hari ini, Pada hari Rabu lepas tapi kerana tak mahu menunggu, ada pilihan lain untuk membayar saman. Iaitu melalui talian. Caranya pergi ke website myeg, daftar dan buat bayaran. Tak perlu berbaris dan bersesak lagi.
Nampak mudah tetapi kadang-kadang kesesakan talian juga berlaku. So kenalah bersabar dan mencuba beberapa kali. Insyaallah, dipermudahkan.
Berikut saya berikan pautan yang berkenaan.

http://app4.myeg.com.my/BM/index.html

Tuesday, February 1, 2011

SESI BERGAMBAR 2011

Sesi bergambar tahun ini dipertanggungjawabkan kepada Teacher Norifah kerana saya ke luar kota sepanjang minggu lepas. Bermacam gelagat dan riak muka anak-anak bila disuruh untuk senyum. Ada yang menyengih, ada terbuka mulut besar, ada juga yang tertutup mata. Namun gambar yang ada ini adalah yang terbaik. Harap-harapnya. Kalau nak copy, silakan ke link berikut.  
Sebahagiannya saya paparkan di sini.

Tmn. Mawar 1
Taman Mawar 2

Taman Kota Masai 1

Taman Kota Masai 2

Taman Scientex 1
Taman Scientex 2
Taman Bukit Dahlia (TIB)



Taman Rinting

Friday, January 21, 2011

CUTI 4 HARI

Bermula dengan cuti Thaipusam, diikuti dengan cuti gantian 30 Disember 2010 dan bersambung cuti Sabtu dan Ahad, dapatlah warga mybistari (TPB & TIB) bercuti panjang sikit. Kebanyakannya balik kampung dan ada yang cuti-cuti Malaysia ke 'negeri bawah bayu' Kota Kinabalu. (Emm, sape tu yek?) Mana yang ada anak dan suami pula bekerja, inilah masa untuk santai-santai di rumah sambil melayan anak melakukan tugasan rumahtangga ataupun untuk menyelesaikan perkara-perkara yang tertunda. Pendekata, kalau pandai menguruskan masa, banyak perkara yang boleh dibereskan.

Saya pula pagi semalam, dari pagi sehingga tengahari menghadiri majlis ilmu. Then sempat juga mencuba resepi baru 'jelly kelapa'. Menjadi juga rupanya tapi rasanya 'kureng' sikit kerana air kelapa sedikit dan isinya agak keras. Namun masih mendapat pujian dari anak-anak. Resepinya nanti akan diperturunkan. Memang enak dan pasti anak-anak akan menyukainya. Apatah lagi, dalam cuaca panas, nyaman sekali bila masuk mulut.  

Walaupun dah menghampiri penghujung bulan Januari, cukai pintu MPPG masih belum dibayar. Nak berurusan pada cuti umum, memanglah tak boleh. Jadi, alternatifnya adalah dengan membuat bayaran melalui internet. Mudah, tak perlu ke pusat bandar, tak perlu bayar parking dan tak perlu menggerakkan kereta. kemudian saya membuat bayaran cukai tanah pulak. Sama juga, menggunakan internet. Dalam setengah jam, dah selesai semuanya. Kalau dibuat secara manual, rasanya satu hari baru beres bagi kedua-dua urusan ini. Cukai pintu di pust bandar pasir gudang, then perlu berkejar ke Larkin untuk buat bayaran. Dan kebiasaannya kalau awal-awal tahun macam ni, ramai betul orang yang nak membuat bayaran. Belum tentu dapat beres. Jadi kalau ada kemudahan internet, cuba-cubalah. Di sini saya berikan link bagi kedua-dua tempat tersebut.

Esok pula hari bersekolah untuk anak-anak di sekolah kebangsaan. Sekolah gantian untuk cuti Tahun Baru Cina nanti. Setakat ini, pihak pengurusan di mybistari, tiada ura-ura cuti tambahan diberikan. Rasanya cuti yang ada tu, Khamis ~ Ahad, dah mencukupi. Lagipun anak-anak baru nak 'warm-up'. Kalau cuti lama-lama, nanti meragam pulak nak ke sekolah. "Monday blues"