Thursday, May 2, 2019

HELLO, HELLO KITTY! KITA BERJUMPA LAGI!


Bismillahirrahmanirrahim.
Bergambar kumpulan sebelum meneruskan aktiviti di Hello Kitty Town.

“Bob the Builder
Can we fix it?
Bob the Builder
Yes, we can!”

Alhamdulillah lawatan sambil belajar  murid-murid K1 ke Sanrio Hello Kitty Town sudahpun berakhir. Rata-rata feedback yang saya dapat dari para guru yang menyertai lawatan kali ini amat memuaskan.

Kelengkapan para peserta lawatan sedang disiapkan.

Mana bas ni cikgu? Kami dah tak sabar ni.. (TIPB)

Beratur semua untuk masuk bas.. (TIPB)

Cikgu, duduk betul-betul dalam bas, jatuh nanti. (TM)

Bergambar sementara tunggu bas sampai. (TNPB)

Jom ke Hello Kitty Town. (TNPB)

Tak sabarnya kami nak ke Hello Kitty!! (TS1)

Ingat ya cikgu pesan, tak nak berlari ke sana sini nanti kat Hello Kitty Town. (TM)
Tetapi ada juga perancangan awal yang terpaksa ditukar kerana keadaan cuaca yang tidak mengizinkan. Aktiviti luar yang sepatutnya diadakan terpaksa ditukar ke acara yang lain kerana hujan, tetapi anak-anak murid yang turut serta dalam lawatan tetap rasa seronok dan terhibur.

Alhamdulillah, kami dah selamat sampai! (TM)


Mana yang lain-lain ni? (TM)
Kami pun dah sampai!! (TMPB)
Kita nak duduk mana ni cikgu? (TNPB)

Jom kita gambar beramai-ramai dulu! (TNPB)

Beratur dahulu sebelum kami dipakaikan tag. (TMPB)

Kami dah siap pakai tag! (TS1)

Pssttt.. pandang depan, pakcik tu nak check siapa yang tak pakai tag. (TS1)

Menunggu giliran untuk naik ke tingkat 2. (TIPB)

Cuaca kurang molek, jadi kita adakan aktiviti di tingkat 2 sahaja. 

Sedia semua untuk menari!!

Alamak, step yang ni macam mana? (TIPB)

Wah.. itu Bob The Builder!! (TMPB)

Cikgu pun rasa seronok! (TS1)

Pada yang tidak tahu, mereka fikir di Sanrio Hello Kitty Town hanya ada Hello Kitty sahaja, tetapi sebenarnya bangunan empat tingkat itu turut mempunyai karakter-karakter yang lain seperti Barney, Thomas and Friends, Bob the Builder, Pingu dan lain-lain lagi. Di tingkat yang pertama khusus untuk Hello Kitty and Friends. 

Selamat datang ke Hello Kitty Town!!
Kami datang nak beraya ni Cik Kitty!! (TIB)

Kat tandas tadika tak nak letak ni ke cikgu? (TIB)

Bergambar di luar rumah Hello Kitty. (TIB)
Nanti kami nak guna penanda buku ni kat buku bacaan kami. (TIMB)

Jangan ganggu... saya tengah practice nak buat kuih raya ni.. (TIMB)

Selesanya katil Hello Kitty!! (TIPB)

Hati-hati! Jangan sampai kena patuk ular!! (TIPB)

Ishhhh.. kenapa coklat ni tak nak keluar... keluarlah..!! (TIPB)

Waaahhhh.. cantiknya meja cermin ni.. (TKM)

Terimalah persembahan dari kami, "Ramadhan tiba,.. Ramadhan tiba.." (TKM)

Mak... ayah... birthday nanti nak almari baju macam ni boleh? (TKM)


Kehadapan ibu ayah.. eh.. macam tulis kad raya pula, puasa tak habis ganti lagi ni. (TM)

Pening saya berpusing-pusing ni.. (TM)

We love you! (TM)

We are going on a quest.. kalau dalam masa sehari kami tak keluar dari sini, sila cari kami! (TM)

Nak masak apa ya hari ni? (TMPB)

Alamak, kenapa dia ni tutup muka kita? Nama dia ni apa ya cikgu? (TMPB)

Badtz Maru ni paling cool! (TMPB)

Kami dapat bergambar dengan Daniel!! (TNPB)

Kalau buku Bacalah besar macam ni, sampai umur 12 tahun kami tak habis baca. (TNPB)

Tak siap pagi ke? saya dah nak makan dah biskut ni.. (TS1)

Model-model Hello Kitty and Friends. (TS1)

Cantik tak button badge saya buat ni? (TS2)

Spread love everybody!!!!!!! (TS2)

Ala.. akak ni bila nak datang tolong kita pula ni.. (TS2)

Di tingkat kedua Barney, Bob The Builder, Pingu dan Angelina Ballerina berkongsi kawasan, dan tingkat teratas sekali milik Thomas and Friends.

Sijil dari Thomas and Friends!
Bas ni cuma pusing-pusing atas bawah je ke cikgu? (TIB)

Pak cik Bob ni tingginya macam sama je dengan kami. (TIB)
Jom semua balik naik kereta api!! (TIMB)

Comelnya Sir Topham hatt ni! (TIMB)

Aaaahhhhhhhhhhhh!!!! Tingginya kami!!! (TIMB)

Tinggi sampai mencecah awan pusingannya! (TIPB)

Bersedia semua untuk turun naik? (TIPB)

Berehat sebentar kat sini sambil tengok Barney. (TKM)

Yes!! Dapat juga jumpa Pingu!! (TKM)

Kami semua gembira di sini! (TKM)

Bestnya tempat permainan kat sini. (TM)


Betul ni eh cikgu, saya takkan jatuh.. (TM)


Kami balik kampung naik kereta api!! (TM)


Santainya duduk atas bean bag ni.. (TMPB)

Tepi.. tepi!! Kami nak lalu!! (TMPB)


Jangan lupa pakai seat belt, kami nak terbang dah ni. (TMPB)


Awak.. pandang depan.. bawa helikopter ni elok-elok!! (TS1)


Eleh kacang je game ni..(TS1)


Banyaknya kereta api kat sini.. (TS1)


Marilah bantu kami susun bongkah-bongkah ni! (TS2)


Nak lagi lapan pusingan boleh? (TS2)


Memandangkan jumlah penyertaan yang ramai, seperti biasa rombongan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan di bawah seliaan guru-guru yang turut serta. Untuk mengelakkan dari bertembung dan kesesakan, kami juga mengaturkan jadual perjalanan setiap kumpulan yang ada. Makan tengahari yang disediakan juga sedap dan mengenyangkan.

Jemput makan semua. 
Sedapnya ayam ni. 
Dah boleh makan ke belum ni cikgu ? (TIB)


Best makan kat sini, dapat makan dengan Thomas and Friends.  ( TIMB)


Sedap nasi ayam ni cikgu! (TMPB)

Antara hasil kerja tangan murid dan juga gambar yang dibawa balik oleh mereka.

Frame Barney tahun ni memandangkan bergambar di level Barney.
Bewarna warni button badge murid-murid.


Cantiknya penanda buku ni!!


Ketika yang lain sedang bersuka ria, mereka berdua menyusun atur gambar-gambar murid.

Perjalanan balik ke Pasir Gudang tidak selancar yang dirancang. Bas yang membawa murid-murid dari Tadika Inovasi Bestari dan Tadika Nur Pintar Bestari rosak. Jadi murid-murid dan guru kedua-dua cawangan itu dipecahkan untuk naik ke bas yang lain, TIB berkongsi bas dengan Taman Mawar dan TNPB berkongsi bas dengan TS2. Tetapi Alhamdulillah, selepas itu perjalanan lancar dan para peserta lawatan semua selamat kembali ke keluarga yang sedia menanti mereka.

Saya dah tak larat nak senyum cikgu.. penat.. (TNPB)
Tertidur, kepenatan. (TM)

Terima kasih kami ucapkan kepada para ibu bapa / penjaga yang memberi kepercayaan kepada kami sepanjang lawatan ini diadakan. Harapan utama kami adalah agar murid-murid yang menyertai lawatan ke Sanrio Hello Kitty Town berasa gembira. 

Minggu hadapan sudah masuk ke bulan Ramadhan. Jangan lupa hafal niat berpuasa dan doa buka puasa! Jom ready untuk berpuasa!!

~Cikgu Norifah~