Terasa amat penat. Almaklumlah seharian ke cawangan-cawangan berjumpa ibubapa sempena hari terbuka. Itupun tak sempat saya menjengah ibubapa yang datang ke Taman Mawar, kerana selepas ke Taman Rinting, terus aje berbelanja cenderahati untuk anak-anak sempena Hari Anugerah Cemerlang (HAC) nanti.
Usai solat maghrib dan membaca beberapa lembar Al-Quran, mata sepertinya tidak boleh dibuka lagi. Ah, landinglah sekejap, detik hati. Take 5 sementara menunggu azan isyak dan akhirnya...zzzzzz
Alhamdulillah, Allah memberi kekuatan untuk bangun dan menunaikan kewajipan terakhir hari ini. Jam menunjukkan 2 am. Manalah suamiku mengetehhh belum balik lagi ni. Tak apa, itu rutin dakwahnya, dan tiada terdetik di hati mencurigai yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya pengisian sewaktu mengetehhh tu dapat membuka hati dan minda ke arah Islam, dalam situasi sekarang di mana Islam telah dijauhkan dari kehidupan seharian.
Usai Qiam, teringat peristiwa tengahari tadi. GB menelefon, ada bapa tak nak bayar yuran dan tak nak menyambungkan persekolahan anak untuk november nanti. Kami berbicara sebentar lewat telefon dan saya bertanya apa alasan tidak mahu menyambungkan persekolahan anak.
"Tadika ini tak bagus" katanya. Luahan ikhlas dari seorang bapa. Saya ter'emosi juga dengan alasan itu tapi bila muhasabah diri, syukur kerana luahan itu datangnya dari seorang bapa yang tidak puashati dengan perkhidmatan kami. Itu haknya untuk menyuarakan rasa kerana dia membayar untuk mendapatkan khidmat yang terbaik. Ada cerita disebaliknya yang membuatkan dia marah, kami pun telah berbincang sebelum, guru pun telah meminta maaf di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap anak tersebut tapi nampaknya masih ada yang tak settle, dan akhirnya, tadika ini tidak bagus.
Cikgu Tamizi selalu berpesan kepada semua ibubapa, kalau baik beritahu rakan, kalau tak baik beritahu kami. Nampaknya bapa tersebut memang ingatkan pesanan Cikgu Tamizi. Terima kasih kerana memberitahu kelemahan kami.
Doa saya, semoga parent tersebut dapat mencari tadika yang bagus untuk anaknya. Lagipun di kawasan itu banyak pilihan, nak yang murah ada, nak yang mahal ada, nak English medium ada, nak agama lebih pun ada. Pendek kata, tepuk dada tanya selera. Semoga dapat apa yang diinginkan.
Saya bersetuju dengan apa yang dikatakan'TADIKA INI TIDAK BAGUS". sebagai pengusaha tadika, cubalah pantau cikgu-cikgu yang mengajar.. Ini tidak baru sebulan pergi sekolah dah takut, sebab cikgu garang sangat dan suka pukul.. jangan nak salahkan parent sahaja.. Bukan sebab duit, tetapi mentality budak kena dijaga bermula seawal 5 tahun lagi. Pada usia tersebut pemikiran mereka perlu dijaga dan dipupuk supaya sukakan sekolah.
ReplyDeletex ada yg sempurna kerana yg baik datangnya dari Allah...
ReplyDeleteMemang telah terdengar di telinga perhatian dilebihkan pada Tmn Mawar tapi alhamdulillah.. anak saya idak pula ketinggalan selama ini malah pencapainya masih boleh di banggakan...
Saya tetap memilih Tadika ini untuk anak saya bagi tahun hadapan.. Moga segala usaha pihak tadika untuk menjadi terbaik di berkati..
Note:- tetiba teringat kenangan kakaknya dulu .. asal pergi skolah asyik menangis rupanya x buat homework.. pasal ibunya pun sibuk kerja sampai lupa nak menjengah beg skolah anak.. lagipun rasanya genetik.. (kemana tumpahnya kuah kalau x ke nasik) alahai.. ragam anakku!!!
Pn Zainon, bagi saya bagus atau tidak bukan 100% dari guru tetapi dari ibubapa juga.ini baru tadika macamana kalau anak di hantar sekolah rendah kebangsaan, kalau la pintar bistari ade sekolah kebangsaan saya akan hantar anak2 kesana tuk belajar. guru hanya meberi tunjuk ajar tetapi ibubapa mesti beri extra ilmu di rumah. kdua-dua anak saya belajar di pintar bistari.alhamdulillah... saya puas hati, bila ade homework saya sama2 belajar dgn dia sbb saya pun part time student.setakat ini naka saya mencapai beyond my expectation..and my boss said..if the child good in sempoa means she is good in maths....so...million thanx to all the teachers in tadika pintar bistari in tmn scientex 2.
ReplyDeleteCikgu Zainon.
ReplyDeleteAlhamdulilah, 2 tahun anak saya di tadika ini banyak perkembangan yang saya lihat diluar jangkaaan. Masuk ke tadika dengan zero akhirnya keluar dengan result yang cukup menyenangkan. Tahniah dan terima kasih buat semua guru-guru cawangan TS2. Anak saya boleh membaca dgn lancar malahan ketiga-tiga bacaaan dapat dikuasai dengan baik... alhamdulilah berkat usaha guru2... saya sendiri pun seperti cikgu zainon part time student terkejar2 melihat buku anak selain buku sendiri ditambah dengan kerja di sekolah dan tanggungjawab pada keluarga.... Kerjasama 2 pihak perlu ada.... Keikhlasan hati seorang guru itu bukan kita lihat dari segi luaran tapi lihatlah dari hasil yang kita perolehi... mana ada guru yang tidak ingin melihat perkembangan anak muridnya dari masa ke semasa dengan peningkatan yang cukup menggembirakan sebab itulah kayu pengukur bagi seorang guru mengatasi cabaran professionnya....semoga guru2 di tadika ini lebih tabah meghadapi kerenah anak2 kecil ini.... setiap usaha mudah2an diberkati.....amin...
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteBetul ke ada guru yang garang mengajar murid 5 tahun? ank kwn sy takut dan tak nak pergi sekolah dah. 5 tahun tak wajar guru terlalu tegas, murid baru melangkah ke dunia prasekolah dan sepatutnya mereka gembira ke sekolah..sekolah yang bagus tidak semestinya bagus untuk murid2.
ReplyDeleteSaye mmg sgt setuju pintar bistari mmg x bagus..saye rase menyesal x sudah hntar ank saye 2 thn di situ..penyelia ok..tp guru2 nyer y x ok..tp x smue la.ank saye hari2 x nk pegi skolah....patut cikgu amik hati bdk2 tp sebaliknyer..
ReplyDeleteSaya rasa pandangan buruk ibu bapa harus di kaji sebelum menuduh. Pada 2 bulan pertama hantar anak ke NUR PINTAR BISTARI, TAMAN RINTING saya menyesal. setiap kali nk suruh anak ke sekolah dia akan menangi sbb x nak sekolah, dia ckp cikgu selalu denda dia, takut cikgu marah...bla bla bla.
DeleteTapi, setelah diselidik sbnrnye cikgu hy mtk berdiri dan siapa yg dpt jwb boleh duduk (lebih kurg macam tu la). Dan, kite sbg ibu ayah turu kene sabar dan ajar perkara2 baek kpd anak, hormat pd cikgu, ajar perkara2 baek.
Cuma, pada pandangan saya.... mungkin..... silibus ketat drp sekolah buat anak2 stress, x ada social time, nak bermain ngan kwn2 even tim rehat buat anak2 lbh rasa x seronok. Anak saya ade bgtau yg dia x leh ckp (anak saya kuat berckap) masa rehat, balik sekolah apatah lagi masa belajar. Maybe time sukan dan seni sahaja dia dpt semabng2, klo masa dia dia balik senyum ke telinga.
Jadi, saya hrp pihak sekolah boleh longgar kan sikit silibus pembelajaran kerana mereka hanyalah 5 dan 6 tahun... cadangan saya tambah kan dlm 20-30 minit utk masa ber sosial.
-just my 2cents-
Secara jujur saya rasa sekolah ini mempunyai silibus pembelajaran yang sgt baik. Dalam masa 3 mgu anak saya dah pandai membaca. dan selpasa 5 bulan dah bca agak lancar dgn full word with 'ng'.
ReplyDeleteJika dibandingkan dgn sekolah2 lain yg kwn saya htr, ramai ckp sekolah di bagus - sya maksudkan Nur Pintar Bistari. Cuma home work terlalu byk. Expectation kanak2 ke sekolah utk jumpa kawan2 tp kecewa bile nama kawan pun dorg tk tahu sbb asyik belajar.
Jadi pendapat saya:
SEKOLAH NI BAGUS!
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteIni tidak betul.Anak sy sekolah dekat tnpb tmn rinting ok je.. Xde cakap or ngadu ape2 pon pasal cikgu2. Suke je pi sekolah. Bab belajar tu mmg sy bg 5 bintang la kat tadika ni. Mana tidak baru 3 bulan sek (sebelom pkp) da bleh baca,menulis n mengira. Ct pkp pon still belajo gune vc dengan cikgu. Ape2 pon tadika ni mmg bagus... Tlg betulkan kalo saya salah. 😁
ReplyDelete