Showing posts with label buku yang kubaca. Show all posts
Showing posts with label buku yang kubaca. Show all posts

Sunday, March 25, 2012

KONSTANTINOPEL (ISTANBUL)

Kenapa Turki? 
Itulah pertanyaan yang ditanyakan kepada kami bila ke Turki baru-baru ini. Bukan keinginan kami hanya untuk melihat Hagia Sophia, Masjid Biru, Istana Topkapi, Selat Tanduk Emas, Selat Bhosporus, City Wall (Kota Konstantinopel) , namun sebenarnya lebih dari itu.
Masjid Biru (luaran)
Dalam Masjid Biru

Keindahan kubah masjid yang tiada taranya

Hagia Sophia (sebelumnya gereja, kemudian masjid dan sekarang muzium)
Istana Topkapi (luaran)
Replika Istana Topkapi secara kesuruhannya.

Pemandangan Teluk Bhosporus yang diambil dari beranda Istana Topkapi yang juga boleh nampak City Wall
Keinginan kaum Muslim menguasai Konstantinopel lebih mulia dari hanya sekadar penghargaan, kekuasaan apalagi material, Konstantinopel lebih dari itu. Ia adalah sebuah kota yang dijanjikan kepada kaum Muslim oleh Rasulullah saw. 

Berkata Abdullah bin Amru bin Ash: "bahawa ketika kami duduk di sekeliling Rasulullah untuk menulis, lalu Rasulullah saw ditanya tentang kota manakah yang akan futuh (dibebaskan) terlebih dahulu, Konstantinopel atau Rome? Maka Rasulullah saw menjawab, "Kota Heraklius terlebih dahulu', yakni Konstantinopel. (HR Ahmad) 

Oleh kerana itu, ekspedisi Sultan Mehmed 2 (Muhammad Al-Fatih) bukanlah ekspedisi yang biasa, ekspedisi yag dipimpinnya pada 1453M adalah ekspedisi kerinduan selama 825 tahun. Ekspedisi ini adalah puncak dari kekerasan niatnya atas Konstantinopel, nama yang telah memenuhi benaknya selama 23 tahun lamanya. Nama yang juga menghantarkannya menjadi panlima terbaik yang sempat diisyaratkan oleh Rasulullah saw dari lisannya.

"Sungguh, Konstantinopel akan ditaklukkan oleh kalian. Maka sebaik-baik pemimpin adalah pemimpinnya dan sebaik-baik pasukan adalah pasukan yang menaklukannya". (HR Ahmad)

Bagi kaum Muslim, nama Konstantinopel bererti kemuliaan yang telah dijanjikan oleh Allah dan Rasulnya dalam bisyarah mereka. Ramai dari kaum Muslim akan menyiapkan iwa dan harta mereka untuk menjadi pasukan yang membebaskannya. Mental kaum Muslim pun telah dari awal dididik untuk menjadi seorang kesatria yang mempunyai tugas untuk mengelola dunia dan seisinya. Pada awal pembentukan para sahabat, Rasulullah sentiasa mengarahkan visi mereka menjadi visi global, iaitu pembebasan seluruh dunia. Bagi kaum Muslim, Konstantinopel adalah penantian 825 tahun dan para syuhada telah menyirami tanah itu dengan darah suci mereka untuk menumbuhkan kemenangan di tanah itu, maka tidak hairan apabila janji Allah dan Rasul ini menjadi suatu sumber energi yang tidak terbatas, menyalakan api pengorbanan dan jihad fi sabilillah dallam setiap masa dan setiap kepimpinan. 

Konstantinopel sendiri bukanlah kota yang lemah. Kedudukannya sebagai ibukota Byzantium, pewaris satu-satunya imperium Romawi menjadikannya memiliki semua teknologi perang dan kejayaan sistem militer Romawi yang sempat memimpin dunia, wilayah lautnya sangat luas dan armada lautnya menjadi yang terbaik pada masanya. Tembok Konstantinopel mempunyai prestasi selama 1123 tahun menahan 23 serangan yang ditujukan kepadanya. Hanya sekali saja tembok bahagian lautnya pernah ditembus oleh pasuskan salib pada 1204, selain itu semua serangan berjaya dipatahkan oleh pasukan pertahannya. Wajarlah penduduk dan pasukan Konstantinopel merasa berada di atas angin ketika Sultan Mehmed 2 mengepung Konstantinopel. 

Beginilah sedikit mukaddimah dari buku yang saya baca setelah kembali dari Istanbul yang bila membacanya, membuatkan saya faham bahawa janji Allah adalah benar dan setelah menghayati buku ini, seperti saya juga berada bersama dalam penaklukan Kota Konstantinopel itu. Dan insyaallah, saya akan kembali lagi ke Kota Konstantinopel (but not in winter). Spring perhap!


Tuesday, December 27, 2011

WELCOME BACK

Welcome back to Mybistari. 
Menyepi bukan bererti tiada. Saya masih lagi dengan rutin harian, walaupun dalam cuti sekolah. Sekurang-kurangnya dalam waktu menyepi tu, saya telah dapat menghabiskan satu buku tebal bertajuk "Khulafa Ar-Rasyidin & Daulah Islam". Sungguh teruja saya dengan isi kandungan buku yang sarat dengan sejarah dan fakta-fakta menarik hingga dapat menghabiskan pembacaan kurang dari seminggu.  Tapi masih kalah dengan Cikgu Tamizi yang sentiasa membaca buku dengan berbagai 'aksi' bagi melawan kepenatan. Dan kadangkala saya lihat, buku yang baca dia....
Dalam waktu menyepi juga, saya penuhi dengan halaqah mingguan yang dah tentunya perlukan persediaan dengan membaca. Juga baru saja terasa lega setelah menghabiskan 'presentation' saya dengan tajuk Negara-negara industri, maju berkembang kerana menerapkan sistem pasar dan perdagangan bebas. Salah satu tajuk dari buku Mitos-mitos Palsu Ciptaan Barat karya Adnan Khan dengan tajuk aslinya "Geopolitical Myths" yang saban bulan akan dikupas dan dibahas tajuk oleh individu yang terbabit. Menarik tajuk ini kerana dari sinilah saya mengetahui apa bendanya LAISSEZ-FAIRE yakni salah satu doktrin ekonomi dalam sistem kapitalis. 
Dan akan menyusul 'presentataion' seterusnya 8 Jan ini. Saya masih belum memikirkan tajuknya tapi besar kemungkinan akan membahas tajuk Negara Moderat ~ pujian yang menipu!. Mudah-mudahan berhasil.
Sepanjang waktu menyepi, sebenarnya tadika tidak sepi malah riuh dengan suara anak-anak kerana adanya program PRA-TADIKA 2012 yang bermula 5 Dis dan berakhir 22 Dis, yang nanti akan saya ceritakan dalam entri berikutnya beserta gambar-gambar yang akan menjadi kenangan bagi anak-anak dan ibubapa yang terbabit. Dan setelah 3 minggu berinteraksi dengan kawan dan guru-guru, anak-anak ini telah bersedia untuk bersekolah pada 2 Januari nanti. 
Tadika juga tidak sunyi dengan kunjungan dari ibubapa yang datang membuat pembayaran yuran dan pengambilan keperluan berserta membuat pendaftaran tadika "last minute" buat anak mereka. Bagi tadika-tadika yang "full house" seperti Taman Kota Masai 1 & 2, serta Taman Scientex 1, maaflah kerana tidak dapat memenuhi permintaan ibubapa mendaftarkan anak ke Tadika Pintar Bistari. Insyaallah, tadika lain yang berdekatan juga tiada apa kurangnya, mungkin boleh mencuba di sana. 
Sepanjang waktu menyepi tu, kat rumah pun memang sepi sebenarnya kerana ketiadaan anak-anak kerana balik kampung di Gancong, Pekan. Kami macam 'newly-wed couple'.Walaupun dah 22 tahun berkahwin, tapi makin lama makin intim. Jangan jealous!

Friday, November 11, 2011

PERGUNUNGAN UHUD

Kemudian kami beredar ke kawasan pergunungan Uhud. Tempat terjadinya Perang Uhud di mana bapa saudara Nabi saw, Hamzah dan 70 orang dari kaum muslimin lain terbunuh dalam perang ini yang berlaku setelah 2 tahun hijrah Nabi saw ke Madinah. 
Perkuburan para syuhada Perang Uhud
Abu Daud dan Al-hakim meriwayatkan tentang keutamaan para syuhada yang terbunuh di Perang Uhud. Rasulullah bersabda, "Ketika saudar-saudara kalian terbunuh di Uhud, Allah meletakkan arwah mereka dalam perut seekor burung merpati hijau yang mendatangi sungai-sungai di syurga, memakan buah-buahannya dan bersarang di lampu yang terbuat dari emas yang tergantung di naungan Arasy, tatkala mereka merasakan kenikmatan makan, minum dan tempat bermalam. Mereka berkata, "Siapa yang mahu menyampaikan kepada saudar-saudara kami bahawa kami di syurga hidup dan diberikan rezeki, agar mereka tidak meninggalkan jihad dan mundur daripada peperangan?'.  Lalu Allah berfirman, "Aku yang mewakili kalian untuk menyampaikan kepada mereka." Lalu Nabi bersabda, Maka Allah menurunkan ayat 169 dari surah Al-Imran: 

 A169
Dan jangan sekali-kali engkau menyangka orang-orang yang terbunuh (yang gugur Syahid) pada jalan Allah itu mati, (mereka tidak mati) bahkan mereka adalah hidup (secara istimewa) di sisi Tuhan mereka dengan mendapat rezeki. (petikan dari buku Sejarah Madinah Al-Munawarah


Dalam Perang Uhud ini juga Rasulullah saw terluka di bahagian wajah. Gigi antara gigi seri dan gigi taringnya tercabut. Ada di antara para syuhada diperlakukan buruk oleh orang-orang kafir. Perut mereka dibelah. Telinga dan hidung mereka dipotong-potong. Bahkan Hindun Binti Utbah dan wanita-wanita Quraisy menjadikan hidung dan telinga syuhada ini sebagai gelang kaki dan tangan mereka. Hindun juga menghadiahkan gelang kaki, gelang tangan dan anting-antingnya kepada budak bernama Wahsyi, yang membunuh Hamzah bin Abdul Mutalib, sebagai imbalan atas berjayanya dia membunuh Hamzah.  (Petikan dari Sirah Ibnu Hisyam, Jilid 2)

Abdullah bin Jahsy juga turut syahid. Beliau merupakan salah satu keluarga elit Quraisy dan termasuk anak saudara Rasululah saw dari jalur ayahnya. Hidungnya dipotong-potong-potong dan tubuhnya dirobek-robek. Sebelum Perang Uhud, beliau pergi ke satu tempat bersama Saad bin Abi Waqash. Di tempat itu, keduanya bersepakat, bahawa salah seorang dari mereka berdoa, sementara yang sorang lagi mengaminkan. Di antara doa Abdullah bin Jahsy adalah " Ya, Allah, pertemukanlah aku dengan lawan yang sangat kuat dan cepat marah. Aku akan memerangi dia di jalanMu dan dia pun memerangiku. Lalu dia menangkapku, lalu memotong telinga dan hidungku. Jika aku bertemu denganMu kelak, Engkau bertanya, "Hai Abdullah, mengapa hidung dan telingamu terpotong?, Lalu aku menjawab, hidung dan telingaku terpotongdi jalanMu dan rasulMu. Engkau pun berfirman, "Engkau berkata benar" (Diriwayatkan oleh al-Hakim dan al-Baghawi)
Betapa agung dan indahnya doa Abdullah. Jiwanya adalah jiwa yang menjual apa saja yang dimiliknya kepada Tuhannya dan sesuatu yang pahit menjadi manis baginya. Doa seperti itu hanya mungkin keluar dari seorang yang menikmati dan merasakan manisnya jalan kebenaran demi menegakkan Islam. Tidak ada satu yang dia dambakan, kecuali mendapat keredhaan Allah SWT. Tidak ada perkara yang dia dambakan selain bertemu denganNya dalam keadaan taat dan gugur di jalanNya.    (Petikan dari buku: Pesan-pesan Mengugah: Dr.Najih Ibrahim)


Thursday, November 10, 2011

MASJID QUBA

Selama 8 hari di Madinah, ziarah ke tempat-tempat menarik dan bersejarah diatur oleh pengelola haji. Antaranya adalah tempat ini.
Masjid Quba sekarang
Inilah masjid yang pertama sekali didirikan di Madinah oleh Rasulullah saw setelah berhijrah ke sana. Allah swt telah menyebutkan tentang masjid ini dalam Al-Quran surah At Taubah: 108

A108
Jangan engkau sembahyang di masjid itu selama-lamanya, kerana sesungguhnya masjid (Qubaa' yang engkau bina wahai Muhammad), yang telah didirikan di atas dasar taqwa dari mula (wujudnya), sudah sepatutnya engkau sembahyang padanya. Di dalam masjid itu ada orang-orang yang suka (mengambil berat) membersihkan (mensucikan) dirinya; dan Allah Mengasihi orang-orang yang membersihkan diri mereka (zahir dan batin)

Ketika Nabi saw berhijrah ke Madinah, setiap sahabat menginginkan Rasulullah saw tinggal di rumah mereka. Beliau menangani masalah ini dengan melepaskan tali untanya, dan membiarkannya mencari tempat berhenti. Akhirnya unta itu berhenti di tempat unta milik Sahal dan Suhail, dua anak yatim Amru bin 'Auf. Beliau kemudian membeli tanah itu dan di atasnya didirikan masjid. Sementara di sekitarnya dibangun petak-petak rumah beliau dan keluarganya. Baginda membangunkan masjid dan rumah bukan untuk menyakiti orang. Bentuknya sangat sederhana, tidak memerlukan biaya yang banyak dan tidak memerlukan kerja besar. Masjidnya berupa halaman luas yang 4 sisi temboknya dibangun dari batu merah dan tanah liat. Sebahagian atapnya dari pelepah kurma dan bahagian yang lain dibiarkan terbuka. Salah satu serambinya dikhususkan untuk tempat bermukimnya kaum fakir yang tidak memiliki tempat tinggal. Di waktu malam, masjidnya tidak diberi cahaya lampu kecuali pada waktu shalat 'Isya. Penerangnya diambil dari jerami yang dibakar di tengah-tengah masjid.  (Dipetik dari buku Ad Daulah Al Islamiyyah : Taqiyuddin An-Nabhani, ms, 60 ~ 61)

Masjid Quba juga menjadi pusat perhatian kaum muslimin dan para penguasa. Diriwayatkan bahawa Saidina Umar telah memperbaharuinya, begitu juga Saidina Uthman telah meluaskannya dan memundurkan mihrabnya ke arah selatan. Begitu juga Saidina Umar bin Abdul Aziz ketika dia menjabat sebagai gabenur Madinah (87 ~ 89H), ia mengukirnya, memperluaskannya dari sisi bahagian utara, lalu membuat menara untuk adzan yang pertama kali. Setelah itu pembaharuan demi pembaharuan terus terjadi, hingga tiba pada masa Sultan Mahmud II (1245H) dan masa pemerintahan putranya Abdul Majid. 


 Pada tahun 1388H, Raja Faizal bin  Abdul Aziz memerintahkan agar masjid ini diroboh dan dibangunkan semula dengan model bangunan moden dan indah serta meluaskan sisi utara. Pada 1405, Raja Fahd memerintahkan lagi agar diperluaskan sehingga keluasan keseluruhan mencapai 13,500 meter persegi. Masjid ini memiliki 56 kubah kecil dan 6 kubah besar, serta 4 menara adzan. Bahagian tengahnya yang terbuka ditutup dengan terpal yang bergerak secara elektrik. Masjid Quba ini dapat menampung lebih kurang 20,000 jemaah shalat (petikan dari buku Sejarah Madinah Al-Munawarah, ms 108 ~ 111)
 
Antara menara adzan yang kelihatan

Masjid berwarna putih berlatarbelakangkan langit yang membiru
Dan sudah tentu terdapat ramai peniaga-peniaga yang sentiasa memujuk jemaah membeli kurma basah dan tasbih mutiara. Dan bermulalah agenda shopping-shopping jemaah ini.  

Sunday, February 20, 2011

AGAR BEKERJA MENUAI BERKAH

Bekerja merupakan salah satu ibadah yang telah ditetapkan oleh Allah swt. Disamping untuk memperolehi nafkah yang halal dan baik, bekerja juga merupakan perwujudan hubungan ta'awuniyyah (tolong menolong) di antara sesama muslim.
 
Alhamdulillah, cuti hujung minggu ini saya dapat habiskan satu lagi buku bertajuk Agar Bekerja Menuai Berkah ~ Bekerja di Bawah Naungan Sunnah Rasullullah. Penulis: Syamsuddin Ramadlan al-Nawiy. 
Bukunya tak tebal, 120 ms sahaja dan kalau tekun, 3 jam non-stop dah boleh habis. Antara daftar isi:

Bab 1: Ketentuan Dalam Hal Nafkah
Hukum menafkahi keluarga dan orang yang berada di bawah tanggungan
Golongan yang wajib diberi nafkah
~ Anak dan isteri
~ Wanita yang ditalak bain dalam keadaan hamil
~ Dua orang tua
~ Anak-anak kecil dan tidak mampu
~ Pembantu yang menjadi kewajipan tuannya
~ Binatang peliharaan
Gugurnya kewajipan memberi nafkah
Syarat-syarat menerima nafkahIsteri 
Isteri islam, suami kafir
Pendapat mazhab
Kadar nafkah yang diwajibkan
Peranan negara dalam menjamin nafkah rakyatnya
Larangan menelantarkan orang yang wajib dinafkahi

Bab 2 ~ NAFKAH YANG HALAL DAN BAIK
Menafkahi keluarga dengan nafkah yang halal dan baik
Nafkah dari hasil usaha sendiri
Larangan menjadi peminta-minta
Keadaan yang membolehkan seseorang yang meminta-minta

Bab 3 ~ BEKERJA DAN KEUTAMAANYA
Islam memotivasi untuk bekerja
Keutamaan bekerja
~ Bekerja untuk menjaga kehormatan dan kemuliaan diri
~ Bekerja untuk menutupi dosa
~ Bertemu Allah dengan wajah berseri-seri
~ Memudahkan terkabulnya doa

Bab 4 ~ ORIENTASI BEKERJA
Bekerja dengan orientasi akhirat
Perbuatan yang berorientasi akhirat

Bab 5 ~ ADAB-ADAB BEKERJA
Amanah dalam bekerja
Tidak berlaku curang atau khianat
Tidak merampas hak orang lain
Tidak menipu dan berdusta
Tidak besumpah palsu
Tidak mengambil suap @ rasuah
Tidak mengeksploitasi kecantikan dan ketampanan
Tidak menghibah
Tidak berkhalwat dan bertabarruj
Tidak memata-matai

Bab 6 ~ TIPS DARI RASULLULLAH UNTUK KELUAR DARI KESULITAN HIDUP
Mengadu dan berharap hanya kepada Allah swt
Bertakwa kepada Allah swt
Memperbanyak istighfar kepada Allah
Sabar dan memperbanyak membaca La Haula wa laa Quwwata Illa Billahi
Beribadah sepenuhnya kepada Allah swt
Tawakal kepada Allah
Gemar bersedekah dan memudahkan urusan orang lain.

SINOPSIS
Di tengah kehidupan yang materialistik-kapitalistik, rasa-rasanya sangatlah sulit bagi seorang muslim untuk mendapatkan penghasilan dan nafkah yang baik. Pasalnya, hampir semua pekerjaan telah tercemar dengan praktik-praktik yang diharamkan oleh Allah swt. Rasuah, riba, manipulasi, ghibah, memata-matai dan sebagainya telah menjadi semacam budaya kerja yang sangat sulit untuk dihindari. Kerja tidak lagi dipandang sebagai ibadah yang mesti mengikuti ketentuan halal dan haram. Akan tetapi, kerja hanya dipandang sebagai cara untuk memperolehi penghasilan dan harta sebanyak-banyaknya. Akibatnya, prinsip-prinsip syariat diketepikan, bahkan dibuang jauh-jauh demi apa yang dinamakan "profesionalism" dan capai-capaian material. Padahal, nafkah yang halal dan baik merupakan kunci diterima atau tidaknya ibadah kita di sisi Allah swt.
Betapa banyak orang menjalankan ibadah kepada Allah swt namun dengan pembiayaan yang haram dan tidak baik. Mereka juga terus berdoa memohon kepada Allah swt dengan berbagai macam permintaan dan harapan, sementara itu pakaian yang mereka kenakan, makanan yang mereka makan berasal dari penghasilan haram, bagaimana doanya boleh diterima!
Insyaallah, buku ini akan memberikan panduan praktis agar kita benar-benar mendapat penghasilan yang halal dan baik dan memperolehi kehidupan yang penuh keberkatan. Lebih dari itu, buku ini merupakan rujukan berharga yang patut dimiliki oleh setiap muslim yang mendambakan keberkatan dan kebahagiaan hidup hakiki. 

Kepada yang berminat untuk memiliki buku ini, boleh hubungi saya.