Showing posts with label keputusan. Show all posts
Showing posts with label keputusan. Show all posts

Sunday, December 9, 2012

NANA OH NANA

Puteri saya yang kedua. Ziza Amira Syafina. Alhamdulillah, result UPSR baru ini, dapatlah 5A. Tahniah Kak Nana dari ibu dan abah. Inilah hasil yang Kak Nana dapat setelah bertungkus lumus belajar untuk periksa. Gembira kan!. Walaupun ibu agak bimbang menjelang periksa esoknya, Kak Nana masih sempat buat kek ini untuk kawan-kawan dan cikgu kelas, Cikgu Ilham.

Doa Nana buat kawan-kawan.
Nana dan Caca
Nana dari kecil memang cute. Kulit putih hingga mak sedaranya panggil Cik Putih. Tapi bila dan besar, kulit semakin gelap. Dengan rambut yang ikal, lesung pipit yang dalam, menambahkan kekiutannya. Tapi sayang, amat gembeng hingga sampai darjah 2 pun masih menangis kat sekolah lagi. Ha, ha, ha. Mujurlah kak Nini ada kat sekolah tu (SKTR2). Sebab itu, saya tidak mengharapkan lebih-lebih. Dalam kegembengannya tu, Kak Nana terpilih juga jadi pengawas dari darjah 4 hingga darjah 6. Dan dia semakin matang, makin boleh berdikari. Amat saya kagumi, rajin mencuba sesuatu yang baru dan amat pandai berniaga. Buat kuih, meniaga kuih, buat sepit dari kain felt, itupun dijualnya. Walaupun tak balik modal, tapi rajin mencuba dan tak malu-malu. Ini yang buat ibu bangga dengan Kak Nana. Very impressive.

Tapi sekarang Nana dah jauh dari saya, Dah kat Bogor. Dah kat sekolah barunya. Inilah SMAIT Insantama.
Sekolah calon pemimpin.
Hari-hari awal Kak Nana masa di Insantama.

Dengan uniform baru, mula berangkat ke asrama

Belajar menyesuaikan diri di rantau orang

Jom baca ADAB SISWA
Di Insantama juga saya pernah dijemput sebagai pembicara sempena ulangtahun ke 10 sekolah ini pada tahun lepas.

Bersama Ibu Fridani dari Australia


Bersama orang-orang yang hebat juga.

Bapak M. Karebet Widjajakusuma, pakar Motivaksi Metanoiac

Bapak Rahmat Kurnia, Pengurus Yayasan Insantama Cendekia
Semoga Kak Nini dan Kak Nana jadi orang-orang yang hebat juga. Menjadi pemimpin. Pemimpin diri dan masyarakat.

Ibu rindu Kak Nana. Jumpa 19 Disember nanti ya! 

Sunday, November 18, 2012

KEPUTUSAN UPSR ONLINE

Esok 19 November 2012, keputusan UPSR akan keluar. Maka sibuklah ibubapa bawa anak ke sekolah untuk ambil keputusan. Kalau tak nak pergi ke sekolah, gunakan aje kemudahan online @ sms sahaja. Tak perlulah saya bercerita bagaimana nak online @ sms, baca aje link ini. KLIK DI SINI

Bagaimana dengan saya? Online ajelah lihat keputusan Kak Nana. Lagipun tuan punya diri dah tak ada kat sini. Nun di seberang sana. Di Kota Bogor. Dahpun masuk ke Tingkatan 1 (SMP). 

Senyum menawan dengan lesung pipitnya yang dalam

Semoga menjadi anak yang solehah. Inilah doa ibu dan abah.
Bye-bye ibu, Bye-bye Fatih, Bye-Bye Caca
Hari Khamis habis periksa, hari Isnin abahnya dah angkut ke Bogor. Kenapa cepat sangat? Mungkin itu yang menjadi tanda tanya. Sebenarnya di Indonesia, sesi persekolahan bermula pada bulan Julai. So bila dia pergi September lepas, bermakna dah 2 bulan ketinggalan pelajarannya. 2 minggu di sana, dah ada ujian. Ini keputusannya:  (kkm tu adalah markah lulus)
pendidikan islam - 49  kkm - 76
pendidikan kewarganegaraan - 77 kkm - 76
bhsa indon - 82: kkm - 75
BI - 99 kkm - 75
mths - 84 kkm - 75
sains - 31 kkm - 75
ilmu pengetahuan sosial (geografi) 45   kkm - 76
seni - 65    kkm - 75
PJ - 59    kkm - 76
komputer - 40    kkm - 75
bahasa sunda - 60    kkm - 75: 
pendidkan lingkungan hidup - 56    kkm - 75

Takpelah Kak Nana, walaupun banyak yang merah, tapi kira orait jugalah keputusan tu. Yelah, cuma 2 minggu aje belajar, dah periksa. Masih dalam proses menyesuaikan diri.

Result Kak Nini, alhamdulillah. Walaupun banyak aktiviti dan jawatan yang dipegang kat sana tapi masih boleh perform. Keep it up!!

pendidikan kewarganegaraan - 80
pendidikan agama - 80
bhsa indon - 88.30
bhsa inggeris - 87.50
mths - 78
fizik - 75
biologi - 95
chemistry - 84
komputer - 100
bhsa arab - 93.50
tahfiz - 75

Semoga keputusan yang bagus menyebelahi Kak Nana. Apa pun Kak Nana dah usahakan yang terbaik. Kita tengok ajelah esok ya!

Thursday, May 24, 2012

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN SEM. 1 (2012)

Wah! Ramai ibubapa yang menunggu dalam debaran. Nak tahu dan lihat keputusan exam anak masing-masing. 
Seperti yang telah dimaklumkan dalam website tadika, keputusan dapat dilihat pada 25 Mei 2012 (Jumaat)
Sila ikut arahan berikut:

Klik Ikon E-Waris ( Laman Utama ) -> Klik Login -> Pilih cawangan & Masukkan No. K/P (ibu atau bapa) -> Klik masuk -> Klik laporan akademik (Ikon di bahagian atas) ->Pilih Peperiksaan Semester 1 -> Klik Ikon Print Slip.

Kalau ada kemudahan printer kat rumah, dah boleh cetak keputusan sekali. Tetapi, maaflah, tiada dinyatakan kedudukan di dalam kelas dalam slip tersebut. Kalau nak tahu kedudukan dalam kelas, kenalah datang jumpa cikgu sewaktu hari terbuka nanti pada 6 & 7 Jun. Kami cuma akan masukkan gambar TOP 3 tetapi masih dalam pembikinan dan berpeluh-peluh orang yang diberi tanggungjawab tu. Kesian!

 

Thursday, October 27, 2011

MACAM-MACAM RASA

Berbaris-baris senarai username di lamanweb tadika semenjak awal pagi tadi. Debaran ibubapa untuk melihat keputusan anak-masing-masing telah tercapai. Macam-macam rasa ada. Sudah pastilah seronok bila melihat kedudukan anak di ranking yang terbaik. Tidak kurang ada yang kecewa kerana keputusan anak tidak memberangsangkan. Peperiksaan di tadika bukanlah segah seperti UPSR, PMR ataupun SPM. Penilaian bukan hanya kepada markah-markah di dalam kertas peperiksaan. Penilaian kami sebenarnya berterusan sepanjang tahun, samada K1 mahupun K2. 
Kita imbas kembali anak-anak K1 sewaktu memasuki alam tadika Januari lepas. Mungkin sudah ada yang ke tadika sewaktu berumur 4 tahun, tidaklah begitu susah untuk menyesuaikan diri. Bagi yang belum, cikgu-cikgu di tadika adalah ibu mereka. Mereka perlu belajar bergaul sesama rakan, berkongsi peralatan, bekerjasama dan saling bertimbangrasa. Dan ini merupakan satu tahap pembelajaran yang tidak mungkin anak-anak ini akan dapat sekiranya hanya berada di rumah. Matlamat kami, selepas 2 bulan, anak-anak sudah boleh menulis nama sendiri, walaupun tidak secantik mana tulisannya tapi dari rekod kami, YA MEREKA BOLEH. 
5 bulan diberikan agar anak-anak ini dapat membaca dengan pantauan rekod bacaan dan  ternyata, MEREKA JUGA BOLEH.
Gambar yang diambil sewaktu Pep. Sem 2 baru-baru ini
Pendidikan seni K2

Mewarna memerlukan tona warna yang sesuai
Peranan ibubapa dan ahli keluarga di rumah tidak dinafikan dalam anak-anak ini melalui fasa awal pembelajaran. Saya tabik kepada ibu-ibu yang menjalankan 2 tugas sekaligus. Sebagai ibu rumahtangga, dan pada masa yang sama bertugas di luar rumah. Masih juga mampu untuk mempastikan pembelajaran anak-anak ke tahap yang diinginkan. Kaum bapa juga punya peranan yang besar dalam proses pembelajaran anak-anak ini, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ibu tak sempat, ayah ambil alih.
Kami guru-guru tadika hanya sebagai pencetus, hanya sebagai pembimbing. Kami guru tadika tidak dipandang tinggi, kerjaya sebagai guru tadika merupakan senarai yang terakhir sekali dalan senarai kerja yang diminati. Sebab itulah ada segelintir, saya ulangi, segelintir dari ibubapa yang dengan sesuka hari menuding jari menyalahkan kami sekiranya anak tidak pandai ke tahap yang diharapkan. Mereka merasakan RM110 @ RM130 @RM150 sudah cukup besar bagi mereka menyerahkan segala tugasan pendidik dari a ~ z.
Maaf, saya teremosi sedikit, MACAM-MACAM RASA ada hari ini. SERONOK bila anak-anak pandai, beyond my expectation,  KECEWA bila tidak dapat menjadikan anak pandai seperti yang diimpikan oleh ibubapa yang membayar yuran sejumlah itu, SEDIH kerana tidak lama-lagi anak-anak ini, terutamanya K2 akan meninggalkan kami ke alam persekolahan sekolah rendah. BANGGA kerana anak-anak hasil didikan Pintar Bistari terkehadapan dan dapat bersaing ke peringkat yang lebih tinggi. Masa telah membuktikannya....
Namun begitu, hakikatnya, kami hanya cikgu-cikgu tadika, masih banyak kelemahan dan banyak lagi yang perlu kami pelajari. Semoga pengalaman bertahun-tahun bersama-sama anak-anak ini memberikan kami lebih RASA dalam menempuh kehidupan ini.   

Wednesday, May 25, 2011

KEPUTUSAN DAH KELUAR

Dah keluar pun keputusan peperiksaan semester 1. Ibubapa pun ramai yang dah tak sabar-sabar lagi nak tengok pencapaian anak masing-masing. Tapi bila ke website tadika, kenalah login dulu, barulah keputusan dapat dilihat. 
Akhirnya kami yang membuat kerja-kerja belakang tabir ni dapat menarik nafas lega. Dapat menyiapkan kerja seperti yang dirancang. Sekiranya ada apa-apa masalah berkaitan dengan keputusan ini,  bolehlah berhubung terus dengan saya. Untuk lebih perincian, datanglah ke hari  terbuka 2 dan 3 Jun nanti. Disarankan membawa anak masing-masing. Dapat juga berjumpa dengan cikgu sambil mengeratkan siratulrahim. 

Tinggal lagi 2 hari bersekolah sebelum anak-anak ni bercuti 2 minggu.  Buku aktiviti cuti sekolah telahpun diedarkan kepada murid-murid yang membuat pembelian. Saya tidak membuat tempahan banyak. Hanya mengikut kuantiti, kalau ada lebihpun mungkin sedikit saja. sapa cepat, dia dapat!!

Sunday, May 22, 2011

KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

Ramai yang menanya. Bila dapat tahu keputusan peperiksaan? Tak ada pun dalam website.
Memang belum ada lagi. Seperti yang dimaklumkan dalam surat makluman, keputusan peperiksaan hanya boleh dilihat di website pada hari Khamis 26 Mei. Pihak kami masih lagi dalam proses untuk menyiapkan kerja-kerja belakang tabir. Insyaallah, akan dapat disiapkan sebelum tarikh tersebut.
Saya nak berkongsi cerita sewaktu minggu peperiksaan lepas. Hari terakhir peperiksaan iaitu subjek sempoa dan saya sempat ke Taman Scientex 1 melihat anak-anak kelas 6 Bistari membuat pengiraan. 

Penuh confident!

Kacang aje kira!

Pastikan tiada careless mistake

Sempat juga saya menyemak kertas-kertas peperiksaan yang telah ditanda oleh cikgu-cikgu.
Englisk K1
Math K1

Keliru ejaan dalam BM dan English (English 6 normal)


Saturday, May 7, 2011

PESAN CIKGU

Ummi, Ibu, Mama, Mak....

Cikgu kata hari Isnin ada periksa. Cikgu suruh buat ulangkaji. Cikgu dah beri balik semua worksheet yang adik buat dulu-dulu tu. Cikgu kata kalau tak buat ulangkaji, takut nanti adik tak dapat jawab. Cikgu kata kena buat sendiri. Tak boleh tiru kawan. Tak apalah, adik dah pun pandai baca...lagipun worksheet tu pun adik dah boleh buat sendiri. 
Cikgu kata periksa tak susah soalannya. Kalau buat ulangkaji, lagi senang, boleh jawab. Kacang aje....

Pesan cikgu, kena bawa pensel 2, 3 batang. Dan pensel tu dah kena sharpen dari rumah. Pemadam jangan lupa masukkan dalam pensel box adik. Kalau adik buat salah, nanti adik boleh padam aje. 

Cikgu kata dalam soalan periksa nanti, ada kena matchkan jawapan. Ruler jangan lupa ya bawak. Kalau adik tak ada ruler, nak match nanti bengkang bengkok. Tak cantik.

Pesan cikgu lagi, colour pencil hari-hari kena bawak sebab nanti ada yang kena warnakan. Dan semua warna kena cukup. Pensel warna pun kena sharpen dari rumah juga.

Akhir sekali pesan cikgu, tidur kena cepat. Jadi adik tak mengantuk dalam kelas waktu periksa nanti. Cikgu minta Ibu Ayah doakan agar adik dapat markah yang bagus.

YESSS! ADIK BOLEH

Friday, April 15, 2011

KEPUTUSAN UJIAN 2

Mungkin ramai dari ibubapa yang dahpun meneliti keputusan ujian 2 yang telah diuploadkan sejak semalam.Kebanyakan cawangan, markah purata meningkat walaupun soalan sedikit sukar. Tapi alhamdulillah, anak-anak dapat menjawab dan faham apa yang dijawab. Worksheet mingguan banyak membantu anak-anak dalam menjawab soalan ujian. Mana yang ada merah-merah tu, kebanyakannya dah jadi hitam, Syabas, ada peningkatan. Syabas dan terima kasih juga kepada guru-guru yang bertungkus lumus mendidik  anak-anak ini. Semoga terus sukses. 

Friday, March 25, 2011

TAHNIAH UNTUK SEMUA!

Semalam keputusan SPM telah diumumkan. Bermakna telah hilang debaran di dada anak-anak yang mengambil peperiksaan ini. Keputusan memuaskan atau sebaliknya, bergantung kepada tuan punya diri. Pokok pangkalnya bermula dari usaha yang berterusan, tawakal dan redha dengan keputusan yang keluar. Sekiranya telah berusaha tetapi masih juga tidak mendapat apa yang diidamkan, mungkin ada hikmah yang tersembunyi dan perlu dicari jawapannnya.
Saya teringat anak-anak didik dari Sekolah Rendah Islam Pintar Bistari dulu dan Tadika Pintar Bistari yang baru mendapat keputusan SPM semalam. Macamana agaknya keputusan mereka. Antaranya Izzul Fakri (anak tokey Restoran Zuraimi), Aisyah Amira, Afiq  anak En. Salim (SRF), Wan Saifudin (anak Dr. Wan), Syahmi, Izzati dan beberapa nama lain yang tak berapa nak ingat tapi terbayang wajah-wajah mereka.

Di bawah ini bukan keputusan SPM tapi keputusan PMR Nini tahun lepas, sehari sebelum anniversary ibu abah. Pada hari keputusan keluar, diumumkan keputusan secara keseluruhan oleh guru besar dan sijil ini yang di bawa balik kerumah. Alhamdulillah, berkat usahanya, inilah yang dia dapat.

Pada 12 Februari 2011, pelajar-pelajar cemerlang dari sekolah-sekolah menengah di Pasir Gudang dijemput menerima hadiah dalam satu program iaitu Program Juara Pendidikan Rakyat.

Di Stadium Perbadanan Pasir Gudang



















Kerana tuanpunya diri dah berada di Indonesia, sayalah menjadi wakil menerima sijil. 

Dan juga 2 keping RM50.00. Rezeki untuknya!

Monday, February 21, 2011

KEPUTUSAN UJIAN 1

Keputusan ujian 1 telahpun diuploadkan di laman web tadika siang tadi. Terdapat ramai juga ibubapa yang meneliti keputusan anak masing-masing. Saya juga baru sempat menyemaknya. Terdapat masalah pada keputusan ujian bagi Cawangan Taman Scientex 2, di mana file yang diuploadkan adalah keputusan ujian 2010 (bukannya 2011). Mungkin banyak sangat nama file, jadi dah tersalah pilih. Lagipun mungkin Pn. Shawariah dah 'fenin lalat', yelah sementelah berbadan dua ni. Insyaallah, pagi esok akan diuploadkan file yang betul. Minta maaflah pada ibubapa dari Taman Scientex 2 ya, kesilapan yang tidak disengajakan.
Alhamdulillah, rata-rata keputusan anak-anak berada di dalam ketetapan. Kebiasaannya ujian 1 kurang memberangsangkan jika dibandingkan dengan ujian-ujian seterusnya. Mungkin kerana ini ujian pertama bagi mereka. Saya pun masih belum menerima laporan dari GB, jadi tak berani komen. Namun anak-anak yang di dalam "perhatian" kami, seawalnya telah kami kenalpasti permasalahan dan sekarang dalam proses pemulihan.
Mudah-mudahan mereka dapat menunjukkan prestasi yang baik dalam keputusan akan datang, Insyaallah.