Thursday, February 28, 2019

MCM STUDIO - DESTINASI BARU LAWATAN KAMI!


Bismillahirrahmanirrahim.

Sebelum masuk bergembira di dalam MCM Cartoon Planet, kita bergambar dahulu!!

“Play is not a break from learning. It is endless, delightful, deep, engaging, practical learning. It is the doorway into the child’s heart.”

Jika suatu masa dahulu, memikirkan tempat untuk kami bawa anak-anak tadika kami mengadakan lawatan adalah salah satu cabaran bagi kami. Tak banyak tempat di Johor Bahru yang dapat memuatkan kesemua murid kami yang terlibat dalam lawatan, kalau ada pun tempatnya jauh. Pada kami,  kami tidak mahu membazirkan masa pada waktu perjalanan yang jauh.

Situasinya amat berbeza sekarang ini. Alhamdullillah, sekarang perkara ini semakin mudah setelah semakin banyak taman tema yang dibuka di Johor Bahru, tak perlulah kami memikirkan kemana perlu kami adakan lawatan.

Minggu yang terdahulu, para guru berpeluang meluangkan masa di MCM Cartoon Planet, MCM Studio, taman tema terbaru di Capitol City, Johor Bahru. Teringat lagi bermacam reaksi guru-guru kami  bila nama tempat ini disebut, ada juga yang tidak tahu kewujudan tempat ini.

Hari Jumaat yang lepas, giliran anak-anak murid 6 tahun kami pula yang merasa teruja di taman tema ini. Untuk kali ini, para peserta lawatan menerima tshirt lawatan. Cantik dan comel bila tshirt tersarung di badan anak-anak ini.

Tersusun tshirt sedang disiapkan di tempat percetakan.

Comel tersarung tshirt di badan murid-murid.
Seawal pagi mereka sudahpun bangun bersiap untuk ke tadika, ada yang tak pernah-pernah bangun awal dari ibunya, untuk pagi Jumaat itu, dia yang kejut ibunya suruh mandi dan solat subuh, kemudian boleh bersiap untuk hantar dia ke tadika.

Rata-rata bas bertolak dari checkpoint masing-masing adalah dalam pukul 8.30 pagi. Perjalanan pergi ke MCM studio berjalan lancar. Bas pertama yang sampai ke Capital City terpaksa menunggu untuk beberapa ketika kerana sampai terlalu awal, tempatnya masih belum dibuka lagi. Masa dimanfaatkan untuk bergambar.
Kita pakai reben dulu ya.

Kami dah siap sedia dengan reben ni!!

Ok, sebelum naik bas, kita baca doa dulu.

Hati-hati naik bas ya.

Jom kita gerak ke Capital City!

Kita bergambar dulu!!

Apabila MCM Studio mula beroperasi, para guru yang bertanggungjawab mengendalikan para peserta segera menjalankan tugas masing-masing. Walaupun para guru telah datang pada minggu yang sebelumnya, keterujaan tetap ada juga.

Last briefing, semoga semua ingat apa yang dipesan.

Beratur ikut kumpulan sebelum semua menuju ke lif.

Cikgu taknak ada yang berebut masa pintu lif ni terbuka ya!

Jom ambil gambar!Cantik pula dalam lif ni.

Alhamdulillah, selamat sampai depan pintu masuk MCM Cartoon Planet!

Mari sini abang pasangkan tag.

Yes! Kami semua dah sedia!!

Sebelum masuk ke dalam, kita ambil gambar kenangan untuk dibawa balik nanti.

Comel tak kami?

Ok, mari sini tag tu perlu di scan terlebih dahulu.

Oh.. ni bukan yang macam nak tengok harga barang tu eh cikgu?

Jom kita mulakan kita!!!

Untuk memudahkan urusan sepanjang lawatan, murid-murid di setiap cawangan kami bahagikan mengikut kumpulan, jadi pergerakkan lawatan mereka di MCM bergantung pada kumpulan yang ditetapkan. Ada yang bermula dari Larva Activity Room:

Jom hasilkan pelbagai bentuk dari bongkah dan pasir ni!

Hmm.. sebab dah ramai yang nak main bongkah, kami main masak-masak lah!

Jangan kacau kami cikgu, kami sedang khusyuk.

Bayangkan kalau mainan ini kami ada di rumah, memang tak keluar rumah lah kami.

Hai!! Kami seronok di sini!

Esok nak datang lagi boleh?

Bermacam jenis permainan yang ada di Larva Activity Room.

Ada yang bermula dari Garfield Family Escape Playground 


Lihatlah dunia! Kami bahagia di sini.


Dari bermain bola, ke panjat memanjat, tukar bermain pasir, dan akhir sekali
lompat ke dalam bongkah yang lembut ini! Nikmatnya!
!  
Jom ikut saya panjat tinggi tinggi!



Di sebalik kecomelan kami, kami juga boleh bertukar menjadi spiderman.

Hebat tak kami ?

Nak kayuh basikal ni sampai Pasir Gudang lah!

Ada sahaja aktiviti-aktiviti untuk anak-anak nikmati!

dan ada yang dari Larva Underground Adventure World.


Inilah dua ekor ulat yang kami tak takut!

Saya suka!! Saya suka!!

Bermacam reaksi murid-murid ketika sedang bermain.

Bola-bola ni sama je cikgu macam tempat Garfield tu.. tapi kami tetap gembira!

Say cheese!!

Jom bergambar kat pintu masuk Larva Underground Adventure World ni!

Benda ni kalau kami tekan-tekan, keluar tak airnya?

The best playground ever!!!
Makanan yang disediakan di sini juga sedap dan berpatutan. Hidangan nasi butter dengan ayam goreng, mudah dan menepati citarasa murid-murid. Guru-guru juga turut terliur.

Alhamdulillah, rezeki hari ini.

Mari kami belanja senyuman kami sementara menunggu nasi sampai.

Yeay!! Makanan kami dah sampai! Syukur Alhamdulillah!

Alaaaaa.. mana makanan kami?

Ok, lepas settle makan ni, kita nak pergi main apa pula? 
Terima kasih Chef Garfield! Makanan sangat sedap!!
Sementara para guru sedang sibuk melayan anak-anak murid jagaan mereka, Puan Suhaila dan Puan Fiza juga sibuk memilih gambar yang sesuai untuk dijadikan cenderahati.

Bahagian pengurusan yang memastikan aktiviti lawatan berjalan dengan lancar.

Hmmm.. rasanya gambar ni akan bertambah cantik kalau kita ada
dalam ni sekali kan, Puan Fiza?

Cenderahati lawatan ke MCM, awas ye..
cuma gambarnya sahaja yang cenderahati.
Lebih kurang dalam pukul 3 petang sesi lawatan ke MCM Studio tamat. Masing-masing memang jelas kelihatan penat. Sementara menanti bas sampai, mereka lebih memilih untuk duduk diam sahaja, tengah 'charge battery' barangkali.

Kami semua sudah kepenatan.

Izinkan saya pinjam lenganmu cikgu.
Penat tapi mata tak mahu tidur.
Bas-bas lawatan tiba di tadika yang ditetapkan Alhamdulillah sebelum pukul 4.30 petang. Pengalaman yang menarik dan pastinya tak akan dapat dilupakan oleh  anak-anak murid kami. 

Kami kongsikan di sini video lawatan kami.



Minggu ini pula, lawatan ke Festival Layang-Layang Sedunia 2019 pula akan diadakan. Wah.. dua minggu berturut-turut murid-murid 6 tahun kami ikuti lawatan!! Sama-sama nanti kita tunggu gambar-gambar suasana lawatan di Bukit Layang-Layang ya!

~Cikgu Norifah~