Showing posts with label NKRA. Show all posts
Showing posts with label NKRA. Show all posts

Friday, July 6, 2012

PENERIMA BANTUAN YURAN NKRA 2012

Kalau tahun-tahun sebelumnya, bantuan ini diterima pada akhir tahun tapi tahun ini cepat pulak. Pada hari ini TPB telah mengagihkan bantuan yuran NKRA untuk 2012. Dari 50 permohonan yang dihantar kepada Jabatan Pelajaran, hanya 10 orang yang berjaya menerima bantuan tersebut iaitu Taman Rinting (5 orang), Taman Kota Masai 2 (2 orang), Taman Scientex 2 (2 orang) dan Taman Scientex 1 (1 orang).
Penerimanya telahpun dihubungi. Kepada yang memohon tetapi tidak dihubungi oleh pihak tadika, bermakna tak dapatlah tu sebab tahun ini peraturannya diperketatkan oleh kementerian. Jadi bagi yang menerima tu, memang betul-betul bernasib baik. Dah rezekinya namanya....

Monday, March 5, 2012

BEKERJA DARI ISTANBUL

Salam 2 benua dari Istanbul kerana di sinilah terdapat 2 benua iaitu Benua Eropah dan Benua Asia. Cuma Selat Bosphorus aje yang memisahkan 2 benua ini.
Sebelah kiri adalah Benua Eropah dan sebelah kanan adalah Benua Asia

Masjid Biru, Aya Sophia dan Topkapi Palace dari kapal cruise yang kami naiki pagi tadi
 Waktu tempatan di Istanbul menunjukkan jam 10.50 malam dan di Malaysia jam 4.50 pagi, sudahpun hari Isnin.
Esok hari terakhir kami di bumi Turki setelah lawatan 10H/8M di bumi keruntuhan Daulah Islamiyyah yang terakhir iaitu Khilafah Uthmaniyyah pada 3 Mac 1924, iaitu 88 tahun yang lalu oleh Mustafa Kamal Atarturk, yang dikatakan sebagai Bapa Pemodenan Turki walhal beliaulah yang bertanggungjawab menukarkan Turki dari sebuah negara Islam kepada negara sekular.  

Di sinilah persemadian terakhir Mustafa Kamal yang dikatakan tidak diterima oleh bumi. (Ankara, Turkey)
Walaupun dari kejauhan, saya masih dapat memantau keadaaan di tadika kerana dengan adanya jaringan wifi di hotel-hotel penginapan, ianya tiadalah menjadi penghalang untuk bekerja dari jauh. Rasanya tiada masalah besar yang berlaku kerana staff-staff yang ada, insyaallah dapat menangani permasalahan semasa walaupun ketiadaan saya dan Cikgu Tamizi.
Cuma beberapa perkara yang perlu saya highlightkan kepada semua ibubapa yang membaca Mybistari. Antaranya,

1) PENDAFTARAN ONLINE 2013.
Dengan SPS yang telah dilaksanakan, memudahkan ibubapa membuat pendaftaran tanpa perlu datang ke tadika dan hingga saat ini telah ada 72 pendaftaran baru di semua cawangan di mana 30 pendaftaran datangnya dari cawangan TKM(1) seramai 30 orang dan TS(1) seramai 17 orang. Angka yang amat memberangsangka kerana kalau dilihat secara mata kasar, masih terlalu awal. Alhamdulillah dan terima kasih di atas kepercayaan ibubapa kepada kami di Mybistari.
Ibubapa yang mendaftar awal mungkin disebabkan oleh 2 perkara iaitu 1) untuk mendapatkan sesi pagi dan 2) untuk memang bolehkan terpilih untuk kelas pra-tadika. Jadi, bagi ibubapa yang mempunyai 2 alasan yang saya nyatakan di atas tadi, CEPAT-CEPATLAH MENDAFTAR kerana kami mempunyai kuota-kuota tertentu untuk semua cawangan. Sila rujuk surat makluman Mac 2012.
Cuma yang membimbangkan saya bagi pendaftaran online, ada ibubapa yang telah mendaftar tetapi masih lagi pending pembayaran deposit. Yang ini tidaklah dapat pihak kami daftarkan kerana selagi deposit tidak dibayar, pendaftaran tidak dapat disahkan, Bagi pembayaran deposit, ibubapa bolehlah samada datang sendiri ke cawangan yang dipilih ataupun bankin aje deposit ke akaun TPB/TIB dan emailkan salinan slip pembayaran kepada saya. Dan ibubapa akan dimaklumkan tentang pengesahan pendaftaran ini.

2) BANTUAN NKRA 2012
Kami dalam usaha mengumpulkan dan key-in data pemohon, Harap-harap dapat disiapkan sebelum 7hb kerana terdapat perubahan tarikh oleh JPNJ. Mudah-mudahan, tahun ini anak-anak Mybistari akan mendapat banyak bantuan tetapi terserahlah kepada pembuat keputusannya nanti yang semestinya bukan kami.

Rasanya ini saja. Semoga perjalanan balik kami esok berjalan dengan lancar dan insyaallah kami akan sampai ke KLIA Selasa 6hb. Doakan semoga semuanya selamat. Wassalam.

Dan selamat tinggal kesejukan...


 

Thursday, March 1, 2012

BANTUAN YURAN NKRA 2012

Bantuan yuran NKRA bagi tahun 2012 telahpun dimaklumkan kepada semua ibubapa melalui surat makluman yang diserahkan pada semua murid pada 24 Februari lepas. Sila rujuk makluman tersebut untuk maklumat lanjut. 
Saya rasa kami antara tadika yang terawal mengedarkan surat tentang bantuan yuran tersebut. Bukan kerana mendapat keistimewaan dari JPNJ (pendidikan swasta) tetapi kebetulan kami ke sana untuk urusan rasmi, jadi dimaklumkan bahawa maklumat tentang ini telah dimasukkan dalam website JPNJ. Dan kebetulan masa mengedarkan surat makluman Mac dah sampai, kami pun edarkan sekali surat makluman tentang perkara ini. 
Bagi ibubapa yang memerlukan bantuan tersebut, sila ikut arahan yang diberikan. 
Kalau tahun lepas, bantuan diberikan untuk 10 bulan tapi tahun ini, belum dapat ditentukan lagi dan bila nak dapat bantuan tu, juga tidak dapat ditentukan lagi. Sebabnya, banyak proses yang perlu dilalui dan mungkin juga memakan masa. Kalau tahun lepas ibubapa dapat, tahun ini belum tentu boleh dapat sebab pemilihannya mungkin agak ketat kerana budget dah semakin mengurang. Dan saya mengharapkan, tiada yang memalsukan maklumat pada tahun ini bagi mendapatkan bantuan tersebut. Kalau layak mengikut kriteria yang ditetapkan, apa salahnya mencuba untuk memohon. Kalau ada rezeki tu, tak akan ke mana kan....

Tuesday, April 12, 2011

BANTUAN YURAN NKRA 2011 (2)

Walaupun permohonan untuk bantuan yuran ni dah lama tutup, tapi masih ada yang menanyakannya lagi. Semuanya telah diserahkan ke Kementerian dan tunggu ajelah jawapannya samada tahun ni dapat bantuan atau tidak. Saya menyangkakan tahun ini kurang sikit permohonannya tetapi sangkaan saya meleset kerana rupanya tahun ini makin bertambah. Setelah diproses data, inilah angka permohonan yang telah dihantar ke Kementerian.
Tmn. Mawar (1) ~ 46
Tmn. Mawar (2) ~ 25
Tmn. Rinting ~ 29
Tmn.Kota Masai (1) ~ 101
Tmn. Kota Masai (2) ~ 65
Tmn. Scientex (1) ~ 63
Tmn. Scientex (2) ~ 56
Inovasi Bestari ~ 2 sahaja

Menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak 387 permohonan.Dan Taman Kota Masai mendahului angka permohonan.

Ada yang menanyakan saya, 
"Cikgu, dengar cerita tahun ini dapat bantuan setahun ya?" Saya: "No komen"
"Cikgu, bantuan ni untuk pancing undi PRU 14 ya? " Saya: "Apa-ape ajelah"
"Cikgu, bila boleh dapat bantuan ni?" Saya: "Doalah lebih-lebih sikit" :)

Friday, March 25, 2011

BANTUAN YURAN NKRA 2011

Isnin lepas, anak-anak telah diberikan borang ini dan Rabu lepas telah dikutip semula. Dan sekarang ini kami dalam proses untuk memasukkan data sebelum dihantar ke Kementerian awal minggu depan.  Tahun ini syaratnya lebih ketat kerana ibubapa yang memohon perlu untuk menyertakan penyata gaji @ borang J bersama-sama borang. Ada rasionalnya dibuat syarat begitu jika dibandingkan dengan tahun lepas.
Dari pemerhatian yang dibuat oleh kementerian tahun lepas sewaktu penyerahan bantuan secara keseluruhannya di semua tempat, ada yang sebenarnya tidak layak menerima bantuan tetapi menerima dan ada yang sebenarnya layak menerima tetapi tidak menerima. Jadi untuk tahun ini, bagi mengelakkkan kejadian yang sama berulang, maka syaratnya diperketatkan. Walaupun begitu, masih ada yang mempertikaikannya. Bila dikenakan syarat sebegini, permohonan bantuan pada tahun ini berkurangan. Jumlah sebenar permohonan masih belum saya perolehi tapi ada juga yang menghantar borang tidak mengikut syarat yang diberikan. Antaranya, tiada cop majikan, jumlah pendapatan kasar dimasukkan sebagai jumlah pendapatan bersih dan ada yang memberikan kenyataan palsu, isteri bekerja tetapi dinyakan tidak bekerja. Anyhow, borang akan tetap diproses dan bergantung kepada pembuat keputusan yang bukannya saya.
Mana tahu, untung sabut timbul.....

Wednesday, February 2, 2011

MAJLIS PENYERAHAN CEK NKRA

30 Januari 2011 (Ahad)
Alhamdulillah, majlis ini telah selesai. Diselitkan sebentar sebelah pagi sebelum Program Bacalah Anakku. Walaupun hujan mencurah-curah semenjak awal pagi itu, namun ramai yang hadir. Juga diadakan majlis ringkas penyerahan cek kepada wakil-wakil dari setiap cawangan oleh wakil dari PPD Encik Shawal Ahmad. Beliau sempat berucap sambil memberikan penerangan tentang bantuan yuran NKRA ini. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid 2010 yang telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran melalaui tadika-tadika dan bantuan yuran yang diterima adalah untuk bulan Ogos, September, Oktober 2010.
Bagi TPB, dari 325 borang pemohonan hijau yang dihantar, seramai 202 orang murid yang dipilih untuk menerima bantuan yuran ini. Namun saya sedikit terkilan disebabkan ramai yang tidak membuat pengesahan untuk datang awal menyebabkan tempat duduk tidak dapat disediakan secukupnya. Juga tidak ramai yang membuat pengesahan awal nama untuk cek menyebabkan menyerahan cek mengambil masa juga , walhal perkara ini telah dimaklumkan dalam surat. Naik lenguh juga 2 jam setengah melayan semua yang hadir. Pun begitu sehingga petang, hampir keseluruhan cek telah diserahkan.
Untuk bantuan tahun 2011, masih belum ada berita lagi. Kalau ada, nanti akan dihebahkan.
Ucapan dari En. Shawal

Wakil bapa menerima cek bantuan NKRA
Alhamdulillah!

Wednesday, January 19, 2011

BANTUAN NKRA

Alhamdulillah, bantuan yuran NKRA telahpun diterima dan pihak kami dalam proses untuk menghantar makluman kepada semua ibubapa yang terpilih. Dari senarai akhir, seramai 202 orang pelajar telah layak, daripada jumlah keseluruhan borang yang dihantar sebanyak 378. Nama-nama yang telah terpilih telahpun dimasukkan ke dalam laman web tadika. Sila semak di sana untuk mendapatkan maklumat lanjut sehinggalah surat-surat yang dihantar diterima oleh ibubapa yang terbabit. Nama-nama yang tidak tersenarai, bermakna secara otomatik tidak terpilih kerana pemilihan dibuat oleh pihak Kementerian Pelajaran berpandukan kepada maklumat yang diberikan oleh ibubapa.

Kepada ibubapa yang terpilih, sila hubungi Pn. Shawariah (07-2517670) untuk mengesahan nama bagi pengeluaran cek serta pengesahan kehadiran pada majlis ringkas di TS Hotel pada 30 Januari nanti.