Saturday, October 29, 2011

HARI TERBUKA SEM 2

Saya paparkan gambar sahaja untuk tatapan semua. Seronok lihat gelagat ibubapa dan anak-anak. Namun paling seronok bila ada yang berkata, Oooo, ini rupanya Pn. Zainun! Almaklumlah saya ni low profile. Buat kerja belakang tabir sahaja.

Di Taman Kota Masai 2

Ibubapa ada hal. Wakilkan kakak sahaja



Saling bermaafan


Di Kota Masai 1
Sempat juga cikgu buat demo sempoa

Sokongan 1 keluarga



Seronok dengan gambar masing-masing.

Mural di TKM1
 Di Taman Scientex 2
Seperti kembar


Adik comel!

Bapa prihatin


Di Taman Scientex 1
Kaedah congak sempat diajar kepada parent

Bakal pengantin baru


Tema rama-rama dan bunga
 Di Taman Rinting
Ini betul-betul kembar

Tema bolasepak sempena Piala Malaysia: N9 vs Trengganu
 Di Taman Mawar



Kalau zoom, ada yang menariknya di sini. Kulit-kulit kerang tu, bolehlah di sedekahkan ke tadika untuk dekorasi

TADIKA INI TIDAK BAGUS

Terasa amat penat. Almaklumlah seharian ke cawangan-cawangan berjumpa ibubapa sempena hari terbuka. Itupun tak sempat saya menjengah ibubapa yang datang ke Taman Mawar, kerana selepas ke Taman Rinting, terus aje berbelanja cenderahati untuk anak-anak sempena Hari Anugerah Cemerlang (HAC) nanti.
Usai solat maghrib dan membaca beberapa lembar Al-Quran, mata sepertinya tidak boleh dibuka lagi. Ah, landinglah sekejap, detik hati. Take 5 sementara menunggu azan isyak dan akhirnya...zzzzzz
Alhamdulillah, Allah memberi kekuatan untuk bangun dan menunaikan kewajipan terakhir hari ini. Jam menunjukkan 2 am. Manalah suamiku mengetehhh belum balik lagi ni. Tak apa, itu rutin dakwahnya, dan tiada terdetik di hati mencurigai yang bukan-bukan. Sekurang-kurangnya pengisian sewaktu mengetehhh tu dapat membuka hati dan minda ke arah Islam, dalam situasi sekarang di mana Islam telah dijauhkan dari kehidupan seharian.
Usai Qiam, teringat peristiwa tengahari tadi. GB menelefon, ada bapa tak nak bayar yuran dan tak nak menyambungkan persekolahan anak untuk november nanti. Kami berbicara sebentar lewat telefon dan saya bertanya apa alasan tidak mahu menyambungkan persekolahan anak.
"Tadika ini tak bagus" katanya. Luahan ikhlas dari seorang bapa. Saya ter'emosi juga dengan alasan itu tapi bila muhasabah diri, syukur kerana luahan itu datangnya dari seorang bapa yang tidak puashati dengan perkhidmatan kami. Itu haknya untuk menyuarakan rasa kerana dia membayar untuk mendapatkan khidmat yang terbaik. Ada cerita disebaliknya yang membuatkan dia marah, kami pun telah berbincang sebelum, guru pun telah meminta maaf di atas segala kesalahan yang dibuat terhadap anak tersebut tapi nampaknya masih ada yang tak settle, dan akhirnya, tadika ini tidak bagus.
Cikgu Tamizi selalu berpesan kepada semua ibubapa, kalau baik beritahu rakan, kalau tak baik beritahu kami. Nampaknya bapa tersebut memang ingatkan pesanan Cikgu Tamizi. Terima kasih kerana memberitahu kelemahan kami.
Doa saya, semoga parent tersebut dapat mencari tadika yang bagus untuk anaknya. Lagipun di kawasan itu banyak pilihan, nak yang murah ada, nak yang mahal ada, nak English medium ada, nak agama lebih pun ada. Pendek kata, tepuk dada tanya selera. Semoga dapat apa yang diinginkan. 
Bukan tadika ini yang dimaksudkan (Gambar hiasan sahaja)

Thursday, October 27, 2011

HARI TERBUKA

Esok hari terbuka di semua cawangan TPB dan juga TIB. Gunakan peluang yang ada untuk berbincang tentang prestasi anak-anak bersama-sama cikgu kelas. Sekiranya berpuashati, ucapan terima kasih sudah memadai. Andai sebaliknya, berbincanglah dengan hikmah. 
Anak-anak dicutikan esok. Apa kata bawa mereka bersama-sama. Tentunya lebih seronok. Walaupun dah tahu keputusan melalui laman web tapi datanglah juga untuk bertemu cikgu-cikgu. Kami dah buat persiapan yang seadanya bagi menyambut kedatangan ibubapa. Ini saja peluang yang ada. Setahun hanya 2 kali. 
Koleksi gambar Hari Terbuka
Saya dan Cikgu Tamizi, insyaallah akan turut sama melawat tadika. Ke mana dulu, masih belum buat keputusan. Insyaallah, kalau ada rezeki, dapatlah kita berjumpa esok ya.   

MACAM-MACAM RASA

Berbaris-baris senarai username di lamanweb tadika semenjak awal pagi tadi. Debaran ibubapa untuk melihat keputusan anak-masing-masing telah tercapai. Macam-macam rasa ada. Sudah pastilah seronok bila melihat kedudukan anak di ranking yang terbaik. Tidak kurang ada yang kecewa kerana keputusan anak tidak memberangsangkan. Peperiksaan di tadika bukanlah segah seperti UPSR, PMR ataupun SPM. Penilaian bukan hanya kepada markah-markah di dalam kertas peperiksaan. Penilaian kami sebenarnya berterusan sepanjang tahun, samada K1 mahupun K2. 
Kita imbas kembali anak-anak K1 sewaktu memasuki alam tadika Januari lepas. Mungkin sudah ada yang ke tadika sewaktu berumur 4 tahun, tidaklah begitu susah untuk menyesuaikan diri. Bagi yang belum, cikgu-cikgu di tadika adalah ibu mereka. Mereka perlu belajar bergaul sesama rakan, berkongsi peralatan, bekerjasama dan saling bertimbangrasa. Dan ini merupakan satu tahap pembelajaran yang tidak mungkin anak-anak ini akan dapat sekiranya hanya berada di rumah. Matlamat kami, selepas 2 bulan, anak-anak sudah boleh menulis nama sendiri, walaupun tidak secantik mana tulisannya tapi dari rekod kami, YA MEREKA BOLEH. 
5 bulan diberikan agar anak-anak ini dapat membaca dengan pantauan rekod bacaan dan  ternyata, MEREKA JUGA BOLEH.
Gambar yang diambil sewaktu Pep. Sem 2 baru-baru ini
Pendidikan seni K2

Mewarna memerlukan tona warna yang sesuai
Peranan ibubapa dan ahli keluarga di rumah tidak dinafikan dalam anak-anak ini melalui fasa awal pembelajaran. Saya tabik kepada ibu-ibu yang menjalankan 2 tugas sekaligus. Sebagai ibu rumahtangga, dan pada masa yang sama bertugas di luar rumah. Masih juga mampu untuk mempastikan pembelajaran anak-anak ke tahap yang diinginkan. Kaum bapa juga punya peranan yang besar dalam proses pembelajaran anak-anak ini, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan sama dijinjing. Ibu tak sempat, ayah ambil alih.
Kami guru-guru tadika hanya sebagai pencetus, hanya sebagai pembimbing. Kami guru tadika tidak dipandang tinggi, kerjaya sebagai guru tadika merupakan senarai yang terakhir sekali dalan senarai kerja yang diminati. Sebab itulah ada segelintir, saya ulangi, segelintir dari ibubapa yang dengan sesuka hari menuding jari menyalahkan kami sekiranya anak tidak pandai ke tahap yang diharapkan. Mereka merasakan RM110 @ RM130 @RM150 sudah cukup besar bagi mereka menyerahkan segala tugasan pendidik dari a ~ z.
Maaf, saya teremosi sedikit, MACAM-MACAM RASA ada hari ini. SERONOK bila anak-anak pandai, beyond my expectation,  KECEWA bila tidak dapat menjadikan anak pandai seperti yang diimpikan oleh ibubapa yang membayar yuran sejumlah itu, SEDIH kerana tidak lama-lagi anak-anak ini, terutamanya K2 akan meninggalkan kami ke alam persekolahan sekolah rendah. BANGGA kerana anak-anak hasil didikan Pintar Bistari terkehadapan dan dapat bersaing ke peringkat yang lebih tinggi. Masa telah membuktikannya....
Namun begitu, hakikatnya, kami hanya cikgu-cikgu tadika, masih banyak kelemahan dan banyak lagi yang perlu kami pelajari. Semoga pengalaman bertahun-tahun bersama-sama anak-anak ini memberikan kami lebih RASA dalam menempuh kehidupan ini.   

Saturday, October 22, 2011

KEPUTUSAN DAN USERNAME

Keputusan peperiksaan semester 2 masih belum diuploadkan di laman web tadika. Bagi membolehkan ibubapa melihat dan meneliti keputusan anak-anak, username perlu digunakan semasa login. Sila gunakan username yang sama seperti username semester 1 dulu, termasuk juga anak-anak K1 yang telah bertukar kelas dari kelas biasa ke kelas bistari. Sila rujuk senarai username di lamanweb.

Friday, October 21, 2011

PROGRAM DI INOVASI

Wah, dah lama saya tidak menulis. Rindu rasanya nak berkongsi cerita. Kali ini saya akan bercerita tentang Tadika Inovasi Bestari. Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa Tadika Inovasi Bestari (TIB) adalah sebahagian dari Tadika Pintar Bistari. Kalau dah sebahagian, kenapa namanya tak sama ya?
TIB mula beroperasi pada awal tahun ini dengan jumlah murid hanya 36 orang. Bagi saya ini permulaan yang baik bagi sebuah tadika yang baru. Terdapat 2 kelas K1 dan 2 kelas K2 bagi setiap sesi. 

5 Genius (am)

6 Intelek (am)


5 Kreatif (pm)

6 Dinamik (pm)

Mungkin ada yang tertanya-tanya, apa persamaan dan perbezaan TPB dan TIB kan....
Persamaan: pemilik yang sama dan pengurusan yang sama. Menggunakan silibus yang sama dalam semua subjek seperti BM, English, Matematik, Sains, Jawi dan Pendidikan Islam. Congak juga sama.
Perbezaan: di TPB ada subjek sempoa tapi tiada di TIB, maka diganti dengan Bahasa Arab yang diajar kepada semua K1 dan K2.

Di TIB, pelajar didedahkan dengan multimedia programme dengan penggunaan komputer. Ada program khas yang diajar bagi subjek Sains dan Matematik. Maka saya telah menyediakan 10 buah laptop baru bagi kegunaan anak-anak di TIB ini. Satu pelaburan yang besar juga namun berbaloi bila melihatkan anak-anak ini telah begitu mahir menggunakan laptop tersebut. Mungkin ada yang bertanya, tak rosak ke cikgu?
Alhamdulillah sampai sekarang tiada masalah.
Pada awalnya mereka dibantu oleh cikgu tetapi sekarang mereka sudah boleh berdikari, menggunakan jari menggantikan tetikus dengan mahir sekali, membuka dan menutup laptop dengan cara yang betul, menggunakan program yang disediakan dengan pengawasan yang minimum and for sure, they really love it! Till....time's up!

Tekunnya Ajda Wadihah


Makin seronok dengan animasi yang menarik.

Programme Reading juga menggunakan buku yang sama. Di dahului dengan Bacalah Anakku, ReadEasy. Selepas itu, kalau di TPB menggunakan Bacalah Jawi tapi di TIB menggunakan buku Lughatul Jannah (Bahasa Arab) barulah Bacalah Jawi. Jadi anak-anak di TIB ini sudah boleh membaca dalam Bahasa Arab dan merupakan satu kelebihan bagi mereka. Alhamdulillah.

Sesi bacaan buku cerita

Sudah boleh membaca dengan lancar



Dengan bilangan yang tidak ramai pada tahun ini, para guru dapat lebih banyak memberikan kesempatan kepada anak-anak untuk lebih mempunyai keyakinan diri, memberikan mereka peluang untuk menjadi "cikgu" dan sebenarnya ramai yang berpotensi ke arah itu.....

Membaca carta huruf-huruf jawi



Siapa yang dah baca, dia boleh duduk.




Untuk tahun 2012, ada sebahagian ibubapa yang menukarkan anak dari TPB ke TIB. Itu tak ada masalah. Boleh diurus dan diatur. Sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus dengan saya ataupun ke H/P TIB: 017- 7741 400 dan bercakap dengan gurubesar Cik Siti Aminah.
 

Friday, October 7, 2011

DAH SEDIA?

Isnin sehingga Khamis minggu depan, anak-anak akan menghadapi peperiksaan semester 2. Kebanyakan silibus dahpun habis dan sepanjang minggu ini, cikgu-cikgu sibuk membuat ulangkaji di dalam kelas masing-masing sebagai persiapan peperiksaan. Sebenarrnya tak perlulah dirisaukan sangat tentang peperiksaan anak-anak tadika ni, insyaallah kalau mereka dapat buat worksheet, dapatlah mereka buat dalam peperiksaan nanti.
Semua worksheet semester 2 telahpun dipulangkan kepada anak-anak Rabu lepas. Ulangkaji worksheet tersebut, insyaallah soalan-soalan yang seangkatan dengannya akan keluar.

Kertas-kertas soalan TPB. Tengok kat luar ajelah ya...

Kertas-kertas soalan TIB

Kertas-kertas peperiksaan dah pun sedia. Tampalan-tampalan di bilik-bilik darjah dahpun ditutup dengan kertas suratkhabar. Semua guru-gurupun dah bersedia untuk peperiksaan nanti. GOOD LUCK TO ALL!

Tuesday, October 4, 2011

CIKGU-CIKGUKU

Ini semuanya gambar-gambar cikgu saya yang diambil selepas pertandingan MA lepas. Semoga anak-anak didik dapat melepaskan rindu pada cikgu mereka bila melihat gambar-gambar ini. Biasanya setiap event, warna pakaian kami sama tapi sempena tema hari raya kali ini, maka inilah baju raya masing-masing. Berwarna-warni.
Cikgu Juliana, Azyanti & Siti Aminah (TIB)

Cikgu Kamila, Anita, Siti Khadijah, Sufiah, Hazila, Norhaidah & Norashikin (TS2)

Cikgu Faizah, Norherma, Fathilah, Fadilah, Fathihah, Ratnawati, Amalina, Umaisah & Zulaiha (TS1)

Cikgu Cahaya, Asmira, Amylia & Yusnaidah (TM2)

Cikgu Madinah, Syafiqah, Noredayu, Fazlini, Saizah, Sakinah, Intan & Natasha (TR)

Cikgu Fatin,Balkis, Noraslina, Farhana Yahya, Haliyati, Norashikin, Norafizah, Aini, Hamira & Farhana Nordin (TM1)

Cikgu Norliyana, Suhaila, Halimatun, Aisah, Hasiah, Shawariah, Norifah & Isnaini  (Pengurusan)

Si kembar Ziza (Bistari Kids)
Usai majlis dan siap berkemas, seperti biasa, cikgu-cikgu dijamu dengan makan tengahari. Sekurang-kurangnya bila balik rumah, dah boleh berehat. Berselera mereka. Almaklumlah, dah kepenatan dan perut juga berkeroncong.

Candid!!!

Alhamdulillah, kenyang perut suka hati. Telefon Abang jap.....

Auu! gambarku diambil....

Mak mertua lalu kat belakang pun tak sedar...


Berseleranya....

Amboi, tak tengok keliling.....
Beginilah cikgu-cikgu saya. Alhamdulillah, saya mempunyai keluarga yang besar..