Sesi Penerangan Bacalah Anakku oleh En Ahamed Tamizi
“Satu-satunya
kegagalan didunia ini adalah ketika kita berhenti untuk belajar.”
Antara
kata-kata pensyarah saya yang masih saya ingat ketika di akhir semester
pengajian kami, subjek Bahasa Malaysia ada dimasukkan sekali. Agak lucu kerana
memikirkan bahasa itu bahasa pengantar kami seharian, tak perlulah lagi untuk
belajar. Kami silap, ternyata banyak lagi yang kami tak tahu berkenaan bahasa
ini.
Sama juga
keadaannya dengan aktiviti membaca dan mengira. Memikirkan bukan mudah untuk
mengajar anak-anak murid, kami adakan sesi penerangan bagi kedua-dua subjek
ini. Kami adakan Sesi Penerangan Bacalah Anakku dan Sempoa.
Berbanding
dengan tahun-tahun yang terdahulu, jumlah ibu bapa yang turut serta dalam
kedua-dua sesi penerangan ini kurang menggalakkan. Agak terkejut juga kami
apabila dari jumlah anak murid 6 tahun kami yang ramai, penyertaan yang kami
perolehi hanyalah 20 peserta, bersangka baik, mungkin tarikh yang kami pilih
itu bertembung dengan urusan- urusan ibu bapa yang lain. Bagi sesi Bacalah Anakku,
Alhamdulillah penyertaan agak ramai juga walaupun jumlah penyertaan kurang
berbanding tahun yang terdahulu. Kami tetap melayani peserta yang hadir dengan
sebaiknya.
Terima
kasih kami ucapkan kepada ibu bapa / penjaga yang meluangkan masa untuk
menghadiri majlis ilmu kami. Semoga ilmu yang disampaikan dan dikongsikan dapat
dimanfaatkan sebaiknya.
Fokus pada penerangan yang sedang dibentangkan.
Bersoal jawab dengan pihak ibubapa.
Banyak rupanya buku-buku yang anak kita belajar ya.
6 tahun murid dah boleh tulis macam ni cikgu?
Pihak bapa juga ambil peluang berjumpa dengan guru.
Suasana dewan ketika sesi penerangan.
En Tamizi turut turun padang bertemu dan berbual dengan pihak ibubapa.
Kedua ayah dan ibu datang demi anak.
Mendengar penerangan dari Puan Suhaila.
Guru-guru Sesi Bacalah mengisi perut setelah program Bacalah tamat.
Sesi Penerangan Sempoa bermula.
Puan Umaisah menerangkan silibus 6 tahun.
Waktu rehat dipergunakan untuk berjumpa dengan para guru.
Teknik kira guna jari juga diajar.
Kehadiran diisi terlebih dahulu.
Cuba cari nama anak puan kat sini.
Hmmm.. Insyaallah saya faham teknik sempoa ni.
Bila dah faham teknik sempoa, laju je kiranya tu.
Ala.. kacang je ni.
Tersenyum lega bila Sesi Penerangan Sempoa berakhir.
Disini kami kongsikan sekali video sepanjang kedua-dua program ini diadakan.
Sekiranya
ada pertanyaan atau permasalahan dalam sesi P&P anak-anak, ibu bapa masih
boleh datang ke tadika untuk berbincang dengan para guru kami. Pintu tadika
kami sentiasa terbuka menerima kehadiran pihak ibu bapa, tapi jangan lupa untuk
buat janjitemu terlebih dahulu ya!
Ketika ini, Sesi Fotografi Semester 1 sedang berjalan. Untuk Tadika Pintar Bistari Taman Mawar adalah pada 24hb Januari yang lalu. Jadual yang seterusnya adalah seperti yang berikut:
* 28hb Januari 2019 (Isnin) - Tadika Inovasi Bestari & Tadika Nur Pintar Bestari
* 29hb Januari 2019 (Selasa) - TPB Tmn Kota Masai & Tadika Ilmu Pintar Bestari
* 30hb Januari 2019 (Rabu) - TPB Tmn Scientex 1 & Tadika Intelek Minda Bestari
* 31hb Januari 2019 (Khamis) - TPB Tmn Scientex 2 & Tadika Minda Pintar Bestari
Pastikan anak-anak hadir pada tarikh yang telah ditetapkan di cawangan masing-masing dan dipakaikan dengan uniform tadika dan kemas.
Itulah yang
sedang kami semua rasai sekarang ini. Tinggal beberapa hari lagi Pertandingan
Sempoa dan Congak akan berlangsung. Agak terkejar-kejar juga persiapan kali
ini, baik dari bahagian kami pihak pengurusan dan juga persiapan di semua
cawangan. Almaklumlah, cuti untuk dua bulan kebelakangan ini agak banyak, jadi
masa yang dapat kami peruntukkan untuk latihan amat terhad.
Selain dari
latihan sempoa dan congak yang sedang gigih dilakukan, ada beberapa cawangan
yang terpaksa bekerja lebih dari yang lain kerana anak-anak murid mereka
terlibat dengan persembahan. Bukan mudah untuk melatih anak-anak murid yang
berumur 5 tahun menari mengikut rentak yang ditunjuk ajar dengan kadar masa
yang sangat suntuk.
Jadi saya
minta jasa baik para ibu bapa dan penjaga yang akan datang menonton persembahan
anak-anak ini untuk turut sama memberi sokongan kepada mereka. Walaupun mungkin
nanti gerak tari mereka lain dari latihan mereka (kerana ada murid yang
bersungguh ketika di tadika, tetapi gementar apabila di atas pentas), tetaplah
beri tepukan dan sorakan tanda sokongan atas keberanian mereka untuk beraksi di
atas pentas.
Bagi murid-murid yang terlibat dengan pertandingan pula, kategori yang dipertandingan tetap sama bagi tahun ini:
Bagi semua yang terlibat dalam pertandingan ini, selamat berlatih!!
Cikgu, ni kami bersenam ke menari? (TMPB)
La.. pandang tempat lain pula.. bergaduh ke? (TMPB)
Tengah latihan pun mengantuk.. (TMPB)
Eh.. kena letak kaki depan ke belakang? (TM)
Ok semua, teleng ke kiri dahulu (TM)
Haaa.. cuba tengok kekuda kita, ewahhh (TM)
Jom main sep sep sep, mi mi mi.. (TIB)
Kan cikgu dah pesan.. tangan ni keluar dulu..(TIB)
Adui.. sakit juga kaki nak kena lipat macam ni.. (TIB)
Alamak, saya lupa step.. (TS2)
Pusing lapan kali ye.. (TS2)
Eh.. letak kat bahu ke nak tunjuk depan dulu ni? (TS2)
Disini juga saya kongsikan video latihan persembahan dan juga video Pertandingan Sempoa dan Congak dari tahun-tahun yang terdahulu.
Video latihan persembahan
Pertandingan Sempoa & Congak 2017
Pertandingan Sempoa & Congak 2016
Jangan lupa sama-sama meriahkan lagi Pertandingan Sempoa dan Congak 2018 nanti pada 22hb September 2018 (Sabtu) di Atrium Pusat Bandar Pasir Gudang ok!!
“Kecemerlangan
adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik”
Dan yang
terbaik itulah yang telah para peserta dan warga Mybistari Group berikan.
Walaupun suasana tempat pertandingan terbuka dan mudah bagi para peserta hilang
fokus, tetapi apabila para pembaca soalan mula membaca soalan, mereka
memberikan tumpuan yang sepenuhnya. Kagum kami melihatnya.
Manakan tidak,
transisi dari keadaan peserta yang sibuk melambai-lambai ke arah ibu bapa dan
keluarga yang hadir memberi sokongan kepada tumpuan seratus peratus ke sempoa
masing-masing apabila soalan mula dibaca. Bagus, fokus mereka tak lari.
Fokus kami
yang lari. Kenapa lari? Sebab tak terjangkau pemikiran kami bagaimana anak-anak
ini dapat tangkap dan ingat nombor-nombor yang disebut begitu laju oleh para
pembaca soalan. Terus terang, kami para guru juga cuba untuk menjawab setiap
kali soalan-soalan dibaca, tapi selalunya bila soalan 6 dan seterusnya,
selalunya kami cuma dapat tangkap hanya pada nombor kedua sahaja, masuk pada
set nombor ketiga yang sempat tertangkap di telinga kami hanyalah “answer!!”
Sempat juga
saya bertanya kepada para peserta yang menunggu giliran untuk naik ke atas
pentas pertandingan, faham ke soalan yang dibaca oleh pembaca soalan, antara
jawapan yang saya terima adalah;
“Lagi laju
lagi bagus cikgu, cepat habis.. takut naik atas tu,”
“Biasa aje
ni, latihan kat sekolah lagi laju,”
“Cikgu tak
faham ke cikgu tu baca soalan? Saya faham aje..”
Tak kurang
juga yang berdarah gemuruh, minta semangat untuk naik ke atas pentas, sambil
menunggu giliran sempat tangan saya digenggamnya,
“Sejuk..
kenapa cikgu tu baca laju sangat..”
Yang lebih
berani ada yang siap tepuk lengan saya dan bertanya,
“Dia baca
laju-laju tu nak pergi mana eh cikgu?”
“Cikgu tu
guna Bahasa Inggeris ke bahasa apa eh cikgu?”
Itulah
antara soalan dan gelagat para peserta yang turut bersama kami di tepi pentas
menanti giliran untuk bertanding. Para peserta ibu bapa juga tak kurang yang
gementar. Ada yang duduk berteleku menanti giliran, ada yang tersengih-sengih
cuba atasi rasa berdebar, dan ada yang tak senang duduk menanti giliran. Lebih-lebih
lagi yang kena duduk di barisan paling hadapan dan yang diarahkan naik ke atas
pentas, ha… baru tahu macamana perasaan anak-anak yang sebelum ini naik ke
pentas.
Buzzer sedang diperiksa oleh unit peralatan.
En.Hafidz dan En.Afizi sedang menaikkan backdrop pertandingan.
Pemandangan keseluruhan tempat pertandingan.
Pemudahcara pertandingan kali ini, Cik Siti Aminah dan Puan Noorfaridah.
Unit peralatan yang bertungkus lumus sepanjang pertandingan.
Hadiah yang setia menanti para peserta.
Para penari yang bakal menghiburkan para tetamu.
Para peserta menanti pertandingan dimulakan.
Panel penanda kertas, keadaan masih lagi tenang sebelum sibuk menanda kertas.
En. Tamizi sedang memberi ucapan perasmian.
Persembahan pembukaan dari murid TS1, Joget Berhibur.
Pertandingan sudahpun bermula.
Khusyuk menulis jawapan.
En. Tamizi sedang memantau perjalanan majlis.
Pn Zainun sedang merakam aktiviti penandaan kertas jawapan.
Sedang menanti soalan dibaca.
Pemandangan dari tingkat atas.
Wakil pihak ibu bapa, eh.. ada Puan Ratnawati, mantan guru TPB!!
Puan Hasiah dan Puan Azlina (mantan guru TPB) turut datang memberi sokongan. Terima kasih ya!!
Murid menjawab soalan di peringkat separuh akhir.
Persembahan tarian Pesona Jiwa (TS2).
Tampi apa tu dik? Persembahan joget Lodeh Hai Mak Lodeh dari TNPB.
Persembahan tarian Zapin Pusaka yang kemas dari TIB.
Pertandingan peringkat akhir sempoa 6 Bistari.
Pertandingan ibu bapa vs anak.
Antara para peserta sempoa.
Ada juga cenderahati yang akan dibawa pulang.
Pn Zainun bersama para penanda kertas.
Terima kasih kami ucapkan kepada pihak ibu-ibu yang sudi menjadi pengadil dan penanda kertas pada pertandingan kali ini. Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada,
Para pengadil :
Pn Rohana Binti Abdul Razak (TM)
Pn Wan Mazrinayanti Binti Wan Mansor (TNPB)
Di sini
kami kongsikan senarai pemenang bagi Pertandingan Sempoa & Congak 2017.
Sempoa ribu
6 Bistari
Johan – Nur
Laila Arissa Bt Mohd Faizal (TMPB)
Naib johan –
Anaqi Thaqif Bin Faizul (TS2)
Ketiga - Muhammad
Rayyan Daniel Bin Huzaimi (TS2)
Sempoa
ratus 6 Tahun
Johan –
Nurul Fatanah Bt Noor Azman (TIPB)
Naib johan –
Nur Aryanna Qhairasa Bt Joharmi (TS2)
Ketiga - Muhd
Irfan Bin Saipol Anuar (TIPB)
Sempoa
ratus 5 Bistari
Johan –
Putri Airyssha Insyirah Bt Abd Rahim (TIPB)
Naib johan –
Nur Iffah Zinnirah Bt Suhaide (TNPB)
Ketiga - Nur
Faiqah Bt Saiful Azmi (TNPB)
Congak 6
Tahun & 6 Bistari
Johan –
Aisyah Hafiya Bt Md Razali (TM)
Naib johan – Wan Batrisyia Bt Md Nor Arif (TNPB)
Ketiga - Muhd
Zayyan Bin Saifullizan (TM)
Ibubapa vs anak
Johan – Puan Nor Idayu Bt Wagiman
Naib johan – Nur Laila Arissa Bt Mohd Faizal
Ketiga - Muhammad Rayyan Daniel Bin Huzaimi
Ibubapa
Johan –
Puan Nor Irdayu Bt Wagiman
Naib johan –
Puan Ummu Naqibah Bt Ostadi
Ketiga - Puan
Farah Zunurain Bt Abd Latif
Video keseluruhan Pertandingan Sempoa Dan Congak 2017 masih lagi dalam pembikinan, bila sudah siap nanti akan saya kongsikan, jadi kali ini kami kongsikan dahulu video persembahan semasa pertandingan diadakan.
Joget Berhibur (TS1)
Pesona Jiwa (TS2)
Lodeh Hai Mak Lodeh (TNPB)
Zapin Pusaka (TIB)
Tahniah sekali lagi kepada semua para pemenang yang berjaya pada kali ini. Terima kasih juga kepada para ibu bapa yang turut sama membantu anak-anak mempersiapkan diri menghadapi pertandingan ini.
Untuk minggu ini dan minggu hadapan murid-murid sedang sibuk menghadapi peperiksaan akhir tahun. Jangan lupa buat ulangkaji di rumah ya!!