Showing posts with label cawangan. Show all posts
Showing posts with label cawangan. Show all posts

Monday, December 5, 2016

TADIKA INTELEK BESTARI MULA BEROPERASI

29, Jalan Tiong 10, Taman Scientex
Bismillahirrahmanirrahim.

Selamat beroperasi kami ucapkan kepada adik baru kami, Tadika Intelek Bestari yang  mula beroperasi pada 4 Disember 2016 bersamaan dengan hari pertama pra tadika. 

Seperti mana yang pernah saya katakan sebelum ini, ibu bapa tidak perlu risau kerana walaupun ianya tadika baru, tenaga pengajar yang kami sediakan di sana terdiri dari guru-guru yang lama dan yang telah kami bimbing. Guru-guru yang diamanahkan bertugas di sana adalah bekas Guru Besar Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1,  Pn Zulaiha yang juga  menggalas tugas yang sama di tadika ini, Puan Nurul Atikah dari Tadika Minda Pintar Bestari dan juga seorang guru baru yang akan menjadi tenaga pengajar di sana.


Saya masih belum berkesempatan lagi melawat ke Tadika Intelek Bestari, tetapi dari gambar-gambar yang dikirimkan oleh Pn Zainun, tadika tersebut kelihatan cantik dan menarik.  



Memerhatikan tadika dari seberang jalan.

Pertama kalinya tadika kami 3 tingkat.

Halaman luar yang luas.

Hingga ke bahagian belakang dipasangkan jubin, agar murid lebih
selesa ketika membersihkan badan selepas bermain air di kolam.

Ruangan kolam yang luas.

Kedalaman kolam juga bersesuaian dengan murid.
Cantik kan tadika ini? Apa lagi, silalah war-warkan kepada kaum keluarga dan rakan-rakan yang masih mencari tadika berdekatan dengan perumahan baru ini. Pendaftaran masih lagi terbuka dan kesudian pihak ibu bapa untuk sama-sama berkongsi pengalaman dalam mendidik anak-anak amat kami hargai.

~Cik Norifah~

Monday, June 13, 2016

TEKAD MEMBINA JALINAN




“Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya.”
- Saidina Ali Bin Abi Talib –

Bismillahirrahmanirrahim.

Rasanya masih belum terlambat lagi untuk kami warga MyBistari Group untuk mengucapkan, ‘Selamat menjalani ibadah puasa’ kepada para ibu bapa, penjaga dan juga anak-anak didik kami. Sekejap sahaja rasanya kita sudah berada di dalam bulan yang penuh keberkatan ini, bulan Ramadhan. Agak lega sedikit, kerana dalam bulan ini tiada aktiviti tahunan yang melibatkan guru-guru dan juga murid-murid mengeluarkan tenaga mereka, almaklumlah, berpuasa.. takut nanti balik ada yang kepenatan.

Tetapi seperti yang sedia maklum, sebelum kita semua menjalani ibadah puasa, ada satu aktiviti tahunan yang telah kami jalankan iaitu Hari Terbuka Semester 1. Ketika Guru Besar memerah otak menyiapkan analisa keputusan peperiksaan, guru-guru di setiap cawangan juga bertungkus lumus menyiapkan keceriaan dan juga dekorasi papan notis. Setiap cawangan diberi tugasan yang berbeza, di bawah tema yang sama iaitu, ‘Dunia Animasi’. Kami di bahagian pengurusan begitu teruja untuk melihat hasil yang bakal dipersembahkan kepada ibu bapa nanti. Jika ibu bapa hendak tahu animasi apakah yang ditugaskan di setiap cawangan, saya nyatakan di sini.

  • TPB Taman Mawar – Frozen.
  • TPB Tmn Kota Masai 1 – Sofia the first.
  • TPB Tmn Kota Masai 2 – Thomas & friends.
  • TPB Tmn Scientex 1 – Kungfu panda.
  • TPB Tmn Scientex 2 – Chibi maruku chan.
  • Tadika Nur Pintar Bestari – Super wings.
  • Tadika Inovasi Bestari – Didi & friends.
  • Tadika Ilmu Pintar Bestari – Boboiboy.
  • Tadika Minda Pintar Bestari – Upin Ipin.


Bukan mudah ye, ibu.. ayah.. untuk menghasilkan papan notis dan hiasan yang menarik. Perselisihan pendapat itu pasti ada, tapi tak mengapa jika tujuan perselisihan itu adalah untuk kebaikan bersama dalam memberikan hasil yang terbaik.


Jom kita jengah guru-guru di cawangan yang sedang sibuk menghias tadika masing-masing!

Hati-hati cikgu, jangan jatuh (TIB)

Langsir pun dah siap dibasuh.. (TMPB)

Menampal analisa murid agar mudah bagi
ibu bapa menyemaknya (TMPB)

Tambahan belon untuk mencantikkan lagi suasana
kelas (TNPB)

Bahan-bahan untuk sudut bergambar
sudah siap! (TNPB)

Bidai penghadang ditukarkan menjadi sudut
bergambar, bagus! (TS2)

Cikgu sedang memikirkan cara untuk menggantung
kartun yang comel itu. (TIB)

Work in progress!! (TS1)

Bahagian buku semester 2, siap untuk jualan!

Contoh kelas yang telah sedia untuk menerima kunjungan ibu bapa.

Gigihkan cikgu-cikgu kita dalam menjalankan amanah yang diberi? Alhamdulillah, semoga hasil usaha dan titik peluh mereka ini mendapat keberkatan dari Nya. Apa khabar agaknya suasana Hari Terbuka Semester 1?
Nak tahu? 
Kita jumpa lagi nanti pada entri yang akan datang!

~ Cikgu Norifah ~ 

Sunday, May 29, 2016

BERUS GIGI GERGASI

Mari tengok.. ok tak giginya ni?


Bismillahirrahmanirrahim.

Masih ingat lagi lawatan sahabat Sang Singa ke tadika-tadika MyBistari beberapa bulan yang lepas? Sehingga ke hari ini masih ada lagi yang bercerita tentangnya. Lagilah bila diberitahu akan ada pemeriksaan gigi oleh Klinik Pergigian Pasir Gudang.

“Ada cerita nyum nyum nyum tu lagi eh cikgu?”

Itu rupanya yang melekat diingatan mereka. Bahagian itu yang paling menarik minat mereka mungkin.

Pada 22hb Mei 2016 yang lalu, pihak Klinik Pergigian Pasir Gudang telah membuat lawatan ke salah satu cawangan kami, Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2. Murid-murid sudah bersemangat menunggu dengan berus gigi, ubat gigi dan gelas. Nanti akan ada demonstrasi menggosok gigi.

Jom tengok aksi mereka semasa sesi penerangan dilakukan.

Sesi bercerita

Wow!! Besarnya berus gigi!!

Saya!! Saya nak jawab!!!

Asyiknya dia menggosok gigi.

Gosok jangan tak gosok

Beratur menunggu giliran untuk diperiksa giginya.

Buka mulut luas-luas sikit..
Misi sukses di Taman Scientex 2!
Mengikut perancangan, destinasi seterusnya adalah di Tadika Pintar Bistari Taman Mawar. Tapi disebabkan oleh permasalahan yang tak dapat dielakkan (pada hari yang sama 26hb Mei 2016, Khamis) pihak TNB akan membuat penyelenggaraan di Taman Mawar, sesi ini akan dianjakkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Cawangan- cawangan yang lain, tunggu ya!!

 Cikgu Norifah

Sunday, March 20, 2016

TERBAIKLAH TMPB!

8 Mac 2016 (Selasa)

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ini skuad ini bukan sahaja menghiburkan murid-murid di TS2 sahaja, mereka juga berkesempatan untuk ke cawangan Tadika Minda Pintar Bestari yang juga terletak di Taman Scientex.


Oleh kerana masa dan jadual yang agak terhad, mereka hanya dapat hadir pada sesi petang sahaja. Walaupun jumlah murid-murid di cawangan ini antara yang sedikit, sambutan yang diberikan oleh anak-anak ini tetap hebat. 

Terbaiklah TMPB!

Ok semua.. sedia.. akak nak mulakan cerita ni..

Tumpuan diberikan seratus peratus

Ye! kami janji akan jaga gigi kami baik-baik!
Terima kasih kepada skuad Kodomo Lion. Walaupun jumlah pendengar yang sedikit, mereka tetap sudi hadir dan menghiburkan anak-anak murid kami. 

~Cikgu Norifah~


SIAPA TEMAN SANG SINGA?

7 Mac 2016 (Isnin)

Bismillahirrahmannirrahim..

“Auuummmmm!!!”
“Cikgu, itu macam bunyi harimaulah cikgu!”
“Bukan.. ni bunyi singa.. nak tau kenapa cikgu buat bunyi macam tu?”
“Kenapa?”
“Sebab.. minggu depan ada kawan-kawan singa nak datang melawat kamu semua di sekolah,”
“Takutlah cikgu, taknak!!”
“Jangan takut, kawan-kawan singa ni baik.. mereka nak ajar kamu semua tentang penjagaan gigi yang betul,”
“Oooo.. nanti gigi kita jadi kuat macam gigi singa eh cikgu?”
“Iya.. sihat dan kuat! Jadi minggu depan datang sekolah tau! Siapa yang datang, akan dapat hadiah dari Kodomo Lion!”

Itu antara dialog yang sempat saya dengar semasa guru-guru memberitahu dan mengingatkan murid-murid agar datang ke tadika. Kata-kata cikgu tersebut disambut meriah oleh anak-anak muridnya. Ada yang terlalu teruja dengan berita tersebut, masih ada juga yang was-was dengan ‘kawan-kawan cik singa’ yang bakal hadir, malah ada juga yang takut kerana giginya rosak.

Sempat lagi seorang murid menarik jubah saya sambil tutup mulutnya,

“Cikgu, saya tak nak kena cabut gigi.. sakit..” katanya sambil menggeleng-gelengkan kepala.
“Tak cabut gigilah Raiqal.. cuma nanti kakak-kakak tu nak bercerita dan nak kasi hadiah aje pada siapa-siapa yang baik dan dengar cakap,” barulah dia tersenyum puas hati.

Macam-macam gelagat murid-murid apabila diberitahu yang Kodomo Lion mahu datang jengah mereka di tadika.

Dalam Siri Jelajah Kodomo Lion kali ini, destinasi awal mereka adalah Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1 dan Tadika Inovasi Bestari.

Skuad Kodomo Lion tiba di Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1 kira-kira pada pukul 10 pagi. Seperti biasa, anak-anak murid sudah sedia menanti kehadiran mereka di perkarangan tadika. Senang cerita, bukan sahaja murid-murid sahaja yang teruja, cikgu-cikgu pun sama, lebih-lebih lagi cikgu-cikgu yang baru. Ini merupakan pengalaman pertama mereka.

Ini antara aksi-aksi mereka melayan anak-anak murid.

Tekun mendengar cerita
Sama-sama menggayakan cara menggosok gigi dengan betul

Cerita tentang Bella

Sesi soal jawab.. siapa dapat jawab, akan dapat hadiah!

Rasa-rasanya.. dapat tak jawab tu?

Macam buat silap mata, letak gambar makanan dalam mulut Bella, boleh hilang gambarnya.

Bagus.. diam mendengar cerita

Ini baru satu cawangan, nanti akan saya kongsikan lawatan skuad ini di cawangan-cawangan yang lain.

~Cikgu Norifah~


Wednesday, January 14, 2015

2015 MINGGU KEDUA

Assalamualaikum wrb wbt...

Setelah memberi peluang kepada ibubapa menguruskan anak-anak sekolah rendah dan menengah, maka Isnin 12hb Januari tadika beroperasi seperti sediakala. Lokasi pertama saya...Taman Scientex 1 di Jalan Kijang. 

Kelas 6 Bistari




Kelas 5 Cerdas sesi pagi ~ belajar huruf  a


Semua tempat tidak ditinggalkan kosong, ada saja yang dilukis oleh cikgu-cikgu



Notice board TS1


Tuesday, December 25, 2012

PEMBAYARAN DAN PENGAMBILAN KEPERLUAN


Bermula 10 sehingga 19 Disember lepas, pembayaran yuran dan pengambilan keperluan telah dibuat di semua cawangan. Namun begitu masih ramai lagi yang masih belum datang. Hanya tinggal sehari lagi pada 26hb (Rabu) untuk selesaikan urusan ini kerana tadika akan bermula pada Khamis 27hb. Dan pada hari tersebut kaunter bayaran akan ditutup kerana semua guru-guru sibuk mengurusi anak-anak semua. Jadi bertindaklah segera.

KAUNTER BAYARAN TAMAN RINTING

Baju dipamerkan untuk memudahan murid mencuba saiz yang sesuai dengan badan


Ada stok yang dah habis


KAUNTER BAYARAN TAMAN BUKIT DAHLIA


Buku untuk semester 1, 2013

Al-Furqan akan mula digunakan untuk sesi akan datang

Lughatul Jannah untuk siri bacaan Bahasa Arab di TIB
Multimedia E-Learning untuk semua pelajar TIB