Bermula dari 16 Februari hingga hujung minggu ini, warga Pasir Gudang khasnya akan berpesta layang-layang. Ianya merupakan acara tahunan Majlis Perbandaran Pasir Gudang (dulunya PBTPG). Dan seperti tahun-tahun sebelumnya, acara mewarna kanak-kanak diadakan.
Saya dan Cikgu Tamizi berkesempatan membawa sebilangan kecil pelajar saya tahun ini iaitu dari Taman Mawar dan Taman Kota Masai (1) seramai 15 orang sahaja bagi menyertai acara ini. Bukannya tak nak ramai-ramai tetapi buat masa sekarang ini kekurangan kakitangan. Semua kena turun padang.
Dijadualkan bermula jam 8.00 pagi tapi biasalah....jam 9.15 baru pertandingan bermula. Kesian pada anak-anak yang kepanasan, apatah lagi yang terkena matahari pagi. Tempat sempit tetapi yang menyertainya lebih dari 200 orang. Petugas yang saya nampak cuma 3 orang saja untuk uruskan semuanya. Saya ambil peluang untuk membantu mengedarkan kertas lukisan dan pensil warna kepada para peserta kerana kalau tak buat gitu, makin lambatlah mulanya. Ini beberapa gambar yang sempat saya rakamkan sepanjang acara pagi semalam.
|
Menunggu masa untuk mewarna. Wakil Taman Kota Masai |
|
Wakil dari Taman Bukit Dahlia (Inovasi Bestari) |
|
Penuh khusyuk mewarna |
|
Wakil dari tadika-tadika lain |
|
Wakil dari Taman Mawar |
|
Inilah hasilnya selepas 2 jam mewarna. |
|
Bergambar kenangan sebelum pulang ke tadika |
|
Tak banyak lagi layang-layang yang naik. |
|
Antara gerai yang mengambil bahagian, Sudah pastinya kedai menjual layang-layang |
|
Ikon yang menjadi minat anak-anak. Belon Upin & Ipin |
|
Kincir angin ikon Bukit layang-layang |
Habis mewarna kira-kira jam 11.30, saya membawa anak-anak balik ke tadika bersama cenderahati masing-masing. Cuaca panas dan berangin. Memang bagus sekali untuk menaikkan layang-layang yang besar-besar tu seperti petai, kucing dan macam-macam lagi. Kalau nak tengok, jom ke Festival layang-layang!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.