Tuesday, October 23, 2018

HARI JALINAN KASIH AKHIR TAHUN 2018


Bismillahirrahmanirrahim.

Bergambar di sudut fotografi yang disediakan di tadika (TM)

“Cikgu.. ada kesilapan ni.. nama lain, muka lain, macam mana ni ya?”

“Cikgu.. dah cuba nak masuk laman web, tapi masih tak boleh. Kenapa ya?”

“Cikgu.. dapat tengok keputusan anak saya je, untuk keseluruhan kelas takde ke?”

“Cikgu.. betul ke ni keputusan anak saya? Macam tak percaya aje, dia bukannya belajar kat rumah, cikgu ada ajar dia ke?”

“Cikgu.. saya tak faham, kedudukan top 3 ni, nombor satu satu tiga? Nombor dua mana?”

Dan bermacam lagi persoalan yang saban tahun kami dapat dari para ibu bapa dan penjaga yang bersemangat melihat keputusan anak-anak di laman web.

Bagi ibu bapa yang tiada akses ke laman web, kami tetap mempamerkan keputusan di papan notis di setiap tadika.

Papan notis TPB Taman Mawar

Papan notis TPB Taman Scientex 1

Papan notis Tadika Inovasi Bestari

Papan notis TPB Taman Kota Masai

Papan notis TPB Taman Scientex 2


Papan notis Tadika Minda Pintar Bestari

Papan notis Tadika Ilmu Pintar Bestari

Papan notis Tadika Nur Pintar Bestari

Papan notis Tadika Intelek Minda Bestari

Suasana debaran yang berbeza bagi setiap yang terlibat dengan Hari Terbuka ini. Para ibu bapa dan penjaga, berdebar untuk mengetahui keputusan anak-anak, para guru berdebar menanti kehadiran ibu bapa yang pastinya sudah bersedia dengan pelbagai soalan yang bakal diajukan oleh para ibubapa, dan juga pihak kami yang berurusan dengan segala permasalahan di laman web. Jadinya kami amat berharap agar setiap dari kita dapat melalui hari terbuka ini dengan baik.

Amat sayang sekali kami yang berada di pejabat tidak dapat bergerak ke setiap cawangan untuk merasai keseronokkan hari terbuka. Kami dari sini hanya dapat turut merasa keseronokkan hari terbuka melalui kiriman gambar-gambar yang dikirim oleh pihak guru besar ke group whatsapp kami.
Sekali lagi kami ingatkan kepada pihak ibu bapa, sekiranya anak tuan puan tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan, janganlah kita menghukum anak tersebut, berilah kata-kata yang membina agar mereka tidak merasa tertekan.

Kita sambung cerita di halaman tadika (TM) 
Bergambar kenangan di sudut fotografi (TM)


Haa.. kat papan notis ni kita boleh tengok keputusan semua kawan-kawan. (TM)

Nak tulis nama saya ke mana ibu saya?

Ye ke dah mandi? Mari sini cikgu cium. (TM)

Ingatkan yang kat tengah-tengah tu teddy bear juga.. (TNPB)

Haaa.. cerita apa tu sampai ayah tersenyum dan anaknya tertunduk? (TNPB)

Para ibu bapa telah mula ramai membanjiri kelas (TNPB)

Cantiknya gambar kelas saya (TIB)

Bergambar kenangan dengan guru-guru TIB

Sebelum masuk ke dalam, perlu isi buku kedatangan dan ambil nombor dulu ya (TMPB)

Penerangan oleh guru kelas (TS2) 
Kena tulis komen aje eh? Tulis resepi tak boleh ke? (TS2)


Pemandagan yang meriah menyambut para ibu bapa (TS2)


Ayah tetap prihatin mendengar penjelasan guru dari tepi (TS2)



Menanti giliran untuk berjumpa dengan guru kelas (TMPB)

Jom bergambar dahulu sebelum ibu bapa datang! (TMPB)

Isi nama di sini dahulu ya puan. (TIB)

Dua-dua kaunter sibuk (TIB)

Masih tak ramai lagi yang hadir (TIB)

Tiada yang datang berkunjung ke? (TIMB)
Kita tengok dulu keputusan kat luar sebelum masuk ke dalam. (TS1) 
Cerita apa tu? Dua-dua tersenyum lebar tu (TIMB)


Masing-masing cuba menjawab soalan dari para ibu dengan sebaiknya (TIMB)

Terima kasih cikgu, kami balik dulu (TMPB)
Selesai sudah Hari Terbuka Semester 2 2018. Segala debaran yang bermain di hati para ibu bapa sudahpun terjawab.  Diharap para ibu bapa dapat menerima keputusan anak-anak dengan hati yang terbuka. Perjalanan mereka masih lagi jauh.

Pejam celik, pejam celik, cuma tinggal 2 event lagi yang akan kami lalui bersama ana-anak sesi 2018, terutamanya murid 6 tahun. Minggu hadapan kita akan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang dan bulan seterusnya kita akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2018.

Di setiap cawangan sekarang ini sedang gigih menjalani latihan persembahan untuk Hari Anugerah Cemerlang 2018. Marilah kita sama-sama berdoa agar kedua-dua event hujung tahun ini dapat dijalankan dengan baik.

~Cik Norifah~




Wednesday, October 17, 2018

USAHA DAN TAWAKAL TANGGA KEJAYAAN.


Bismillahirrahmanirrahim.

BBM yang digunakan untuk sesi PdP pelajar dari UNITAR,
Cik Nursyafiqah bt Rahmad.

“Jangan berharap segalanya akan lebih mudah. Berharaplah segalanya akan lebih baik.”

Ada benarnya juga kata-kata dari pakar motivasi, Jim Rohn berkenaan dengan usaha. Setiap dari kita wajib rajin berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan.

Usaha berkenaan dengan peperiksaan akhir tahun dari pihak ibu bapa, guru-guru dan anak-anak murid sudah pun berakhir, sekarang ini hanya berdoa dan berserah menanti keputusan. Jangan lupa ya, hari terbuka di setiap tadika kami pada Ahad 21 Oktober 2018. Kedatangan para ibu bapa penjaga amat kami nanti-nantikan. Para guru juga sedang sibuk berusaha menyemak penandaan, markah dan kedudukan murid dan juga papan notis untuk dipamerkan pada hari terbuka nanti.

Pada masa yang sama, guru-guru juga sedang sibuk memikirkan kostum dan juga step tarian yang bakal diajarkan kepada anak-anak murid yang terlibat dengan persembahan akhir tahun nanti. Huh, banyak benda nak dilakukan menjelang bulan-bulan terakhir semester 2 2018 ini.

Sedang sibuk menyiapkan itu dan ini, Puan Shawariah menerima satu panggilan telefon dari pelajar Unitar yang memerlukan tempat untuk menjalankan tugasan yang diberi.  Untuk pengetahuan semua, kami menerima dan mengalu-alukan sekiranya ada pelajar dari mana-mana institut pengajian yang ingin membuat latihan ilmiah atau pun tugasan di tadika kami.  Kita sama-sama memudahkan urusan mereka.

Memandangkan murid-murid sudahpun habis menduduki peperiksaan pada minggu yang sebelumnya, kami menyediakan ruang selama sejam bagi pelajar terbabit untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Pada 17 Oktober 2018 (Rabu), Cik Nursyafiqah Binti Rahmad dari UNITAR telahpun hadir ke tadika untuk menjalankan 'micro teaching' nya. 

Seperti biasa, yang teruja pastilah anak-anak murid semua dengan kehadiran 'cikgu baru' mereka.

Sedikit penerangan dari Cik Nursyafiqah sebelum aktiviti dimulakan.

Cikgu buat apa tu cikgu?

Saya cikgu, saya nak jawab!!

Aktiviti menjejaki tapak haiwan, tapak kaki haiwan apakah ini?


Aktiviti seterusnya, kolaj buah-buahan.


Cikgu.. saya nak buat..

Koyak besar-besar, cepat sikit siap kerja ni, hehe.

Biasalah, bila masih dalam proses belajar, akan ada kesilapan yang dilakukan. Tak mengapa, itulah tujuan latihan ini diadakan, agar ada mereka yang lebih faham dan biasa dengan dunia pendidikan awal kanak-kanak ini dapat menegur dan memberi maklum balas. Usaha tangga kejayaan. Sila war-warkan kepada sesiapa yang memerlukan tempat untuk latihan ilmiah berkenaan dengan pendidikan anak-anak kami ok!!

Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Shawariah dan Puan Norafizah kerana sudi meluangkan sedikit masa memantau tugasan Cik Nursyafiqah. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Cik Nursyafiqah kerana memilih tadika kami untuk menjalankan tugasan anda. Semoga perkongsian selama sejam itu memberi ilmu yang bermanfaat kepada kedua belah pihak.

Seperkara lagi, Ahad minggu depan, 21hb Oktober 2018 (Ahad) adalah hari terbuka semester 2 2018 bagi 5 dan 6 tahun. Guru-guru di setiap cawangan sedang sibuk berusaha menyiapkan segala keperluan untuk hari terbuka baik dari segi sijil, keputusan dan juga papan notis keputusan. Di harap segalanya dapat berjalan dengan lancar.

~Cik Norifah~





Wednesday, October 3, 2018

JARI SETAJAM MINDA


Bismillahirrahmanirrahim.

Pentas Pertandingan Sempoa dan Congak 2018.

“Cikgu tadika ini ya? Laju budak-budak ni kira. Guna teknik drilling ke macam kat pusat perkembangan minda kanak-kanak tu?” tanya seorang kakak ketika saya sedang membeli air mineral di mesin air yang disediakan.

“Tak puan. Kami tak guna teknik drilling. Untuk sempoa memang students kena fokus pada soalan yang dibaca dan sampai satu tahap akan ada formula yang mereka kena ingat untuk dapatkan jawapan,” jawab saya.

“Eh.. boleh eh macam tu?Macam tak percaya aje..”

“Bukti atas tu puan..” saya tunjuk ke pentas di mana murid-murid sedang menjalani pertandingan.

Itu antara persoalan yang sering kami dapat apabila orang luar datang menyaksikan Pertandingan Sempoa dan Congak. Memang latihan kami adakan di tadika masing-masing sebelum pertandingan dijalankan, tetapi soalan-soalan yang cikgu kami bacakan kepada para peserta semasa sesi latihan adalah soalan-soalan yang diambil dari buku latihan mereka. Soalan sebenar hanya akan didedahkan kepada para peserta semasa raptai pertandingan.

Hebatkan anak-anak ini mengira? Ramai juga yang risaukan keadaan mereka nanti bila berada di atas pentas. Sebab itulah kami adakan raptai. Tujuan raptai adalah untuk memberi pendedahan awal kepada para peserta berkenaan dengan situasi keadaan tempat dan pertandingan yang akan diadakan nanti. Oleh sebab itu, kami memang amat mengharapkan para ibu bapa memberikan komitmen bukan sahaja ketika pertandingan, tetapi juga ketika raptai diadakan.

Buat raptai dahulu

Sesi memasang backdrop

Takut meletup ke belon tu Cikgu Umaisah?

Pertama kalinya penggunaan bunting untuk setiap kategori

Kanak-kanak riang bermain belon

Alhamdulillah, selamat sudah pasang backdrop dan belon

Alhamdulillah, berkat sokongan dan kerjasama para ibubapa dan cikgu-cikgu, pertandingan dapat dijalankan dengan baik. Terima kasih kami ucapkan kepada para ibubapa yang turut serta mengambil bahagian dalam pertandingan sempoa ibubapa vs anak. Memang tak senang duduk kan bila semakin hampir dengan masa untuk naik ke pentas? Hinggakan ada yang menggigil jari jemari ketika hendak menaikkan manik sempoa.

Last minute touch up sebelum majlis bermula. 
Ikat ketat-ketat, jangan sampai terburai atas pentas nanti!


Tengok sini, ibu nak ambil gambar!

Barisan penanda kertas untuk pertandingan kali ini.

Sebahagian hadiah untuk para peserta.

Unit pengadil untuk pertandingan kali ini, kalau ibubapa yang lama mungkin kenal Puan Laila, bekas guru kami.

Haaa.. nampak dah dalam ramai-ramai tu ada ibu yang sedang menguruskan anaknya.

Photo booth juga kami sediakan.

Para pembaca soalan, gabungan yang lama dan yang baru. 
Dah sedia ke belum pemudahcara majlis kami?


Ucapan alu-aluan dari Puan Suhaila.

Pembuka tirai majlis, tarian Ya Ami dari TPB Taman Mawar.

Dan... acara pun bermula!!

Fokus menanti soalan dibaca.

Menunggu giliran untuk naik ke pentas.

Cikgu yang berdiri sekejap kat atas ni pun dah ketar lutut, hebat anak-anak ni.


Para peseta ibubapa bersedia untuk naik ke pentas.

Belum mula lagi.. kasi hilang debar di hati dulu..

Keindahan Pantai dari murid-murid Tadika Minda Pintar Bestari.

Saringan untuk pemilihan ke peringkat akhir.

Lenggang Kangkung dari TPB Taman Scientex 2

Pemandangan dari tingkat atas semasa pertandingan di jalankan.

Peringkat akhir pertandingan.

Orang kuat MyBistari Group jadi model untuk sudut bergambar.

Desa Tercinta oleh murid-murid Tadika Inovasi Bestari.

Para pemenang kategori sempoa ibubapa :
Tempat pertama - En Rohaizad Bin Paidi
Tempat kedua - Pn Nor Idayu Binti Wagiman
Tempat ketiga - Pn Asnatassha Binti Zainon

Para pemengan kategori Ribu 6 Bistari :
Tempat pertama - Nur Aamily Binti Asrudin (TIPB)
Tempat kedua - Harith Zakwan Bin Zamru Khalid (TM)
Tempat ketiga - Muhd Khalis Naufal Bin Mohd (TS2)
 

Para pemenang kategori ratus 6 Tahun :
Tempat pertama - Nur Izara Aleesya Binti Md Hanif (TMPB)
Tempat kedua - Nur Hadirah Umairah Binti shahril (TS2)
Tempat ketiga - Muhd Aisy Harraz Bin Mohd Fauzi - TIPB)

 

Para pemenang kategori ratus 5 Bistari :
Tempat pertama - Nur Aqilah Shafiqah Binti Rohaizad (TS2)
Tempat kedua - Dhia Qarina Binti Muhd Saiful (TS2)
Tempat ketiga - Muhd Nawfal Raes Bin Shamsuri (TS2)
 
Para pemenang kategori Congak 6 Tahun & 6 Bistari :
Tempat pertama - Muhd Haris Bin Muhd  Saifuddin (TIB)
Tempat kedua - Muhd Aisy Haziq Bin Mohd Fadli (TM)
Tempat ketiga - Aiman Arif Bin Johan (TM)
 

Para pemenang kategori Sempoa Ibubapa VS Anak :
Tempat pertama - Pn Nor Idayu Binti Najiman
Tempat kedua - En Rohaizad Bin Paidi
Tempat ketiga - Adik Nur Izara Aleesya Bt Md Hanif
Di sini juga saya kongsikan video-video persembahan dan cideo keseluruhan perjalanan Pertandingan Sempoa dan Congak 2018.

Video keseluruhan Pertandingan Sempoa dan Congak 2018


Ya Ami (TM)


Lenggang Kangkung (TPB TS2)


Keindahan Pantai (TMPB)


Desa Tercinta (TIB)

Tahniah kami ucapkan kepada para pemenang dan syabas kepada semua peserta kerana berani untuk naik ke atas pentas dan beraksi. Tinggal satu lagi program tadika yang tinggal iaitu Hari Anugerah Cemerlang 2018. Sekali lagi kami amat mengharapkan agar pihak ibubapa dapat memberikan kerjasama yang baik dengan membenarkan anak-anak turut serta dalam persembahan nanti. Borang penyertaan ada kami sertakan di dalam surat makluman.

Minggu ini juga merupakan minggu peperiksaan akhir bagi anak-anak murid kami. Didoakan agar mereka dapat menjawab soalan sebaiknya. Sama-sama nanti kita tunggu keputusan peperiksaan mereka ok!

~Cikgu Norifah~