Showing posts with label makluman. Show all posts
Showing posts with label makluman. Show all posts

Thursday, May 23, 2013

TADIKA BERCUTI

Tadika dan semua guru akan mula bercuti bermula esok 24hb sempena hari Wesak sehinggalah ke 28hb (Selasa). Dan dari 29hb sehingga habis cuti semester 1, tadika dibuka seperti biasa bagi membuat persiapan P & P Semester ke-2. Sekiranya ada urusan, silalah datang ke tadika setelah guru-guru naik bekerja.

Tuan/Puan,
Jangan lupa untuk ke Hari Terbuka tadika pada 5 dan 6hb. 5hb untuk anak-anak K1 dan 6hb untuk anak-anak K2. Sila rujuk surat makluman Jun.
Dan untuk melihat keputusan Peperiksaan Sem. 1 anak-anak, sila klik ke E-Waris 


Friday, July 6, 2012

PENERIMA BANTUAN YURAN NKRA 2012

Kalau tahun-tahun sebelumnya, bantuan ini diterima pada akhir tahun tapi tahun ini cepat pulak. Pada hari ini TPB telah mengagihkan bantuan yuran NKRA untuk 2012. Dari 50 permohonan yang dihantar kepada Jabatan Pelajaran, hanya 10 orang yang berjaya menerima bantuan tersebut iaitu Taman Rinting (5 orang), Taman Kota Masai 2 (2 orang), Taman Scientex 2 (2 orang) dan Taman Scientex 1 (1 orang).
Penerimanya telahpun dihubungi. Kepada yang memohon tetapi tidak dihubungi oleh pihak tadika, bermakna tak dapatlah tu sebab tahun ini peraturannya diperketatkan oleh kementerian. Jadi bagi yang menerima tu, memang betul-betul bernasib baik. Dah rezekinya namanya....

Monday, May 28, 2012

Tuesday, March 27, 2012

ANAK DILAHIRKAN 2008

Pihak kami telah menerima banyak pendaftaran bagi K1 (2013) bagi anak-anak yang dilahirkan pada 2008. Anak-anak ini akan bersekolah rendah pada tahun 2015. Tetapi ramai ibubapa yang tidak mengetahui bahawa anak-anak yang dilahirkan pada 1hb ~ 15hb Januari 2008 sepatutnya dimasukkan ke darjah 1 sekolah rendah pada tahun 2014 pada usia mereka 6 tahun. 
Jadi kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana, sila semak sijil kelahiran @ mykid anak anda. Jika anak dilahirkan awal Januari, mereka sepatutnya memasuki K1 pada tahun ini (2012) dan bukannya 2013. Pihak kami ada menerima beberapa pendaftaran lewat yang mempunyai kes-kes sebegini. 
Sila war-warkan kepada kawan-kawan @ jiran-jiran mengenai perkara ini kerana  
                                                          "SHARING IS CARING" 

LAWATAN KTM DIBATALKAN

Adalah dimaklumkan bahawa lawatan dengan Keretapi Tanah Melayu ke Gunung Lambak terpaksa dibatalkan. Saya menerima berita dari KTM mengatakan bahawa perkhidmatan KTM dari JB ke Kluang terpaksa dihentikan kerana terdapat kegelinciran train kargo minggu lepas yang tidak memungkinkan pihak mereka meneruskan perkhidmatan buat sementara waktu 

Sebagai alternatif:
1) Satu program lawatan baru akan dirangka dan surat makluman tentang perkara ini akan diedarkan kepada semua murid K2 dalam minggu ini.
2) Lawatan akan diselaraskan bagi semua cawangan iaitu pada 21 April (Sabtu)
3) Sekiranya ada ibubapa yang telah membuat bayaran bagi lawatan ini, GB cawangan masing-masing akan menelefon tuan/puan dan bayaran yang telah dibuat akan dipulangkan secepat mungkin.

Thursday, February 23, 2012

UJIAN 1

Hari ini anak-anak K2 di semua cawangan mengambil ujian pertama bagi tahun 2012. Soalan senang-senang aje. Mak ayah tak usahlah bimbang kalau tak buat ulangkaji kat rumah. Kalau buat ulangkaji, lagi bagus.
Kat tadika sebenarnya cikgu-cikgu sememangnya ada buat ulangkaji. Dari pengalaman lepas, biasanya keputusan ujian 1 taklah memberangsangkan. Mungkin anak-anak tak terbiasa. Cikgu cuma boleh guide saja, selebihnya anak-anak yang lakukan. Anak-anak yang tak hadir hari ini kerana deman @ sakit, dibolehkan mengambil ujian ini keesokan hari tetapi dengan syarat, perlu ada surat MC dari doktor. Kalau tak ada, kami akan memberikan kertas ini sebagai latihan biasa saja tanpa. Doakan anak-anak kita dapat melakukan yang terbaik. 

Inilah gambaran kertas soalan yang diberikan kepada anak-anak.

Untuk kelas Bistari
 
Untuk kelas normal di TPB dan TIB
Keputusan akan dapat dilihat di SPS E-waris. Cara-cara untuk melihat keputusan telah dicatatkan dalan surat makluman Mac yang akan diedarkan esok. Sila rujuk dan sekiranya ada permasalahan berkaitan, sila hubungi Pn. Shawariah (07-2517670).

Tuesday, February 21, 2012

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TAMAN SCIENTEX 2 SAHAJA)

Kepada semua ibubapa / penjaga Cawangan Taman Scientex (2). 

Pihak kami baru saja mendapat surat tentang notis gangguan tersebut jam 10.45 pagi tadi, walhal tarikh surat pekelilingnya adalah 28.12.2011. Kelam kabut saya dibuatnya untuk menyediakan surat pemberitahuan tentang cuti ini kepada ibubapa.
Untuk sesi petang, tiada masalah. Surat dapat diedarkan. Untuk sesi pagi, memang tak sempat nak mengedarkan surat ini. Insyaallah, kami akan SMS dan sebagai alternatif lain, di bawah ini saya sertakan surat tersebut. 
Minta dapat diwar-warkan kepada kawan-kawan yang anaknya bersekolah di Taman Scientex (2). 
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.




TADIKA PINTAR BISTARI
Cawangan  Taman Scientex 2 (SRJ/2764 )
58, Jalan Serindit 9, Taman Scientex, 81700, Pasir Gudang, Johor. 
Tel :  019-7350 900
Tarikh   : 21 Februari 2012
 
Kepada :                                                                                                          
Ibubapa /Penjaga/Pengendali pengangkutan                                                                  
Cawangan Taman Scientex 2     

Tuan / Puan

PER : CUTI PERSEKOLAHAN

Adalah ingin dimaklumkan, tadika akan dicutikan bagi semua sesi pada 22 Feb 2012 (Rabu).

  1. Ini adalah kerana pihak tadika baru sahaja menerima surat pekeliling daripada bertarikh 28 Disember 2011 seperti  berikut :

·         Tarikh gangguan      : 22  Februari 2012 (Rabu)
·         Sebab gangguan     : Senggaraan Kejanggalan Membaiki Thermoscanning Alatsuis,
  alatubah & LVDB.
·         Masa                      : 10.00 am hingga 7.00 pm
           
  1. Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

              Yang benar,
   Hjh. Zainun Binti Mat Lazim
              Pengurus

Saturday, October 22, 2011

KEPUTUSAN DAN USERNAME

Keputusan peperiksaan semester 2 masih belum diuploadkan di laman web tadika. Bagi membolehkan ibubapa melihat dan meneliti keputusan anak-anak, username perlu digunakan semasa login. Sila gunakan username yang sama seperti username semester 1 dulu, termasuk juga anak-anak K1 yang telah bertukar kelas dari kelas biasa ke kelas bistari. Sila rujuk senarai username di lamanweb.

Tuesday, October 4, 2011

KEMPEN 1MURID 1BUKUCERITA

Kempen ini dah 2 bulan berlalu. Alhamdulillah mendapat sambutan yang menggalakkan dari semua ibubapa. dan kempen ini sangat memerikan manfaat kepada semua anak-anak TPB dan TIB. Walaupun diminta untuk mendermakan 1 buah buku cerita bagi seorang anak, tapi ada segelintir ibubapa yang memberi lebih dari itu. Ada yang sememangnya buku baru dan ada juga buku recycle. Walaupun recycle, tapi masih boleh digunakan, dibaca dan mendapat banyak manfaat pada anak-anak. Buku-buku ini disampul dengan baik oleh cikgu-cikgu agar jangkahayat buku dapat bertahan. Di bawah ini adalah di antara buku-buku yang kami terima. Kebetulan sewaktu itu saya berada di Taman Rinting dan cikgu sedang menyampul buku, sempatlah saya snap sekejap. Sebenarnya banyak lagi. Saya akan berikan statistik di bawah nanti. 


Selain cerita B.Melayu, English Story book juga didermakan.

Dengan berbagai topik. Yang ini berkenaan dengan sains.

Alahai! Comelnya buku Alia Safiah tapi sayangnya tak boleh disampul sebab nanti mata burung tu tertonjol.
Macam-macam ada. Selamat membaca.
Pihak kami telah menerima derma buku cerita sebanyak ini dari semua cawangan.

Mawar (1) ~ 113 buah buku.
Mawar (2) ~ 50 buah buku
Rinting ~ 85 buah buku
Kota Masai (1) ~ 120 buah buku
Kota Masai (2) ~ 59 buah buku
Scientex (1) ~ 116 buah buku
Scientex (2) ~ 58 buah buku
TIB (Dahlia) ~ 27 buah buku

Alhamdulillah, hanya Allah yang dapat membalas segala pemberian dari semua ibubapa dan saya sentiasa mendoakan agar ibubapa sekalian mendapat rezeki dan pahala berganda kerana buku-buku ini adalah untuk manfaat anak-anak yang majoritinya boleh membaca dengan lancar. Syukran dan kempen ini akan diteruskan lagi di tahun hadapan.

Wednesday, September 21, 2011

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TAMAN SCIENTEX 2 SAHAJA)

Gangguan lagi !!
Pihak kami cuma dapat tahu dari ibubapa dan pemandu van berkenaan perkara ini. Tiada surat yang kami terima. Kami hanya dapat memberikan surat makluman mengenai perkara ini pada murid-murid sesi petang sahaja. Murid-murid sesi pagi akan dimaklumkan melalui telefon oleh GB. Berikut adalah salinan surat yang diberikan kepada murid. 


KEPADA: 
Ibubapa /Penjaga/Pengendali pengangkutan                                                                                                        

Tuan / Puan

PER : NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

Adalah ingin dimaklumkan, tadika akan dicutikan bagi semua sesi pada 22 September 2011 (Khamis)

2.  Ini adalah kerana kerja-kerja selenggaraan yang dibuat oleh TNB seperti perincian berikut :

Tarikh gangguan            : 22 September 2011 (Khamis)
Sebab gangguan            : Selenggaraan Tahunan Pencawang TNBD Pasir Gudang melibatkan     alatsuis, alatubah, dan papan pembahagian.
Masa                             : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
           
  Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

Tuesday, September 20, 2011

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TAMAN KOTA MASAI SAHAJA)

Esok, 21 September, 2011 (Rabu), anak-anak TPB cawangan TKM  dan TKM2 dicutikan kerana gangguan bekalan elektrik. Surat makluman tentang perkara ini telah diedarkan kepada semua murid hari ini.
Walaupun banyak aktiviti yang terganggu akibat masalah ini, pihak kami tidak dapat elakkan kerana suasana P & P yang tidak selesa kerana ketiadaan elaktrik.
Kerjasama dan perhatian dari semua ibubapa di dahului dengan terima kasih.

Monday, September 12, 2011

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (TADIKA INOVASI BESTARI SAHAJA)


Disebabkan GB baru saja menerima surat pagi tadi berkenaan gangguan tersebut, jadi saya tidak sempat untuk menyediakan surat makluman untuk diserahkan kepada murid. Walaubagaimanapun, GB akan menelefon semua ibubapa untuk memaklumkan perkara ini. Harap-harap perkara ini dapat diwar-warkan kepada semua ibubapa TIB   


KEPADA: 
Ibubapa /Penjaga/Pengendali pengangkutan                                                                                                        

Tuan / Puan

PER : NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK

Adalah ingin dimaklumkan, tadika akan dicutikan bagi semua sesi pada 13 September 2011 (Selasa)

2.  Ini adalah kerana pihak tadika menerima surat pekeliling daripada TNB ( No Rujukan : TNBD/SNM/) yang bertarikh 09 September 2011 seperti  berikut :

Tarikh gangguan            : 13 September 2011 (Selasa)
Sebab gangguan            : Selenggaraan Tahunan Pencawang TNBD Pasir Gudang melibatkan     alatsuis, alatubah, dan papan pembahagian.
Masa                             : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
           
  Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

      

Friday, August 12, 2011

PERTANDINGAN MEREKCIPTA KAD RAYA

Sukacita dimaklumkan bahawa pihak pengurusan Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang (Damansara Assets) akan mengadakan pertandingan merekacipta kad raya pada 20hb Ogos 2011 bermula jam 2.00 petang.
Sehubungan dengan itu, Damansara Assets mengalu-alukan murid-murid yang berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Murid boleh berpasangan dengan ibu/bapa/kakak/abang untuk sama-sama merekacipta kad raya dengan kreativiti masing-masing.
Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung terus kepada En. Shafiee Ross (012-7361552) @ 07-2514126.

Syarat-syarat penyertaan:
  1. Peserta adalah warganegara.
  2. Penyertaan terbuka kepada pasangan dewasa dan kanak-kanak bawah 12 tahun.
  3. Pihak penganjur akan menyediakan kad kosong bersaiz A4 sahaja
  4. Peserta hendaklah membawa peralatan tambahan seperti pensel warna, reben, kertas warna dll.
  5. Keputusan pengadil adalah muktamad
Hadiah-hadiah menarik menanti anda
  1. Hamper bernilai RM80.00
  2. Hamper bernilai RM60.00
  3. Hamper bernilai RM40.00
  4. 7 hadiah saguhati

Tuesday, August 9, 2011

HOTLINE


 Berikut adalah HOTLINE Polis Diraja Malaysia sebagai rujukan. Mungkin berguna bila-bila masa apatah lagi bila menjelang musim perayaan akan datang dimana ramai yang akan balik kampung sementara pihak polis setia menjalankan tugas menjaga keselamatan dan keamanan. 

IPK Johor                               (07- 225 4422)
IPD Seri Alam                         (07-386 4222)
DCC (Hotline)                         (07-387 1422)
Balai Polis Masai                      (07-251 1222)
Balai Polis Seri Alam                (07-388 6422)
Balai Polis Pasir Gudang           (07-251 3222)
Balai Polis Taman Scientex        (07-256 1422)
Balai Polis Taman Pasir Putih     (07-252 4122)
Balai Polis Taman Johor Jaya    (07-353 2124)
Balai Polis Ulu Tiram                 (07-861 1222)
Balai Polis Desa Cemerlang       (07-861 6122)
Balai Trafik Seri Alam               (07-386 1422)

Wednesday, July 27, 2011

UJIAN 3

Esok (Khamis) anak-anak K2 TPB dan TIB akan ada ujian pertama bagi semester 2 ni. Untuk kali ini subjeknya adalah BM, English, Mathematic dan Science. Soalannya senang-senang aje. Berkisar kepada perkara-perkara yang anak-anak belajar sepanjang sebulan setengah di semester 2 ini. Cikgu-cikgu pun dah buat ulangkaji bersama-sama anak-anak ini di setiap cawangan. Harap-harap ibubapa pun dapatlah juga meluangkan sedikit masa untuk ulangkaji bersama anak-anak pada petang @ malam ini.
Tapi diingatkan, janganlah tension bebenor. Sekiranya belajar secara berterusan, insyaallah anak boleh menjawab. YES! PASTI BOLEH!

Sunday, July 17, 2011

CUTI PERISTIWA

Adalah dimaklumkan bahawa Tadika Pintar Bistari dan Tadika Inovasi Bestari akan bercuti pada Isnin 18 Julai 2011 berikutan program Pertandingan Ujiminda dan Bercerita yang telah berlangsung pada pagi tadi.
Tadika akan beroperasi seperti biasa pada hari Selasa, 19 Julai, 2011.

Wednesday, July 6, 2011

MARI GOSOK GIGI

Jururawat pergigian akan datang ke TS2 (sesi pagi sahaja) untuk membuat demonstrasi menggosok gigi dan juga pemeriksaan gigi pada JUMAAT 8 JULAI, 2011.

Murid-murid yang berkenaan dikehendaki membawa perkara-perkara berikut:
  1. Berus dan ubat gigi sendiri
  2. Cawan plastik
  3. Tuala muka

Bagi ibubapa / penjaga TS2, sesi pagi, sila bekalkan perkara-perkara di atas tadi kepada anak-anak. Kerjasama dari tuan/puan di dahului dengan terima kasih

Bagi cawangan-cawangan yang lain, demonstasi dan pemeriksaan akan dibuat secara berperingkat-peringkat.

PENDAFTARAN DARJAH 1 KE SEKOLAH AGAMA

Maklumat ini diambil dari surat yang diterima dari SEKOLAH AGAMA TAMAN MAWAR.

Tarikh: 1 Julai ~ 31 September, 2011
Masa : 8.00 ~ 11.00 pagi, 2.00 ~ 4.00 petang
Tempat: Pejabat Sekolah Agama Taman Mawar

Ibubapa dikehendaki membawa bersama dokumen berikut:

1) Sijil kelahiran asal
2) 2 salinan sijil kelahiran
3) 2 salinan kad pengenalan ibubapa / penjaga

Sebarang pertanyaan, bolehlah berhubung terus ke Sekolah Agama Taman Mawar di 07-216 7544

Monday, June 6, 2011

TADIKA DITUTUP

Untuk makluman, Tadika Pintar Bistari dan Tadika Inovasi Bestari ditutup pada Isnin ~ Rabu ( 6 ~ 8 Jun). Walaubagaimanapun HQ Taman Mawar akan dibuka pada hari Rabu. ~ Jumaat. Kepada ibubapa yang ingin berurusan untuk pembayaran yuran, mengambil keperluan Semester 2 ataupun membuat pendaftaran 2012, bolehlah datang ke tadika cawangan masing-masing pada hari Khamis dan Jumaat, 8 pagi ~ 5 petang. 

Wednesday, May 25, 2011

KEPUTUSAN DAH KELUAR

Dah keluar pun keputusan peperiksaan semester 1. Ibubapa pun ramai yang dah tak sabar-sabar lagi nak tengok pencapaian anak masing-masing. Tapi bila ke website tadika, kenalah login dulu, barulah keputusan dapat dilihat. 
Akhirnya kami yang membuat kerja-kerja belakang tabir ni dapat menarik nafas lega. Dapat menyiapkan kerja seperti yang dirancang. Sekiranya ada apa-apa masalah berkaitan dengan keputusan ini,  bolehlah berhubung terus dengan saya. Untuk lebih perincian, datanglah ke hari  terbuka 2 dan 3 Jun nanti. Disarankan membawa anak masing-masing. Dapat juga berjumpa dengan cikgu sambil mengeratkan siratulrahim. 

Tinggal lagi 2 hari bersekolah sebelum anak-anak ni bercuti 2 minggu.  Buku aktiviti cuti sekolah telahpun diedarkan kepada murid-murid yang membuat pembelian. Saya tidak membuat tempahan banyak. Hanya mengikut kuantiti, kalau ada lebihpun mungkin sedikit saja. sapa cepat, dia dapat!!