Friday, February 18, 2011

LAYANG-LAYANG TERBANG MELAYANG

 
Masih lagi bercerita tentang Festival Layang-layang. Kalau semalam ada pertandingan mewarna tapi hari ini anak-anak dibawa melihat layang-layang terbang melayang.
Hari ini giliran Cawangan Taman Kota Masai (1) dan (2) serta Taman Scientex (1) dan (2), dengan masing-masing 1 bas dari setiap kawasan bagi setiap sesi pagi dan petang. 
Saya hanya berkesempatan bersama-sama dengan anak-anak ini pada sesi petang. Dengar cerita pada sebelah pagi tidak banyak layang-layang yang terbang. Tapi pada sebelah petang tadi, meriah gitu. Jom kita lihat gelagat anak-anak ini.

Binatang-binatang yang berkeliaran di ruang udara

Anak-anak teruja dengan layang-layang sponge-bob

Berbagai bentuk, berbagai warna layang-layang

Esok kami pasti datang lagi!

Cikgu-cikgu pun sempat berposing



Tiba masa untuk pulang
Harimau yang manja!
Dari riak wajah anak-anak, nampaknya mereka tidak puas melihat layang-layang ini. Nampak gayanya kenalah ibubapa luangkan masa bersama anak-anak masing-masing pada hujung minggu ini. Cuma pesan saya,  bawalah bekalan wang yang mencukupi kerana terlalu banyak sangat ujian. Contohnya seperti di bawah ini. 

 Esok giliran anak-anak Taman Mawar, Taman Rinting dan Taman Bukit Dahlia pula yang akan berkunjung ke sini. Semoga mereka akan berseronok!
 

3 comments:

  1. pergi tgk layang2 ni hanya utk berumur 6 tahun jer ker cikgu...kalau gitu anak saya zaim mirza tak gi lah yer...

    ReplyDelete
  2. Ya cikgu, hanya untuk 6 tahun saja. Itupun dah 7 trip dari semua cawangan dalam masa 2 hari tu. Anak-anak 5 tahun, pergi dengan mak ayah ajelah ya. Tahun depan bar pergi dengan cikgu2...

    ReplyDelete
  3. pergi ngan kwan2 lain sikit kot...thun ni tak berpeluang ke festival layang2...tak sanggup berhadapan dengan kesesakan...

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.