Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Wednesday, October 17, 2018

USAHA DAN TAWAKAL TANGGA KEJAYAAN.


Bismillahirrahmanirrahim.

BBM yang digunakan untuk sesi PdP pelajar dari UNITAR,
Cik Nursyafiqah bt Rahmad.

“Jangan berharap segalanya akan lebih mudah. Berharaplah segalanya akan lebih baik.”

Ada benarnya juga kata-kata dari pakar motivasi, Jim Rohn berkenaan dengan usaha. Setiap dari kita wajib rajin berusaha untuk mendapatkan apa yang kita mahukan.

Usaha berkenaan dengan peperiksaan akhir tahun dari pihak ibu bapa, guru-guru dan anak-anak murid sudah pun berakhir, sekarang ini hanya berdoa dan berserah menanti keputusan. Jangan lupa ya, hari terbuka di setiap tadika kami pada Ahad 21 Oktober 2018. Kedatangan para ibu bapa penjaga amat kami nanti-nantikan. Para guru juga sedang sibuk berusaha menyemak penandaan, markah dan kedudukan murid dan juga papan notis untuk dipamerkan pada hari terbuka nanti.

Pada masa yang sama, guru-guru juga sedang sibuk memikirkan kostum dan juga step tarian yang bakal diajarkan kepada anak-anak murid yang terlibat dengan persembahan akhir tahun nanti. Huh, banyak benda nak dilakukan menjelang bulan-bulan terakhir semester 2 2018 ini.

Sedang sibuk menyiapkan itu dan ini, Puan Shawariah menerima satu panggilan telefon dari pelajar Unitar yang memerlukan tempat untuk menjalankan tugasan yang diberi.  Untuk pengetahuan semua, kami menerima dan mengalu-alukan sekiranya ada pelajar dari mana-mana institut pengajian yang ingin membuat latihan ilmiah atau pun tugasan di tadika kami.  Kita sama-sama memudahkan urusan mereka.

Memandangkan murid-murid sudahpun habis menduduki peperiksaan pada minggu yang sebelumnya, kami menyediakan ruang selama sejam bagi pelajar terbabit untuk menyelesaikan tugasan yang diberi.

Pada 17 Oktober 2018 (Rabu), Cik Nursyafiqah Binti Rahmad dari UNITAR telahpun hadir ke tadika untuk menjalankan 'micro teaching' nya. 

Seperti biasa, yang teruja pastilah anak-anak murid semua dengan kehadiran 'cikgu baru' mereka.

Sedikit penerangan dari Cik Nursyafiqah sebelum aktiviti dimulakan.

Cikgu buat apa tu cikgu?

Saya cikgu, saya nak jawab!!

Aktiviti menjejaki tapak haiwan, tapak kaki haiwan apakah ini?


Aktiviti seterusnya, kolaj buah-buahan.


Cikgu.. saya nak buat..

Koyak besar-besar, cepat sikit siap kerja ni, hehe.

Biasalah, bila masih dalam proses belajar, akan ada kesilapan yang dilakukan. Tak mengapa, itulah tujuan latihan ini diadakan, agar ada mereka yang lebih faham dan biasa dengan dunia pendidikan awal kanak-kanak ini dapat menegur dan memberi maklum balas. Usaha tangga kejayaan. Sila war-warkan kepada sesiapa yang memerlukan tempat untuk latihan ilmiah berkenaan dengan pendidikan anak-anak kami ok!!

Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Shawariah dan Puan Norafizah kerana sudi meluangkan sedikit masa memantau tugasan Cik Nursyafiqah. Terima kasih juga kami ucapkan kepada Cik Nursyafiqah kerana memilih tadika kami untuk menjalankan tugasan anda. Semoga perkongsian selama sejam itu memberi ilmu yang bermanfaat kepada kedua belah pihak.

Seperkara lagi, Ahad minggu depan, 21hb Oktober 2018 (Ahad) adalah hari terbuka semester 2 2018 bagi 5 dan 6 tahun. Guru-guru di setiap cawangan sedang sibuk berusaha menyiapkan segala keperluan untuk hari terbuka baik dari segi sijil, keputusan dan juga papan notis keputusan. Di harap segalanya dapat berjalan dengan lancar.

~Cik Norifah~





Thursday, March 2, 2017

PANJANG RAJUK SANG LAYANG



Bismillahirrahmanirrahim

'Kuncinya terletak bukan pada bagaimana anda menghabiskan waktu, namun dalam menginvestasikan waktu anda.'

“Cikgu, kita nampak banyak dah gerai kat Bukit Layang-Layang! Bila kita nak pergi sana?” tanya seorang murid 6 Bistari 2 apabila ternampak saya ketika hendak keluar rehat. 

“Ha’ah Cikgu Ifah.. bila?” sapa rakannya apabila saya masih berdiam diri tidak menjawab soalan yang diberi.

“Insyaallah hari Khamis,” jawapan yang mengundang senyuman meleret di muka masing-masing.

“Kenapa bukan esok cikgu?’ soal yang lainnya.

“Sebab esok tadika lain pergi dulu, hari Khamis baru kita,” terangku lagi.

“Tak kisahlah hari apa, janji pergi!” tersengih-sengih mereka menyiapkan kerja yang diberi oleh cikgunya.

Seperti tahun-tahun yang sebelumnya, kami memperuntukkan 2 hari lawatan bagi semua tadika di bawah MyBistari Group. Untuk tahun ini, hari pertama 22hb Februari 2017 (Rabu) Tadika Pintar Bistari Taman Scientex  1, Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2, Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai, Tadika Minda Pintar Bestari, Tadika Ilmu Pintar Bestari, dan Tadika Intelek Minda Bestari yang memulakan lawatan. 

Hari kedua, 23hb Februari 2017 (Khamis) giliran Tadika Pintar Bistari Taman Mawar, Tadika Nur Pintar Bestari dan Tadika Inovasi Bestari yang mengadakan lawatan  ke tapak festival . 

Agak menghampakan pada hari pertama kerana padang masih kosong, tiada satu layang-layang pun yang ada. Kami yang sampai awal kerana membawa peserta mewarna terkebil-kebil melihat padang yang kosong. Pasti hampa hati anak-anak murid yang akan sampai sebentar lagi.

Murid-murid dari Taman Scientex 1 selamat sampai.

Cikgu Atikah melambai ke rakan-rakan yang sudahpun sampai terlebih dahulu.

Murid-murid dan cikgu dari Taman Scientex 2

Beratur menunggu giliran untuk ke tempat berkumpul

Pn Asmira dan anak muridnya dari TIB

Menjaga gate laluan anak-anak murid.

Menyusun atur murid-murid di bawah khemah

Tu ada tempat kosong sana tu, sila duduk.

Selesa tak semuanya ni?

Tenaga pengajar Tadika Pintar Bistari Tmn Kota Masai

Bersedia menanti arahan seterusnya dari guru yang menjaga.

Cikgu-cikgu TIB dengan Pn Siti Rugayah 
Beratur menunggu giliran untuk duduk di bawah khemah


Tempat untuk pertandingan mewarna juga telah bertukar, dari astaka Bukit Layang-Layang ke tapak perasmian Festival Layang-Layang. Alhamdulillah, berbanding tahun-tahun sebelumnya yang mana para peserta akan terdedah kepada terik cahaya matahari, kawasan yang kali ini agak terlindung dari sinaran matahari. 

Sebahagian dari name tag peserta

Peserta mewarna dari TIPB

Peserta mewarna dari TKM

Jom bergambar dahulu sebelum ke tapak pertandingan 

Sedang menyusun atur kedudukan peserta. 
Ok.. pensel warna sudah siap dikeluarkan.



Jom kita mula warna!!

Ok.. cantik sudah tepi wau tu..

Senang aje warna ni, sambil tutup mata pun saya boleh siapkan

Masing-masing khusyuk mewarna

Ayah datang memberikan sokongan

Hampir siap dah tu!

Cantik dan kemas

Setelah urusan pendaftaran peserta mewarna selesai, saya dan Pn Fiza memantau sekitar kawasan untuk mencari tempat yang sesuai bagi menghimpunkan murid-murid yang bakal tiba tidak lama lagi. Sempat juga kami bertanya pada staf yang ada disitu, kenapa tiada layang-layang langsung yang naik pada hari pertama? Berbanding dengan tahun lepas ada juga beberapa layang-layang yang terbang menghias ruang angkasa.

Antara layang-layang yang ada pada hari ke 2 

Sotong dan ikan jerung berenang di udara

Alhamdulillah, ada juga layang-layang untuk murid-murid tengok pada hari ke 2

“Kami dalam proses menjemput para peserta di lapangan terbang, cikgu..” itu jawapannya. Jawapan yang agak mengecewakan bagi kami. Tetapi tak apa, cikgu-cikgu yang dalam perjalanan dengan anak-anak murid ada bawa sesuatu yang bakal mengubat hati anak-anak murid.

Bagi pertandingan mewarna, wakil yang kami hantar adalah dari 4 tadika sahaja, TPB Taman Mawar, TIB, TKM dan juga TIPB. Mengambil kira komen dari peserta tahun lepas, saiz kertas mewarna dikecilkan kepada saiz A5, tetapi biasalah, bila melibatkan anak-anak kecil, macam-macam boleh jadi dengan keadaan yang panas dan agak sempit. Nasiblah ada Pn Shawa dan Cik Azreen yang turut sama memberi semangat kepada mereka untuk habiskan mewarna dan ada juga ibu bapa yang datang untuk turut memberi semangat. Sayangnya untuk tahun ini, wakil dari MyBistari Group tidak menyandang apa-apa nombor, hanya dapat membawa pulang hadiah penyertaan sahaja. Tapi tak mengapa, Insyaallah di lain kesempatan kita cuba lagi ya!

Wakil mewarna dari TPB Taman Mawar dengan hadiah penyertaan.

Setelah mengisi perut masing-masing dengan makanan yang dibawa, para guru mula mengeluarkan senjata rahsia yang dibawa untuk menghiburkan anak-anak murid dibawah jagaan mereka.

Jom main buih sabun!!

Ini lagi best!!

Seronok bermain sesama mereka

Ketawa mengelak buih-buih sabun yang berterbangan

Bermain dalam kawalan guru-guru

Sama-sama seronok bermain buih sabun

Geramnya tengok buih-buih yang berterbangan 
Manfaatkan masa di sini sebaiknya apabila tiada layang-layang yang terbang


Eh.. eh.. semangat juga cikgu nak cuba ye?

Sampai kembung pipi nak tiup buih sabun

Hujan rintik-rintik, dari dalam khemah pun boleh main buih sabun

Cantik buih-buih sabunnya!!

Weeeee!! Kami terbang bebas!!
Buih sabun yang dibekalkan ke setiap cawangan dan juga ada yang disumbangkan oleh pihak ibu bapa berjaya menceriakan lawatan anak-anak ini di Bukit Layang-Layang. Terima kasih kami ucapkan. Senang dan lega mendengar gelak tawa mereka dan kelincahan mereka bermain di tapak festival. Tak mengapalah jika layang-layang masih lagi merajuk, asalkan mereka dapat cipta kegembiraan mereka sendiri bersama kawan-kawan dan guru-guru di situ, itu lebih dari cukup bagi mereka.

Selamat tinggal layang-layang, ada masa kita jumpa lagi

Pastikan murid-murid dalam keadaan selamat semasa turun melalui
 kawasan gerai-gerai

Masing-masing muka kepenatan selepas bermain 

Hati-hati jalan ke bas tu.. jangan berebut!

Cikgu Hasmah membantu murid-murid menaiki bas

Ok, satu lawatan sudahpun selesai, tak lama lagi akan ada lagi satu lawatan yang akan diadakan. Kali ini ianya berbayar dan tempatnya agak jauh dari Pasir Gudang. Lawatan ini khas untuk murid-murid 6 tahun sahaja. Sudah dapatkan surat makluman untuk bulan Mac? Kalau dah dapat, silalah hantar borang penyertaan sebelum 2 Mac 2017. Penyertaan adalah terhad bagi setiap cawangan. Jom ramai-ramai ke Tropical Village!!

~Cikgu Norifah~