Showing posts with label ujian. Show all posts
Showing posts with label ujian. Show all posts

Monday, February 22, 2016

UJIAN 1 MURID K2 2016

Assalamualaikum..

Seperkara lagi yang berlaku pada minggu ini adalah Ujian 1 bagi murid 6 tahun dan juga 6 Bistari. Ujian yang bukan sahaja mendebarkan pihak ibu bapa, tetapi kami juga terasa tempiasnya. Risau memikirkan dapat tak murid-murid jawab soalan yang kami sediakan? Terlalu susahkan soalan yang pertama kali ini?

 Rata-rata maklumbalas yang kami dapat dari pihak guru yang memantau ujian di kelas, murid-murid boleh menjawab soalan yang kami sediakan dan terdapat juga murid yang memerlukan lebih pantauan dari guru. Maklumlah, ujian pertama bagi mereka.

Sebagaimana berdebarnya ibu bapa yang menunggu keputusan ujian ini, berdebar lagi guru yang mengajar dan juga guru yang menanda kertas ujian. Ujian pertama yang bukan sahaja menguji keupayaan murid, tetapi juga keberkesanan pengajaran guru. 

Harapan kami agar pihak ibu bapa tidak meletakkan harapan terlalu tinggi pada ujian kali ini, kerana ini adalah yang pertama kalinya bagi mereka menjalaninya, masih lagi kurang faham dan agak terpinga-pinga walaupun sebelum ini pernah menjalani peperiksaan ketika 5 tahun.


Oleh itu, mari kita bersama-sama menunggu keputusan ujian ini. Bagi ibu bapa, kami akan memuat naik keputusan Ujian 1 pada 23 Februari 2016 (Selasa). Sila layari laman web kami pintarbistari.edu.my untuk menyemak keputusan anak masing- masing.

~Cikgu Norifah~

Sunday, November 18, 2012

KEPUTUSAN UPSR ONLINE

Esok 19 November 2012, keputusan UPSR akan keluar. Maka sibuklah ibubapa bawa anak ke sekolah untuk ambil keputusan. Kalau tak nak pergi ke sekolah, gunakan aje kemudahan online @ sms sahaja. Tak perlulah saya bercerita bagaimana nak online @ sms, baca aje link ini. KLIK DI SINI

Bagaimana dengan saya? Online ajelah lihat keputusan Kak Nana. Lagipun tuan punya diri dah tak ada kat sini. Nun di seberang sana. Di Kota Bogor. Dahpun masuk ke Tingkatan 1 (SMP). 

Senyum menawan dengan lesung pipitnya yang dalam

Semoga menjadi anak yang solehah. Inilah doa ibu dan abah.
Bye-bye ibu, Bye-bye Fatih, Bye-Bye Caca
Hari Khamis habis periksa, hari Isnin abahnya dah angkut ke Bogor. Kenapa cepat sangat? Mungkin itu yang menjadi tanda tanya. Sebenarnya di Indonesia, sesi persekolahan bermula pada bulan Julai. So bila dia pergi September lepas, bermakna dah 2 bulan ketinggalan pelajarannya. 2 minggu di sana, dah ada ujian. Ini keputusannya:  (kkm tu adalah markah lulus)
pendidikan islam - 49  kkm - 76
pendidikan kewarganegaraan - 77 kkm - 76
bhsa indon - 82: kkm - 75
BI - 99 kkm - 75
mths - 84 kkm - 75
sains - 31 kkm - 75
ilmu pengetahuan sosial (geografi) 45   kkm - 76
seni - 65    kkm - 75
PJ - 59    kkm - 76
komputer - 40    kkm - 75
bahasa sunda - 60    kkm - 75: 
pendidkan lingkungan hidup - 56    kkm - 75

Takpelah Kak Nana, walaupun banyak yang merah, tapi kira orait jugalah keputusan tu. Yelah, cuma 2 minggu aje belajar, dah periksa. Masih dalam proses menyesuaikan diri.

Result Kak Nini, alhamdulillah. Walaupun banyak aktiviti dan jawatan yang dipegang kat sana tapi masih boleh perform. Keep it up!!

pendidikan kewarganegaraan - 80
pendidikan agama - 80
bhsa indon - 88.30
bhsa inggeris - 87.50
mths - 78
fizik - 75
biologi - 95
chemistry - 84
komputer - 100
bhsa arab - 93.50
tahfiz - 75

Semoga keputusan yang bagus menyebelahi Kak Nana. Apa pun Kak Nana dah usahakan yang terbaik. Kita tengok ajelah esok ya!

Monday, September 10, 2012

AGENDA SEPTEMBER 2012

Assalamualaikum,

Sepertiga September telah meninggalkan kita. Syawal juga dah kepenghujung tapi sana sini masih ada jemputan rumah terbuka. Sebulan berpuasa dan sebulan juga berpesta makan. Kalau tidak dijemput untuk rumah terbuka, jauh sekali untuk berziarah. Inilah realiti kehidupan di waktu ini. Makin kita dijauhkan dengan kehidupan Islam. Wallahua'alam.

Anak-anak di tadika telah menjalani pembelajaran seperti biasa, Bila telah memasuki semester 2 ini, alhamdulillah, kemajuan anak-anak ini makin terserlah. Apatah lagi anak-anak di kelas Bistari. Bagi September ini, event besar adalah Pertandingan Mental Aritmetik dan Congak yang akan berlangsung pada 23 September (Ahad) nanti di Dewan Raya Masai. Dianggarkan seramai 220 orang murid yang akan turut serta dalam pertandingan tersebut dalam berbagai kategori.



Bagi memeriahkan majlis, tarian juga akan dipersembahkan oleh anak-anak K1. Maka mereka ini sibuk berlatih langkah-langkah tarian mengikut muzik yang telah ditetapkan. Mesti comel anak-anak ni yang dah sedia comel.


 Rasanya akan bertambah gamat pertandingan tahun ini kerana buat pertama kali akan diadakan pertandingan sempoa untuk ibubapa. Ibubapa yang menang akan bertanding dengan anak-anak yang menang. Jom kita lihat siapa yang lebih hebat. Insyaallah akan ada hadiah yang hebat juga. Jangan menidakkan keupayaan ibubapa-ibubapa ini kerana mereka dahpun diberikan penerangan dan latihan sempoa yang secukupnya pada bulan Januari dan Mei lepas.

Gambar-gambar ini sebagai buktinya. Lihatlah betapa khusyuknya mereka...



 Bukan saja kaum ibu, kaum bapa juga apa kurangnya...



Selasa hingga Khamis ini, UPSR akan berlangsung. Bagi semua bekas murid Tadika Pintar Bistari, cikgu mengharapkan kamu semua dapat melakukan yang terbaik dalam UPSR nanti. Termasuk juga anak ke-3 saya Syafina yang menduduki UPSR ni. Dan sewaktu saya posting entri ni, Nana masih sibuk. Bukannya sibuk menelaah di saat akhir tapi sibuk di dapur membuat kek oreo utk cikgu dan kawan2nya esok. Tak apalah, sahur nanti bolehlah ibu makan kek Kak Nana ya. Mungkin ini air tangan terakhir sebelum berangkat belajar ke seberang laut (hee, hee...) Ke Indon saja pada hari Isnin minggu depan, 17 September. Bon voyage!

Nah, inilah hasilnya. Kira okeylah ni. Masa ibu sebaya Kak Nana, tak ada peluang nak buat macam ni. Sibuk tolong nenek mengumpul susu getah. Pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Semoga semua murid 6 Perdana dapat 5A


Insyaallah, usaha tangga kejayaan

Pada Khamis, 13 September nanti, anak-anak K2 juga akan ambil ujian 4. Soalannya dah siap. Senang aje. Ibu-ibu, bapa-bapa, dont worry, be happy .

Tengok kat luar ajelah ya!


Thursday, February 23, 2012

UJIAN 1

Hari ini anak-anak K2 di semua cawangan mengambil ujian pertama bagi tahun 2012. Soalan senang-senang aje. Mak ayah tak usahlah bimbang kalau tak buat ulangkaji kat rumah. Kalau buat ulangkaji, lagi bagus.
Kat tadika sebenarnya cikgu-cikgu sememangnya ada buat ulangkaji. Dari pengalaman lepas, biasanya keputusan ujian 1 taklah memberangsangkan. Mungkin anak-anak tak terbiasa. Cikgu cuma boleh guide saja, selebihnya anak-anak yang lakukan. Anak-anak yang tak hadir hari ini kerana deman @ sakit, dibolehkan mengambil ujian ini keesokan hari tetapi dengan syarat, perlu ada surat MC dari doktor. Kalau tak ada, kami akan memberikan kertas ini sebagai latihan biasa saja tanpa. Doakan anak-anak kita dapat melakukan yang terbaik. 

Inilah gambaran kertas soalan yang diberikan kepada anak-anak.

Untuk kelas Bistari
 
Untuk kelas normal di TPB dan TIB
Keputusan akan dapat dilihat di SPS E-waris. Cara-cara untuk melihat keputusan telah dicatatkan dalan surat makluman Mac yang akan diedarkan esok. Sila rujuk dan sekiranya ada permasalahan berkaitan, sila hubungi Pn. Shawariah (07-2517670).

Friday, October 7, 2011

DAH SEDIA?

Isnin sehingga Khamis minggu depan, anak-anak akan menghadapi peperiksaan semester 2. Kebanyakan silibus dahpun habis dan sepanjang minggu ini, cikgu-cikgu sibuk membuat ulangkaji di dalam kelas masing-masing sebagai persiapan peperiksaan. Sebenarrnya tak perlulah dirisaukan sangat tentang peperiksaan anak-anak tadika ni, insyaallah kalau mereka dapat buat worksheet, dapatlah mereka buat dalam peperiksaan nanti.
Semua worksheet semester 2 telahpun dipulangkan kepada anak-anak Rabu lepas. Ulangkaji worksheet tersebut, insyaallah soalan-soalan yang seangkatan dengannya akan keluar.

Kertas-kertas soalan TPB. Tengok kat luar ajelah ya...

Kertas-kertas soalan TIB

Kertas-kertas peperiksaan dah pun sedia. Tampalan-tampalan di bilik-bilik darjah dahpun ditutup dengan kertas suratkhabar. Semua guru-gurupun dah bersedia untuk peperiksaan nanti. GOOD LUCK TO ALL!