Wednesday, March 29, 2017

SEHARIAN DI TROPICAL VILLAGE

Bismillahirrahmanirrahim.

Gambar beramai-ramai sebelum memulakan aktiviti lawatan

“Sesiapa yang melalui sesuatu jalan kerana mencari sesuatu ilmu, Allah mudahkan untuknya jalan ke syurga.” (Riwayat Al Tirmizi)

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi keizinan kepada kami untuk membawa anak-anak murid membuat lawatan ke Tropical Village, Air Hitam. Maaf kerana agak lambat ‘update’ berkenaan dengan lawatan yang menyeronokkan ini, ada urusan lain yang perlu kami dahulukan. Masih belum terlewat lagi rasanya untuk berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh murid-murid yang menyertai lawatan tersebut.


Seawal pagi pada 10 Mac 2017 yang lalu Puan Shawariah dan saya telah ke Tadika Pintar Bistari Kota Masai kerana ikut perancangannya kami akan bersama-sama dengan guru-guru dan murid-murid dari cawangan tersebut ke Tropical Village. Pada sangkaan kami, kamilah orang yang pertama sampai ke sana, rupa-rupanya ada murid-murid yang terlebih dahulu sampai. Agaknya tak tidur lena malam tadi anak-anak ini semua. Walaupun cuma 10 orang sahaja murid yang turut serta dari TPB Kota Masai, tak kurang juga meriah ibu bapa dan adik beradik lain yang turut sama menghantar mereka ke tadika. Sayangnya pada saat akhir, kami terpaksa ubah dari perancangan yang awal, Puan Shawa dan saya ke Tadika Inovasi Bestari untuk bersama mereka ke Tropical Village.

Murid-murid dari 
Tadika Pintar Bistari
Kota Masai 

Masih menanti van untuk ke Tropical Village

Hai.. manalah kawan-kawan lain tak
sampai lagi (TM)

Topi ni kena pakai, tertinggal nanti (TM)

Bacaan doa sebelum baik bas (TNPB)

Jumlah kami tak ramai, jadi kami naik
van aje (TKM)

Bas untuk Taman Mawar juga sudah sampai

Para ibu bapa yang setia menanti sehingga bas bergerak

Kami tiba di Tropical Village agak lewat dari masa yang dirancang. Bergegas jugalah kami selesaikan pembayaran tiket masuk dan pakej permainan. Anak-anak murid sudah mula tak senang duduk memerhatikan taman permainan dan patung-patung kartun kegemaran mereka tersergam menanti terjahan mereka.

Alhamdulillah, sudah selamat sampai ke destinasi.

Sementara menanti urusan tiket, murid-murid dibawa
beratur di luar pintu masuk Tropical Village

Guru-guru sedang menyusun atur murid-murid

Ambil gambar dulu ye cikgu-cikgu sebelum ramai-ramai merentas
Tropical Village

Food delivery sudah sampai!

Para Guru Besar berkumpul untuk mengambil makanan
cawangan masing-masing

Eh eh.. sempat lagi Pn Juliana berposing ye!

Bila urusan pembayaran selesai dan pintu gate dibuka untuk menerima kehadiran mereka, apa lagi, bertebaran mereka mencari kawasan-kawasan yang telahpun diaturkan untuk mereka oleh para penyelia pada mesyuarat beberapa hari sebelum lawatan diadakan. Ada yang ke Taman Mini Malaysia dan 7 keajaiban dunia, ada yang masuk ke rumah cermin ajaib, ada yang beratur panjang menanti giliran untuk naik Keretapi Dinosaur dan ada yang berlari berkejaran seronok bermain di taman permainan.

Puan Umaisah tersenyum riang membawa anak-anak murid
cawangannya melangkah masuk ke tapak lawatan.

Jalan ikut barisan menuju tempat yang telah ditetapkan

Comel pula rangka dinosaur ni. Nanti kereta api akan
 lalu di bawah rangkanya.

Enjin kereta api sedang diperiksa lagi sebelum memulakan perjalanan 
Suasana di taman permainan buah-buahan, bagus mereka beratur.



Kepenatan. Berehat sebentar di dalam buah manggis.

Hati-hati panjat tu, jangan terjatuh!

Ok, sedia untuk ambil gambar!!

Trip kereta api masih belum selesai lagi. Ini trip yang
kali keberapa ya?

Cikgu-cikgu pun teruja naik kereta api dinosaur ni.

Sudah keluar dari gua dinosaur!!

Selamat datang ke Mini Malaysia!!

Wah.. sudah sampai Melaka ke?

Ada harta karun tak dalam peti tu?

Dah tiba musim buah ke belum ye?

Bunga yang terbesar di dunia

Salah satu ikon negeri Johor

Ya.. mari kita belajar tentang geografi Malaysia 
Waaaaaaahhh!!! sempat bergambar dengan Batman lah!!


And I love you too kids!!

Berehat sebentar kerana kepenatan.

Tugas kami berjalan ke sekeliling kawasan, memantau dan mengambil gambar aksi-aksi mereka. Sedang saya sibuk menangkap gambar gelagat mereka di taman permainan, tiba-tiba seorang murid dari cawangan Tadika Inovasi Bestari menarik jubah saya, ingatkan kenapa, rupanya pandangannya tepat pada replika epal yang menjadi tempat berehat di taman permainan tersebut.

“Kalau ada epal besar macam ni, sebulan makan tak habis kan cikgu?” soalnya, mata masih lagi tertumpu pada epal tersebut.

Saya melutut dan kembali bertanya padanya, 

“Sebulan ke.. setahun?” saja mahu dia berfikir lagi.

Dia terangguk-angguk,

“Confirm.. setahun..” katanya sebelum fokusnya terhenti apabila Cikgu Farah Natasha memanggilnya untuk bergerak ke tempat lain.

Epal yang menarik minat ramai murid. Memang kelihatan lazat.

Buaian di dalam kelapa.

Boleh tahan laju juga gelongsor strawberi ni.

Kolam mandi pun ada, tapi bak kata anak murid,
 kolam kat tadika lagi best cikgu!!

Lawatan yang lainnya Alhamdulillah berjalan dengan lancar, permasalahan mula timbul apabila kami perasan yang aktiviti speedboat yang sepatutnya ada akan digantikan dengan mendayung sampan. Terkedu kami seketika, macam-macam persoalan yang bermain di fikiran; siapa yang nak dayung sampannya? Terdayakah nak melayan anak-anak murid yang pastinya dalam mode teruja di dalam sampan nanti? Kalau speedboat kami jangkakan setengah jam untuk satu trip, berapa lama agaknya masa yang diambil untuk sampan? Bab masa dan keselamatan anak murid menjadi isu utama yang kami fikirkan. 

Setelah menghubungi Puan Zainun dan meminta pendapatnya, kami berjumpa dan berbincang dengan Puan Lee, pengusaha Tropical Village. Akhirnya kata putus kami ambil, aktiviti speedboat kami tukarkan ke aktiviti bermain basikal dan skuter. Aktiviti penutup sebelum mereka semua ke restoren untuk makan tengahari. Jangan tak tahu, inilah aktiviti yang paling dekat dengan hati anak-anak murid. Di tempat yang sama juga aktiviti giant bubble diadakan. Memang inilah tempat yang paling meriah.

Masih belum mahir mengendalikan basikal, cikgunya datang membantu

Yang ini mesti selalu dah main basikal

Puan Shawariah pun sama teringin nak main giant bubble

Bermain basikal, skuter, dan giant bubble
di tempat yang disediakan

Ala, kenapa asyik tak jadi buih sabun saya ni cikgu?

Kami sudah sedia untuk berlumba!!

Jom main skuter!!

Kayuh perlahan-lahan..

Nampak tak? Buih sabunnya nak jadi tu!!

Angin tak ada, saya tiuplah cikgu!

Wow!! besarnya buih sabun cikgu Faezah!

Tiup lagi senang

Sajian tengahari mereka adalah nasi goreng dan ayam goreng. Masing-masing sudah kepenatan dan kelaparan, ada yang tak habis makan dan ada juga yang nak lagi makanan, ikut pada selera dan daya ketahanan diri masing-masing.

Beratur cuci tangan sebelum makan

Lawatan terakhir Cikgu Atikah TIMB bersama kami sebelum
meninggalkan tadika.Terima kasih atas khidmatnya selama 2 tahun.

Tengah tunggu cikgu cuci tangan.

Alhamdulillah, berselera makan.


Kerana kekurangan tempat duduk, ada cawangan yang makan sambil bersila.

Sudah penat bermain, perut pun sudah kenyang, jom ke destinasi yang
seterusnya.

Masih ada satu lagi tempat yang hendak dituju sebelum bertolak balik ke Pasir Gudang. Tetapi untuk kali ini, cuma guru-guru sahaja yang akan turun untuk membeli belah, anak-anak murid dibiarkan berehat sahaja di dalam bas, masing-masing sudah kepenatan dan ada yang sudah tidur. Guru bergilir-gilir turun supaya yang ditinggalkan di dalam bas ada yang menjaganya. Gigih guru-guru bertanya dari satu gerai ke gerai yang lain, mencari cenderahati untuk dibawa pulang oleh anak-anak murid. Ada yang baru pertama kali ke Air Hitam, keterujaan sangat terserlah, tak apa ya cikgu-cikgu, nanti ada masa cuti, kita ramai-ramai ke sini untuk cuci mata dan cuci poket.

Sedang mencari-cari gerai yang murah

Cantik juga bantal bentuk tembikai tu

Hah!!! itu mesti dah jumpa tempat yang bagus tu!

Ok, ini kira berbaloi bantal dengan harganya

Cenderahati untuk anak-anak murid siap dibeli

Sesi tawar menawar

Jom balik, selesai sudah membeli belah!

Fuh.. boleh tahan penat juga ukur jalan di Air Hitam, ke sana sini mencari guru-guru yang sibuk tawar menawar harga. Apa yang penting, guru-guru dan anak-anak murid gembira dalam lawatan kali ini. 

Ada juga yang bertanya, tak ada ke lawatan untuk murid 5 tahun? Sudah tentu ada, tetapi bukan ke Tropical Village dan Air Hitam, kita akan ke Sanrio Hello Kitty nanti pada 21hb April 2017. Surat makluman berkenaan lawatan tersebut telahpun kami edarkan sebelum cuti pertengahan semester 1. Bagi yang berminat, bolehlah isi dan hantarkan borang penyertaan beserta bayarannya ye!

Jom sama-sama ke Hello Kitty!!

~Cikgu Norifah~