Wednesday, February 2, 2011

MAJLIS PENYERAHAN CEK NKRA

30 Januari 2011 (Ahad)
Alhamdulillah, majlis ini telah selesai. Diselitkan sebentar sebelah pagi sebelum Program Bacalah Anakku. Walaupun hujan mencurah-curah semenjak awal pagi itu, namun ramai yang hadir. Juga diadakan majlis ringkas penyerahan cek kepada wakil-wakil dari setiap cawangan oleh wakil dari PPD Encik Shawal Ahmad. Beliau sempat berucap sambil memberikan penerangan tentang bantuan yuran NKRA ini. Bantuan ini diberikan kepada murid-murid 2010 yang telah dipilih oleh Kementerian Pelajaran melalaui tadika-tadika dan bantuan yuran yang diterima adalah untuk bulan Ogos, September, Oktober 2010.
Bagi TPB, dari 325 borang pemohonan hijau yang dihantar, seramai 202 orang murid yang dipilih untuk menerima bantuan yuran ini. Namun saya sedikit terkilan disebabkan ramai yang tidak membuat pengesahan untuk datang awal menyebabkan tempat duduk tidak dapat disediakan secukupnya. Juga tidak ramai yang membuat pengesahan awal nama untuk cek menyebabkan menyerahan cek mengambil masa juga , walhal perkara ini telah dimaklumkan dalam surat. Naik lenguh juga 2 jam setengah melayan semua yang hadir. Pun begitu sehingga petang, hampir keseluruhan cek telah diserahkan.
Untuk bantuan tahun 2011, masih belum ada berita lagi. Kalau ada, nanti akan dihebahkan.
Ucapan dari En. Shawal

Wakil bapa menerima cek bantuan NKRA
Alhamdulillah!

1 comment:

  1. assalamualaikum...
    merujuk kpd surat bantuan NKRA 2011,kenapa perlu disertakn slip gaji,sedangkan thun lepas tidak perlu...Jika gaji Rm 2800 tetapi isi rumah adlah rmai,bgaimana pula?..(didlm borang tiada dinyatakan ttng jumlah isi rumah).

    penjaga,
    TKM1

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.