Tuesday, September 18, 2018

JANGAN LUPA STEP TARIAN YA!


Bismillahirrahmanirrahim.

Bersungguh menari (TMPB)


Debaran kian terasa!

Itulah yang sedang kami semua rasai sekarang ini. Tinggal beberapa hari lagi Pertandingan Sempoa dan Congak akan berlangsung. Agak terkejar-kejar juga persiapan kali ini, baik dari bahagian kami pihak pengurusan dan juga persiapan di semua cawangan. Almaklumlah, cuti untuk dua bulan kebelakangan ini agak banyak, jadi masa yang dapat kami peruntukkan untuk latihan amat terhad.

Selain dari latihan sempoa dan congak yang sedang gigih dilakukan, ada beberapa cawangan yang terpaksa bekerja lebih dari yang lain kerana anak-anak murid mereka terlibat dengan persembahan. Bukan mudah untuk melatih anak-anak murid yang berumur 5 tahun menari mengikut rentak yang ditunjuk ajar dengan kadar masa yang sangat suntuk.

Jadi saya minta jasa baik para ibu bapa dan penjaga yang akan datang menonton persembahan anak-anak ini untuk turut sama memberi sokongan kepada mereka. Walaupun mungkin nanti gerak tari mereka lain dari latihan mereka (kerana ada murid yang bersungguh ketika di tadika, tetapi gementar apabila di atas pentas), tetaplah beri tepukan dan sorakan tanda sokongan atas keberanian mereka untuk beraksi di atas pentas.

Bagi murid-murid yang terlibat dengan pertandingan pula, kategori yang dipertandingan tetap sama bagi tahun ini:

1) Kategori 6 Bistari.
2) Kategori 6 Tahun.
3) Kategori 5 Bistari.
4) Kategori Ibubapa.
5) Kategori Ibubapa vs murid.
6) Kategori Congak.

Bagi semua yang terlibat dalam pertandingan ini, selamat berlatih!!

Cikgu, ni kami bersenam ke menari? (TMPB)

La.. pandang tempat lain pula.. bergaduh ke? (TMPB)

Tengah latihan pun mengantuk.. (TMPB)

Eh.. kena letak kaki depan ke belakang? (TM)

Ok semua, teleng ke kiri dahulu (TM)

Haaa.. cuba tengok kekuda kita, ewahhh (TM)

Jom main sep sep sep, mi mi mi.. (TIB)

Kan cikgu dah pesan.. tangan ni keluar dulu..(TIB)

Adui.. sakit juga kaki nak kena lipat macam ni.. (TIB)

Alamak, saya lupa step.. (TS2)

Pusing lapan kali ye.. (TS2)

Eh.. letak kat bahu ke nak tunjuk depan dulu ni? (TS2)
Disini juga saya kongsikan video latihan persembahan dan juga video Pertandingan Sempoa dan Congak dari tahun-tahun yang terdahulu.

Video latihan persembahan


Pertandingan Sempoa & Congak 2017


Pertandingan Sempoa & Congak 2016

Jangan lupa sama-sama meriahkan lagi Pertandingan Sempoa dan Congak 2018 nanti pada 22hb September 2018 (Sabtu) di Atrium Pusat Bandar Pasir Gudang ok!!

~Cikgu Norifah~

Thursday, September 6, 2018

SIMULASI HAJI CILIK 2018


Beristilaam sebelum memulakan tawaf.

Bismillahirrahmanirrahim.

‘Labbaikallah humma labbaik..’ Aku memenuhi panggilanmu Ya Allah…

Bergetar rasa hati ini apabila kalimah ini dilantunkan oleh murid-murid di kelas mereka. Antara persiapan terakhir sebelum simulasi dijalankan nanti pada hari Ahad, lancarkan bacaan talbiah mereka. Kami juga nanti akan sibuk menyiapkan persiapan akhir Progam Simulasi Haji Cilik.

Semoga pendedahan yang bakal mereka lalui ini nanti akan menyemai benih kerinduan dan keinginan untuk benar-benar ke Tanah Suci, menunaikan umrah atau haji. Bagi kami, sehabis baik kami cuba untuk menyediakan dan memastikan segala keperluan dan juga tentatif program berjalan dengan baik.

Tapi kita hanya merancang, yang menentukannya adalah Dia yang maha berkuasa. Apa yang berlaku, kami tidak menjadikannya sebagai penghalang, kami jadikannya sebagai pengajaran dan akan lebih berhati-hati lagi di masa akan datang. Terima kasih kami ucapkan kepada pihak ibu bapa penjaga yang menegur dan memberi pandangan terhadap permasalahan yang terjadi. Kami amat hargainya.

Alhamdulillah, pada hari Ahad, 12hb Ogos 2018, Program Simulasi Haji Cilik dapat kami jalankan di Gelanggang Serbaguna Taman Mawar. Seawal pukul 7 pagi para jemaah haji cilik dari cawangan Taman Mawar sudah mula hadir ke tapak simulasi. Bagi yang lelaki segak berihram dan bagi jemaah perempuan sopan bertelekung. Para guru yang diarahkan bertugas di tapak simulasi sibuk menyiapkan tugasan yang diamanahkan sementara menanti para jemaah dari cawangan lain tiba.

Simulasi haji dapat kami jalankan pada pukul 8.30 pagi apabila semua jemaah dan para mutawif selamat tiba di tapak simulasi. Cuaca agak panas pada pagi itu, jadi kami percepatkan penerangan berkenaan program.  Kemudian para jemaah kami lepaskan untuk bersimulasi haji mengikut giliran panji yang telah ditetapkan.


Bakal haji dan hajah cilik dari TIMB selamat tiba di tapak simulasi.

Duduk menanti jemaah yang lain.

Perkemaskan lagi ikatan ihram.

Longgar ni.. mari cikgu betulkan.

Oh.. kejap lagi kita kena kutip batu macam ni ya?

Khusyuk mendengar taklimat dari Puan Shawariah.

Sesi penyerahan panji kumpulan.

Ok, kami di checkpoint pertama!!
Berkumpul untuk dapatkan sticker.

Di checkpoint kedua, Mabit di Mudzalifah, jom kutip batu!

Cukup kan banyak ni batunya cikgu?

Lambat lagi ya cikgu giliran kami?

Tunggu ya, saya nak lontar batu ni kuat-kuat!

Mana batunya? Ada lagi tak?

Haus pula saya.
Gatal pula belakang ni, nak garu tak sampai, kalau tarik kain ni takut tercabut ihram.

Jangan berbual, pandang depan dan ikut apa yang cikgu sebut.

Yes!! Dah dapat sticker!!

Semua tengok sini dan dengar penerangan saya.
Haus sekali lagi
Sebelum bersaei, mari dengar penerangan cikgu dahulu.

Jangan termasuk kawasan saei lelaki pula ya!


Lajunya lari sampai langgar kon.. kejap ya, cikgu betulkan semula kon ni.


Jangan potong banyak sangat cikgu.

Hati-hati, ada telinga saya kat situ cikgu.

Ada lagi tak yang belum bertahallul?
Ok, kami dah selesai bersimulasi!

Lapar dan haus selepas berjaya menyempurnakan simulasi haji.

Sesi penyerahan sijil penyertaan anak murid. 
Panji dipulangkan semula.



Ini pula hadiah dari puan bos untuk cikgu-cikgunya.

Sibuk menyusun atur para jemaah haji cilik untuk sesi bergambar kumpulan.









Terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada para ibu bapa yang sudi menjadi para mutawif kami, berikut saya nyatakan para ibu bapa yang berkhidmat pada hari tersebut:


Para mutawif dan mutawifah untuk program tahun ini.
1) Pn Anisah Bt Ibrahim- Panji 1
2) Pn Norlizawati Binti Mohd Ali-  Panji 2
3) Pn Fadilah Binti Ab Rahman- Panji 3
4) En Mohd Zulkifli Bin Sulong- Panji 4
5) Pn Nor Idayu Binti Hj wagimin- Panji 5
6) Pn Norlaili Binti Abd Rahman- Panji 6
7) Pn Azuin Binti Ahmad- Panji 7

Di sini saya kongsikan video Simulasi Haji Cilik 2018.



Kami sekarang ini sedang sibuk dengan persiapan untuk event kami yang seterusnya, Pertandingan Sempoa dan Congak. Murid-murid yang terpilih di setiap cawangan juga sedang sibuk berlatih. Semoga berjaya kami ucapkan kepada semua murid yang terlibat.

~Cik Norifah~