Showing posts with label program gigi. Show all posts
Showing posts with label program gigi. Show all posts

Sunday, March 4, 2018

SAHABAT SANG SINGA DATANG LAGI



Mari gosok gigi!! (TIB)

Bismillahirrahmanirrahim.

Sabda Rasulullah saw: “Bersugi adalah cara untuk membersihkan mulut dengan melakukannya akan mendapat keredhaan Allah swt.” (Riwayat An Nasai dan Ibnu Majah)

Fuhhh.. berdasarkan hadis di atas dua perkara yang baik akan kita dapat apabila kita bersugi atau menggosok gigi. Yang pertama pastinya mulut kita akan menjadi bersih dan berbau harum dan yang keduanya Allah redha dan suka dengan amalan kita tu. Teringat pula saya pada lagi satu hadis nabi yang ada menyebut sekiranya tidak membebankan umatnya, Rasulullah mahu sahaja menyuruh semua umat Islam menggosok gigi sebelum solat. Betapa dalam Islam, keperibadian luaran umatnya juga elok dijaga.

Bercerita mengenai menggosok gigi, pada 6 Februari hingga 14 Februari yang lalu, pihak Southern Lion telah pun mengadakan acara tahunan mereka di tadika-tadika MyBistari Group. Ini adalah antara acara yang dinanti-nantikan oleh para guru dan juga murid-murid kerana program jelajah kesihatan gigi ini sangat menarik dan menghiburkan. Mana taknya, jika sebelum ini skuad kodomo lion datang bercerita mengenai adik Sofia yang tak suka menggosok gigi, kali ini mereka datang dengan Bella pula, mungkin kerana gigi Sofia sudah cantik terjaga.

Sayangnya, kali ini skuad kodomo lion tidak dapat pergi ke setiap sesi pada semua tadika. Ada yang hanya di sesi pagi sahaja dan ada juga untuk sesi petang sahaja. Cuma beberapa tadika sahaja yang menerima kunjungan mereka untuk kedua-dua sesi. Tetapi jangan risau, murid-murid dari kedua-dua sesi akan menerima cenderahati dari pihak Southern Lion. 

Tadika yang pertama sekali menjadi singgahan skuad kodomo lion adalah Tadika Inovasi Bestari dan Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1. Walaupun tak berkesempatan ke sana untuk sama-sama meraikan kunjungan pihak kodomo lion, dari gambar-gambar yang dikongsikan oleh guru besar cawangan jelas kelihatan keseronokkan anak-anak ini.

Bella di majlis hari jadinya (TIB)
Wow! Banyaknya Bella makan!! (TIB)

Eiii.. gigi Bella banyak yang rosak!! (TIB)

Khusyuk mendengar cerita Bella (TIB)

Ubat gigi Kodomo ada lima perisa. (TIB)

Jom kita tengok apa aktiviti Bella di malam hari (TS1)

Ok, jom ikut akak buat cara yang betul untuk gosok gigi (TS1)

Tumpuan sepenuhnya pada cerita di depan (TS1)

Siapa agaknya watak yang nak diperkenalkan ni? (TS1)

Hari yang seterusnya pula, skuad kodomo lion ke tiga lagi cawangan yang terletak di Taman Scientex; Tadika Intelek Minda Bestari, Tadika Scientex 2, dan Tadika Minda Pintar Bestari. Cerita Bella yang tak suka menggosok gigi sekali lagi menjadi sajian minda anak-anak ini. Alangkah bagusnya jika tumpuan mereka sebaik ini ketika sesi P&P dijalankan. Masing-masing memberikan kerjasama yang baik dengan mendengar setiap arahan yang dikeluarkan oleh kakak-kakak kodomo lion. Lagi seronok apabila cenderahati diagihkan kepada mereka.

Minggu yang seterusnya, lawatan diteruskan ke Tadika Nur Pintar Bestari dan Tadika Pintar Bistari Taman Mawar. Kali ini saya berkesempatan untuk turun padang, sama-sama merasai keseronokkan cerita Bella. Senang cerita, walaupun sudah mendengarnya saban tahun, tetap kami para guru tak jemu mendengarnya. Sama juga dengan anak-anak murid 6 tahun, walaupun tahun sebelumnya disajikan dengan cerita yang sama, masih lagi teruja dan ternanti-nanti beberapa scene dalam cerita Bella ni.
Dah sedia belum nak dengar kami bercerita? (TM)

Mari kita berkenalan dengan watak utama cerita ini.. Bella. (TM)

Bella pun masih lagi bersekolah, sama macam adik-adik. (TM)

Ok, ikut gerakan ini.. atas bawah.. atas bawah.. (TM)

Sedia dah nak jawab soalan akak? (TM)

Yes!! Kami dapat hadiah!! (TM)

Tersenyum bangga dapat hadiah. (TM)

Tengok ni!! Kami dapat cenderahati!!Terima kasih Kodomo Lion!! (TNPB)

Terbaik!!! (TNPB)

Ok, berikan tepukan dahulu untuk naikkan semangat kawan-kawan!! (TNPB)

Kemas tersusun mendengar cerita Bella (TNPB)

“Hah.. masa ni… masa ni.. tengok tau nanti kek tu hilang..” terdengar suara seorang murid apabila penceritaan sudah sampai ke bahagian Bella menyambut ulang tahunnya.

“Nyum.. nyum nyum!!” Seronok mereka mengikut bunyi yang dibuat oleh Kak Azrah, salah seorang dari skuad kodomo lion.

Bila tiba ke bahagian  gigi Bella dirawat doktor gigi, bermacam-macam ekspresi dan bunyi yang keluar dari anak-anak murid, mana taknya, banyak kuman dan bakteria yang terbang keluar dari mulut Bella. Cikgu-cikgu yang turut menyaksikannya juga geli melihatnya.

Nyum nyum nyum nyummm.. banyaknya Bella makan!! (TNPB)

Cuba adik-adik bezakan makanan yang tak baik untuk gigi kita. (TNPB)

Hari terakhir misi jelajah program kodomo lion mereka ke tadika-tadika di kawasan Kota Masai iaitu Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai dan Tadika Ilmu Pintar Bestari. Walaupun cerita yang sama dipersembahkan kepada anak-anak murid, persembahan mereka tetap menghiburkan dan sentiasa berjaya membuatkan anak-anak murid berasa seronok. Tahniah kami ucapkan kepada skuad kodomo lion. 
Cikgu-cikgu pun teruja mendengar cerita (TIPB)

Dah dua.. tinggal lagi satu aja ni dik, bila waktu kita kena gosok gigi? (TIB)

Menanti soalan yang bakal diberikan dengan penuh debaran (TIPB) 
Senyum dik.. tengok kamera akak ni.. (TKM)



Ikut betul-betul cara gosok gigi yang akak tunjukkan ni (TKM)

Terima kasih cikgu!! (TKM)

Yeay!! Bestnya dapat ubat gigi dan berus gigi!! (TKM)

Terima kasih juga kerana saban tahun memilih tadika kami untuk terlibat dalam sesi jelajah program kodomo lion. Bukan cuma anak-anak murid sahaja yang menerima cenderahati, kami pihak guru juga turut menerimanya. Jangan lupa datang lagi tahun hadapan ya!!

Untuk minggu ini dan minggu hadapan, murid-murid K2 masih lagi dalam mood lawatan, baru sahaja habis lawatan ke ladang burung unta, mereka ke festival layang-layang pula. Kedua-dua aktiviti itu akan kami kongsikan juga di blog ini. Tunggu...

~Cik Norifah~

Thursday, April 13, 2017

SAHABAT SINGA DATANG LAGI!!

Bismillahirrahmanirrahim.



Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a dia berkata , “Rasulullah s.a.w bersabda : Jika aku tidak menjadikan berat umatku, maka sungguh aku perintahkan bersiwak (gosok gigi) setiap hendak solat.” – HR Al Bukhari

Lily dan Mira. Itulah watak yang dibawa kali ini oleh kakak-kakak Kodomo Lion kita. Sofia sudah penat barangkali. Namun begitu ianya tetap menggembirakan murid-murid yang setia mendengar cerita dari kakak-kakak Kodomo Lion. 

Topiknya tak banyak lari dari cerita-cerita yang terdahulu, cerita tentang anak kecil yang nakal dan degil tidak mahu mendengar kata untuk tidak makan terlalu banyak makanan manis dan menggosok gigi. Pengakhirannya, gigi sakit dan terpaksa berjumpa dengan doktor gigi. Cerita yang pada kami memang dekat dengan anak-anak murid memandangkan pada tahap umur begini mereka memang gemar makan jajan. Tetapi kerana mereka bercerita menggunakan papan cerita dan gambar-gambar yang menarik, ianya membuatkan para murid dan guru terpaku di tempat masing-masing.


Memperkenalkan watak baru, Lily dan Mira 
(Tadika Pintar Bistari, Tmn.Mawar)

Uhhh.. tengok tu gigi Lily dah rosak!!
(Tadika Pintar Bistari Tmn Kota Masai)


Khusyuk mendengar cerita. (Tadika Inovasi Bestari)

Walaupun jumlah murid tak ramai, mereka tetap menyampaikan
cerita dengan bersungguh-sungguh.(Tadika Intelek Minda Bestari)

Bukan cuma anak-anak murid sahaja yang seronok mendengar cerita,
cikgu-cikgu pun sama. (Tadika Pintar Bistari Tmn Scientex 1)

Sesi soal jawab, beri tepukan
dahulu kepada yang berani ke hadapan. 

(Tadika Pintar Bistari Tmn Mawar)

Yeay!! Kami dapat jawab!! (Tadika Pintar Bistari Tmn Scientex 2)

Tengok ni! Kami dapat hadiah!
(Tadika Intelek Minda Bestari)

Syuusshhh.. Jangan bantu beri jawapan ya!
(Tadika Pintar Bistari, Tmn. Scientex 1)

Lebih teruja bila berus gigi besar dikeluarkan. Ternganga-nganga mulut mereka kerana tak pernah melihat berus gigi sebesar itu. Apabila set gigi gergasi pula dikeluarkan, sambutan dari pihak anak-anak murid bercampur baur, ada yang seronok dan ada yang takut.

“Eiiii… gigi siapa dia guna tu? Kenapa besar sangat? Raksasa punya ke?” soalnya sambil bersembunyi di balik tiang.

“Itu kan mainan punya aja..” kawannya mencelah sambil menariknya dari terus bersembunyi di balik tiang.

“Oh.. bukan raksasa punya eh?” soalnya sambil tersenyum.

“Raksasa mana ada…kan semua mati dah Ultraman Zero bunuh,” 

Tepuk dahi mendengar perbualan mereka. Ya lah anak.. besar sungguh pengaruh cerita dalam hidup kamu-kamu semua ya!


Memang besar replika gigi yang mereka bawa 
(Tadika Pintar Bistari, Tmn. Kota Masai)

Aktiviti seterusnya, penerangan cara memberus gigi dengan betul.
 (Tadika Nur Pintar Bestari)

"Atas.. bawah.. atas.. bawah.." ulang di semua bahagian gigi.
(Tadika Nur Pintar Bestari)

Seperti tahun-tahun yang sudah, skuad Kodomo Lion ini akan bergerak ke semua tadika di bawah MyBistari Group. Tapi untuk kali ini, masa lawatan diperkecilkan sedikit di atas permintaan mereka, Almaklumlah, kami faham, tadika kami bukannya sedikit, agak memenatkan bagi mereka untuk berulang alik dari satu cawangan ke cawangan yang lain. Merekalah orangnya yang akan menyediakan bahan, bercerita dan melayan anak-anak murid, mereka juga yang akan memandu ke sana sini. 

Lawatan mereka dimulakan pada hari Isnin, 3hb April 2017 ke Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1 dan Tadika Inovasi Bestari. Hari kedua pula terus 3 tadika yang diziarahi ; Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2, Tadika Intelek Minda Bestari dan juga Tadika Minda Pintar Bestari. Hari yang seterusnya lawatan dilanjutkan ke Tadika Pintar Bistari Taman Mawar dan juga Tadika Nur Pintar Bestari. Ketika inilah kami dapat curi masa sebentar untuk turun dan sama-sama mendengar cerita dari mereka. Seperti juga anak-anak kecil dan guru-guru yang lain, kami turut terhibur. Hari terakhir dalam rangka jelajah skuad Kodomo Lion, mereka ke Tadika Ilmu Pintar Bestari dan juga Tadika Pintar Bistari Kota Masai. Secara keseluruhannya, anak-anak murid dan juga para guru terhibur dan dapat peroleh ilmu yang bermanfaat.

Terima kasih kami ucapkan kepada Puan Nor Azrah dan kakitangan Kodomo Lion yang lainnya kerana sudi datang dan meluangkan masa untuk menghiburkan anak-anak murid kami dan juga atas pemberian cenderahati dari pihak Kodomo Lion. Kami semua terhibur dengan cerita yang disampaikan.

CERITA TERDAHULU

http://mybistari.blogspot.my/2016/03/destinasi-terakhir-sang-singa.html
http://mybistari.blogspot.my/2016/03/wow-besarnya-gigi.html

Habis sudah janjitemu kami semua dengan sahabat sang singa, lepas ini akan ada janjitemu yang lain pula, kita bakal bertemu dengan si kucing dan sahabat-sahabatnya yang lain!! Bukan hanya anak-anak murid K1 sahaja yang teruja untuk ke Sanrio Hello Kitty, guru-guru yang sudah beberapa kali bertugas membawa anak-anak murid saban tahun juga terasa keseronokkannya.

Jom jumpa di Hello Kitty Town!

~Cikgu Norifah~