Tuesday, May 31, 2016

MENITI JALINAN KASIH IBUBAPA DAN GURU

Bismillahirrahmanirrahim “Ya Allah, berkatilah pertemuan kami ini, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, pandangan-pandangan dan keputusan-keputusan yang bernas. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang luas. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silaturrahim dikalangan kami.” Esok bakal dilaksanakan salah satu daripada aktiviti yang penting bagi kami warga MyBistari...

Sunday, May 29, 2016

SELAMAT HARI GURU!!

Penyelia Pn Norafizah dengan guru-guru dari Tadika Minda Pintar Bestari “Bersabarlah terhadap kerasnya sikap seorang guru, sesungguhnya gagal mempelajari ilmu kerana memusuhinya.” – Imam Syafie. Bismillahirrahmanirrahim. Pada 16hb Mei 2016, hari Isnin yang lalu, buat pertama kalinya, pihak MyBistari Group mengadakan sambutan Hari Guru tepat pada hari yang ditetapkan. Walaupun persiapan dan perancangan telah dilakukan awal, bila tiba hari...

BERUS GIGI GERGASI

Mari tengok.. ok tak giginya ni? Bismillahirrahmanirrahim. Masih ingat lagi lawatan sahabat Sang Singa ke tadika-tadika MyBistari beberapa bulan yang lepas? Sehingga ke hari ini masih ada lagi yang bercerita tentangnya. Lagilah bila diberitahu akan ada pemeriksaan gigi oleh Klinik Pergigian Pasir Gudang. “Ada cerita nyum nyum nyum tu lagi eh cikgu?” Itu rupanya yang melekat diingatan mereka. Bahagian itu yang paling menarik minat...

Saturday, May 21, 2016

SESI PENERANGAN KELAS BISTARI & SEMPOA 2016

Sebelum abahnya bersilat setengah hari...anaknya dah bersilat terlebih dahulu.  Bismillahirrahmanirrahim. Lawatan sudah, peperiksaan pun sudah. Kali ini giliran untuk agenda seterusnya yang sememangnya menjadi acara tahunan bagi MyBistari Group; Sesi Penerangan Kelas Bistari & Sempoa. Program seumpama ini diadakan bagi memberi pendedahan kepada ibu bapa bagi murid-murid yang terpilih untuk masuk ke kelas 5 Bistari. Bukan calang-calang...

Monday, May 9, 2016

DEBARAN MASIH TERASA

Berdoa dulu sebelum jawab soalan Bismillahirrahmanirrahim.. Alhamdulillah berakhir juga peperiksaan semester 1 bagi tahun ini. Oppsss.. tapi bagi di cawangan-cawangan Tadika Pintar Bistari, Tadika Nur Pintar Bestari, Tadika Ilmu Pintar Bestari dan Tadika Minda Pintar Bestari sahaja ye.. murid- murid di Tadika Inovasi Bestari masih ada dua kertas lagi yang perlu mereka jalani. Ini semua kerana mereka telah dicutikan pada hari Rabu...

Wednesday, May 4, 2016

DEBARAN PEPERIKSAAN SEMESTER 1 2016

Bismillahirrahmannirahim.. Minggu ini merupakan minggu yang amat mendebarkan bagi seluruh warga Mybistari, tak kiralah dari pihak guru, anak murid mahupun ibu bapa. Kenapa? Kerana minggu ini merupakan minggu peperiksaan semester 1 untuk tahun ini. Nak tahu sebenarnya siapa yang paling berdebar diantara semua-semua yang ada di sini? Tentulah pihak kami, terutamanya Pn Shawariah yang diberi amanah menghasilkan semua kertas soalan. Kami pula...

Monday, May 2, 2016

PERTANDINGAN UJI MINDA, BERCERITA & LEGO 2016

Bismillahirrahmanirrahim. Situasi yang kami alami sebelum bermulanya raptai Pertandingan Uji Minda, Bercerita & Lego 2016: Sedang kami berjalan – jalan di aras 2 Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang setelah bertungkus lumus membawa barang dari lori ke dalam dewan, kami dihampiri oleh 2 anggota polis. Cuak juga rasa hati ni, apa agaknya salah yang kami dah buat? Rupa – rupanya mereka hendak menyerahkan brochure berkaitan dengan...