Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah
berakhir juga peperiksaan semester 1 bagi tahun ini. Oppsss.. tapi bagi di
cawangan-cawangan Tadika Pintar Bistari, Tadika Nur Pintar Bestari, Tadika Ilmu
Pintar Bestari dan Tadika Minda Pintar Bestari sahaja ye.. murid- murid di
Tadika Inovasi Bestari masih ada dua kertas lagi yang perlu mereka jalani. Ini semua
kerana mereka telah dicutikan pada hari Rabu yang lalu disebabkan oleh
selenggaraan elektrik oleh pihak TNB. Selamat menjawab soalan ye!!
Dengan
berakhirnya peperiksaan ini, guru-guru akan mula sibuk dengan tugasan yang
lain; menanda dan menyemak kertas soalan murid. Satu tugasan yang memerlukan
perhatian yang serius. Naik berpinar mata cikgu menanda kertas anak-anak murid,
mana taknya penandaan bukan sekadar sehelai dua, tapi berpuluh-puluh helai. Tak
cukup dengan guru yang menanda, akan ada pula guru yang akan menyemak kembali
penandaan yang telah siap dan kemudian, Guru Besar pula yang akan menyemak
untuk kali terakhir. Macam nak menghasilkan minyak yang berkualiti tinggi,
saringan kertas itu juga berperingkat-peringkat.
Kami
sentiasa cuba untuk memberikan yang terbaik, termasuklah dalam proses penandaan
kertas soalan. Tetapi ada masanya, bila sudah terlalu banyak kertas yang hendak
ditanda dan disemak, guru-guru kami juga tidak lepas dari membuat kesilapan,
walaupun telah diperiksa sehingga peringkat yang teratas sekali, pihak Guru
Besar. Di sini saya ingin memohon jasa baik ibu bapa, sekiranya nanti terdapat
kesilapan dari pihak kami dalam segi penandaaan, harap dapat berbincang dengan
baik dan segala pertukaran markah atau kedudukan anak tuan puan sekiranya agak
terlewat dari pihak kami, harap maklum mungkin di ketika itu ada perkara lain
yang perlu kami utamakan.
Segala perubahan
dari segi markah dan kedudukan, itu adalah tugasan kami di bahagian pengurusan,
bukan tugasan guru-guru dan Guru Besar di cawangan. Pernah sebelum ini ada ibu
bapa yang meminta Guru Besar untuk terus menukar kedudukan di laman web kami
pada waktu itu juga. Maaf ye, ibu.. ayah.. mereka tidak dapat berbuat demikian
kerana mereka perlu melaporkannya terlebih dahulu kepada kami.
Sebelum
terlupa, ingin saya kongsikan serba sedikit gelagat-gelagat yang sempat dirakam
ketika peperiksaan dijalankan tempohari. Mari kita tengok siapa yang khusyuk
menjawab soalan dan mana yang seperti menunggu jawapan turun dari langit.
Tekun menjawab kertas soalan. |
Kuat semangat.. tak sihat pun datang untuk ambil periksa. |
Ehhh... masih sempat lagi posing.. fokus adik fokus! |
Alamak! Huruf yang mana satu ye? |
Senang aje soalannya ni. |
Guru sedang memantau perjalanan peperiksaan. |
Ni.. semak betul-betul sebelum hantar kertas pada cikgu. |
Cikgu memerhati sahaja jawapan yang ditulis oleh murid. |
Penerangan kertas soalan kepada murid-murid sebelum peperiksaan dimulakan. |
Cantiknya adik ni mewarna... |
Debaran
sebenarnya masih belum berakhir lagi bagi pihak guru kerana dengan berakhirnya
peperiksaan semester 1 ini, akan ada agenda lain yang menunggu, Hari Terbuka
Semester 1. Hari di mana pihak ibu bapa akan datang berjumpa dengan guru-guru,
berbincang mengenai prestasi anak-anak bukan sahaja dalam hal peperiksaan,
tetapi juga perkembangan JERIS (Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek, Sosial) anak-anak sepanjang semester 1. Kita sama-sama nantikan
hari yang mendebarkan ini ye! Bila tu?
Untuk K1 ~ Rabu 1 Jun 2016
Untuk K2 ~ Khamis 2 Jun 2016
Tetapi sekiranya tuan puan ada 2 anak diperingkat K1 dan K2, maka boleh memilih mana2 hari yang dirasakan bersesuaian.
Untuk K1 ~ Rabu 1 Jun 2016
Untuk K2 ~ Khamis 2 Jun 2016
Tetapi sekiranya tuan puan ada 2 anak diperingkat K1 dan K2, maka boleh memilih mana2 hari yang dirasakan bersesuaian.
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.