Showing posts with label hari terbuka. Show all posts
Showing posts with label hari terbuka. Show all posts

Tuesday, October 23, 2018

HARI JALINAN KASIH AKHIR TAHUN 2018


Bismillahirrahmanirrahim.

Bergambar di sudut fotografi yang disediakan di tadika (TM)

“Cikgu.. ada kesilapan ni.. nama lain, muka lain, macam mana ni ya?”

“Cikgu.. dah cuba nak masuk laman web, tapi masih tak boleh. Kenapa ya?”

“Cikgu.. dapat tengok keputusan anak saya je, untuk keseluruhan kelas takde ke?”

“Cikgu.. betul ke ni keputusan anak saya? Macam tak percaya aje, dia bukannya belajar kat rumah, cikgu ada ajar dia ke?”

“Cikgu.. saya tak faham, kedudukan top 3 ni, nombor satu satu tiga? Nombor dua mana?”

Dan bermacam lagi persoalan yang saban tahun kami dapat dari para ibu bapa dan penjaga yang bersemangat melihat keputusan anak-anak di laman web.

Bagi ibu bapa yang tiada akses ke laman web, kami tetap mempamerkan keputusan di papan notis di setiap tadika.

Papan notis TPB Taman Mawar

Papan notis TPB Taman Scientex 1

Papan notis Tadika Inovasi Bestari

Papan notis TPB Taman Kota Masai

Papan notis TPB Taman Scientex 2


Papan notis Tadika Minda Pintar Bestari

Papan notis Tadika Ilmu Pintar Bestari

Papan notis Tadika Nur Pintar Bestari

Papan notis Tadika Intelek Minda Bestari

Suasana debaran yang berbeza bagi setiap yang terlibat dengan Hari Terbuka ini. Para ibu bapa dan penjaga, berdebar untuk mengetahui keputusan anak-anak, para guru berdebar menanti kehadiran ibu bapa yang pastinya sudah bersedia dengan pelbagai soalan yang bakal diajukan oleh para ibubapa, dan juga pihak kami yang berurusan dengan segala permasalahan di laman web. Jadinya kami amat berharap agar setiap dari kita dapat melalui hari terbuka ini dengan baik.

Amat sayang sekali kami yang berada di pejabat tidak dapat bergerak ke setiap cawangan untuk merasai keseronokkan hari terbuka. Kami dari sini hanya dapat turut merasa keseronokkan hari terbuka melalui kiriman gambar-gambar yang dikirim oleh pihak guru besar ke group whatsapp kami.
Sekali lagi kami ingatkan kepada pihak ibu bapa, sekiranya anak tuan puan tidak mencapai keputusan seperti yang diharapkan, janganlah kita menghukum anak tersebut, berilah kata-kata yang membina agar mereka tidak merasa tertekan.

Kita sambung cerita di halaman tadika (TM) 
Bergambar kenangan di sudut fotografi (TM)


Haa.. kat papan notis ni kita boleh tengok keputusan semua kawan-kawan. (TM)

Nak tulis nama saya ke mana ibu saya?

Ye ke dah mandi? Mari sini cikgu cium. (TM)

Ingatkan yang kat tengah-tengah tu teddy bear juga.. (TNPB)

Haaa.. cerita apa tu sampai ayah tersenyum dan anaknya tertunduk? (TNPB)

Para ibu bapa telah mula ramai membanjiri kelas (TNPB)

Cantiknya gambar kelas saya (TIB)

Bergambar kenangan dengan guru-guru TIB

Sebelum masuk ke dalam, perlu isi buku kedatangan dan ambil nombor dulu ya (TMPB)

Penerangan oleh guru kelas (TS2) 
Kena tulis komen aje eh? Tulis resepi tak boleh ke? (TS2)


Pemandagan yang meriah menyambut para ibu bapa (TS2)


Ayah tetap prihatin mendengar penjelasan guru dari tepi (TS2)



Menanti giliran untuk berjumpa dengan guru kelas (TMPB)

Jom bergambar dahulu sebelum ibu bapa datang! (TMPB)

Isi nama di sini dahulu ya puan. (TIB)

Dua-dua kaunter sibuk (TIB)

Masih tak ramai lagi yang hadir (TIB)

Tiada yang datang berkunjung ke? (TIMB)
Kita tengok dulu keputusan kat luar sebelum masuk ke dalam. (TS1) 
Cerita apa tu? Dua-dua tersenyum lebar tu (TIMB)


Masing-masing cuba menjawab soalan dari para ibu dengan sebaiknya (TIMB)

Terima kasih cikgu, kami balik dulu (TMPB)
Selesai sudah Hari Terbuka Semester 2 2018. Segala debaran yang bermain di hati para ibu bapa sudahpun terjawab.  Diharap para ibu bapa dapat menerima keputusan anak-anak dengan hati yang terbuka. Perjalanan mereka masih lagi jauh.

Pejam celik, pejam celik, cuma tinggal 2 event lagi yang akan kami lalui bersama ana-anak sesi 2018, terutamanya murid 6 tahun. Minggu hadapan kita akan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang dan bulan seterusnya kita akan mengadakan Hari Anugerah Cemerlang 2018.

Di setiap cawangan sekarang ini sedang gigih menjalani latihan persembahan untuk Hari Anugerah Cemerlang 2018. Marilah kita sama-sama berdoa agar kedua-dua event hujung tahun ini dapat dijalankan dengan baik.

~Cik Norifah~




Wednesday, November 1, 2017

HARI JALINAN KASIH SEMESTER 2 2017

Bismillahirrahmanirrahim.

Ambil peluang bergambar di papan notis peperiksaan (TM)
Bismillahirrahmanirrahim..

“Tidak ada kebaikan ibadah yang tidak ada ilmunya dan tidak ada kebaikan ilmu yang tidak difahami dan tidak ada kebaikan bacaan kalau tidak ada perhatian untuknya.” 
(Saidina Ali Bin Abi Talib)

Semoga segala ilmu yang kami curahkan kepada anak-anak murid dapat keberkatan dariNya. Itulah nikmat yang paling utama dalam proses pembelajaran anak-anak yang diamanahkan kepada kami.

Bila kenang kembali segala macam pengalaman yang kami sama-sama harungi sepanjang tahun ini, dari minggu suai kenal hinggalah ke hari ini, antara minggu –minggu terakhir dengan mereka, sibuk dengan latihan untuk persembahan di Hari Anugerah Cemerlang yang bakal berlangsung pada akhir bulan nanti, Alhamdulillah.. kami mampu tersenyum dengan rasa bangga.

Minggu lepas telahpun kami adakan Hari Terbuka Semester Akhir 2017. Kehadiran para ibu bapa dan penjaga pada kami amat memuaskan. Terima kasih kerana datang untuk luangkan masa berbincang dan berkongsi prestasi anak-anak walaupun ada diantara mereka yang tidak akan bersama kami lagi untuk tahun hadapan.

Maaf dari pihak kami sekiranya ada jawapan dari guru-guru kami yang kurang memuaskan hati para ibu bapa. Terus terang, sebagaimana gementarnya ibu bapa hendak  lihat pencapaian anak-anak, begitu jugalah gementarnya para guru kami untuk berhadapan dan menjawab segala persoalan yang ibubapa sediakan untuk mereka. Kami guru-guru lama pun masih ada rasa gementar tu. Bukan mudah untuk memberi penjelasan kepada para ibu bapa sekiranya apa yang mereka harapkan tidak tercapai. Ada di antara para ibubapa yang secara terus memarahi anak-anak di hadapan guru apabila prestasinya kurang memuaskan. Ibu, ayah.. anak juga ada rasa malu dan maruah mereka sendiri, kalau nak marah, tunggulah sehingga berada di dalam kereta ataupun di rumah. Kami di sini juga sebolehnya mahu menggilap segala potensi yang ada pada anak-anak yang diamanahkan kepada kami. Mungkin ada murid yang kurang menyerlah dalam bidang akademik, tetapi dari segi pengurusan diri dan bersosial, ada peningkatannya. Cuba kita sama-sama cari sisi positif dalam diri anak-anak kita ya.

Sambutan yang memuaskan dari ibu bapa (TIB)

Apa yang dibualkan tu ya Pn Amalina? (TIB)

Ini puan boleh tengok prestasi hafalan bulanannya. (TM) 
Mari saya kongsikan berkenaan anak puan. (TS1)


Semangat tu Cik Rabiatul terangkan pada ibu tu. (TS1)

Suasana yang meriah di TIPB.

Seriusnya tu Cik Yasmin. (TNPB)

Adalah tu yang menggelikan hati ya. (TS1)

Terima kasih atas sokongan yang diberi. Satu keluarga datang
untuk hari terbuka.(TMPB)

Suasana perjumpaan di TIMB.

Masih sempat berposing lagi. (TIMB)
Terima kasih kami ucapkan kepada ibubapa yang memberikan hadiah dan penghargaan kepada guru-guru yang mengajar anak-anak mereka. Bukan itu yang kami harapkan, apa yang lebih menggembirakan kami adalah apabila dapat turut sama membantu proses perkembangan anak-anak yang di bawah jagaan kami. Lebih gembira lagi apabila ada pihak ibubapa yang sudi berkongsi kasih sayang anak mereka dengan kami, rajin bercerita tentang anak-anak mereka, samada yang masih belajar di tadika mahupun yang berada di sekolah kebangsaan dan menengah. Ketika hari terbuka ini jugalah masa untuk kami berjumpa dengan para ibubapa lama, ibubapa yang pernah ada anaknya bersama dengan kami dahulu. Tiada yang lebih membanggakan para guru dari dapat tahu anak-anak murid yang sudah berbelas tahun tak jumpa masih ingat pada cikgu tadikanya.
Kata-kata penaik semangat untuk cikgu. (TNPB)

Bunga untuk para guru. (TIB)

Hadiah tanda ingatan dari
guru kepada murid yang
cemerlang.

Terima kasih keknya ya! (TIB)

Ini yang paling win! (TMPB)
Seperti biasa, antara perkara yang ditunggu-tunggu setiap kali hari terbuka adalah papan notis keputusan anak-anak murid, tempat di mana para guru menyerlahkan kreativiti mereka. Cantik-cantik semuanya, berbaloi penat lelah guru membahagikan masa diantara tugasan wajib harian di tadika dan juga tugasan menyiapkan papan notis keputusan peperiksaan. Terima kasih dan tahniah dari kami pihak pengurusan kepada guru-guru kami. Mungkin berkat bawa pergi jalan-jalan hari itu dapat suntik semangat semua untuk hasilkan yang terbaik ya? Jalan-jalan tu sebenarnya penting untuk menaikkan semangat, sesekali nak juga tengok dunia luar dari Pasir Gudang kan? Bab kenangan bercuti tu nanti akan saya ceritakan dalam posting yang lain ya.

Photo booth di TS2

Papan notis di TKM

Meriah papan notis TKM
Tema taman permainan (TNPB)



Ibu bapa sedang menelek papan notis (TNPB) 

Comel naga tu tersenyum (TS1) 

Puas tengok papan notis ni besar (TS1)

Comel sahaja papan notis TIMB
  
Kreatif cikgu-cikgu kami (TIPB)

Suka tengok gelongsor tu (TMPB) 

Bergambar dengan semua guru TIMB


Bila anak-anak murid dijadikan watak kartun (TM)

Bergambar dahulu sebelum balik (TNPB)

Masih ada beberapa lagi aktiviti yang murid K2 lalui sebelum pergi meninggalkan tadika. Kita masih ada lagi lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang, Majlis Akhir Tahun dan juga Hari Anugerah Cemerlang 2017. Sekarang ini pun murid-murid yang telah menghantar borang penyertaan persembahan sedang rancak berlatih. Kami amat berharap bagi baki ketiga-tiga aktiviti itu murid-murid K2 dapat turut serta. Saya nak sambung tengok anak-anak murid buat latihan bergendang ni, jom kita berjumpa di Hari Anugerah Cemerlang 2017.

~Cikgu Norifah~