Showing posts with label pemeriksaan gigi. Show all posts
Showing posts with label pemeriksaan gigi. Show all posts

Wednesday, July 11, 2018

CANTIK TAK GIGI KAMI?


Bismillahirrahmanirrahim.

Model gigi dan berus gigi

Adalah Rasulullah saw tidak tidur melainkan siwak berada di sisinya, apabila Baginda bangun dari tidur, baginda memulakan dengan bersiwak.” (HR A-Bukhari)

5hb Julai 2018 yang lalu seawal yang boleh saya bergerak ke Tadika Nur Pintar Bestari, ada pemeriksaan gigi di sana, tak mahu saya terlepaskan peluang untuk sama-sama mendengar penerangan berkenaan penjagaan gigi dan juga turut terlibat dalam aktiviti pemeriksaan gigi murid-murid.

Ketika sampai di sana para jururawat pergigian sudahpun memulakan taklimat dengan anak-anak murid.  Terlepas saya untuk sama-sama menyambut kehadiran mereka. Tak mengapalah, masih juga berpeluang untuk berkongsi rasa teruja mendengar taklimat dari jururawat pergigian tersebut.

Susun atur borang murid mengikut kelas.

Semakan terakhir sebelum pemeriksaan gigi dijalankan.

Borang yang perlu diisi sekiranya murid ada masalah kesihatan.

Alhamdulillah, sepanjang penerangan berkenaan penjagaan gigi dan cara memberus gigi dan lidah dengan betul, anak-anak murid memberikan tumpuan yang sebaiknya. Apatah lagi apabila jururawat menggunakan model berus gigi dan ubat gigi yang besar, makin bersemangat mereka memberikan tumpuan.
Bukan sekadar murid, guru juga tekun mendengar taklimat.

Bersemangat jururawat pergigian memberi penerangan.

Ok, tunggu sebentar.. mana yang saya nak tunjuk kat awak ye..

Alamak, saya tak nampak lah gambar tu..


Mari kita belajar cara gosok gigi yang betul.

Nganga luas-luas

Tak perlu masukkan jari dalam mulut, buat gaya sahaja ya!

Cukup besar tak ni kami nganga?

Jom gosok gigi dengan cara yang betul!!

Selepas sahaja penerangan berkenaan penjagaan gigi dan menggosok gigi yang betul, murid-murid diatur mengikut kelas mereka untuk pemeriksaan gigi. Pelbagai emosi yang mereka tunjukkan ketika ini, ada yang teruja, ada yang menangis, ada juga yang berdiri tegak, seram sejuk menanti giliran dipanggil jururawat.

Para jururawat meneliti borang pergigian sementara guru menyusun atur murid.

Kenapa serabut sangat muka tu Cikgu Syafiqah? dah susun murid kemudian
mereka bergerak tak ikut susunan ke?

Bila agaknya giliran saya ni?

Ok dah sedia semua?

Mari ke mari untuk saya check giginya.

Nganga luas luas ye..

Banyaknya cop makcik..

Cikgu ni, ambil gambar masa pose saya tak menarik lah.

Beratur.. jangan berebut, nanti tersilap borang pula.

Contoh surat susulan ke Klinik Pergigian Masai bagi murid-murid yang giginya bermasalah.

Bagi ibubapa yang anak-anaknya hulurkan surat pemeriksaan susulan di Klinik Pergigian Masai, pergi ya jangan tak pergi. Jadi segala permasalahan yang jururawat pergigian nyatakan di surat susulan itu dapat diselesaikan. Pergi tau jangan tak pergi.


Penerangan dari pihak Klinik Pergigian Masai


Bila duduk bersembang dengan anak-anak murid dan bertanyakan tentang aktiviti hari ini, mencurah-curah ilmu yang mereka perolehi terhambur keluar dari mulut-mulut mereka yang comel. Tapi bila mereka sedar yang tingkah mereka dirakam, serta merta mulut terkunci rapat. Malu agaknya.

Sesi bersoal jawab dengan anak-anak murid.


Saya dapat cop!!

Gigi kami cantik sebab tu dapat cop!

Yeay!! Cantikkan gigi kami!!
Begitulah kisahnya sepanjang aktiviti pemeriksaan gigi yang dijalankan di Tadika Nur Pintar Bestari. Apa pula kisah di cawangan lain ye? Bagaimana pula dengan persiapan Pertandingan Uji Minda yang bakal diadakan pada 21hb Julai ni nanti? Nak tengok anak-anak kita buat latihan di cawangan? Insyaallah nanti akan kami kongsikan.

Kita tunggu..

~Cik Norifah~



Thursday, September 14, 2017

MARI GOSOK GIGI!

Penerangan dari jururawat pergigian (TS1)
Bismillahirrahmanirrahim.

“Bangun pagi bangun pagi, basuh muka gosok gigi,
Gosok gigi,gosok gigi, lepas itu terus mandi.
Gosok gigi, gosok gigi, satu hari tiga kali,
Petang, malam serta pagi, putih gigi dan berseri.”

Ada peminat Upin Ipin tak di sini? Kalau ada pasti tahu lirik lagu yang ada di atas tu. Lagu gosok gigi tajuknya. Bagus lagu ini kerana liriknya mengajar anak-anak cara menggosok gigi yang betul. Gosok secara bulat, bulat pesan doktor gigi dalam siri animasi Upin Ipin. Lirik lagu yang mudah dan menarik itu amat senang diingati oleh murid-,murid.

Bercerita tentang penjagaan gigi, dua buah tadika di bawah Mybistari Group telahpun menerima kunjungan dari jururawat pergigian Pasir Gudang pada hari Rabu, 13hb September 2017 yang lalu. Bila bercerita tentang kunjungan jururawat pergigian ini, pastinya mengundang dua rasa pada anak-anak murid kami.

Yang pertamanya rasa takut kerana gigi akan diperiksa. Rasanya, ini bukan sahaja menjadi igauan ngeri anak-anak murid, kami yang dewasa juga kecut perut sekiranya ada temujanji dengan doktor gigi. Teruja adalah rasa kedua yang dialami oleh anak-anak murid. Mana taknya, inilah masa mereka untuk membawa berus gigi dan ubat gigi ke tadika, hinggakan ada yang minta ibubapa untuk belikan set yang baru. Ikut pengalaman saya yang terdahulu, selagi jururawat pergigian tak sampai untuk membuat penerangan, selagi itulah ditenungnya berus gigi dan ubat gigi yang dibawanya. Sampaikan nak tulis pun dicuba gunakan berus gigi sebagai pensel.


Mari kali ini kita lihat pula gelagat anak-anak murid di Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1 dan Taman Scientex 2 yang menerima kunjungan dari jururawat pergigian baru-baru ini.

Khusyuk mendengar penerangan (TS2)

Ingat ya, jangan letak terlalu banyak ubat gigi! (TS2)

Beratur untuk pemeriksaan gigi. (TS2)

Berdebar menanti giliran untuk diperiksa. (TS2)

Nganga luas-luas mulutnya. (TS2)

Bagus.. giginya tiada yang rosak. (TS2)

Masing-masing tekun mendengar cerita. (TS1)

Latihan praktikal cara memberus gigi yang betul. (TS1)

Hmm.. macam ada gigi yang berlubang ni. (TS1)

Ok, bagus.. buka mulut luas-luas. (TS1)
Jom sama-sama nyanyi dengan lagu Upin Ipin ni!



Kami amat berharap dengan kunjungan dari jururawat pergigian itu dapat membantu anak-anak murid kami dalam memahami penjagaan gigi yang betul. 

Seperkara lagi, Pertandingan Sempoa dan Congak 2017 bakal diadakan pada 30hb September 2017 (Sabtu) nanti. Pemilihan para peserta untuk setiap kategori dan juga persembahan telah dilakukan di setiap cawangan. Para guru sedang bertungkus lumus membuat latihan pada setiap waktu yang terluang. Harapan kami agar pihak ibu bapa juga turut membantu para peserta di rumah. Penyertaan sempoa ibu bapa juga amat kami alu-alukan. Apa kata kita sama-sama bertanding dengan anak-anak?

~Cikgu Norifah~

Sunday, May 29, 2016

BERUS GIGI GERGASI

Mari tengok.. ok tak giginya ni?


Bismillahirrahmanirrahim.

Masih ingat lagi lawatan sahabat Sang Singa ke tadika-tadika MyBistari beberapa bulan yang lepas? Sehingga ke hari ini masih ada lagi yang bercerita tentangnya. Lagilah bila diberitahu akan ada pemeriksaan gigi oleh Klinik Pergigian Pasir Gudang.

“Ada cerita nyum nyum nyum tu lagi eh cikgu?”

Itu rupanya yang melekat diingatan mereka. Bahagian itu yang paling menarik minat mereka mungkin.

Pada 22hb Mei 2016 yang lalu, pihak Klinik Pergigian Pasir Gudang telah membuat lawatan ke salah satu cawangan kami, Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2. Murid-murid sudah bersemangat menunggu dengan berus gigi, ubat gigi dan gelas. Nanti akan ada demonstrasi menggosok gigi.

Jom tengok aksi mereka semasa sesi penerangan dilakukan.

Sesi bercerita

Wow!! Besarnya berus gigi!!

Saya!! Saya nak jawab!!!

Asyiknya dia menggosok gigi.

Gosok jangan tak gosok

Beratur menunggu giliran untuk diperiksa giginya.

Buka mulut luas-luas sikit..
Misi sukses di Taman Scientex 2!
Mengikut perancangan, destinasi seterusnya adalah di Tadika Pintar Bistari Taman Mawar. Tapi disebabkan oleh permasalahan yang tak dapat dielakkan (pada hari yang sama 26hb Mei 2016, Khamis) pihak TNB akan membuat penyelenggaraan di Taman Mawar, sesi ini akan dianjakkan ke tarikh yang akan diberitahu kelak. Cawangan- cawangan yang lain, tunggu ya!!

 Cikgu Norifah

Monday, February 22, 2016

PEMERIKSAAN GIGI DI TADIKA NUR PINTAR BESTARI

Assalamualaikum,

PEMERIKSAAN GIGI

Pada minggu lepas (Khamis / 18hb Februari 2016), Tadika Nur Pintar Bestari telah menerima kunjungan dari Klinik Pergigian Masai dalam rangka taklimat dan pemeriksaan gigi murid-murid. 

Mereka telah ditunjukkan cara yang betul untuk memberus gigi dan cara-cara penjagaan gigi. Murid-murid teruja dan tak kurang juga yang takut untuk diperiksa oleh jururawat pergigian, gigi ada yang rosak dan rongak. Apa-apa pun, pemeriksaan tetap dijalankan dan diharap murid-murid dapat manfaatkan ilmu yang telah disampaikan oleh jururawat yang hadir.

Jom kita lihat aksi mereka semasa pemeriksaan pergigian!

Guru-guru sedang menyusun atur murid-murid sebelum kedatangan wakil dari Klinik Pergigian Masai

Guru-guru pun asyik mendengar penerangan dari jururawat pergigian

Untuk menarik minat murid-murid, jururawat menyampaikan ilmunya dalam cara bercerita
Alhamdulillah, murid-murid memberi feedback yang baik
Bersemangat setelah mendengar cerita dari jururawat pergigian

Gigi kami sudah bersedia untuk diperiksa!

Buka mulut luas-luas.. Aaaaaaa!!!

Bagus.. gigi yang cantik, akan dapat cop!

Tengok ni, kami dapat cop!

Seronoknya! Jom jaga gigi kita baik-baik! 
Opss.. sebelum terlupa, pada bulan Januari yang lalu telah diadakan sesi bergambar kelas untuk semester 1, ibu bapa bolehlah melihat gambar tersebut di laman web kami . Gambar ini tidak akan dicetak atau diberi kepada pihak ibu bapa, gambar ini adalah sebagai simpanan pihak tadika, tetapi sekiranya ibu bapa ingin mencetak gambar tersebut, dipersilakan. Gambar yang akan dicetak adalah gambar semester kedua nanti. 

Sampai di sini sahaja perkongsian dari kami untuk kali ini. Sehingga berjumpa di lain coretan.

~Cikgu Norifah~