Gangguan lagi !!
Pihak kami cuma dapat tahu dari ibubapa dan pemandu van berkenaan perkara ini. Tiada surat yang kami terima. Kami hanya dapat memberikan surat makluman mengenai perkara ini pada murid-murid sesi petang sahaja. Murid-murid sesi pagi akan dimaklumkan melalui telefon oleh GB. Berikut adalah salinan surat yang diberikan kepada murid.
KEPADA:
Ibubapa /Penjaga/Pengendali pengangkutan
Tuan / Puan
PER : NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK
Adalah ingin dimaklumkan, tadika akan dicutikan bagi semua sesi pada 22 September 2011 (Khamis)
2. Ini adalah kerana kerja-kerja selenggaraan yang dibuat oleh TNB seperti perincian berikut :
Tarikh gangguan : 22 September 2011 (Khamis)
Sebab gangguan : Selenggaraan Tahunan Pencawang TNBD Pasir Gudang melibatkan alatsuis, alatubah, dan papan pembahagian.
Masa : 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Sekian, untuk makluman. Terima kasih.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.