Tuesday, March 27, 2012

ANAK DILAHIRKAN 2008

Pihak kami telah menerima banyak pendaftaran bagi K1 (2013) bagi anak-anak yang dilahirkan pada 2008. Anak-anak ini akan bersekolah rendah pada tahun 2015. Tetapi ramai ibubapa yang tidak mengetahui bahawa anak-anak yang dilahirkan pada 1hb ~ 15hb Januari 2008 sepatutnya dimasukkan ke darjah 1 sekolah rendah pada tahun 2014 pada usia mereka 6 tahun. 
Jadi kepada ibu-ibu dan bapa-bapa di luar sana, sila semak sijil kelahiran @ mykid anak anda. Jika anak dilahirkan awal Januari, mereka sepatutnya memasuki K1 pada tahun ini (2012) dan bukannya 2013. Pihak kami ada menerima beberapa pendaftaran lewat yang mempunyai kes-kes sebegini. 
Sila war-warkan kepada kawan-kawan @ jiran-jiran mengenai perkara ini kerana  
                                                          "SHARING IS CARING" 

1 comment:

  1. Salam. Sama la dgn anak2 yg dilahirkan awal 2009, 1/1/2009 spatutnya dah boleh didaftarkan tahun 1 sama dgn anak2 yg dilahirkan 2008, tapi pendaftaran online masih belum boleh didaftarkan, pendaftaran hanya untuk 2007 dan 2008 sahaja. Harap pihak kementerian dan pihak sekolah dapat mengeluarkan kenyataan yang tidak mengelirukan para ibu bpa berkenaan perkara ini. Terima kasih.

    ReplyDelete

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.