Thursday, August 1, 2019

LABBAIK ALLAHUMMA LABBAIK!


Bismillahirrahmanirrahim.

Para jemaah Simulasi Haji Cilik bergambar dengan pakaian ihram mereka. (TIB)


“Labbaiki Allahumma Labbaik..”

Semakin hari semakin kerap kedengaran laungan ini di tadika-tadika kami. Sayu dan teruja apabila mendengar laungan ini dari anak-anak didikan kami. Jika minggu yang terdahulu  di beberapa tadika kami sibuk dengan latihan menari, kali ini semua tadika kami sibuk dengan latihan untuk program seterusnya, Simulasi Haji Cillik 2019.

“Kami nak naik haji cikgu!” seronok kedengaran suara murid apabila selesai bertalbiah.

 “Eh.. kenapa cakap naik eh? Bukan pergi?” soal yang lain ketika menunggu giliran untuk masuk ke kelas masing-masing.

“Sebab kan guna kapal terbang kalau nak pergi Mekah, naik kat langit,” jawab kawannya.

“Tapi ni kita naik bas je kan?”

“Ha’ah.. bas.. sebab kita bukan nak pergi Mekah pun, kita ni olok-olok aje.”

“Takpelah.. ada naik juga tu.. naik bas.”

Banyak sebenarnya perkara yang menyebabkan anak-anak ini semua berasa seronok untuk turut serta di dalam program simulasi ini. Ada yang seronok kerana baru pertama kali hendak pakai ihram, ada yang seronok kerana nenek dan datuknya juga turut sama mengerjakan haji, ada juga yang teruja untuk melakukan rukun di dalam haji antaranya seperti melontar tiga jamrah dan juga tawaf.

Hari ini merupakan hari terakhir murid mengadakan latihan sebelum program simulasi ini diadakan pada 4 Ogos 2019, Ahad nanti di Dewan terbuka Taman Mawar. Masing-masing bersemangat ketika latihan dijalankan.

Alhamdulillah.. kami dah dapat telekung! (TIB)

Ok, kena ingat ya.. ini kumpulan yang cikgu dah tetapkan. (TIB)

Nah!! Rasakan sakit kena rejam ni!! (TIB)


Eh, alamak cikgu, seronok pula main pusing-pusing ni,
macam main kerusi beracun. (TIMB)

Cikgu, boleh tak kami tawaf laju macam ni? (TIMB)

Latihan tawaf kita keliling tiang ni je ya. (TIPB)

Masa ni kita guna bola, nanti yang betul-betul kena guna batu tau. (TIPB)

Jangan risau, cikgu acah-acah je gunting ni.. (TIPB)

Kami pun dah dapat pakaian ihram kami! (TKM)

Nak kena kutip berapa biji batu ya?
Awak ingat tak? (TKM)

Eh, mana pergi batu yang saya baling tadi? (TKM)

Yes!! Kami semua semakin bersemangat untuk tunaikan haji!! (TM)

Hmm.. ibu.. tengok ni, saya tengah ber tahalul. (TM)

Bila kami boleh mula buat latihan ni cikgu? (TNPB)

Kalau yang betul-betul dekat macam ni kan senang. (TNPB)

Nah.. ibu ayah.. tolong kami pakaikan ni nanti ya! (TS1)

Menunggu arahan dari cikgu untuk memulakan latihan. (TS1)

Kami sedang ber saei ni. (TS1)

Ok, saya dah siap pakai ihram ni. (TS2)

Semua dengar sini.. harini hari last sebelum simulasi yang sebenar. (TS2)

Barang-barang yang akan dibekalkan kepada jemaah haji cilik kami.

Contoh tanda nama dan juga tag tangan para jemaah.

Kami kongsikan di sini cara untuk memakai ihram bagi jemaah lelaki.

1. Kain yg ada logo dilipat ikut ketinggian anak
dan dipakaikan tali pinggang agar tidak terlondeh.

2. Kain yg ada tiada logo di 
lipat sedikit dan diselitkan di pinggang. 

3. Kain yg sebelah kanan tadi di bawa ke bahu
kiri dan diselitkan ke belakang agar kemas. 

Biarkan bahu kanan terdedah


4. Inilah kedudukan kain ihram yang
diselit di bahagian belakang.

Kami juga kongsikan di sini cerita  dan video Simulasi Haji Cilik pada tahun yang sebelumnya.




Semoga dengan perkongsian ini semakin menambah semangat dan keterujaan para jemaah haji cilik kami untuk menunaikan ibadah ini pada hari Ahad nanti.

Jom sama-sama kita memeriahkan dan memberi sokongan kepada mereka yang terlibat dengan Simulasi Haji Cilik 2019!

~Cik Norifah~











0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.