Monday, January 5, 2015

2015 PRA TADIKA

Assalamualaikum wrt wbt..

Alhamdulillah...saya masih boleh membuka blog sendiri setelah sekian lama ditinggalkan. Banyakkkk cerita yang hendak dikongsikan. Apatah lagi selama 2014 saya tidak update langsung blog ini. Alahai malu sendiri... :(

Esok MyBistari Group akan memulakan sesi baru bagi tahun 2015 setelah ditangguhkan selama seminggu. Sebabnya ramai yag tahu. Banjir besar yang melanda di penghujung tahun 2014. Sebenarnya kami begitu excited untuk menerima murid-murid baru K1, ditambahkan lagi dah rindukan murid-murid lama yang akan naik K2. Insyaallah, esok semuanya terubat.

Sebelumnya...nak cerita berkenaan program pra tadika 2015 yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 minggu di semua cawangan dari 1 ~ 18 Disember lepas. Macam2 ragam anak2 ini menghadapi hari pertama pra tadika. Saya sempat ke Taman Mawar, Tadika Inovasi Tmn. Bkt Dahlia dan Tadika Nur Pintar Bestari Taman Rinting sahaja sementara Cikgu Tamizi, Pn. Suhaila dan Pn. Norafizah ke cawangan2 yang lain.

Awal pagi ibubapa dah ramai yang menghantar putera puteri mereka sambil membuat pengesahan transport. Sempat juga berbual2 dengan mereka. Ada yang baru pertama kali hantar dan ada yang dah beberapa orang anak mereka pernah di tadika ini. Jadi sambil bertanya khabar, banyaklah mendengar cerita peningkatan bekas2 pelajar tadika ini dari ibubapa mereka sendiri. Alhamdulillah...ramai yang cemerlang

Notice board Taman Mawar

Ceria menanti kedatangan anak-anak pra tadika

Ibu bapa membuat pengesahan nama, alamat dan no telefon


Jangan lupa tulis nama di kasut. Bimbang tertukar pulak

Kemudian saya ke tadika Inovasi Bestari


Pengesahan murid di TIB

Pengesahan van dengan Pak Tam

Di dalam kelas GB Cikgu Asmira bersuaikenal dengan si kembar tidak seiras ini. 

Hari pertama mereka diajar cara menyusun kasut di rak


Masih ada yang takut2 mak ayah tinggalkan mereka
Selamat datang ke kelas kami

Kemudian saya ke Taman Rinting

Selamat datag ke pra tadika Tmn. Rinting
Aktiviti mereka pada hari pertama hari ini...

Mewarnakan topeng

Ada yang dah pandai memegang pensel warna  dan mewarna sendiri

Topeng kami dah siap


Namun begitu ada yang membawa diri...fenomena biasa hari pertama. Walaupun tidak menangis tapi masih tak makan dipujuk oleh para guru.

Hari pertama sahaja. Esoknya dah bagus berinteraksi dan berkativit bersama teman2. 

Belajar nyanyi dan doa

Sekejap aje dah sampai waktu pulang. Seronok hari ini....
Sementara di bawah ini beberapa gambar dari cawangan2 lain.

Selamat datang ke Tadika Minda Pintar Bestari 

 cawangan baru Tmn. Scientex 3

Di Tmn. Mawar bersama pelajar paling muda 2.5 tahun...
Shafiq Ghazi Al Fatih Bin Ahamed Tamizi

Ceria bersama cikgu2
 Cepat aje masa berlalu....pra tadika berakhir dan esok kami akan melalui hari pertama 2015. Semoga diberikan kemudahan dalam semua urusan. Amin

Friday, June 21, 2013

JEREBU MELANDA PASIR GUDANG

Semenjak Isnin lagi, penglihatan saya agak kabur. Mungkin mata ini telah dimamah usia dan memerlukan cermin mata, detik hati saya. 
Oh tidak rupanya. Mata saya masih ok-ok saja lagi. Rupanya Pasir Gudang dilanda jerebu. Inilah yang berlaku sepanjang minggu ini. Kalau yang sentiasa bekerja di luar, mungkin akan merasai perbezaan cuaca ini. Mata rasa pedih dan hidung terasa perit.
Anak-anak di tadika juga telah mula memakai 'nasal mask'. Setiap hari dalam minggu ini guru-guru menasihati anak-anak agar banyakkan minum air, kurangkan bermain di luar rumah serta mengenakan penutup hidung itu. Alhamdulillah, pesan cikgu mereka ingat!

Ketara sekali pada Khamis di mana jerebu agak kritikal. Dan selepas maghrib berdering-dering handphone saya berbunyi minta diangkat. Ibubapa bertanyakan tadika bersekolah @ tidak memandangkan terdapat arahan sekolah ditutup kerana masalah jerebu ini.

Website JPNJ saya check. Ini linknya.   
CADANGAN MEMINIMAKAN AKTIVITI DI LUAR KELAS BERIKUTAN MASALAH JEREBU
sementelah sekarang ini banyak aktiviti temasya sukan di sekolah rendah dan menengah

Website PPDPG saya check juga. Ini linknya
Oh, ARAHAN CUTI BERGANTI. 

Jadi setelah berbincang dengan big boss,  kami ambil keputusan TADIKA BEROPERASI SEPERTI BIASA. Langkah proaktif diambil dengan menghantar SMS kepada semua ibubapa melalui E-Waris. Harap-harap terimalah SMS ini dan maaf jika mengganggu ibubapa kerana agak lewat sikit kerana saya terpaksa menguruskan si kecil dulu. 
Pihak van juga diberitahu agar mengambil dan menghantar anak-anak seperti biasa. Sekiranya ada ibubapa yang bimbangkan kesihatan anak terganggu, bolehlah tidak menyekolahkan anak mereka tetapi sila berhubung dengan guru kelas cawangan masing-masing tentang tidak kehadiran ini. Juga sila ke tadika untuk mengambil worksheet dan homework yang telahpun disiapkan. 

Mudah-mudahan siang nanti, cuaca tidak membimbangkan dan pulih seperti sediakala. Bersama-samalah kita berdoa. Insyaallah, Allah makbulkan doa kita. Aminnn.  

Sambil-sambil tu, hiburkan diri kita dengan kisah Upin dan Ipin ini. Cerita tentang topeng... 



Saya nak tidur dulu...... Assalamualaikum. 

Wednesday, May 29, 2013

PROGRAM KITAR SEMULA

23 Mei 2013

Sehari sebelum bercuti, rangkaian Tadika Pintar Bistari mengadakan program kitar semula di semua cawangan. Bulan ini anak-anak diminta untuk membawa 3 naskhah suratkhabar lama setiap seorang ke tadika untuk dikumpulkan. Hasilnya ini....


Sebanyak 433kg suratkhabar lama dapat dikumpulkan dalam program pada hari ini. Alhamdulillah. 
Terima kasih juga kepada semua ibubapa yang sama-sama memberi galakan kepada anak-anak. Kalau diikutkan, ramai yang nak bawa lebih dari 3 naskhah tapi tidak kali ini. Akan datang ya....

Seronok anak-anak kita dengan program kitarsemula ini. Mereka juga telahpun diberikan taklimat tentang tujuan dan matlamat program oleh Gurubesar masing-masing. 


Lebih seronok Guru Besar TM1 Pn. Norafizah dan Pengurus Operasi Pn. Suhaila bila ditemuramah oleh wartawan Harian Metro yang datang untuk membuat liputan tentang program ini. 


Glamour. Dapat masuk suratkhabar lagi...

Harian Metro 24 Mei 2013
Kita zooomm sikit gambar tu!!!!


Suratkhabar yang dikumpulkan di setiap cawangan diambil oleh lori Southern Waste Management untuk dikitarsemula dan dijadikan pelbagai kegunaan lain. Walaupun hari hujan ketika itu tapi semangat kitar semula tetap membara di hati anak-anak 


Terimakasih kepada wakil dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, (PPS-PPA) En. Mohd. Khairul yang tetap sabar menunggu green light dari tadika kerana jadual program kami yang padat setiap bulan. 

Ayuh, bulan Jun depan kita kitar semula botol plastik pula ya!!

Thursday, May 23, 2013

TADIKA BERCUTI

Tadika dan semua guru akan mula bercuti bermula esok 24hb sempena hari Wesak sehinggalah ke 28hb (Selasa). Dan dari 29hb sehingga habis cuti semester 1, tadika dibuka seperti biasa bagi membuat persiapan P & P Semester ke-2. Sekiranya ada urusan, silalah datang ke tadika setelah guru-guru naik bekerja.

Tuan/Puan,
Jangan lupa untuk ke Hari Terbuka tadika pada 5 dan 6hb. 5hb untuk anak-anak K1 dan 6hb untuk anak-anak K2. Sila rujuk surat makluman Jun.
Dan untuk melihat keputusan Peperiksaan Sem. 1 anak-anak, sila klik ke E-Waris 


SALAM DARI KOTA BOGOR

Assalamualaikum,

Bermula esok anak-anak sekolah di Malaysia telah mula bercuti. Lama tu 2 minggu. Sekarang ini saya di Kota Bogor. Bukannya dah bercuti awal tetapi sekarang ini menemani anak-anak bersekolah di sini. Dah masuk minggu ke-3 pun. Bergilir-gilir dengan Cikgu Tamizi. Mungkin ramai yang tak pernah dengar Kota Bogor kan? Kalau Jakarta tu kat Mangga 2 @ Tanah Abang, memang ramai yang dah tahu dan mungkin dah ramai yang pergi berkali-kali untuk bershopping. Ke Bandung pun sama. Tangkuban Perahu tempat yang menjadi tarikan di sana dan agenda shopping-shopping di Rumah Mode. Memang meriah!!

Apa ada di Kota Bogor?
Mai sini saya cerita. Kota Bogor kota hujan. Hampir setiap hari hujan dan cuaca di sini agak sejuk dibandingkan di Jakarta. Hujung minggu orang-orang Jakarta ke Puncak (dalam daerah Bogor) untuk cuti hujung minggu dan Puncak ni macam Cameron Highland aje. Ada ladang teh dan pemandangannya cantik sekali. 
Dan di Kota Bogor ini ada tarikannya sendiri. Bogor ini lebih kurang 90km aje dari Airport (Bandara) Soekarno Hatta. Kalau ikutkan perkiraan jalan kita kat Malaysia, 1 jam perjalanan, tapi ingat Indon, ingat macet (jem). :) 1 jam boleh jadi 3 jam.   
Di Bogor ada Taman Safari Indonesia. Hanya 30km dari kediaman saya. Memang tempat yang istimewa jika bawa anak-anak bercuti. Pengalaman yang amat menarik. Dah 2 kali ke sana pun, saya rasa macam nak gi lagi. Teruja gitu. Safari ni saya beri 5*****.  Bukan sekadar melihat binatang, tetapi pengalaman memberi makan binatang secara life dari dalam kereta membuatkan anak-anak tidak lupakan pengalaman itu. (Tanyalah Akif Suhaila ~ cerita yang sama sering diulang-ulang)
Klik di sini untuk website safari. Nanti saya buatkan satu cerita untuk safari ni. (Maaf, tak janji bila tu!!) 

Dan kat Kota Bogor ini ada Istana Presiden yang memang banyak rusa. Kalaulah disembelih ni dan beri orang miskin makan ni, memang bersyukur bangat deh! He, he...




Beli aje kangkung / lobak dari penjual untuk disedekahkan pada rusa-rusa ni. 
Enak-enak aje berehat di bawah pokok. 


Ayo pak, diberi makan rusa tu! Yak udah. Usah  ngelamun lagi
Sementara menunggu anak-anak menaiki kereta kuda keliling kota, apa kata kita pekena ini....

Es durian. Really yummy!!
Jom cuba kue-kue di sini. 

Macam-macam jualan ada. Murah-murah Buk!!
Sekarang ni nak ke Jakarta pun dah tak susah lagi. Tak perlu naik pesawat dari KL @ Changi Airport. Sudah ada penerbangan terus dari Senai ~ Jakarta 4x seminggu dgn Air Asia.  Terima kasih Air Asia kerana memudahkan perjalanan kami. :) 

Kalau nak berekreasi bersama keluarga dengan aktiviti lasak, boleh juga ke Wisata Matahari dan Mekarsari.  Tempat yang menjadi tumpuan keluarga di hujung minggu yang tak boleh dilepaskan bila ke Kota Bogor ini. 

Jom bapak-bapak ibu-ibu, bawa anak-anak bercuti ke Bogor.   

Tuesday, February 19, 2013

2013 SESI FOTOGRAFI KELAS

Assalamualaikum. Semoga kita semua di bawah rahmat dan lindungan Allah hendaknya. Wah!! Dah lama benar saya tidak update blog ini. Rindu pada blog sendiri. :)

Hari ini saya akan update gambar-gambar kelas semasa sesi fotografi bulan lepas. Kat sini saya letakkan gambar wakil-wakilnya sahaja. Kalau nak lihat secara keseluruhan, sila lihat slideshow di sebelah kiri ya. 
Kalau nak copy pun tak ada masalah, TIADA HAKMILIK TERPELIHARA.Silakan copy sebagai kenangan pada anak-anak. 









Tuesday, December 25, 2012

PEMBAYARAN DAN PENGAMBILAN KEPERLUAN


Bermula 10 sehingga 19 Disember lepas, pembayaran yuran dan pengambilan keperluan telah dibuat di semua cawangan. Namun begitu masih ramai lagi yang masih belum datang. Hanya tinggal sehari lagi pada 26hb (Rabu) untuk selesaikan urusan ini kerana tadika akan bermula pada Khamis 27hb. Dan pada hari tersebut kaunter bayaran akan ditutup kerana semua guru-guru sibuk mengurusi anak-anak semua. Jadi bertindaklah segera.

KAUNTER BAYARAN TAMAN RINTING

Baju dipamerkan untuk memudahan murid mencuba saiz yang sesuai dengan badan


Ada stok yang dah habis


KAUNTER BAYARAN TAMAN BUKIT DAHLIA


Buku untuk semester 1, 2013

Al-Furqan akan mula digunakan untuk sesi akan datang

Lughatul Jannah untuk siri bacaan Bahasa Arab di TIB
Multimedia E-Learning untuk semua pelajar TIB