Showing posts with label berita semasa. Show all posts
Showing posts with label berita semasa. Show all posts

Friday, June 21, 2013

JEREBU MELANDA PASIR GUDANG

Semenjak Isnin lagi, penglihatan saya agak kabur. Mungkin mata ini telah dimamah usia dan memerlukan cermin mata, detik hati saya. 
Oh tidak rupanya. Mata saya masih ok-ok saja lagi. Rupanya Pasir Gudang dilanda jerebu. Inilah yang berlaku sepanjang minggu ini. Kalau yang sentiasa bekerja di luar, mungkin akan merasai perbezaan cuaca ini. Mata rasa pedih dan hidung terasa perit.
Anak-anak di tadika juga telah mula memakai 'nasal mask'. Setiap hari dalam minggu ini guru-guru menasihati anak-anak agar banyakkan minum air, kurangkan bermain di luar rumah serta mengenakan penutup hidung itu. Alhamdulillah, pesan cikgu mereka ingat!

Ketara sekali pada Khamis di mana jerebu agak kritikal. Dan selepas maghrib berdering-dering handphone saya berbunyi minta diangkat. Ibubapa bertanyakan tadika bersekolah @ tidak memandangkan terdapat arahan sekolah ditutup kerana masalah jerebu ini.

Website JPNJ saya check. Ini linknya.   
CADANGAN MEMINIMAKAN AKTIVITI DI LUAR KELAS BERIKUTAN MASALAH JEREBU
sementelah sekarang ini banyak aktiviti temasya sukan di sekolah rendah dan menengah

Website PPDPG saya check juga. Ini linknya
Oh, ARAHAN CUTI BERGANTI. 

Jadi setelah berbincang dengan big boss,  kami ambil keputusan TADIKA BEROPERASI SEPERTI BIASA. Langkah proaktif diambil dengan menghantar SMS kepada semua ibubapa melalui E-Waris. Harap-harap terimalah SMS ini dan maaf jika mengganggu ibubapa kerana agak lewat sikit kerana saya terpaksa menguruskan si kecil dulu. 
Pihak van juga diberitahu agar mengambil dan menghantar anak-anak seperti biasa. Sekiranya ada ibubapa yang bimbangkan kesihatan anak terganggu, bolehlah tidak menyekolahkan anak mereka tetapi sila berhubung dengan guru kelas cawangan masing-masing tentang tidak kehadiran ini. Juga sila ke tadika untuk mengambil worksheet dan homework yang telahpun disiapkan. 

Mudah-mudahan siang nanti, cuaca tidak membimbangkan dan pulih seperti sediakala. Bersama-samalah kita berdoa. Insyaallah, Allah makbulkan doa kita. Aminnn.  

Sambil-sambil tu, hiburkan diri kita dengan kisah Upin dan Ipin ini. Cerita tentang topeng... 



Saya nak tidur dulu...... Assalamualaikum. 

Tuesday, July 10, 2012

ALFATIHAH BUAT AFZAN HAIKAL

Pagi semalam, masuk SMS tentang perginya ke rahmatullah bekas pelajar TS1 (2011), Mohd Afzan Haikal Mohd. Nazri. Kami menerimanya dari keluarga allahyarham, menyatakan bahawa mayat telah dijumpai kerana mati lemas semasa pulang ke kampung. Gurubesar Cikgu Hasiah bertanyakan khabar dan keluarganya masih di kampung dan jenazahnya diuruskan di sana. Tak dapatlah kami pergi menziarahi keluarga yang ditinggalkan. Takziah dari kami, warga Pintar Bistari. Semoga kedua ibubapa allahyarham menerima ketentuan Ilahi dan meredhakan pemergiannya. Innalillahiwainnailaihirajiun.
Ceritanya boleh dibaca di BH semalam 9 Julai, ms 18.

Friday, March 9, 2012

SELAMAT BERCUTI

Hari ini Jumaat, hari terakhir anak-anak di tadika sebelum bercuti seminggu bermula Isnin depan. Dan saya yakin, ramai ibubapa yang telah membuat perancangan awal membawa anak-anak "cuti-cuti Malaysia". Paling tidakpun, balik kampung jenguk atuk nenek sementelah cuti panjang begini jarang yang dapat. 
Sekadar nak bawa anak-anak bercuti kat Malaysia ni, banyak tempat yang menarik dan kalau musim cuti sekolah macam ini, dah tentunya tempat-tempat tumpuan tersebut susah untuk mendapatkan tempat penginapan. Melainkan perancangan awal telah dibuat, tentunya tidak menjadi masalah besar. 
Beberapa cadangan dari saya untuk membawa anak-anak berjalan-jalan. Antaranya:
Menaiki feri dari Pulau Pinang ke Seberang Perai. Tentunya menyeronokkan anak-anak dengan pengalaman baru.
Sambil melihat Jambatan Pulau Pinang
Atau ke Pulau Langkawi...
Melihat keindahan Pantai Cenang
Menaiki cable-car di Gunung Mat Chincang, Langkawi
Sambil-sambil meneropong pulau-pulau dan keindahan sekelilingnya.
Ini hanya sebahagian koleksi lama kami. Mungkin ada ibubapa yang punya koleksi yang lebih baik dan bagus. Apa salahnya berkongsi. 

Namun begitu, perlu diingatkan kepada anak-anak tentang worksheet yang perlu mereka siapkan yang diedarkan oleh cikgu masing-masing pada hari ini. Program reading juga perlu dibaca di rumah setiap hari. Doa-doa dan surah-surah hafalan perlu dipraktikkan setiap masa. Kerana dari pengalaman dan pengamatan saya, selepas naik cuti, anak-anak ni "blurr" @ lupa setelah seminggu bercuti. Harap-harap tidak terjadilah pada anak-anak Pintar Bistari.

Walaupun dalam cuti, tapi cikgu-cikgu ada program di tadika. Kami akan mengadakan Program Pemantapan Syahsiyah dari Rabu hingga Sabtu depan. Sekiranya ibubapa ada urusan dengan pihak tadika, silalah datang ke sana. Cawangan yang lain ditutup kerana kami semuanya akan berkumpul di Taman Mawar.


Friday, July 29, 2011

DEK KERANA BOLA SEBIJI..

Sepanjang minggu ini, sibuk diperkatakan tentang bola. Makan bola, kerja bola, rehat bola, kat rumah bola, kat tempat kerja bola, buka TV bola, dengar radio pun bola. Di mana-manapun orang bercerita pasal bola. Yang tak minat pasal bola pun bercerita pasal bola (macam saya la ni), apatah lagi yang gila bola. Akirnya penantian dah ke penghujungnya................Harapan tinggal harapan.

28/07/2011 10:44pm

KUALA LUMPUR 28 Julai - Harapan Malaysia untuk melangkah ke pusingan ketiga Piala Dunia 2014 buat kali pertama tidak kesampaian selepas sekadar seri 1-1 dengan Singapura dalam perlawanan kedua pusingan kedua di Stadium Nasional, Bukit Jalil.
Harimau Malaya tersingkir menerusi agregat 6-4 di depan hampir 90,000 penonton, malah menutup perlawanan dengan 10 pemain selepas pemain gantian, Ahmad Fakhri Shaarani dilayangkan kad merah pada minit ke-93. - Utusan

Dan dah tentu esok akan ada lagi cerita pasal bola ini. Sebab ramai yang kat luar padang tu dah menjadi pengadil tak rasmi. Dan menjadi wartawan tak bertauliah.
Apapun, dek kerana bola sebiji, riuh rakyat se Malaysia!