Showing posts with label pratadika. Show all posts
Showing posts with label pratadika. Show all posts

Tuesday, December 20, 2016

2017 PRA TADIKA

Bismillahirrahmanirrahim.

Hasil buah tangan di kelas Pra Tadika


“Raihlah ilmu, dan untuk meraih ilmu belajarlah untuk tenang dan sabar.” – Saidina Umar Al Khattab.

Tenang dan sabar. Ya, itulah yang amat diperlukan apabila bemulanya sesi Pra Tadika 2017. Belum terlambat lagi rasanya untuk saya berkongsikan cerita berkenaan sesi ini.  Seperti yang berlaku pada saban tahun, kami akan menawarkan sejumlah murid K1 2017 yang mendaftar awal ke Pra Tadika 2017. 

Seawalnya kami telah berpesan kepada guru-guru, baik yang lama mahupun baru untuk bersiap sedia menerima kedatangan murid-murid baru ini. Ujian ketahanan fizikal dan mental mereka akan bermula sebaik sahaja ibubapa melangkah masuk ke perkarangan tadika membawa amanah yang akan ditinggalkan selama dua jam bersama kami.

Kami faham ada diantara ibu bapa yang berat hati melepaskan anak kesayangan mereka, apatah lagi bila anak-anak mula menangis dan merayu untuk sama pulang bersama. Tapi tak  mengapa, serahkan kepercayaan itu kepada kami, Insyaallah guru-guru kami akan menjalankan tugas sebaik mungkin. 

Majoriti murid yang mengikuti Pra Tadika ini baru pertama kali keluar dari lingkungan kebiasaan mereka dan juga berjauhan dengan orang-orang yang mereka percayai, jadi bila ditinggalkan bersama-sama dengan guru-guru yang tak mereka kenali, tentunya mereka akan merasa takut dan tidak selamat, jadi biasalah sekiranya anak-anak ini mula menangis, menjerit, menggigit dan memukul, itu adalah cara mempertahankan diri dari persekitaran yang asing bagi mereka. Tanggungjawab guru-gurulah untuk meraih kepercayaan anak-anak ini. Tapi terdapat juga murid-murid yang terlebih peramah dan tidak takut dengan persekitaran yang baru. Mereka inilah yang membantu guru-guru memantau dan memujuk rakan-rakan baru. Terus terang, keadaan ini memenatkan, tetapi dalam masa yang sama seronok dan menghiburkan.

Inilah sebahagian dari gelagat-gelagat sepanjang hari dan minggu pertama sesi Pra Tadika 2017. Biarlah gambar yang berbicara.

Para ibu beratur untuk mendaftarkan anak. (TIB)

"Mana ya nama anak puan?" (TKM)

Selepas pendaftaran kelas, ke kaunter van pula. (TM)

Pendaftaran di TNPB dibuat di halaman luar tadika.

Guru sedang menarik minat murid-murid untuk sama menyanyi.

Ok, kelas dah terkawal, jom mula buat aktiviti!

Mari kita mewarna topeng!

Biar sepadan dengan warna baju saya,. merah!

Saya nak warnakan yang bulat-bulat ni dululah!

Aaalololo.. tak nak nangis, tu tengok ada cikgu ambil gambar.

Jangan sedih-sedih.. kita kat sini sekejap ajelah..

Oh ibu... dimana dikau..

Cikgu Farah sedang memberi penerangan berkenaan
tatacara penggunaan tandas.

Kena cuci tangan bersih-bersih tau!

Jemput makan semua!

Membaca doa naik kenderaan di bawah bimbingan guru-guru.

Hmmm.. mana van tadika ni? 

Tadah tangan betul-betullah masa baca doa.
Jangan tolak beg kita.


Ok, cikgu akan sebut nama satu persatu..
taknak berebut naik van.



Gambar yang selebihnya ada di dalam photo gallery. Sebelum saya terlupa semalam adalah hari terakhir proses pembayaran yuran dan pengambilan keperluan 2017. Sekiranya pihak ibu bapa ada sebarang permasalahan berkenaan tempoh waktu pembayaran, silalah berhubung dengan Gurubesar tadika. masing-masing.


~Cikgu Norifah~ 



Sunday, December 20, 2015

PRA TADIKA 2016 BERAKHIR

Assalamualaikum.

Hip Hip horray!!!

Pejam celik pejam celik, bagai tak terasa masa berlalu begitu pantas. Pra Tadika yang dijalani oleh anak-anak comel ini telah sampai ke penghujungnya.

Sekejap sahaja rasanya, menyambut mereka di pintu van, menenangkan mereka bila ayah dan ibu melambai pergi, memujuk mereka agar tidak menangis.. kenangan yang indah, hanya guru-guru tadika sahaja yang tahu akan nikmatnya.

Sepanjang beberapa minggu bersama kami menjalani Pra Tadika, kami mula mengenali karektor anak-anak ini. Ada yang suka bermanja, ada yang garang, ada yang matang, jauh berbeza dengan usianya yang baru lima tahun dan yang paling hebat, ada yang tolong encik boss dan penyelia pantau tadika, bagus.. ada ciri-ciri kepimpinan di situ.

Bukan mudah bagi kami guru-guru tadika untuk membentuk mereka, yelah.. ada yang baru belajar melepaskan pampers (ada kan..hehe), pegang pensel, apatah lagi mewarna dan membaca. Tetapi, kami cuba yang sehabis baik untuk memberi tunjuk ajar kepada mereka kerana kami tahu bukan mudah bagi pihak ibu bapa untuk memberikan kepercayaan dan tanggungjawab dalam mendidik anak-anak mereka. Terima kasih sekali lagi dari pihak kami, kerana memberi kepercayaan itu kepada kami.

Pelbagai kenangan yang telah kami perolehi sewaktu Pra Tadika dari tahun-tahun sebelumnya sehingga kini dan pastinya kami sebagai guru-guru, tak kira yang baru mahupun yang lama, sentiasa berdebar menanti tibanya hari pra, di mana guru lama pun terasa mereka seperti guru baru.

Kenapa terasa baru?

Kerana, kami berhadapan dengan murid-murid yang kami tidak tahu sikapnya.Bukan seorang atau dua orang tetapi paling kurang, sepuluh orang dalam satu kelas. Kami perlu kenal ibu bapa yang teruja dengan anak-anak mereka yang baru mula sekolah (dapatkah kami capai target yang diharapkan oleh ibu bapa?)

Hati ni takkan tenang selagi belum pukul 1 tengahari. Kenapa? Kerana kami menantikan panggilan dari ibu bapa. Risau.. ada tersalah buku ke… tak ambil bacalah ke.. pemadam hilang.. makanan tak bersentuh.. bergaduh dengan kawan.. atau yang amat-amat merisaukan bagi anak-anak yang baru belajar naik van untuk balik ke rumah…tersalah naik van. Itulah yang sangat merisaukan kami, kerana tanggungjawab itu, kami genggam erat-erat.

Penat?

Iya, tetapi seronok. Seronok berada di  dalam dunia kanak-kanak ni. Keletah mereka sentiasa menghiburkan. Silalah cemburu dengan kami, yang sentiasa ada ‘pereda’ kepenatan sewaktu bekerja. Pergi sahaja ke kelas dan peluk anak-anak ini, hilang penatnya, hehe.


Di sini kami kongsikan situasi hari terakhir Pra Tadika 2016 di TPB Tmn Mawar

Mood di pagi hari.. senyum ah sikit sayang

Hari terakhir cuma berdua sahaja, Damia kurang sihat


Dah pandai buka kasut dan susun sendiri, alhamdulillah!!

Hati hati naik tangga, jangan lupa pegang sisi tangga ye


Masa kosong dipergunakan sebaiknya

Sebelum pukul 9, jom baca dulu!!

Alhamdulillah, faham arahan cikgu, baca doa sama-sama





Murid-murid dah faham, tak sabar sabar menanti sesi kaftangan

Tekun menampal kertas warna, cikgu panggil pun tak menyahut

Pandai susun atur, jangan sampai terkeluar ye..



Murid-murid dan cikgu sama gembira melihat hasilnya

Tadaaaaaaaaaaaaaa!!


Kita makan dulu...
Sebelum makan kena baca doa dahulu

Ambil gambar saya juga cikgu!!

Sudah mula serasi dengan kawan-kawan sekelas

Aktiviti seterusnya, kita mewarna.. yummy.. sedapnya donut

"Cikgu, saya suka makan donut!"

Alhamdulillah, dah pandai tulis nama sendiri..

Dah faham selok belok belajar, dapat buku, terus tulis nama

Sesi perhimpunan balik. Sayang pula rasanya nak lepaskan mereka, walhal dalam masa kurang dari seminggu akan berjumpa semula

Pandai dah beratur dan tadah tangan

"Cikgu, best tau naik van" 
Dulu kakaknya, sekarang adiknya pula

Si kembar minta bergambar sebelum naik van

Salam cikgu, insyaallah kita jumpa lagi!!

Hahaha!! Cikgu tinggal!!

Ada ketua si tudung hijau sedang memantau kawan-kawannya naik van

Babai cikgu, rindu rindukanlah kami ye!!

Sekali lagi, bagi ibu bapa yang terlibat dalam Pra Tadika 2016, terima kasih kerana meminjamkan permata hati kepada kami selama dua jam setiap hari. Tapi ingat, bermula 29hb Disember 2015, mereka akan jadi milik kami selama tiga jam setengah setiap hari. Kami tunggu..

Wednesday, December 16, 2015

2016 PRA TADIKA



Alhamdulillah, Allah masih lagi memberi kita peluang untuk bertemu dan sama-sama menjalani PRA TADIKA 2016. Tidak banyak jauh beza dengan tahun-tahun terdahulu, anak-anak baru yang hadir ke tadika buat pertama kalinya mempamerkan pelbagai keletah. 

Senang cerita, bukan hanya pihak ibubapa sahaja yang berdebar untuk melepaskan anak-anak kesayangan untuk menghadapi cabaran alam persekolahan, kami pihak guru-guru juga berdebar dan ada diantara kami yang tidak tidur lena menantikan hari ini.

Pra tadika untuk tahun ini berlangsung selama 3 minggu iaitu dari 1hb Disember sehingga 16hb Disember 2015. Para guru dari setiap cawangan telah mempersiapkan diri untuk menyambut anak-anak comel yang Insyaallah akan menjadi tanggungjawab kami selama 2 tahun mendatang. 




Terima kasih kami ucapkan kepada ibubapa yang masih memberi kepercayaan kepada kami untuk mendidik dan membentuk anak-anak dan juga kepada ibubapa yang pertama kalinya meletakkan kepercayaan kepada kami.


Jom kita tengok aksi mereka di setiap cawangan!!

TADIKA PINTAR BISTARI (TMN MAWAR)

Kali ni ada kembar tiga di TM (Damia, Tihany dan Natasha)

Jemput makan.. eh.. eh. macam kenal murid comel duduk belakang tu

Alololo...  mari sini cikgu pujuk


TADIKA NUR PINTAR BESTARI

Ibubapa membuat pengesahan dengan pihak van

Mari dengar cikgu nyanyi, sedapkan suara cikgu?

Kraftangan topeng. Ibu, ayah.. kami warnakan sendiri ni tau!

Hati. hati.. jangan berebut ye naik van

TADIKA PINTAR BISTARI (TMN KOTA MASAI 1)

Doa pembuka hati 
Kami si rama-rama comel

Peace yo!!


TADIKA PINTAR BISTARI (TMN SCIENTEX 1)

Nak mama!!!



Jangan nangis.. jap lagi aje jumpa mama..


TADIKA PINTAR BISTARI (TMN SCIENTEX 2)

Aduh.. tak larat cikgu nak dukung, nasib ada hero ni datang membantu.

Jom tadah tangan baca doa naik kenderaan

TADIKA INOVASI BESTARI

Abang - abang semangat menghantar adik ke tadika

Meriahnya!!

Kami pun ada topeng juga



TADIKA MINDA PINTAR BESTARI (TS3)

Beratur untuk cuci tangan

Mari cikgu ajar cara yang betul cuci tangan

Lega hati ni, walaupun masih terdapat murid-murid yang menangis, berkat kerjasama dari pihak ibubapa, guru-guru dapat menjalankan tugasan dan amanah dengan baik. 

Terima kasih sekali lagi dari pihak kami.

Jom kita berganding bahu lagi pada tahun hadapan dan tahun-tahun yang mendatang!!


Nukilan ~ Cikgu Norifah