Showing posts with label Tadika Inovasi Bestari. Show all posts
Showing posts with label Tadika Inovasi Bestari. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

YA ALLAH, TAMBAHKANLAH ILMU PENGETAHUAN KAMI

Tenggelam di dalam bahan bacaan masing-masing

“Maka Maha Tinggi Allah, raja yang sebenar-benarnya dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al-Quran sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu dan katakanlah, Ya Tuhanku tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan,” At-Thaha (114)

10hb Ogos 2016 ( Rabu)

Pada kali ini, giliran Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1 dan juga Tadika Inovasi Bestari yang mengadakan lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Oleh kerana jumlah penyertaan yang agak ramai juga bagi kedua cawangan ini, sekali lagi khidmat dari En Hafidz selaku pemandu yang membawa beberapa murid ke perpustakaan diperlukan.

Aktivitinya sama sahaja dengan hari-hari yang terdahulu, sampai di perpustakaan, penerangan dibuat oleh pustakawan yang bertugas, cuma pada kali ini, murid-murid diajar cara menggunakan loker barang. Seorang murid dipilih untuk menunjuk cara membuka loker dan kemudian rakan-rakan yang lain beratur menunggu giliran untuk menyimpan bekal air yang dibawa ke dalam loker tersebut.


Jom kita tengok gelagat mereka!

Membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan.
Pn Suhaila memberi peringatan sekali lagi sebelum mereka melangkah masuk ke dalam perpustakaan.

Pn Mazni menunjuk cara menggunakan loker.

Ok... fail dah dibuka ni..

Ini namanya loker simpanan barang..

Beratur ye.. seorang demi seorang.

Adalah tu yang mencuit hati mereka semua ni.

Tunggu.. jangan berebut..

Penerangan di bahagian rak buku pula.

Ok.. bagus.. inilah cara susun semula buku selepas baca.

Khusyuk membaca.

Sedang mempraktikkan apa yang diajar tadi.

Kenapalah kecil sangat karpet ni.. tak muat saya nak duduk.

Cikgu Khadijah dan anak muridnya sedang bersantai di bawah pokok.
Esok hari terakhir lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang, sekejap pula rasanya masa berlalu. Tinggal lagi dua cawangan yang akan ke perpustakaan; Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2 dan juga Tadika Minda Pintar Bestari. Mari kita tunggukan hari esok!

-Cikgu Norifah-

Sunday, March 20, 2016

MAAFKAN SAYA...LUPA JAWAPANNYA..

7 Mac 2016 (Isnin)

Bismillahirrahmannirrahim..


Jika terdahulu saya ada bercerita tentang kemunculan kawan-kawan Sang Singa di Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1, skuad ini juga sempat singgah di tadika kami yang lainnya juga, iaitu di Tadika Inovasi Bestari. Sayangnya bagi cawangan ini, skuad Kodomo Lion hanya berkesempatan beramah mesra dengan murid-murid sesi petang sahaja. 

Tetapi cenderahati tetap diberikan juga kepada murid-murid sesi pagi. 

Tak jauh beza dengan murid-murid di TS1, murid-murid di Tadika Inovasi Bestari juga teruja dan seronok menerima kehadiran skuad ini ke tadika mereka.

Bismillah.. cerita dimulakan 


Alamak! Gigi Bella banyak yang rosak!


Khusyuk mendengar cerita

Jom ikut cara gosok gigi yang betul

Murid yang terpilih untuk menjawab soalan

Aduh.. tadi saya ingat jawapannya.. sekarang dah tak ingat..

Itulah antara aktiviti skuad Kodomo Lion yang datang singgah di tadika kami, Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1 dan Tadika Inovasi Bestari. Esok mereka akan meneruskan penjelajahan mereka ke tadika-tadika yang lain pula!

Tunggu ya!!

~Cikgu Norifah~


Thursday, March 3, 2016

TADIKA INOVASI BESTARI SELANGKAH MAJU KE DEPAN

Bismillahirrahmannirrahim.

Cepat rasanya masa berlalu. Sedar tak sedar kita sudah pun berada di dalam bulan ketiga untuk tahun ini. Rasanya seperti baru semalam menerima kehadiran murid-murid ke tadika kami. Rindu pula rasanya nak berkejaran dengan anak-anak baru keliling tadika  kerana tidak mahu masuk ke dalam kelas.

Alhamdulillah, hampir keseluruhan murid-murid K1 sudah faham rentak persekolahan. Walaupun masih ada lagi yang menangis, mereka sudah tidak meraung seperti sebelumnya. Dengan linangan air mata, mereka merelakan langkah ke kelas. Sekejap sahaja tu, bila dah berjumpa dengan kawan-kawan dan cikgu, hilanglah air mata.

Peningkatan perkembangan juga sudah mula kelihatan, baik dari segi menulis, membaca, mengira dan juga sahsiah murid. Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa yang memberi bantuan dan sokongan dalam proses pembelajaran anak-anak ini.

Tidak ketinggalan juga peningkatan bagi guru-guru. Contoh terdekat yang boleh saya kongsikan kali ini adalah kelas multimedia di Tadika Inovasi Bestari. Jika sebelum ini mereka hanya bergantung kepada komputer riba yang disediakan di tadika, murid kini lebih selesa dengan adanya projektor yang dapat membantu mereka memahami proses pembelajaran. 

Sebelum ini, guru perlu bergerak dari satu komputer riba ke satu komputer riba untuk menunjuk ajar cara kepada murid, kini guru dapat membimbing murid-murid melalui paparan di skrin yang disediakan. Alhamdulillah, hampir sebulan menggunakan teknik ini, nampaknya ia banyak menjimatkan masa guru dari segi mengendalikan semua komputer riba murid dan dapat memberikan lebih penerangan tentang topik yang diajar.

Tadika Inovasi Bestari sudah selangkah maju ke hadapan dalam penggunaan teknologi di kelas mereka. 

Jom intai kelas multimedia mereka!

Murid-murid tekun mendengar penerangan dari guru


Nampak lebih jelas dengan penggunaan projektor

Murid-murid khusyuk belajar

Contoh lebih besar dan jeals kelihatan

Guru mengawal penggunaan projektor

Ok, itu sahaja perkongsian saya untuk minggu ini. Insyaallah minggu hadapan akan ada perkongsian yang lain pula.

Ibu dan ayah.. minggu hadapan akan ada lawatan dari pihak Kodomo Lion ke setiap tadika. Mereka akan memberikan penerangan tentang penjagaan gigi kepada murid-murid. Pastikan anak-anak datang ke tadika ye agar tidak terlepas aktiviti yang menyeronokkan ini. dan pastinya ada CENDERAHATI untuk mereka.

~Cikgu Norifah~



Wednesday, January 27, 2016

TADIKA INI UNIK !





Assalamualaikum

Alhamdulillah, masih diberi waktu untuk saya ‘update’ blog tadika. Maklumlah, bila mula sesi persekolahan, bukan hanya ibu bapa dan cikgu-cikgu sahaja yang sibuk dengan tugasan masing-masing, kami yang di belakang tabir juga ada tugasan yang sedia menanti untuk disiapkan. Maaf jika ada yang menunggu kami mengemaskini blog minggu lepas, ceritanya ada cuma tak berkesempatan untuk dikongsikan bersama. 

Untuk kali ini, mari kita bercerita berkenaan salah satu tadika unik yang berada dalam Mybistari Group. Kenapa saya kata unik? Kerana hanya tadika ini sahaja yang berbeza dari adika-tadika Mybistari yang lain. Bagi ibu bapa yang telah lama dengan kami, mungkin tahu berkenaan dengan tadika ini, tetapi bagi ibu bapa yang baru bersama dengan kami, mari kami perkenalkan Tadika Inovasi Bestari.




Apa uniknya Tadika Inovasi Bestari?
Uniknya tadika ini, kerana ia adalah satu-satunya tadika kami yang tiada subjek sempoa. Di sini, kami tawarkan subjek Bahasa Arab sebagai alternatif. Disamping itu, program bacaan murid juga ada penambahan, bukan setakat Bacalah Anakku, Read Easy dan Jawi, mereka juga ada buku bacaan Lughatul Jannah bagi memantapkan bahasa Arab.
Apa lagi yang menarik? Di sini juga ada dijalankan kelas multimedia, kelas yang amat ditunggu-tunggu oleh anak-anak murid. Program yang kami gunakan untuk kelas ini dinamakan Program Pembelajaran eDaya Multimedia.

Apakah itu Program Pembelajaran eDaya Multimedia?

Program Pembelajaran eDaya Multimedia adalah program pembelajaran yang direka khas dan dibangunkan berdasarkan Kurikulum Prasekolah oleh Kementerian Pelajaran, untuk meningkatkan pembelajaran tradisional dengan bantuan teknologi multimedia. Pengajaran dalam Program Pembelajaran eDaya Multimedia dijalankan dengan cara yang menyeronokkan dan interaktif, serta lebih kreatif untuk mencapai hasil pembelajaran.

Program Pembelajaran eDaya Multimedia secara meluas diperkenalkan kepada tadika di seluruh negara dan maklum balas yang amat menggalakkan kerana ia membuktikan bahawa anak-anak boleh belajar dengan lebih cepat dengan semua alat pembelajaran dan aplikasi multimedia yang disediakan dalam Program Pembelajaran eDaya Multimedia.

Pengajaran yang dibentangkan dengan bantuan alat-alat multimedia di dalam kelas, yang menarik dan interaktif untuk kanak-kanak dan penggunaannya adalah untuk menggantikan papan putih.

Mudah untuk beroperasi
Pembelajaran interaktif dan menyeronokkan
Cerita dan lagu yang tersedia
Animasi yang menarik

Mari kita tengok cara kelas ini dijalankan...

A untuk apa ye?

Awak.. tau tak ni huruf apa?

Mari cikgu bantu..

Hmmm... what to do next..

Cikgu.. gambar ni gerak-gerak!!

Murid-murid 5 tahun teruja nak mulakan kelas 


KOLEKSI GAMBAR-GAMBAR 2011










Begitulah sedikit perkongsian berkenaan Tadika Inovasi Bestari. Insyaallah di lain posting akan kami kongsikan lagi aktiviti-aktiviti yang dijalankan di tadika ini dan juga cawangan-cawangan yang lain.

Sebelum saya terlupa, sekiranya ada sebarang komen atau cadangan yang ingin dikongsikan bersama, sila manfaatkan ruangan komen yang disediakan. 

Wassalam.

~Cikgu Norifah~



Monday, January 5, 2015

2015 PRA TADIKA

Assalamualaikum wrt wbt..

Alhamdulillah...saya masih boleh membuka blog sendiri setelah sekian lama ditinggalkan. Banyakkkk cerita yang hendak dikongsikan. Apatah lagi selama 2014 saya tidak update langsung blog ini. Alahai malu sendiri... :(

Esok MyBistari Group akan memulakan sesi baru bagi tahun 2015 setelah ditangguhkan selama seminggu. Sebabnya ramai yag tahu. Banjir besar yang melanda di penghujung tahun 2014. Sebenarnya kami begitu excited untuk menerima murid-murid baru K1, ditambahkan lagi dah rindukan murid-murid lama yang akan naik K2. Insyaallah, esok semuanya terubat.

Sebelumnya...nak cerita berkenaan program pra tadika 2015 yang telah berlangsung selama lebih kurang 3 minggu di semua cawangan dari 1 ~ 18 Disember lepas. Macam2 ragam anak2 ini menghadapi hari pertama pra tadika. Saya sempat ke Taman Mawar, Tadika Inovasi Tmn. Bkt Dahlia dan Tadika Nur Pintar Bestari Taman Rinting sahaja sementara Cikgu Tamizi, Pn. Suhaila dan Pn. Norafizah ke cawangan2 yang lain.

Awal pagi ibubapa dah ramai yang menghantar putera puteri mereka sambil membuat pengesahan transport. Sempat juga berbual2 dengan mereka. Ada yang baru pertama kali hantar dan ada yang dah beberapa orang anak mereka pernah di tadika ini. Jadi sambil bertanya khabar, banyaklah mendengar cerita peningkatan bekas2 pelajar tadika ini dari ibubapa mereka sendiri. Alhamdulillah...ramai yang cemerlang

Notice board Taman Mawar

Ceria menanti kedatangan anak-anak pra tadika

Ibu bapa membuat pengesahan nama, alamat dan no telefon


Jangan lupa tulis nama di kasut. Bimbang tertukar pulak

Kemudian saya ke tadika Inovasi Bestari


Pengesahan murid di TIB

Pengesahan van dengan Pak Tam

Di dalam kelas GB Cikgu Asmira bersuaikenal dengan si kembar tidak seiras ini. 

Hari pertama mereka diajar cara menyusun kasut di rak


Masih ada yang takut2 mak ayah tinggalkan mereka
Selamat datang ke kelas kami

Kemudian saya ke Taman Rinting

Selamat datag ke pra tadika Tmn. Rinting
Aktiviti mereka pada hari pertama hari ini...

Mewarnakan topeng

Ada yang dah pandai memegang pensel warna  dan mewarna sendiri

Topeng kami dah siap


Namun begitu ada yang membawa diri...fenomena biasa hari pertama. Walaupun tidak menangis tapi masih tak makan dipujuk oleh para guru.

Hari pertama sahaja. Esoknya dah bagus berinteraksi dan berkativit bersama teman2. 

Belajar nyanyi dan doa

Sekejap aje dah sampai waktu pulang. Seronok hari ini....
Sementara di bawah ini beberapa gambar dari cawangan2 lain.

Selamat datang ke Tadika Minda Pintar Bestari 

 cawangan baru Tmn. Scientex 3

Di Tmn. Mawar bersama pelajar paling muda 2.5 tahun...
Shafiq Ghazi Al Fatih Bin Ahamed Tamizi

Ceria bersama cikgu2
 Cepat aje masa berlalu....pra tadika berakhir dan esok kami akan melalui hari pertama 2015. Semoga diberikan kemudahan dalam semua urusan. Amin