Showing posts with label tadika ilmu pintar bestari. Show all posts
Showing posts with label tadika ilmu pintar bestari. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

ULAT BUKU DAH NAIK DAUN

Wakil dari Tadika Kota Masai 1 & 2 dan juga Tadika Ilmu Pintar Bestari

“Allah mewajibkan atas orang bodoh agar ia belajar sebagaimana ia mewajibkan atas orang pandai agar mengajarkan kepandaiannya,” Saidina Ali r.a.

9hb Ogos 2016 (Selasa)

“Cikgu, cikgu nak pergi mana tu?” sapa seorang murid apabila nampak saya mengambil kunci pintu pagar untuk dibuka.

“Perpustakaan,” jawab saya.

“Ala bestnya, semalam  saya dah pergi, tapi rasa macam nak pergi lagi, boleh ikut tak?”

“Kalau nak pergi lagi, ajaklah mak dan ayah pergi,” jawab saya.

Perbualan termati di situ kerana En Hafidz sudah pun menunggu di dalam Unser, bergegas saya ke Alza yang setia menanti di tepi jalan,kami bergerak sekali ke Tadika Ilmu Pintar Bestari. Kali ini murid-murid yang dibawa oleh saya hanya duduk diam sahaja pada mulanya. Bukan kerana ada Cikgu Liyana bersama kami di dalam kereta, tetapi kerana mereka tidak kenal saya, yang membawa mereka ke perpustakaan. Bila diajak berbual sepanjang perjalanan, sedikit demi sedikit mereka mula berani bertanya itu dan ini, barulah suasana di dalam kereta menjadi seronok.

Untuk hari ini, tiga cawangan akan bergabung serentak adalah Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai 1, Kota Masai 2, dan juga Tadika Ilmu Pintar Bestari. Banyakkan tadika yang terlibat? Maka dengan itu ramailah juga jumlah murid yang turut serta.


Pada awalnya seperti biasa, ketika sesi penerangan daripada wakil PAPG, murid-murid mendengar dengan khusyuk dan terkawal, tetapi apabila mula melangkah masuk ke ruangan kanak-kanak di dalam perpustakaan, suasananya berubah. Sudah menjadi lumrah anak-anak kecil, apabila seronok dan teruja, mereka akan jadi sukar dikawal, apatah lagi bila sudah bersama rakan-rakan. Kasihan juga dengan guru-guru yang terpaksa menguatkan sedikit suara untuk mengawal murid-murid yang agak aktif. Tetapi Alhamdulillah, guru-guru tetap dapat mengawal murid jagaan mereka dengan baik.

Jom tengok betapa aktifnya anak-anak didik kita kali ini!

Semuanya mahu duduk di bawah pokok.

Cikgu Dalila dan anak muridnya.

Tengok sini kejap.. cikgu nak ambil gambar.

Cikgu Azimah dan anak muridnya.

Apa agaknya yang dibaca sehingga fokus begitu sekali.

Cikgu Atiqah mendengar bacaan anak muridnya.

Suasana perpustakaan yang penuh dengan anak murid kami.

Selesa duduk di bawah untuk membaca.

Cuba terangkan balik apa yang awak dah baca tu.

Penerangan berkenaan cenderahati dari pihak PAPG

Apa yang menarik agaknya yang ada dalam buku tu sehingga mereka kongsi melihatnya?

Tinggal dua hari lagi untuk lawatan perpustakaan bagi cawagan-cawangan di sekitar zon Taman Scientex dan juga Tadika Inovasi Bestari. Kita tunggukan pula gelagat mereka nanti ye!

-Cikgu Norifah-



Tuesday, June 21, 2016

DETIK ITU TERAKAM


“We don’t remember days, we remember moments. What we have caught on film is captured forever.”

20hb Jun 2016

Bismillahirrahmannirahim.

Ketika sampai ke tadika awal pagi tadi, dalam fikiran sudah diaturkan apa yang akan dilakukan nanti. Ada beberapa agenda yang perlu diselesaikan hari ini. Tapi seperti yang pernah saya katakan dalam posting terdahulu, kita hanya mampu merancang, Tuhan yang menentukan.

Sebaik sahaja saya meletakkan beg laptop di atas meja, Cikgu Azreen meluru datang sambil tersenyum.

“Kak Ifah, hari ni akak kena bawa kita ke cawangan untuk sesi penggambaran kelas, arahan Pn 
Zainun,” terkebil-kebil sebentar saya mendengar kata-katanya.

“Eh.. ye ke, jangan bergurau.. Pn Zai tak ada beritahu apa-apa pun,” jawab saya was-was.

“Ye lah.. kereta kita rosak, kita tak tahu bawa kereta manual, alza tu kan manual,” panjang lebar penerangan Cikgu Azreen.

“Ok lah kalau macam tu, nak pergi pukul berapa?”

“9 pagi.”

Dan bermulalah setengah hari saya mengikuti Cikgu Azreen ke cawangan-cawangan saya dahulu, Tadika Pintar Bistari Tmn Kota Masai 1, Taman Kota Masai 2, dan Tadika Ilmu Pintar Bestari.

Paginya kami mulakan dengan Tadika Ilmu Pintar Bestari terlebih dahulu. Terasa seperti orang baru pula bila kehadiran kami menimbulkan persoalan murid-murid di sana.

“Cikgu baru eh.. cikgu baru kan?” soalan dari murid-murid setiap kali keluar untuk diambil gambar mereka.

Menanti murid-murid dan guru TIPB bersiap.

Kenapa tak butang baju ni..?

Sedia semua.. 1..2..3..!!

Ni kedudukannya tak betul ni, ikut yang cikgu dah susun.

Selesai di Tadika Ilmu Pintar Bestari, kami ke Kota Masai 2 dan akhir sekali ke Kota Masai 1.

Susun atur kerusi sebelum murid-murid turun. (TKM2)


ikut susunan ya, .. perempuan duduk, lelaki berdiri..

Sini.. sini.. jangan tengok tempat lain!..ujar Cikgu Azreen jurugambar kami

Cikgu.. cepat sikit.. hari dah mula panas.

Eh,, kenapa macam ni? Cikgu kan dah susun tadi..(TKM1)

Pagi.. masih bersemangat lagi kami melayan dan mengatur murid-murid untuk sesi penggambaran. Saya membantu sekadar yang mampu. Pening juga sebenarnya mengatur anak-anak ini untuk bergambar, bayangkan sahaja bagaimana hendak melayan mereka yang aktif di kelas, ini hendak suruh mereka berdiri atau duduk diam untuk diambil gambarnya. Perlu sabar. Sekali petik gambar takkan cukup untuk satu kelas, paling kurang 3 kali. Mana taknya jika barisan hadapan duduk cantik, barisan belakang akan ada yang tidak beri tumpuan, berbual, pandang ke tempat lain, dan ada juga yang tidak mahu bergambar. Takkan ada gambar yang sempurna keadaan mereka kesemuanya.

Pelbagai ragam mereka yang perlu dilayan. Gigih Cikgu Azreen mengatur kedudukan dan menegur murid-murid. Bersabarlah ya, saya faham penat dan sukarnya mengatur sesi fotografi ini kerana pernah juga di pertanggungjawabkan untuk perkara yang sama. Lagilah di bulan puasa ni, kena extra sabar.

Kami berehat sambil menyiapkan tugasan masing-masing di Kota Masai 1 sementara menunggu pertukaran sesi. Suasana agak berbeza kerana bermula tahun ini, Kota Masai 1 cuma ada satu bangunan sahaja, sudah terbiasa dengan ruangan lama yang luas dan lebih selesa.


Setelah selesai permulaan kelas bagi sesi tengahari, barulah kami sambung ambil gambar murid-murid. Seronok kerana diberi kesempatan untuk membantu Cikgu Azreen kali ini. Agak lama sudah tidak berjumpa dengan murid-murid dari cawangan lain.

Kira-kira dalam pukul 1.30 petang selesai semua urusan fotografi dan kami pun bertolak pulang ke Taman Mawar. Antara pengalaman yang menarik bagi diri saya sendiri. Ada hikmahnya juga kereta Cikgu Azreen rosak, kalau tak entah bila saya dapat ziarah ke cawangan-cawangan lain.

Minggu hadapan adalah minggu terakhir persekolahan. Di harap para ibu bapa masih lagi menghantar anak-anak ke tadika seperti biasa ya! Tiada istilah cuti tambahan atau pun cuti awal kecuali yang betul- betul memerlukan. Baju raya dah beli? Kuih dah buat? Semangat raya makin terasa sudah ni, apatah lagi lagu raya semakin rancak berkumandang. Seronok seronok juga, jangan terlalu memikirkan persiapan raya sehingga terlupa satu nikmat yang cuma ada ketika Ramadhan, iaitu solat terawih dan menggapai malam lailatulqadar dalam malam-malam 10 terakhir ramadhan ini. Semangat !!
. Jom tambah pahala!

~Cikgu Norifah~

Sunday, March 27, 2016

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (SEMUA TADIKA KOTA MASAI SAHAJA)

Kepada semua ibubapa / penjaga Cawangan Taman Kota Masai 1/2 dan Tadika Ilmu Pintar Bestari.

Pihak kami baru saja mendapat makluman tentang notis gangguan tersebut pagi tadi.
Maaf, surat hanya sempat diedarkan kepada murid-murid sesi petang sahaja. Insyaallah, kami akan Whatsapp dan sebagai alternatif lain, di bawah ini saya sertakan surat tersebut. 
Minta dapat diuar-uarkan kepada kawan-kawan yang anaknya bersekolah di cawangan berikut.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.



MYBISTARI GROUP

Tarikh   : 27 Mac 2016 
Kepada :                                                                                                          
Ibubapa /Penjaga/Pengendali pengangkutan                                                                  
Cawangan Taman Kota Masai 1/2 dan Tadika Ilmu Pintar Bestari

Tuan / Puan

PER : NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK
Adalah ingin dimaklumkan, tadika akan dicutikan bagi semua sesi pada 28 Mac 2016 (Isnin).

•         Tarikh gangguan      : 28 Mac 2016 (Isnin)
•         Sebab gangguan     : Kerja-kerja senggaraan pencawang elektrik.
•         Masa                      : 10.00 am hingga 7.00 pm

2. Aktiviti renang yang dijadualkan esok di Tadika  Pintar Bistari Taman Kota Masai 2 akan ditunda pada 30 Mac 2016 (Rabu)  
         
3. Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

              Yang benar,
        Zainun Binti Mat Lazim
              Pengurus

Sunday, March 20, 2016

DESTINASI TERAKHIR SANG SINGA

10 Mac 2016 (Khamis)

Bismillahirrahmanirrahim..

Akhirnya, skuad Kodomo Lion tiba di cawangan yang terakhir, Tadika Ilmu Pintar Bestari yang terletak di Jalan Mangga, Kota Masai.

Dengan tenaga yang tersisa, sahabat-sahabat singa ini tetap memberikan kerjasama yang baik dan menghiburkan murid-murid yang ada. Alhamdulillah, berkat kuasa singa mungkin.

Jalan ceritanya sama seperti di tadika-tadika yang lain, cuma bagi murid-murid di cawangan ini, mereka baru pertama kali mendengarnya.


Keterujaan itu sentiasa ada di setiap cawangan yang dilawati. Ditambah pula dengan cenderahati yang diterima oleh murid-murid, suasana lawatan menjadi lebih meriah.

Jom layan gelagat mereka yang terakhir untuk tahun ini!

Sedia semua... akak nak mula cerita ni!!

Nak tengok tak keadaan giginya yang rosak tu?

Jangan takut dik.. akak tak makan orang


Alhamdulillah.. dengan berakhirnya lawatan di cawangan TIPB, berrmakna siri jelajah skuad Kodomo Lion ke semua tadika Mybistari Group sampai ke penghujungnya. 

Terima kasih kami ucapkan kepada pihak Kodomo Lion terutamanya Kakak Azrah dan Kakak Fariza serta kepada setiap cawangan yang memberikan layanan dan kerjasama yang baik kepada wakil sang singa.

Insyaallah tahun hadapan kita berjumpa lagi!!


~Cikgu Norifah~