Tuesday, September 20, 2016

ULAT BUKU DAH NAIK DAUN

Wakil dari Tadika Kota Masai 1 & 2 dan juga Tadika Ilmu Pintar Bestari

“Allah mewajibkan atas orang bodoh agar ia belajar sebagaimana ia mewajibkan atas orang pandai agar mengajarkan kepandaiannya,” Saidina Ali r.a.

9hb Ogos 2016 (Selasa)

“Cikgu, cikgu nak pergi mana tu?” sapa seorang murid apabila nampak saya mengambil kunci pintu pagar untuk dibuka.

“Perpustakaan,” jawab saya.

“Ala bestnya, semalam  saya dah pergi, tapi rasa macam nak pergi lagi, boleh ikut tak?”

“Kalau nak pergi lagi, ajaklah mak dan ayah pergi,” jawab saya.

Perbualan termati di situ kerana En Hafidz sudah pun menunggu di dalam Unser, bergegas saya ke Alza yang setia menanti di tepi jalan,kami bergerak sekali ke Tadika Ilmu Pintar Bestari. Kali ini murid-murid yang dibawa oleh saya hanya duduk diam sahaja pada mulanya. Bukan kerana ada Cikgu Liyana bersama kami di dalam kereta, tetapi kerana mereka tidak kenal saya, yang membawa mereka ke perpustakaan. Bila diajak berbual sepanjang perjalanan, sedikit demi sedikit mereka mula berani bertanya itu dan ini, barulah suasana di dalam kereta menjadi seronok.

Untuk hari ini, tiga cawangan akan bergabung serentak adalah Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai 1, Kota Masai 2, dan juga Tadika Ilmu Pintar Bestari. Banyakkan tadika yang terlibat? Maka dengan itu ramailah juga jumlah murid yang turut serta.


Pada awalnya seperti biasa, ketika sesi penerangan daripada wakil PAPG, murid-murid mendengar dengan khusyuk dan terkawal, tetapi apabila mula melangkah masuk ke ruangan kanak-kanak di dalam perpustakaan, suasananya berubah. Sudah menjadi lumrah anak-anak kecil, apabila seronok dan teruja, mereka akan jadi sukar dikawal, apatah lagi bila sudah bersama rakan-rakan. Kasihan juga dengan guru-guru yang terpaksa menguatkan sedikit suara untuk mengawal murid-murid yang agak aktif. Tetapi Alhamdulillah, guru-guru tetap dapat mengawal murid jagaan mereka dengan baik.

Jom tengok betapa aktifnya anak-anak didik kita kali ini!

Semuanya mahu duduk di bawah pokok.

Cikgu Dalila dan anak muridnya.

Tengok sini kejap.. cikgu nak ambil gambar.

Cikgu Azimah dan anak muridnya.

Apa agaknya yang dibaca sehingga fokus begitu sekali.

Cikgu Atiqah mendengar bacaan anak muridnya.

Suasana perpustakaan yang penuh dengan anak murid kami.

Selesa duduk di bawah untuk membaca.

Cuba terangkan balik apa yang awak dah baca tu.

Penerangan berkenaan cenderahati dari pihak PAPG

Apa yang menarik agaknya yang ada dalam buku tu sehingga mereka kongsi melihatnya?

Tinggal dua hari lagi untuk lawatan perpustakaan bagi cawagan-cawangan di sekitar zon Taman Scientex dan juga Tadika Inovasi Bestari. Kita tunggukan pula gelagat mereka nanti ye!

-Cikgu Norifah-



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.