Showing posts with label tadika pintar bistari kota masai 2. Show all posts
Showing posts with label tadika pintar bistari kota masai 2. Show all posts

Tuesday, September 20, 2016

ULAT BUKU DAH NAIK DAUN

Wakil dari Tadika Kota Masai 1 & 2 dan juga Tadika Ilmu Pintar Bestari

“Allah mewajibkan atas orang bodoh agar ia belajar sebagaimana ia mewajibkan atas orang pandai agar mengajarkan kepandaiannya,” Saidina Ali r.a.

9hb Ogos 2016 (Selasa)

“Cikgu, cikgu nak pergi mana tu?” sapa seorang murid apabila nampak saya mengambil kunci pintu pagar untuk dibuka.

“Perpustakaan,” jawab saya.

“Ala bestnya, semalam  saya dah pergi, tapi rasa macam nak pergi lagi, boleh ikut tak?”

“Kalau nak pergi lagi, ajaklah mak dan ayah pergi,” jawab saya.

Perbualan termati di situ kerana En Hafidz sudah pun menunggu di dalam Unser, bergegas saya ke Alza yang setia menanti di tepi jalan,kami bergerak sekali ke Tadika Ilmu Pintar Bestari. Kali ini murid-murid yang dibawa oleh saya hanya duduk diam sahaja pada mulanya. Bukan kerana ada Cikgu Liyana bersama kami di dalam kereta, tetapi kerana mereka tidak kenal saya, yang membawa mereka ke perpustakaan. Bila diajak berbual sepanjang perjalanan, sedikit demi sedikit mereka mula berani bertanya itu dan ini, barulah suasana di dalam kereta menjadi seronok.

Untuk hari ini, tiga cawangan akan bergabung serentak adalah Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai 1, Kota Masai 2, dan juga Tadika Ilmu Pintar Bestari. Banyakkan tadika yang terlibat? Maka dengan itu ramailah juga jumlah murid yang turut serta.


Pada awalnya seperti biasa, ketika sesi penerangan daripada wakil PAPG, murid-murid mendengar dengan khusyuk dan terkawal, tetapi apabila mula melangkah masuk ke ruangan kanak-kanak di dalam perpustakaan, suasananya berubah. Sudah menjadi lumrah anak-anak kecil, apabila seronok dan teruja, mereka akan jadi sukar dikawal, apatah lagi bila sudah bersama rakan-rakan. Kasihan juga dengan guru-guru yang terpaksa menguatkan sedikit suara untuk mengawal murid-murid yang agak aktif. Tetapi Alhamdulillah, guru-guru tetap dapat mengawal murid jagaan mereka dengan baik.

Jom tengok betapa aktifnya anak-anak didik kita kali ini!

Semuanya mahu duduk di bawah pokok.

Cikgu Dalila dan anak muridnya.

Tengok sini kejap.. cikgu nak ambil gambar.

Cikgu Azimah dan anak muridnya.

Apa agaknya yang dibaca sehingga fokus begitu sekali.

Cikgu Atiqah mendengar bacaan anak muridnya.

Suasana perpustakaan yang penuh dengan anak murid kami.

Selesa duduk di bawah untuk membaca.

Cuba terangkan balik apa yang awak dah baca tu.

Penerangan berkenaan cenderahati dari pihak PAPG

Apa yang menarik agaknya yang ada dalam buku tu sehingga mereka kongsi melihatnya?

Tinggal dua hari lagi untuk lawatan perpustakaan bagi cawagan-cawangan di sekitar zon Taman Scientex dan juga Tadika Inovasi Bestari. Kita tunggukan pula gelagat mereka nanti ye!

-Cikgu Norifah-



Sunday, March 27, 2016

NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK (SEMUA TADIKA KOTA MASAI SAHAJA)

Kepada semua ibubapa / penjaga Cawangan Taman Kota Masai 1/2 dan Tadika Ilmu Pintar Bestari.

Pihak kami baru saja mendapat makluman tentang notis gangguan tersebut pagi tadi.
Maaf, surat hanya sempat diedarkan kepada murid-murid sesi petang sahaja. Insyaallah, kami akan Whatsapp dan sebagai alternatif lain, di bawah ini saya sertakan surat tersebut. 
Minta dapat diuar-uarkan kepada kawan-kawan yang anaknya bersekolah di cawangan berikut.
Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.



MYBISTARI GROUP

Tarikh   : 27 Mac 2016 
Kepada :                                                                                                          
Ibubapa /Penjaga/Pengendali pengangkutan                                                                  
Cawangan Taman Kota Masai 1/2 dan Tadika Ilmu Pintar Bestari

Tuan / Puan

PER : NOTIS GANGGUAN BEKALAN ELEKTRIK
Adalah ingin dimaklumkan, tadika akan dicutikan bagi semua sesi pada 28 Mac 2016 (Isnin).

•         Tarikh gangguan      : 28 Mac 2016 (Isnin)
•         Sebab gangguan     : Kerja-kerja senggaraan pencawang elektrik.
•         Masa                      : 10.00 am hingga 7.00 pm

2. Aktiviti renang yang dijadualkan esok di Tadika  Pintar Bistari Taman Kota Masai 2 akan ditunda pada 30 Mac 2016 (Rabu)  
         
3. Sekian, untuk makluman. Terima kasih.

              Yang benar,
        Zainun Binti Mat Lazim
              Pengurus

Sunday, March 20, 2016

SINGA MASUK TADIKA?

10 Mac 2016 (Khamis)

Bismillahirrahmanirrahim..

“Eh.. tak bahaya ke? Bawa masuk singa dalam tadika?”
“Taklah.. bukan singa betul.. main-main aje cikgu tu.. semalam cikgu nampak kucing pun dah lompat.”
“Ha'ah.. yelah.. singa kan kat zoo!”

Antara dialog yang dapat juga saya dengar, pada awal pagi ketika murid-murid mula sampai ke sekolah. Masih tak puas hati juga mereka-mereka ini selagi skuad Kodomo Lion tidak sampai ke tadika mereka. Memang sudah sifat semulajadi kanak-kanak, perasaan ingin tahu itu sentiasa menguasai diri mereka.

Setelah selesai dengan lawatan di TKM1, skuad Kodomo Lion meneruskan langkah mereka ke tadika yang seterusnya, iaitu Tadika Pintar Bistari Tmn Kota Masai 2. Murid-murid sudah setia menanti di halaman luar tadika. Ruangan tadika yang agak terhad membuatkan mereka perlu memanfaatkan setiap ruang yang ada. 

Walaupun agak panas dan kurang selesa, kedua-dua pihak, tadika dan Kodomo Lion dapat mengatasi masalah itu. Hasilnya, cerita dapat disampaikan dengan baik dan murid-murid juga memberikan tindakbalas yang lebih baik.

Alamak! Kenapa Kakak Fariza menangis?

Dah nak habis ke cerita ni?

Gosok gigi.. bahagian dalam ni pun kena berus sekali

Ok.. tinggal lagi satu cawangan yang akan dikunjungi oleh skuad ini. Jom sama-sama ke Tadika Ilmu Pintar Bestari!

~Cikgu Norifah~