Showing posts with label kodomo lion. Show all posts
Showing posts with label kodomo lion. Show all posts

Tuesday, April 23, 2019

GELOMBANG KEDUA SANG SINGA


Bismillahirrahmanirrahim.
Yeay! Kami dapat cenderahati dari Kodomo Lion!! (TM)

Gelombang kedua road tour Kodomo Lion telahpun melanda tadika-tadika kami sekali lagi untuk tahun ini. Jika minggu yang terdahulu mereka ke tadika-tadika kami yang berada di kawasan Taman Scientex dan Taman Rinting, kali ini mereka bergerak ke kawasan Kota Masai dan juga pusat bandar Pasir Gudang.

Empat cawangan kami menerima kunjungan wakil dari Kodomo Lion selama dua hari.  Pada hari yang pertama, 15 April 2019 (Isnin), mereka ke Tadika Inovasi Bestari dan TPB Taman Mawar. Penceritaan dan watak juga masih yang sama seperti yang mereka ceritakan di cawangan yang lain minggu lepas.
Leka mendengar cerita. (TIB)

Wow! Besarnya gigi! (TIB)

Cuba tengok apa yang Amir dan Mira makan. (TIB)

Alamak, apa sudah jadi? (TIB) 
Best juga cerita ni. (TIB)



Yeay!! Kami dah dapat cenderahati dari Kodomo Lion!! (TIB)


Ok, ini contoh berus gigi produk Kodomo Lion. (TM)
Ini cenderahati sebab dapat jawab soalan. (TM)


Hebat tak kami dapat jawab semua soalan yang diberi. (TM)

Alamak, banyaknya kuman dalam mulut Amir! (TM)

Perisa ubat gigi Kodomo Lion yang ada. (TM) 

Semangat yang ditunjukkan oleh para murid juga sama, masing-masing teruja dan menumpukan sepenuh perhatian  semasa sesi penerangan dan bercerita berlangsung. Lagilah bila masing-masing terima cenderahati dari pihak Kodomo Lion, senyuman tak lekang di bibir. Harapnya balik nanti rajin-rajin gosok gigi ya!

Para guru pun teruja menunggu cerita dari Kodomo Lion. (TKM)

Ok, jom kita mula bercerita. (TKM)

Wahhhh! Besarnya gigi tu..!! (TKM)

Cikgu ni, saya tak sempat senyum lagi.. (TKM)

Siapa yang gosok gigi pagi tadi.. angkat tangan! (TIPB)

Beratur dulu, ikut giliran untuk jawab soalan. (TIPB)

Kita gosok gigi 3 kali sehari! (TIPB)

Semua tertumpu pada gigi yang besar itu. (TIPB)

Kami rasa terhibur dengan road tour Kodomo Lion! (TIPB)
Program Kodomo Lion berakhir dengan jayanya. Alhamdulillah, murid-murid yang terlibat dalam road tour kali ini rasa terhibur. Bagi yang tidak dapat turut serta memeriahkan road tour ini juga tidak pulang ke rumah dengan tangan yang kosong, ada juga cenderahati dari pihak Kodomo Lion untuk mereka.

Aktiviti murid-murid kami tidak terhenti setakat ini sahaja. Pada hujung minggu ini, 26hb April 2019 (Jumaat), giliran anak-anak murid K1 kami pula merasai keseronokkan mengikuti lawatan. Seperti biasa, murid-murid akan dibawa ke Sanrio Hello Kitty Town. Bagi yang terlibat, sudah bersedia belum untuk sama-sama berseronok?

Di sini saya kongsikan keseronokan lawatan ke Sanrio Hello Kitty Town pada tahun lepas.



~Cikgu Norifah~

Thursday, April 11, 2019

SINGA MULA MENGAUM DI TADIKA KAMI


Bismillahirrahmanirrahim.

Murid-murid TMPB seronok dapat cenderahati dari Kodomo Lion.

"Auuuummmmm!!"

Masa untuk riang ria bersama Kodomo Lion muncul kembali!! Inilah antara aktiviti yang dinanti-nantikan oleh para murid dan guru setiap tahun. Pihak Kodomo Lion akan datang ke tadika kami untuk membuat road tour, bercerita dan juga mengagihkan cenderahati kepada anak-anak murid.

Untuk minggu pertama bulan April ini, lawatan dimulakan dahulu di tadika-tadika kami di sekitar Taman Scientex dan juga Taman Rinting. Ingin saya nyatakan di sini, jadual lawatan dari pihak Kodomo Lion disediakan oleh mereka, jadi ada juga tadika yang tak dapat mereka kunjungi kerana kuota murid tidak mencapai syarat yang ditetapkan (Tadika Intelek Minda Bestari) dan ada juga tadika yang mereka tidak dapat hadir untuk kedua-dua sesi kerana jadual mereka yang padat. 

Walaupun akan ada murid yang tidak dapat turut serta merasai kemeriahan kunjungan dari pihak Kodomo Lion, mereka tetap akan dapat cenderahati. Diharap ini dapat mengubat kesedihan mereka.
Road tour ini bermula pada 1 April 2019, dan tadika yang mereka kunjungi dimulakan dengan TPB Taman Scientex 2. Alhamdulillah, murid-murid memberikan maklum balas yang positif sepanjang mereka berada disana.  Kemudian mereka ke TPB Taman Scientex 1.

Contoh makanan yang baik dan tak baik untuk dimakan. (TS2)

Ish.. saya terpaksa melutut ni, tak nampak. (TS2)

Yeay!! Saya dapat hadiah sebab dapat jawab soalan! (TS2)

Terbaiklah aktiviti hari ini!! (TS2)

Cepat ah cik beri soalan kat kami. (TS2)


Tepuk tangan dulu sebelum cerita bermula. (TS2)

Jom kira berapa kali kena gosok gigi dalam sehari. (TS2)

Tengah buat apa tu Cikgu Siti?

Ok, jom ikut cara akak pegang berus gigi! (TS2) 
Eh.. fokusnya awak tengok depan.. (TS2)



Hati-hati bila gosok bahagian dalam mulut. (TS2)
Cara betul pegang berus gigi, buat tanda 'good' . (TS1)

Mesti cerita menarik ni, semua khusyuk menonton. (TS1)

Cikgu-cikgu pun teruja ikut cara pegang berus gigi. (TS1)

Watak dalam cerita kali ini adalah Amir dan Mira. (TS1)

Eh, alamak, ada yang perasan cikgu ambil gambar ya? (TS1)

Keesokkan harinya, 2 April 2019, lawatan Kodomo Lion diteruskan ke Tadika Minda Pintar Bestari dan Tadika Nur Pintar Bestari. Aktiviti bercerita dengan watak yang dibawa oleh staf Kodomo Lion sangat menarik perhatian anak-anak murid dan juga para guru. Kali ini watak Amir dan Mira yang diperkenalkan oleh mereka.

Ok, soalan pertama.. dengar baik-baik ya.. (TMPB)

Alhamdulillah, kami semua dapat jawab soalan yang diberi. (TMPB)

Siapa nak cuba jawab soalan, sila angkat tangan! (TMPB)

Best lah dengar cerita ni! (TMPB)
Seperti biasa, selepas sesi bercerita, akan ada sesi soal jawab bersama murid-murid. Bagi murid yang dapat jawab soalan yang diberi, akan dapat hadiah dari pihak Kodomo Lion. Kembang kuncup murid-murid yang dapat menjawab soalan.

Bagus semua dengar arahan yang diberi. (TNPB)

Apa yang Amir nak makan tu? (TNPB)

Penuh bersemangat bercerita. (TNPB)


Perisa ubat gigi yang ada. (TNPB)

Keju ni elok atau tak untuk dimakan? (TNPB)

Semua memberi tumpuan sepenuhnya. (TNPB)
Cenderahati dari pihak Kodomo Lion untuk anak-anak murid.

Minggu ini tiada road tour Kodomo Lion. Ianya akan bersambung pada minggu hadapan, iaitu ke Tadika Inovasi Bestari dan TPB Taman Mawar pada 15 April 2019 dan pada 16 April 2019 mereka akan ke TPB Taman Kota Masai dan Tadika Ilmu Pintar Bestari. Sama-sama kita nanti kehadiran mereka ya!!

~Cikgu Norifah~

Sunday, March 4, 2018

SAHABAT SANG SINGA DATANG LAGI



Mari gosok gigi!! (TIB)

Bismillahirrahmanirrahim.

Sabda Rasulullah saw: “Bersugi adalah cara untuk membersihkan mulut dengan melakukannya akan mendapat keredhaan Allah swt.” (Riwayat An Nasai dan Ibnu Majah)

Fuhhh.. berdasarkan hadis di atas dua perkara yang baik akan kita dapat apabila kita bersugi atau menggosok gigi. Yang pertama pastinya mulut kita akan menjadi bersih dan berbau harum dan yang keduanya Allah redha dan suka dengan amalan kita tu. Teringat pula saya pada lagi satu hadis nabi yang ada menyebut sekiranya tidak membebankan umatnya, Rasulullah mahu sahaja menyuruh semua umat Islam menggosok gigi sebelum solat. Betapa dalam Islam, keperibadian luaran umatnya juga elok dijaga.

Bercerita mengenai menggosok gigi, pada 6 Februari hingga 14 Februari yang lalu, pihak Southern Lion telah pun mengadakan acara tahunan mereka di tadika-tadika MyBistari Group. Ini adalah antara acara yang dinanti-nantikan oleh para guru dan juga murid-murid kerana program jelajah kesihatan gigi ini sangat menarik dan menghiburkan. Mana taknya, jika sebelum ini skuad kodomo lion datang bercerita mengenai adik Sofia yang tak suka menggosok gigi, kali ini mereka datang dengan Bella pula, mungkin kerana gigi Sofia sudah cantik terjaga.

Sayangnya, kali ini skuad kodomo lion tidak dapat pergi ke setiap sesi pada semua tadika. Ada yang hanya di sesi pagi sahaja dan ada juga untuk sesi petang sahaja. Cuma beberapa tadika sahaja yang menerima kunjungan mereka untuk kedua-dua sesi. Tetapi jangan risau, murid-murid dari kedua-dua sesi akan menerima cenderahati dari pihak Southern Lion. 

Tadika yang pertama sekali menjadi singgahan skuad kodomo lion adalah Tadika Inovasi Bestari dan Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1. Walaupun tak berkesempatan ke sana untuk sama-sama meraikan kunjungan pihak kodomo lion, dari gambar-gambar yang dikongsikan oleh guru besar cawangan jelas kelihatan keseronokkan anak-anak ini.

Bella di majlis hari jadinya (TIB)
Wow! Banyaknya Bella makan!! (TIB)

Eiii.. gigi Bella banyak yang rosak!! (TIB)

Khusyuk mendengar cerita Bella (TIB)

Ubat gigi Kodomo ada lima perisa. (TIB)

Jom kita tengok apa aktiviti Bella di malam hari (TS1)

Ok, jom ikut akak buat cara yang betul untuk gosok gigi (TS1)

Tumpuan sepenuhnya pada cerita di depan (TS1)

Siapa agaknya watak yang nak diperkenalkan ni? (TS1)

Hari yang seterusnya pula, skuad kodomo lion ke tiga lagi cawangan yang terletak di Taman Scientex; Tadika Intelek Minda Bestari, Tadika Scientex 2, dan Tadika Minda Pintar Bestari. Cerita Bella yang tak suka menggosok gigi sekali lagi menjadi sajian minda anak-anak ini. Alangkah bagusnya jika tumpuan mereka sebaik ini ketika sesi P&P dijalankan. Masing-masing memberikan kerjasama yang baik dengan mendengar setiap arahan yang dikeluarkan oleh kakak-kakak kodomo lion. Lagi seronok apabila cenderahati diagihkan kepada mereka.

Minggu yang seterusnya, lawatan diteruskan ke Tadika Nur Pintar Bestari dan Tadika Pintar Bistari Taman Mawar. Kali ini saya berkesempatan untuk turun padang, sama-sama merasai keseronokkan cerita Bella. Senang cerita, walaupun sudah mendengarnya saban tahun, tetap kami para guru tak jemu mendengarnya. Sama juga dengan anak-anak murid 6 tahun, walaupun tahun sebelumnya disajikan dengan cerita yang sama, masih lagi teruja dan ternanti-nanti beberapa scene dalam cerita Bella ni.
Dah sedia belum nak dengar kami bercerita? (TM)

Mari kita berkenalan dengan watak utama cerita ini.. Bella. (TM)

Bella pun masih lagi bersekolah, sama macam adik-adik. (TM)

Ok, ikut gerakan ini.. atas bawah.. atas bawah.. (TM)

Sedia dah nak jawab soalan akak? (TM)

Yes!! Kami dapat hadiah!! (TM)

Tersenyum bangga dapat hadiah. (TM)

Tengok ni!! Kami dapat cenderahati!!Terima kasih Kodomo Lion!! (TNPB)

Terbaik!!! (TNPB)

Ok, berikan tepukan dahulu untuk naikkan semangat kawan-kawan!! (TNPB)

Kemas tersusun mendengar cerita Bella (TNPB)

“Hah.. masa ni… masa ni.. tengok tau nanti kek tu hilang..” terdengar suara seorang murid apabila penceritaan sudah sampai ke bahagian Bella menyambut ulang tahunnya.

“Nyum.. nyum nyum!!” Seronok mereka mengikut bunyi yang dibuat oleh Kak Azrah, salah seorang dari skuad kodomo lion.

Bila tiba ke bahagian  gigi Bella dirawat doktor gigi, bermacam-macam ekspresi dan bunyi yang keluar dari anak-anak murid, mana taknya, banyak kuman dan bakteria yang terbang keluar dari mulut Bella. Cikgu-cikgu yang turut menyaksikannya juga geli melihatnya.

Nyum nyum nyum nyummm.. banyaknya Bella makan!! (TNPB)

Cuba adik-adik bezakan makanan yang tak baik untuk gigi kita. (TNPB)

Hari terakhir misi jelajah program kodomo lion mereka ke tadika-tadika di kawasan Kota Masai iaitu Tadika Pintar Bistari Taman Kota Masai dan Tadika Ilmu Pintar Bestari. Walaupun cerita yang sama dipersembahkan kepada anak-anak murid, persembahan mereka tetap menghiburkan dan sentiasa berjaya membuatkan anak-anak murid berasa seronok. Tahniah kami ucapkan kepada skuad kodomo lion. 
Cikgu-cikgu pun teruja mendengar cerita (TIPB)

Dah dua.. tinggal lagi satu aja ni dik, bila waktu kita kena gosok gigi? (TIB)

Menanti soalan yang bakal diberikan dengan penuh debaran (TIPB) 
Senyum dik.. tengok kamera akak ni.. (TKM)



Ikut betul-betul cara gosok gigi yang akak tunjukkan ni (TKM)

Terima kasih cikgu!! (TKM)

Yeay!! Bestnya dapat ubat gigi dan berus gigi!! (TKM)

Terima kasih juga kerana saban tahun memilih tadika kami untuk terlibat dalam sesi jelajah program kodomo lion. Bukan cuma anak-anak murid sahaja yang menerima cenderahati, kami pihak guru juga turut menerimanya. Jangan lupa datang lagi tahun hadapan ya!!

Untuk minggu ini dan minggu hadapan, murid-murid K2 masih lagi dalam mood lawatan, baru sahaja habis lawatan ke ladang burung unta, mereka ke festival layang-layang pula. Kedua-dua aktiviti itu akan kami kongsikan juga di blog ini. Tunggu...

~Cik Norifah~