Penerangan dari jururawat pergigian (TS1) |
Bismillahirrahmanirrahim.
“Bangun
pagi bangun pagi, basuh muka gosok gigi,
Gosok
gigi,gosok gigi, lepas itu terus mandi.
Gosok gigi,
gosok gigi, satu hari tiga kali,
Petang,
malam serta pagi, putih gigi dan berseri.”
Ada peminat
Upin Ipin tak di sini? Kalau ada pasti tahu lirik lagu yang ada di atas tu.
Lagu gosok gigi tajuknya. Bagus lagu ini kerana liriknya mengajar anak-anak
cara menggosok gigi yang betul. Gosok secara bulat, bulat pesan doktor gigi
dalam siri animasi Upin Ipin. Lirik lagu yang mudah dan menarik itu amat senang
diingati oleh murid-,murid.
Bercerita
tentang penjagaan gigi, dua buah tadika di bawah Mybistari Group telahpun
menerima kunjungan dari jururawat pergigian Pasir Gudang pada hari Rabu, 13hb
September 2017 yang lalu. Bila bercerita tentang kunjungan jururawat pergigian
ini, pastinya mengundang dua rasa pada anak-anak murid kami.
Yang
pertamanya rasa takut kerana gigi akan diperiksa. Rasanya, ini bukan sahaja
menjadi igauan ngeri anak-anak murid, kami yang dewasa juga kecut perut sekiranya
ada temujanji dengan doktor gigi. Teruja adalah rasa kedua yang dialami oleh
anak-anak murid. Mana taknya, inilah masa mereka untuk membawa berus gigi dan
ubat gigi ke tadika, hinggakan ada yang minta ibubapa untuk belikan set yang
baru. Ikut pengalaman saya yang terdahulu, selagi jururawat pergigian tak
sampai untuk membuat penerangan, selagi itulah ditenungnya berus gigi dan ubat
gigi yang dibawanya. Sampaikan nak tulis pun dicuba gunakan berus gigi sebagai
pensel.
Mari kali
ini kita lihat pula gelagat anak-anak murid di Tadika Pintar Bistari Taman
Scientex 1 dan Taman Scientex 2 yang menerima kunjungan dari jururawat
pergigian baru-baru ini.
Khusyuk mendengar penerangan (TS2) |
Ingat ya, jangan letak terlalu banyak ubat gigi! (TS2) |
Beratur untuk pemeriksaan gigi. (TS2) |
Berdebar menanti giliran untuk diperiksa. (TS2) |
Nganga luas-luas mulutnya. (TS2) |
Bagus.. giginya tiada yang rosak. (TS2) |
Masing-masing tekun mendengar cerita. (TS1) |
Latihan praktikal cara memberus gigi yang betul. (TS1) |
Hmm.. macam ada gigi yang berlubang ni. (TS1) |
Ok, bagus.. buka mulut luas-luas. (TS1) |
Kami amat berharap dengan kunjungan dari jururawat pergigian itu dapat membantu anak-anak murid kami dalam memahami penjagaan gigi yang betul.
Seperkara lagi, Pertandingan Sempoa dan Congak 2017 bakal diadakan pada 30hb September 2017 (Sabtu) nanti. Pemilihan para peserta untuk setiap kategori dan juga persembahan telah dilakukan di setiap cawangan. Para guru sedang bertungkus lumus membuat latihan pada setiap waktu yang terluang. Harapan kami agar pihak ibu bapa juga turut membantu para peserta di rumah. Penyertaan sempoa ibu bapa juga amat kami alu-alukan. Apa kata kita sama-sama bertanding dengan anak-anak?
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.