Assalamualaikum,
PEMERIKSAAN GIGI
Pada minggu lepas (Khamis / 18hb Februari 2016), Tadika Nur Pintar Bestari telah menerima kunjungan dari
Klinik Pergigian Masai dalam rangka taklimat dan pemeriksaan gigi murid-murid.
Mereka telah ditunjukkan cara yang betul untuk memberus gigi dan cara-cara
penjagaan gigi. Murid-murid teruja dan tak kurang juga yang takut untuk
diperiksa oleh jururawat pergigian, gigi ada yang rosak dan rongak. Apa-apa
pun, pemeriksaan tetap dijalankan dan diharap murid-murid dapat manfaatkan ilmu
yang telah disampaikan oleh jururawat yang hadir.
Jom kita lihat aksi mereka semasa pemeriksaan pergigian!
|
Guru-guru sedang menyusun atur murid-murid sebelum kedatangan wakil dari Klinik Pergigian Masai |
|
Guru-guru pun asyik mendengar penerangan dari jururawat pergigian |
|
Untuk menarik minat murid-murid, jururawat menyampaikan ilmunya dalam cara bercerita |
|
Alhamdulillah, murid-murid memberi feedback yang baik |
|
Bersemangat setelah mendengar cerita dari jururawat pergigian |
|
Gigi kami sudah bersedia untuk diperiksa! |
|
Buka mulut luas-luas.. Aaaaaaa!!! |
|
Bagus.. gigi yang cantik, akan dapat cop! |
|
Tengok ni, kami dapat cop! |
|
Seronoknya! Jom jaga gigi kita baik-baik! |
Opss.. sebelum terlupa, pada bulan Januari yang lalu telah diadakan sesi
bergambar kelas untuk semester 1, ibu bapa bolehlah melihat gambar tersebut di laman web kami . Gambar ini tidak akan dicetak atau diberi kepada pihak ibu bapa,
gambar ini adalah sebagai simpanan pihak tadika, tetapi sekiranya ibu bapa
ingin mencetak gambar tersebut, dipersilakan. Gambar yang akan dicetak adalah
gambar semester kedua nanti.
Sampai di sini sahaja perkongsian dari kami untuk kali ini. Sehingga
berjumpa di lain coretan.
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.