Adalah
Rasulullah saw tidak tidur melainkan siwak berada di sisinya, apabila Baginda
bangun dari tidur, baginda memulakan dengan bersiwak.” (HR A-Bukhari)
5hb Julai
2018 yang lalu seawal yang boleh saya bergerak ke Tadika Nur Pintar Bestari,
ada pemeriksaan gigi di sana, tak mahu saya terlepaskan peluang untuk sama-sama
mendengar penerangan berkenaan penjagaan gigi dan juga turut terlibat dalam
aktiviti pemeriksaan gigi murid-murid.
Ketika
sampai di sana para jururawat pergigian sudahpun memulakan taklimat dengan
anak-anak murid.Terlepas saya untuk
sama-sama menyambut kehadiran mereka. Tak mengapalah, masih juga berpeluang
untuk berkongsi rasa teruja mendengar taklimat dari jururawat pergigian
tersebut.
Susun atur borang murid mengikut kelas.
Semakan terakhir sebelum pemeriksaan gigi dijalankan.
Borang yang perlu diisi sekiranya murid ada masalah kesihatan.
Alhamdulillah,
sepanjang penerangan berkenaan penjagaan gigi dan cara memberus gigi dan lidah
dengan betul, anak-anak murid memberikan tumpuan yang sebaiknya. Apatah lagi
apabila jururawat menggunakan model berus gigi dan ubat gigi yang besar, makin
bersemangat mereka memberikan tumpuan.
Bukan sekadar murid, guru juga tekun mendengar taklimat.
Bersemangat jururawat pergigian memberi penerangan.
Ok, tunggu sebentar.. mana yang saya nak tunjuk kat awak ye..
Alamak, saya tak nampak lah gambar tu..
Mari kita belajar cara gosok gigi yang betul.
Nganga luas-luas
Tak perlu masukkan jari dalam mulut, buat gaya sahaja ya!
Cukup besar tak ni kami nganga?
Jom gosok gigi dengan cara yang betul!!
Selepas sahaja penerangan berkenaan penjagaan gigi dan menggosok gigi yang betul, murid-murid diatur mengikut kelas mereka untuk pemeriksaan gigi. Pelbagai emosi yang mereka tunjukkan ketika ini, ada yang teruja, ada yang menangis, ada juga yang berdiri tegak, seram sejuk menanti giliran dipanggil jururawat.
Para jururawat meneliti borang pergigian sementara guru menyusun atur murid.
Kenapa serabut sangat muka tu Cikgu Syafiqah? dah susun murid kemudian mereka bergerak tak ikut susunan ke?
Bila agaknya giliran saya ni?
Ok dah sedia semua?
Mari ke mari untuk saya check giginya.
Nganga luas luas ye..
Banyaknya cop makcik..
Cikgu ni, ambil gambar masa pose saya tak menarik lah.
Contoh surat susulan ke Klinik Pergigian Masai bagi murid-murid yang giginya bermasalah.
Bagi ibubapa yang anak-anaknya hulurkan surat pemeriksaan susulan di Klinik Pergigian Masai, pergi ya jangan tak pergi. Jadi segala permasalahan yang jururawat pergigian nyatakan di surat susulan itu dapat diselesaikan. Pergi tau jangan tak pergi.
Penerangan dari pihak Klinik Pergigian Masai
Bila duduk
bersembang dengan anak-anak murid dan bertanyakan tentang aktiviti hari ini,
mencurah-curah ilmu yang mereka perolehi terhambur keluar dari mulut-mulut mereka
yang comel. Tapi bila mereka sedar yang tingkah mereka dirakam, serta merta
mulut terkunci rapat. Malu agaknya.
Sesi bersoal jawab dengan anak-anak murid.
Saya dapat cop!!
Gigi kami cantik sebab tu dapat cop!
Yeay!! Cantikkan gigi kami!!
Begitulah kisahnya sepanjang aktiviti pemeriksaan gigi yang dijalankan di Tadika Nur Pintar Bestari. Apa pula kisah di cawangan lain ye? Bagaimana pula dengan persiapan Pertandingan Uji Minda yang bakal diadakan pada 21hb Julai ni nanti? Nak tengok anak-anak kita buat latihan di cawangan? Insyaallah nanti akan kami kongsikan.
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.