“Nilai seseorang sesuai dengan kadar tekadnya, ketulusannya sesuai dengan kadar kemanusiannya, keberaniannya sesuai dengan kadar penolakannya terhadap perbuatan jahat dan kesucian hati nuraninya sesuai dengan kadar kepekaannya terhadap kehormatan dirinya.”
- Saidina Ali Bin Abi Talib –
Bismillahirrahmanirrahim.
Rasanya
masih belum terlambat lagi untuk kami warga MyBistari Group untuk mengucapkan, ‘Selamat
menjalani ibadah puasa’ kepada para ibu bapa, penjaga dan juga anak-anak didik
kami. Sekejap sahaja rasanya kita sudah berada di dalam bulan yang penuh
keberkatan ini, bulan Ramadhan. Agak lega sedikit, kerana dalam bulan ini tiada
aktiviti tahunan yang melibatkan guru-guru dan juga murid-murid mengeluarkan
tenaga mereka, almaklumlah, berpuasa.. takut nanti balik ada yang kepenatan.
Tetapi seperti
yang sedia maklum, sebelum kita semua menjalani ibadah puasa, ada satu aktiviti
tahunan yang telah kami jalankan iaitu Hari Terbuka Semester 1. Ketika Guru
Besar memerah otak menyiapkan analisa keputusan peperiksaan, guru-guru di
setiap cawangan juga bertungkus lumus menyiapkan keceriaan dan juga dekorasi
papan notis. Setiap cawangan diberi tugasan yang berbeza, di bawah tema yang sama
iaitu, ‘Dunia Animasi’. Kami di bahagian pengurusan begitu teruja untuk melihat
hasil yang bakal dipersembahkan kepada ibu bapa nanti. Jika ibu bapa hendak
tahu animasi apakah yang ditugaskan di setiap cawangan, saya nyatakan di sini.
- TPB Taman Mawar – Frozen.
- TPB Tmn Kota Masai 1 – Sofia the first.
- TPB Tmn Kota Masai 2 – Thomas & friends.
- TPB Tmn Scientex 1 – Kungfu panda.
- TPB Tmn Scientex 2 – Chibi maruku chan.
- Tadika Nur Pintar Bestari – Super wings.
- Tadika Inovasi Bestari – Didi & friends.
- Tadika Ilmu Pintar Bestari – Boboiboy.
- Tadika Minda Pintar Bestari – Upin Ipin.
Bukan mudah
ye, ibu.. ayah.. untuk menghasilkan papan notis dan hiasan yang menarik. Perselisihan
pendapat itu pasti ada, tapi tak mengapa jika tujuan perselisihan itu adalah
untuk kebaikan bersama dalam memberikan hasil yang terbaik.
Jom kita
jengah guru-guru di cawangan yang sedang sibuk menghias tadika masing-masing!
Hati-hati cikgu, jangan jatuh (TIB) |
Langsir pun dah siap dibasuh.. (TMPB) |
Menampal analisa murid agar mudah bagi ibu bapa menyemaknya (TMPB) |
Tambahan belon untuk mencantikkan lagi suasana kelas (TNPB) |
Bahan-bahan untuk sudut bergambar sudah siap! (TNPB) |
Bidai penghadang ditukarkan menjadi sudut bergambar, bagus! (TS2) |
Cikgu sedang memikirkan cara untuk menggantung kartun yang comel itu. (TIB) |
Work in progress!! (TS1) |
Bahagian buku semester 2, siap untuk jualan! |
Contoh kelas yang telah sedia untuk menerima kunjungan ibu bapa. |
Nak tahu?
Kita jumpa lagi nanti pada entri yang akan datang!
~ Cikgu Norifah ~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.