|
Tenggelam di dalam bahan bacaan masing-masing |
“Maka Maha
Tinggi Allah, raja yang sebenar-benarnya dan janganlah kamu tergesa-gesa
membaca Al-Quran sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu dan katakanlah,
Ya Tuhanku tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan,” At-Thaha (114)
10hb Ogos
2016 ( Rabu)
Pada kali
ini, giliran Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 1 dan juga Tadika Inovasi
Bestari yang mengadakan lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Oleh kerana
jumlah penyertaan yang agak ramai juga bagi kedua cawangan ini, sekali lagi
khidmat dari En Hafidz selaku pemandu yang membawa beberapa murid ke
perpustakaan diperlukan.
Aktivitinya
sama sahaja dengan hari-hari yang terdahulu, sampai di perpustakaan, penerangan
dibuat oleh pustakawan yang bertugas, cuma pada kali ini, murid-murid diajar
cara menggunakan loker barang. Seorang murid dipilih untuk menunjuk cara
membuka loker dan kemudian rakan-rakan yang lain beratur menunggu giliran untuk
menyimpan bekal air yang dibawa ke dalam loker tersebut.
Jom kita
tengok gelagat mereka!
|
Membaca doa naik kenderaan sebelum memulakan perjalanan. |
|
Pn Suhaila memberi peringatan sekali lagi sebelum mereka melangkah masuk ke dalam perpustakaan. |
|
Pn Mazni menunjuk cara menggunakan loker. |
|
Ok... fail dah dibuka ni.. |
|
Ini namanya loker simpanan barang.. |
|
Beratur ye.. seorang demi seorang. |
|
Adalah tu yang mencuit hati mereka semua ni. |
|
Tunggu.. jangan berebut.. |
|
Penerangan di bahagian rak buku pula. |
|
Ok.. bagus.. inilah cara susun semula buku selepas baca. |
|
Khusyuk membaca. |
|
Sedang mempraktikkan apa yang diajar tadi. |
|
Kenapalah kecil sangat karpet ni.. tak muat saya nak duduk. |
|
Cikgu Khadijah dan anak muridnya sedang bersantai di bawah pokok. |
Esok hari terakhir lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang, sekejap pula rasanya masa berlalu. Tinggal lagi dua cawangan yang akan ke perpustakaan; Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2 dan juga Tadika Minda Pintar Bestari. Mari kita tunggukan hari esok!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.