Bismillahirrahmannirrahim.
Cepat
rasanya masa berlalu. Sedar tak sedar kita sudah pun berada di dalam bulan
ketiga untuk tahun ini. Rasanya seperti baru semalam menerima kehadiran
murid-murid ke tadika kami. Rindu pula rasanya nak berkejaran dengan anak-anak
baru keliling tadika kerana tidak mahu
masuk ke dalam kelas.
Alhamdulillah,
hampir keseluruhan murid-murid K1 sudah faham rentak persekolahan. Walaupun
masih ada lagi yang menangis, mereka sudah tidak meraung seperti sebelumnya.
Dengan linangan air mata, mereka merelakan langkah ke kelas. Sekejap sahaja tu,
bila dah berjumpa dengan kawan-kawan dan cikgu, hilanglah air mata.
Peningkatan perkembangan juga sudah mula kelihatan, baik dari segi menulis, membaca, mengira dan juga
sahsiah murid. Terima kasih kami ucapkan kepada ibu bapa yang memberi bantuan
dan sokongan dalam proses pembelajaran anak-anak ini.
Tidak
ketinggalan juga peningkatan bagi guru-guru. Contoh terdekat yang boleh saya
kongsikan kali ini adalah kelas multimedia di Tadika Inovasi Bestari. Jika
sebelum ini mereka hanya bergantung kepada komputer riba yang disediakan di
tadika, murid kini lebih selesa dengan adanya projektor yang dapat membantu
mereka memahami proses pembelajaran.
Sebelum ini, guru perlu bergerak dari satu
komputer riba ke satu komputer riba untuk menunjuk ajar cara kepada murid, kini guru
dapat membimbing murid-murid melalui paparan di skrin yang disediakan.
Alhamdulillah, hampir sebulan menggunakan teknik ini, nampaknya ia banyak
menjimatkan masa guru dari segi mengendalikan semua komputer riba murid dan dapat
memberikan lebih penerangan tentang topik yang diajar.
Tadika Inovasi Bestari sudah selangkah maju ke hadapan dalam penggunaan teknologi di kelas mereka.
Jom intai kelas multimedia mereka!
Nampak lebih jelas dengan penggunaan projektor |
Murid-murid khusyuk belajar |
Contoh lebih besar dan jeals kelihatan |
Guru mengawal penggunaan projektor |
Ok, itu sahaja perkongsian saya untuk minggu ini. Insyaallah minggu hadapan akan ada perkongsian yang lain pula.
Ibu dan ayah.. minggu hadapan akan ada lawatan dari pihak Kodomo Lion ke setiap tadika. Mereka akan memberikan penerangan tentang penjagaan gigi kepada murid-murid. Pastikan anak-anak datang ke tadika ye agar tidak terlepas aktiviti yang menyeronokkan ini. dan pastinya ada CENDERAHATI untuk mereka.
~Cikgu Norifah~
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.