|
Selamat datang ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang!! |
“Perumpamaan
orang yang mencari ilmu tanpa hujah adalah seperti orang yang mencari kayu
bakar pada malam hari. Ia membawa seikat kayu di mana di dalamnya terdapat ular
yang siap mematuknya, sedangkan dia tidak mengetahuinya,” - Imam Syafie –
11hb Ogos
2016
Hari
terakhir bagi sesi lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Untuk trip yang
terakhir ini, dua tadika bergabung iaitu Tadika Pintar Bistari Taman Scientex 2
dan Tadika Minda Pintar Bestari.
Agak
berbeza dengan aktiviti yang diadakan pada hari-hari yang terdahulu,
murid-murid kali ini disajikan dengan aktiviti bermain jigsaw puzzle.
Murid-murid ada yang diletakkan secara berkumpulan dan ada juga yang
berpasangan. Tekun nampaknya mereka cuba menyelesaikan tugasan yang diberi,
lebih tekun dari membaca kelihatannya. Aktiviti permainan begini yang mudah
menarik minat kanak-kanak sebaya mereka.
|
Marilah kita sama-sama siapkan puzzle ni! |
|
Eh.. anak murid mana tu.. tak pakai uniform sekolah pula tu! |
|
Kami selesa buat di atas meja ni. |
Tetapi
masih terdapat juga murid-murid yang lebih gemar membaca dari bermain jigsaw puzzle.
|
Port kegemaran semua, bawah pokok. |
|
Selesanya dia. |
|
Saya baca buku berkenaan strawberry ni cikgu. |
Sayangnya
ketika tiba waktu untuk pulang semula ke tadika hujan mula turun dengan
lebatnya. Perancangan tempat pengambilan mereka terpaksa diubah. Terpaksalah
anak-anak ini menapak naik ke atas Kompleks Pusat Bandar agar mudah bagi bas
mengambil mereka nanti.
|
Hati-hati naik tangga tu. |
|
Tersenyum puas selepas habis sesi lawatan. |
|
Jom balik ke tadika! |
Dengan ini, tamatlah rutin harian kami selama seminggu, berulang alik ke tadika untuk sesi lawatan ke PAPG. Insyaallah tahun hadapan aktiviti ini akan diteruskan lagi. Walaupun agak penat melayan kerenah anak-anak murid ini, tetapi terubat dengan keseronokan yang terpancar pada wajah mereka.
Sebelum terlupa, esok akan ada Ujian 4 bagi murid-murid 6 tahun dan 6 Bistari. Jangan lupa buat ulangkaji ye!!
0 comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.