Tuesday, September 20, 2016

MISI MENCARI ILMU DITERUSKAN




Tanamkan sifat suka membaca dari kecil lagi

“Apabila jiwa seseorang telah biasa dengan merasakan yang enak-enak dan yang jahat sahaja, maka sudah pasti jiwa itu tidak akan dapat menerima yang baik dan benar dan ia tidak dapat dikembalikan kepada keadaan yang lebih berat seperti beramal dan bersungguh. Jiwa yang tercela itu akan dimilikinya secara terus-menerus sekalipun bertentangan dengan tabiat baik manusia. Ada manusia yang dilahirkan telah mempunyai budi pekerti yang baik sebagai fitrahnya di mana tidak memerlukan kepada pendidikan dan pengajaran seperti Nabi Isa, Nabi Yahya dan para nabi yang lainnya. Sedangkan manusia yang lain hanya mencapai budi pekerti yang baik jika dia berusaha ke arah itu di mana hanya sedikit anak-anak yang dilahirkan dalam keadaan mereka itu benar, fasih berbicara, pemurah, dan berani.” Imam Ghazali.

8hb Ogos 2016 ( Isnin)

Hari kedua bagi sesi lawatan ke Perpustakaan Awam Pasir Gudang. Berbekalkan informasi yang diperolehi dari Puan Suhaila yang telah pergi menyertai lawatan itu pada hari yang sebelumnya, murid-murid dan juga guru dari Tadika Pintar Bistari Taman Mawar bergerak ke perpustakaan. Bukan main seronok lagi mereka kerana berpeluang merasai keseronokkan menaiki bas. Ada yang baru pertama kali merasainya kerana lawatan yang terdahulu tidak turut serta.

Untuk sesi pagi, hanya murid-murid dari Taman Mawar sahaja yang menyertai lawatan.  Seramai 42 orang murid dengan diiringi oleh 4 orang guru mereka memulakan perjalanan kira-kira pada pukul 9 pagi.

Bagi sesi petang, murid dari Taman Mawar dan juga dari Tadika Nur Pintar Bestari bergabung. Kali ini, saya turut serta sebagai pemandu bagi sebahagian kecil murid dari Taman Mawar. Tak mahu jumlah murid yang menaiki bas terlalu berlebihan (murid Tadika Nur Pintar Bestari juga menaiki bas yang sama), seramai sepuluh murid dihantar oleh saya. Kasihan murid-murid yang dipilih untuk pergi dengan saya, sepanjang perjalanan asyik merengek, ingin naik bas juga. Jadi apa yang kami buat adalah, kami tukarkan murid lain pula yang naik dengan saya ketika balik ke tadika. 

Sempat lagi mereka berbincang di dalam Unser semasa perjalanan balik ke tadika, tersenyum sahaja saya mendengarnya. Nak tahu apa yang dibincangkan? Minta tadika beli bas sendiri. Kalau beli van, kecil sangat katanya, beli bas besar, jadi ramai-ramai boleh naik. Luahan hati mereka yang tepaksa bergilir merasa naik bas. Amin... siapa tahu satu hari nanti Allah limpahkan lebih sedikit rezeki pada tadika kami, perkara tu tak mustahil kan?  


Suasana agak meriah sedikit pada sesi petang kerana jumlah murid yang agak ramai di perpustakaan, 64 orang murid dari kedua-dua cawangan. Pustakawan juga mula tak senang duduk kerana biasalah, murid yang ramai lebih sukar untuk dikawal. Terima kasih ye kami ucapkan kepada pihak PAPG kerana  sabar melayan kerenah anak-anak murid kami. Biasalah, bila sesuatu perkara itu melibatkan anak-anak kecil ni, bukan mudah nak dapat dikawal seratus peratus, akan ada sahaja akal mereka bila tiba di tempat baru. Terima kasih sekali lagi kerana bersabar dan sudi melayan kerenah murid-murid kami.

Ini saya kongsikan beberapa keping gambar aktiviti mereka di sana.

Beratur di luar bas sebelum masuk ke perpustakaan.

Mendengar penerangan yang diberi oleh pustakawan.

Penerangan berkenaan cara mengambil dan memulang buku.

Eh.. mana boleh main lari-lari kan kat dalam perpustakaan.

Alamak, basikal ni melekat kat dindinglah!

Merakam kegembiraan sebelum memulakan bacaan.

Cantik mural yang ada di dalam PAPG.

Tempat ni cantik cikgu!

Seganlah saya nak baca buku, cikgu tengok.
Kaki bergoyang-goyang sambil membaca buku, tanda khusyuk tu.
Cikgu memberi bantuan kepada murid yang masih memerlukan bimbingan.
Syusshhh.. kan cikgu dah pesan, jangan buat bising dalam perpustakaan..

Trip untuk cawangan Tadika Nur Pintar Bestari dan Tadika Pintar Bistari Taman Mawar berakhir dengan lancar. Alhamdulillah dan terima kasih sekali lagi kami ucapkan kepada pihak PAPG yang memberikan kerjasama yang baik kepada kami sepanjang tempoh lawatan diadakan. Esok bersedialah untuk menerima kunjungan cawangan kami zon Kota Masai pula!

-Cikgu Norifah-



0 comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan komen anda samada negatif @ positif. Sila berikan nama anda agar ukhwah terus terjalin.