Wednesday, March 30, 2011

ANAK HARIMAU MASUK TADIKA

Dalam blog lama saya pernah buat post tentang biri-biri masuk tadika. Tapi hari ni saya nak cerita pasal anak harimau pulak masuk tadika.Sebenarnya TPB dan TIB menerima kunjungan dari KODOMO LION dalam program kesihatan gigi bermula dari Khamis lepas hinggalah ke hari ini, dan yang terakhir di cawangan Taman Kota Masai. Program bersama kakak-kakak penglipurlara selama 45 minit ini bukan aje menarik minat kanak-kanak tapi juga cikgu-cikgu. Antaranya...

Monday, March 28, 2011

JOM NAIK KERETAPI (1)

Semenjak akhir bulan lepas, saya dok terfikir, mana nak bawa anak-anak K2 pergi lawatan tahun ini. Kalau ikutkan giliran, tahun ini TPB akan buat lawatan sekitar johor Bahru aje. Pergi zoo (yang binatangnya tak berapa nak sihat) atau melawat Muzium Sultan Abu Bakar ataupun ke Hutan Bandar.   Apa kata tahun ini buat kelainan? Ya, jom kita naik keretapi tetapi ada masalah sikit kerana jumlah murid yang ramai untuk mengikuti pengalaman ini...

Friday, March 25, 2011

BANTUAN YURAN NKRA 2011

Isnin lepas, anak-anak telah diberikan borang ini dan Rabu lepas telah dikutip semula. Dan sekarang ini kami dalam proses untuk memasukkan data sebelum dihantar ke Kementerian awal minggu depan.  Tahun ini syaratnya lebih ketat kerana ibubapa yang memohon perlu untuk menyertakan penyata gaji @ borang J bersama-sama borang. Ada rasionalnya dibuat syarat begitu jika dibandingkan dengan tahun lepas.Dari pemerhatian yang dibuat oleh kementerian tahun lepas sewaktu penyerahan bantuan secara keseluruhannya di semua tempat, ada yang sebenarnya tidak...

TAHNIAH UNTUK SEMUA!

Semalam keputusan SPM telah diumumkan. Bermakna telah hilang debaran di dada anak-anak yang mengambil peperiksaan ini. Keputusan memuaskan atau sebaliknya, bergantung kepada tuan punya diri. Pokok pangkalnya bermula dari usaha yang berterusan, tawakal dan redha dengan keputusan yang keluar. Sekiranya telah berusaha tetapi masih juga tidak mendapat apa yang diidamkan, mungkin ada hikmah yang tersembunyi dan perlu dicari jawapannnya.Saya teringat anak-anak...

Thursday, March 17, 2011

ANAK-ANAK MASIH BERCUTI...KAMI BERAKTIVITI...

Bermula Sabtu lepas sehingga Ahad ini, anak-anak bercuti pertengahan semester 1. Banyak rancangan yang telah dirancang sepanjang cuti ini untuk anak-anak bagi mengelakkan keboringan. Kalau tak pun, mungkin dihantar ke kampung menemani atuk nenek yang mungkinnya tinggal berdua sahaja ketika ini, bila masing-masing anak-anak besar panjang, berkeluarga dan berkarier sendiri. Atau mungkin aje anak-anak dihantar ke perpustakaan bagi menggalakkan mereka...

Thursday, March 3, 2011

JEMPUTAN KE PERTANDINGAN MEWARNA

Bersempena majlis perasmian pam minyak Esso, Taman Bukit Dahlia (berdekatan Taman Cendana), anak-anak Tadika Pintar Bistari dijemput ke pertandingan tersebut.  Tarikh: 05 Mac 2011 (Sabtu) Waktu: 8.30 pagi  (pendaftaran), 9 ~ 10 pagi. (mewarna) Kategori 1 (5 tahun ke bawah) Kategori 2 (6 ~ 8 tahun) Para peserta digalakkan membawa alatan sendiri seperti pensel warna, crayon, meja mewarna dan sebagainya yang dirasakan sesuai untuk pertandingan mewarna ini.Di samping pertandingan ini, terdapat juga pameran-pameran lain.Disebabkan para guru...